Sunday, December 26, 2010

Rahsia

...

Kat Kuala Terengganu pun ada Secret Recipe la Ngah....

Kau jangan buat koman eh...

he he

~po.

Thursday, December 23, 2010

Kadang-Kadang Kita Mahu Berada Di Satu Tempat Yang Semua Orang Tahu Nama Kita.

...

Hujan turun lebat semenjak subuh. Belum kelihatan tanda-tanda mahu lebuh.

Selamat Hari Jadi Yang....

The chocolate indulgence and the white Lilies may arrive a bit late. I'm sorry.

Hujan lebat sangat. Saya kena redah situ sini. Harung air lagi semenjak pagi. Ingatkan Secret Recipe bukak pukul 10. Pukul 11 rupanya.Sejam saya tunggu depan kedai. Nasib baik ada Nokia N8.

I may not be the first one SMS wishing you happy birthday this morning..and when i received your SMS saying that you are sad for I'm not the one wishing you...I was actually standing in the rain in front of the flower shop with a cake in hand. A cake that has a big red love sign on it.

I was standing in the rain for you.

~po.

Wednesday, December 22, 2010

Good Bye to you, King...

...

Sembilan belas sembilan puluh empat.

Ketika itu, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya masih belum mempunyai bangunan mereka sendiri. Menumpang di satu blok bangunan yang dikenali sebagai Bangunan IPT yang menempatkan dewan-dewan kuliah yang besar, bilik-bilik tutorial yang kecil dan memanjang di bangunan bersebelahan.

Kami terpaksa berkongsi dewan kuliah dengan pelajar-pelajar Pengajian Islam yang Fakultinya terletak bersebelahan juga.

Bangunan IPT itu juga menempatkan Muzium Seni Asia yang menempatkan artifak-artifak seni dari seluruh Asia untuk kajian para pelajar ketika itu. Aku cuma pernah masuk sekali sepanjang empat tahun pengajian di situ.Ada yang tak pernah masuk langsung.

Gambaran-gambaran yang ada dalam kotak ingatan aku banyak berlegar di bangunan-bangunan itu. Di dataran IPT. Di dewan-dewan kuliah yang besar. Di tempat letak motor. Di lorong-lorong bilik tutorial. Di satu sudut yang turun temurun digelarkan sebagai 'Blues Corner'. Di perpustakaan Undang-Undang.

Malam tadi.

Aku menerima satu mesej.

Seorang sahabat sedang tenat di hospital Putrajaya. Doakan supaya dia diberi kerahmatan.

terus, aku menjadi seorang pengingat.

Terbayang-bayang dia berjalan di lorong bilik-bilik tutorial. Dengan seluar jeans saiz besarnya. Dengan t-shirt gedabaknya. Beg sandang yang kecil dan tak padan dengan saiz badannya yang besar.

dan dia akan menjerit menegur aku.

'Hoi Buyong! hang tak dak kelas ka?'

Imej-imej itu seakan berulang-ulang. Auto-rewind.

Di meja makan, aku cuba mengingat nama panggilan dia. Kami semuanya ada nama gelaran tersendiri. Kadang-kadang untuk senang mengingati.

Tiba-tiba terkeluar dari mulut aku...

'king..'

ya, kami panggil dia sebagai King.

Entah, aku pun tak tahu kenapa. Semua memanggilnya dengan nama King.

Mungkin sebab badannya yang besar. Aku tak pernah tanya padanya. Ketika itu, asal usul tidak penting mana.

Tak penting.

Semenjak dari keluar Universiti, aku langsung tak bertemu dengan King. Khabarnya dia meneruskan kerjaya dalam 'service'. Perkhidmatan awam.

King.

Malam tadi, memori dengan susah payah mengingati setiap detik yang terakam.

Malam tadi juga, jam 2 pagi.

Aku menerima mesej.

King sudah tiada lagi.

Pendarahan dalaman akibat ulser dalam perut. Akan dikebumi di Putrajaya selepas solat Zuhur hari ini.

...

Pagi tadi aku terima mesej dari Kak Ina, buddy aku ketika di Universiti. Memberitahu perkara yang sama.

Aku membalas mesej Kak Ina.

"kak..saya terbayang lagi King di lorong antara Bilik Tutorial dulu...."

