...
28.8.2004. Telefon bersel antik aku ber’tit tit’. Satu SMS dari seorang teman Blogger jauh nun di Kuala Lumpur.
Baby girl 4.075kg. Caesar. Khamis lepas, 5.50 ptg.
Sender :
Papa In d House.
Sent :
28-Aug-2004
20:15:42
Wah, kawan aku sudah bergelar Ayah.
Sekalung Tahniah aku ucapkan pada beliau yang memang membaca Blog aku ini.
Pesan PENTING aku , jangan sesekali ngko namakan bayi comel itu Razzi kerana aku bimbang. Bimbang nanti kelak engkau terpaksa usung kamera ke hulu ke hilir.
Nanti kelak, engkau akan dikenali sebagai PapaRazzi.
Teringat aku pada saat-saat genting tatkala ketika aku mula-mula bergelar Abah.
Sepertimana pasangan muda yang lain, kami tak ada langsung pengalaman menerima kehadiran cahaya mata hati kami. Semuanya menjadi pertama kali. Pertama kali membeli-belah barangan bayi, pertama kali mengalami sakit pagi (morning sickness), pertama kali membelek buku nama-nama bayi, dan pertama kali menjadikan segala-galanya pasti.
Aku membuat persediaan dengan lebih ilmiah secara membaca buku-buku dan artikel tentang kelahiran. Tentang contractions, tentang bukaan, tentang menyediakan diri menghadapi detik-detik antara hidup dan mati.
Yaabnna, ngko jangan cakap banyak. Ngko apa tahu.
Kami memilih untuk menghadapi detik-detik itu di klinik bersalin swasta di atas alasan bahawa misi-misinya kurang lazer berbanding di hospital kerajaan. Harga yang harus dibayar untuk ketenangan halwa telinga.
Aku bertanya pada Doktor samaada aku boleh berada di dalam bilik buruh (Labour Room) atau tidak. Aku menerima jawapan yang membuatkan aku hanya mampu tersenyum kelat.
‘Kalau tak mabuk darah, saya akan paksa semua suami berada di situ, biar mereka tahu betapa sakitnya bersalin’.
Beberapa hari sebelum due date, jam 11 malam, isteri aku ‘turun’ tanda.Aku dah gelabah mengalahkan ‘cipan nak beranak lapan’ (pinjam ayat ngko ehh). Mengikut ilmu perubatan yang aku sempat belajar dari majalah Ibu, aku cepat-cepat cari jam. Nak kira selang berapa minit contractions konon. Tapi menjelang tengah malam, rasa sakit dah hilang dan aku tertidur dengan jam di tangan. Membilang contractions pada diaphragm dengkuran aku.
Esoknya kami keluar kerja seperti biasa. False alarm kot. Menjelang tengahari, isteri aku rasa letih dan lemah. Kami ke Klinik untuk mendapatkan MC. Apabila diperiksa, isteri aku terus dimasukkan ke bilik khas menunggu.
Yaabnna, jangan ngko tanya apa-apa. Ngko duduk diam-diam, orang tua nak cerita.
Menjelang petang, isteri aku dimasukkan ke dalam bilik buruh kasar. Aku masuk sekali dengan debaran mengalahkan debaran menunggu Aznil mengumumkan siapa yang akan terkeluar.
Kesakitan menjadi berselang beberapa minit sahaja. Aku pegang tangan isteri dan mengusap-usap rambutnya. Peluh dah berbutir-butir timbul di dahinya.Aku tahu yang dia mengalami kesakitan. Aku cuma mampu menyabarkannya.Aku beri kata-kata perangsang dan aku ajarkan teknik pernafasan.
Setelah beberapa lama, kesakitan semakin panjang. Aku dah hilang kata-kata perangsang. Apa yang boleh aku buat ?
Yaabnna, aku dah cakap jangan nak menyampuk! Nak kena budak ni.
Tanpa aku rancang, tanpa aku fikir panjang. Aku tanya dia ‘sakit ke yang..?’
Dia cuma geleng-geleng kepala sambil menahan sejuta kesakitan dan kata ‘jangan tanya..’
Setelah beberapa lama, dengarlah suara bayi kecil dan merah menangis panjang. Doktor mengangkat tinggi. ‘A boy..’katanya pendek.
Aku mengucup dahi isteri aku dan berkata ‘Syukur alhamdulillah, dah selamat, baby boy’. Tangan kami bertaut erat. Lambang kasih dan sayang kami telah keluar dari kandungan.
Senyum aku petang itu selebar pelangi, semanis mentari. Aku sudah bergelar ayah. Akan aku curahkan sepenuh kasih sayang aku padanya dan pastinya sebakul mainan budak lelaki (ayahnya dulu tak dapat main, konon beli kat anak). Syukur pada Tuhan. Bayi dan isteri sihat dan cukup sifat. Bertambah zakat fitrah aku tahun itu, bertambah besar tanggungjawab aku selepas itu.
Itu cerita 7 tahun yang lalu.
Sehari selepas anak sulung aku dilahirkan, di dalam klinik yang sama. Isteri aku mula mendapat tenaga dan mula nak bercerita.
‘Abang, masa abang tanya sakit ke yang ? rasa macam nak terajang aje…’
Nasib baik aku tak terpelanting ke sudut bilik petang semalam.
TAHNIAH buat seorang teman yang akan kurang tidurnya, lebar senyumnya, bertambah zuriatnya dan bertambah anak Adam.Cuma berkurang budget bulanan untuk aksesori kereta dan komputernya sahaja.Kegembiraan menjadi warna-warna yang terang dan tali kasih sayang menjadi simpulan.
~d’arkampo.
4 comments:
‘Abang, masa abang tanya sakit ke yang ? rasa macam nak terajang aje…’
nasib tak kena terjang ek.kalo mar..mar terajang jek.hehehe :D
cerita2 pasal beranak ni mcm seram jek..hehe
soklan best kau tanya yek...sakit ke??
kalau aku agaknya dah kena terajang, tapi aku pura-pura terterajang la....mana boleh terajang laki...
aku dulu beranak kena operate, sebab aku duduk wad tingkat 3, kira tinggi lah, so darah aku tinggi, maka keluarlah baby boy seberat 1.2 kg jer....yang skerang dah macho macam adam tu...
d’arkampo, jumpa jugak ekk. :)
Post a Comment