Al-Fatehah buat mu, King.
Semoga rohmu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertaqwa padaNya.

good bye to you, king.

~po.

Thursday, December 09, 2010

reminiscing 40 years of living...

...



Someone wrote on the wall of my facebook yesterday;

"your life ain't a fairytale anymore, you're 40"

Forty.

Suddenly a gush of memories came pouring in.

Yan, a friend; once said to me. When he came back to his tiny rented room in PJ from varsity class and found me on the TOTO still sleeping. It was 1 o'clock noon.

He said;

"masya Allah..get a life man."

With weary head and barely opened eyes, I got up and went to the outdoor toilet.

Brushing my teeth while watching the green scenery. The words kept lingering inside my head.

get a life.

Not long after, I packed my bags and went 'balik kampung'. I found a place to do my chambering and after 9 months, I've got myself a job and still at the same place ever since.

Found my soulmate, we clicked superbly and now we have 4 kids until she decided to 'tutup kedai' due to age and other surrounding factors.

I love her with all my heart and not a bit lesser from the moment I first saw her.

Four growing kids, means everything to me. Watching them grow before my eyes is something that I would cherish every single moments. Four fine children, Insya Allah; one day will make me in tears of being a proud father. Still, trying very hard to be the best dad in the world.

neverending effort.

Later, when I was diagnosed with psoriasis, a skin disease that according to medical studies, incurable and the doctor said; the medicine was just to keep it from spreading, have lots and lots of doa.

I have mixed feelings.

on one small side, I asked, muhasabah; what have I done to deserve this test from Allah though I know that before He give something good, He would start with a test that I can manage to endure it. With His permission.

on one larger side; I am thanking Him with doa and prayers. Others have to live through a higher test, more chronic, more complicated and bigger hardship than me.

what blessing that i'm trying to deny?

Reminiscing 40 years of living, i think..i have a good life.

Alhamdulillah.

True, my life is not a fairytale but my journey of life converts to one. Here.

They say, life begins at forty. Partly true. If you applied the philosophy of cycling, the climbing is the hardest part, the slowest part and the most painful part but when it begins to go downhill, that's the easiest and fastest but the thrill and sensation shortlived. It takes more time climbing than cycling downhill.

So, this is the downhill stage. Time is getting shorter.

In forty years, I have became a man. A simple man with ideas and blessed with a happy family surrounded with great friends. Incredible people.

Happy birthday to me.

Life is good.

All praises to Allah.

..get a life, man.

~po.

Wednesday, December 08, 2010

Tuesday, November 23, 2010

raya korban dan pengorbanan

Di dalam kereta.

Baru pulang makan malam dari sebuah gerai di Kampung Padang Air.
Penuh air sekeliling dan di tepi-tepi jalan. Hujan baru berhenti.

Kami suami isteri sedang berbicara tentang Rukun Islam kelima. Tentang Haji, tentang Baitullah.

Tentang Che' yang masih belum berkesempatan.

Arwah Ayah dulu pernah berniat untuk mengerjakan Haji sekelamin tapi Tuhan lebih mengetahui. Hanya Arwah yang sempat.

Tapi itu cerita lain.

Kami bercerita tentang tanggungjawab, tentang impian, tentang pengharapan.
Kami bercerita tentang adik abang.
Kami bercerita tentang komitmen, tentang segala macam permasaalahan.

Kakak bertanya;
Kenapa tak bawa Wan ke sana?

Isteriku tenang berkata. Aku hanya mendengar.
kalau dah cukup rezeki, kita akan bawa Wan sama-sama buat Haji nanti...

Kakak menyambung;
Ambil sahaja duit kakak dalam bank.

Isteri bertanya menduga. Aku sekadar mendengar sahaja.
Berapa duit kakak ada dalam bank?

...dua ratus.

Isteriku ketawa.

Aku hanya mendengar sambil memandu di gelap malam. Hujan merintik menimpa skrin hadapan.
Maher Zain bernyanyi-nyanyi...Allah Allah Kiya Karo... dari corong pembesar suara.

Cerita pengorbanan di Aidil Adha.
Terima kasih kakak.

~po

Allahi Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.

Keep saying the name of Allah,
Don't hurt anybody
He, who is the ruler of the world,
Keep taking (reciting) his name.

Sunday, November 14, 2010

Tamara Eka

...

Cerita ini akan bersambung di suatu hari nanti tetapi bukan hari ini.

Bukan hari ini.

Bukan.

~po.

Wednesday, November 10, 2010

Falsafah Basikal II


Nampaknya entry 'falsafah basikal’ aku menjadi bacaan khalayak.

Aku dah mula rasa bimbang.

Mesti otai-otai basikal kat luar sana bengang kat aku. Baru setahun anak jagung muda main basikal dah tulis macam-macam. Tapi tak apa lah, ilmu kalau tak dikongsi akan jadi geografi, ia tak akan jadi ilmu alam.




Falsafah tuh.

He he he




 Yang boleh aku katakan di ruang sesempit ini adalah;




Anda tahu anda sudah terkena ‘getah’ tayar basikal bila…

  • Anda menyimpan basikal di dalam rumah. Tak ada peliknya.

  • Anda tahu setiap jalan pintas, jalan parit taliair, jalan tanah merah dan jalan kampong dalam radius 50km daripada rumah anda.

  • Anda rasa helmet basikal dan baju basikal itu satu fesyen yang anda mahu ubah selalu.

  • Kalau anda melihat orang menunggang basikal, anda akan tenung pada basikalnya, perhati jenis apa, model mana, suspensi penuh atau hardtail, gadget apa yang ada pada basikalnya, bajunya, kasutnya dan macam-macam lah. Tak berkelip kadang-kadang.

  • Kalau anda bertembung dengan grup berbasikal di jalanraya, secara automatik anda akan perlahankan kenderaan.

  • Anda ambil tahu tentang acara-acara berbasikal yang diadakan dalam Negara dan tertanya-tanya; kenapa tak ada acara sebegitu di tempat anda.

  • Anda membeli macam-macam lampu untuk diletakkan pada basikal, lampu suluhan terang, lampu kelip (blinkers) dan sebagainya sedangkan anda tak pernah atau jarang-jarang buat ‘night ride’.

  • Kulit anda berbelang-belang di peha,lengan dan tengkuk akibat jemuran cahaya matahari.

  • Anda tahu beza antara mountain bike dengan road bike. Pasti.

  • Anak-anak anda akan menjerit di dalam kereta; ‘Bah! Basikal Bah! Basikal Bah!’ bila melihat orang lain berbasikal lengkap dengan pakaiannya dan alatan keselamatannya.

Dan macam-macam lagi lah. Anda sambung….
Tapi yang sahih, anda tidak dapat menafikan keseronokan berbasikal dan the journey itself.

Bak kata John F Kennedy; “Nothing compares to the simple pleasure of a bike ride”

Bagi aku pula, berbasikal ini memberi peace of mind kerana ketika menunggang aku lantas lupa kepada segala permasalahan semesta, lupa pada kerja, lupa pada komitmen, lupa pada dunia yang bergerak pantas tanpa menunggu sesiapa.

Ketika menunggang, kita hanya tumpukan perhatian pada jalan. Kita melihat sekeliling dengan lebih dalam. Kita perasan benda-benda yang tak pernah kita ambil peduli semasa memandu kereta.Kita akan perhatikan segala benda dalam rentak yang berbeza.

Contohnya; Setiap hari, aku akan melalui jalan ke arah lapangan terbang setiap kali balik ke rumah sebab rumah aku berhampiran dengan lapangan terbang tetapi aku tak pernah perasan benda ini.



Bila naik basikal baru aku tahu yang sudah banyak 'g' dalam negeri "Terengganu".

Kita akan mulai menyedari benda-benda remeh yang sebenarnya amat cantik dan indah jika dilihat dari kelajuan yang berbeza. Sama seperti hidup kita.Tak banyak bezanya.

Bagi aku, tak perlu membeli baju yang mahal-mahal dari kelab basikal seluruh dunia, tak perlu beli kasut basikal yang ada ‘clip’ dan diperbuat dari karbon. Tak perlu pakai seluar ketat yang menampakkan apa-apa yang selama ini orang lain tak nampak. Tak perlu gajet gajet yang canggih, tak perlu hydration bag yang mahal. Tak perlu tukar-tukar tayar knobby kepada tayar slick setiap minggu.

Tak perlu semua itu.

Cukup dengan apa yang ada. Sehelai baju T, seluar yang sesuai, kasut sukan, setokin dan semangat kita sahaja. 

Tak perlu fancy-fancy jika sekadar untuk riadah.

Kerana berbasikal itu sangat simple konsepnya. Duduk di atas pelana dan kayuh sahaja. Dekat atau jauh, pakai topi keledar dan pakai kasut serta sarung tangan demi keselamatan diri kita.



Tak perlu cari sungai hendak diredah, tak perlu cari hutan hendak diteroka. Akan tetapi kalau sekiranya ada dan kalau buat aktiviti masuk hutan, redah anak sungai secara berkumpulan, tak dinafikan ianya memang menyeronokkan. Saya tahu, saya pun buat begitu.

Seperti pesan blog-blog otai basikal. Jadikan berbasikal itu satu lifestyle.

Sehingga kita bersua kembali.


“enjoy your ride".

~po.(sumber-sumber artikel dan gambar diambil dari internet)




Monday, November 08, 2010

Berkat Sabar Mu Itu...

...


Berkat sabarmu itu
mana tahu
gerimis akan berlalu
dan pelangi akan muncul
dengan warna-warna hatimu


Berkat sabarmu itu
mana tahu
camar akan terus berlagu
walau senja menyinsing waktu
dan malam akan bertamu


Berkat sabarmu itu
mana tahu
Tuhan akan kabulkan doamu
dan kau akan ketemu
cinta yang kau tunggu-tunggu


Berkat sabarmu itu
mana tahu
di saat kau merindu
dia pun turut sama
melukis bayang-bayangmu


Berkat sabarmu itu
mana tahu
Tuhan sebenarnya telah mengujimu
dengan perjalanan yang penuh liku


Berkat sabarmu itu


mana tahu


Mana tahu
laluan yang mudah
bunga yang mekar
taman yang indah


Tersedia
buatmu


dan doamu diiring dengan berkat sabarmu itu.


~Po. 11 Ogos 2008~


**********************
Amin. -HH- :-)



Sunday, November 07, 2010

Nyanyian Serambi

...

Rumah Che' tak jauh. Kurang dari 12 kilometer daripada rumah.

Tapi komitmen yang banyak menyebabkan aku tak mampu menziarahi Che' sekerap yang aku inginkan.

Aku tahu, itu bukan alasan.

Pagi semalam,aku melihat langit yang agak mendung tetapi tidak menampakkan tanda-tanda akan hujan,angin pun berhembus perlahan.Hari yang cukup tenang.

Lantas, aku capai 'glove', kasut, 'helmet' dan sebotol air kosong. Aku keluarkan basikal dari ruang tepi dan aku mula berkayuh.

Perlahan-lahan.

Melihat-lihat beberapa kawasan yang sudah mulai ditakungi dan digenangi air hujan. Meredah jalan-jalan kampung yang sempit dan mengelak-elak tahi lembu yang bertaburan.

Teduh dan mendamaikan.

Lebih kurang setengah jam atau mungkin empat puluh lima minit.

Aku sampai rumah Che'.

Che' melihat-lihat dari dalam rumah. 'Budak mana yang nakal main basikal sampai masuk ke dalam garaj..' kata hati Che' yang dia ceritakan semula.

Minum pagi dan makan nasi minyak yang Abang aku lebih beli.

Langit masih mendung dan kadangkala merintik dengan hujan di pagi Sabtu yang syahdu.

Kata Che', dia rasa tak 'selera' nak masak hari ini.

Jadi, aku dan Che' sekadar duduk-duduk di serambi sambil-sambil bercerita. Cerita tentang basikal aku dulu. Baru aku tahu yang basikal Yokohama biru aku rupanya dicuri semasa aku melihat orang bermain bola di kampung.Aku balik menangis. Aku pun sudah lupa.Langsung.

Che' cerita tentang basikal abang aku yang kalau aku sentuh pasti aku kena marah.

Che' cerita tentang ada seorang budak perempuan yang sekarang ini setiap gelap-gelap pagi akan lalu berbasikal depan rumah Che' untuk ke sekolah dan Che' timbul rasa bimbang lalu Che' berdoa setiap pagi untuk anak itu.Che' kata dia teringat akan cucu-cucunya.

Che' cerita tentang Norli yang selalu datang ke rumah untuk jemput aku naik teksi (beca)Pok Awang yang tak suka menunggu walau seminit pun. Che' cerita tentang Mat Senu yang selalu jemput aku dirumah di Batu Buruk untuk ke sekolah jalan kaki. Dilaungkan "adik! adik!" memanggil aku dari luar rumah kami dulu.

Aku cerita yang aku akan mandi parit sebelum sampai sekolah. Che' terkejut besar. Patut la kata Che' yang aku suka sangat jalan kaki pergi sekolah.Che' tanya aku; air parit tu bersih ke? Aku hanya mampu senyum.

Che' cerita tentang Mokcik Chik yang sedang sakit. Che' cerita tentang Che Ngoh Munoh yang sudah lama meninggal dunia. Tentang Ayohsu Bakkor yang berbini dua di Besut. Tentang Ayohsu Hassan yang lama tak tahu khabar berita.

Che' cerita tentang Abang Lan, Abang Lid semasa muda. Abang Lan yang naik basikal gelap-gelap hari ke Sekolah Padang Midin dari Batu Buruk. Kaki Abang Lan yang besar dan berurat, bila ditanya, Abang Lan kata kaki dia sesuai untuk 'gohek teksi' (mengayuh beca) sebab masa tu dia hanya belajar di aliran melayu sahaja.

"Jaddi Cekgu Besor jugok, Abang Lang mung.."

Che' pandang aku sambil senyum.

Sekali sekala aku bercerita tentang sakit Psoriasis aku.
Tak ada keturunan kau yang ada sakit tuh, kata Che'.Tak ada.

Kebanyakannya Che' hanya bercerita. Tentang anak-anaknya. Cucu-cucunya dan cicit-cicitnya. Aku hanya banyak mendengar. Di atas kerusi rotan di lambur rumah (serambi).

Che' tak ada 'selera' nak masak hari ni. Katanya.

"kalu mung nok makang, Che' nok gi massok ning..?. Tanya Che'.

"dakpe ah Che'...kenyang agi". Aku menghalang.

...dan aku sambung mendengar cerita-cerita Che' yang bagaikan nyanyian.Sudah amat jarang kami habiskan masa hanya dengan bercerita.Segala cerita di dunia.

Kadang-kadang Che' akan pandang ke jauh lontar pandangan. Ke arah kawasan perumahan yang baru naik dihadapan rumah.Ke arah Bangla-Bangla yang sedang tekun bekerja.

Ada kadang-kalanya itu, sambil-sambil bercerita, Che' akan diam.

Aku lihat ada sejuta lagi cerita di dalam mata Che'.

"ayoh mung dulu beli basika laing lepah basika biru tu kena curi..."

Kata Che'.

"dia beli basika laing..." angguk Che' tanpa melihat aku.

Che' lontarkan jauh pandangan semula. Ke arah kawasan perumahan yang baru hendak naik dihadapan rumah.

Aku pun begitu juga.


~po.

Tuesday, October 26, 2010

sesekali ku rasa teringin...

...

kadangkala aku juga teringin.

Muatnaik gambar-gambar di kota-kota seperti Milan, Paris, London,Tokyo, Nagoya, Los Angeles, New York, Moskova, Strasburg, Delhi, Agra, Rome...dengan aku berdiri berlatarbelakangkan monumen-monumen tersohor

di Facebook.

Tapi, aku sangat teringin memuatnaikkan memori ketika aku menjejakkan kaki di bumi Anbiya' berlatarbelakangkan Masjidilharam, Jamrah, Uhud, Arafah, Mina dan Nabawi.

InsyaAllah.

Suatu hari nanti.

Doa aku dan doakan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

~po.

Thursday, October 21, 2010

See You Di IPT...

...

Teringat dulu. Di usia remaja. Zaman persekolahan.

Tuhan jadikan perasaan. Tuhan bangkitkan rasa kasih dan sayang.

Keinginan untuk berteman.

Lalu, mencari dan berjumpa. Berkenal dan bermesra.
Saling meluahkan rasa. Bertukar cerita. Menguntum senyum selembut sutera.

Tiba-tiba...

Sekali Bapaknya hantar dia ke sekolah naik Mercedes la.

Aiseh man.

Anak orang kaya la beb.

..ada sekali aku luahkan rasa kepada seorang sahabat. Betapa tinggi langit dibandingkan bumi. Betapa beza rumi dan jawi.

Taraf dan kufu tiba-tiba menjadi isu.

Sahabat berkata;

“pipit mana kan mampu terbang setinggi enggang...tapi pipit mampu masuk U dan belajar buat sayap yang lebih besar. Satu hari nanti Pipit dan enggang akan terbang sama tinggi.”

Kata dia.

Lalu aku pegang kata-kata itu.

Aku masuk U.

Sekarang si enggang entah ke mana terbang,

Si pipit pulak, gayat weh terbang tinggi-tinggi.
Cukuplah sekadar di bumi.

Cukuplah.
Syukur kepada Ilahi.

~po.

Thursday, October 14, 2010

Ai

...

Hari ni Khamis. Biasanya aku tak ikut dress code kalau hari Khamis sebab rasa macam nak kerja lebih santai sebelum hujung minggu Jumaat.

Staff-staff lain pun begitu juga.

Jadi, hari ni aku pakai kemeja kain Khaki warna biru gelap letak luar. Jeans biru dan kasut Crocs kelabu.

Ketika aku melintas hendak keluar tengahari tadi. Ada staff perempuan yang sedang duduk di kerusi menunggu di pejabat aku yang menegur.

"smart bos hari ni..."

Aku berhenti di muka pintu dan aku tanya dia semula.

"ada macam Fahrin Ahmad dak?"

Dia buleh gelak guling atas kerusi.

Apa?

Apa yang Fahrin ada yang aku tak de?

~po.

Wednesday, October 13, 2010

Harga Diri

...

aku baru mendapat tahu. Bermula minggu lepas, harga rokok sekotak 20 batang untuk brand yang arusperdana (mainstream) adalah...

RM10.00

pergh....

it sure is damn expensive to be a smoker nowadays.

Alhamdulillah...

it's been 3 years.

~po

Tuesday, October 12, 2010

womanhood

...

kak,

Dengan izin Tuhan, kakak dilahirkan dalam millenium baru. Tahun 2000.Satu permulaan yang serba baru.

Kakak mula berjalan dalam usia yang awal. Tak silap Abah, 11 bulan.

Kakak mula sekolah juga dalam usia yang awal. 5 tahun.

Segala-galanya seolah-olah serba awal buat kakak.

Kakak menjaga adik-adik melangkaui usia kakak. Kakak bancuhkan susu, salin pampers, tidurkan adik dan serba kelakuan yang dewasa.

Kadang-kadang, bila kakak buat perangai sebagaimana kanak-kanak normal seusia kakak. kami lupa, kami menjadi lupa yang kakak masih kanak-kanak. Masih darjah empat.

Maafkan kami kak, kami lupa di kadang-kalanya.

Kami anggap kakak bagaikan anak kami yang telah dewasa, telah matang dan telah mencapai usia.

...dan bila semalam. kakak menangis sehingga tertidur sendiri.

kami juga menangis di dalam hati.

Kami peluk kakak, kami belai kakak.

Dalam usia 10 tahun.

Tuhan telah mendewasakan kakak lebih awal dari kawan-kawan kakak yang lain.


kak,

Terimalah dengan tabah. Menjadi wanita bukan perkara mudah.
Jangan tinggal solat.

Selamat datang ke alam kedewasaan.
Our love and our prayers for you kak.

~po

Thursday, October 07, 2010

Ini Semalam Punya Cerita

...

Pukul 5.30 petang gua siap angkat wudhu' nak solat Asar. Gua lalu depan pintu, partner gua panggil. Rupanya dia baru habis bicara, nak ajak sembang-sembang pasal kes rogol dia. Gua dah resah, Asar belum solat, anak belum ambik.

Dengar la sembang kejap, talipun tangan dia berdering. Dia jawap terus gua pecut masuk bilik. Solat Asar.

Dua malam lepas, gua dengan geng KBC buat night ride. Semenjak lepas puasa, ni baru first time buat nite ride nih. Rasa best sangat bila kayuh dalam cuaca malam. Best lagi bila panjat bukit Grammar, gua 'tumpang' motor Awang yang volunteer jadi marshall malam tu.

Gua lepas solat Asar terus pecut packing barang masuk beg, pakai kasut dan terus pecut turun tangga. Rasa fit sket hari ni.

Gua start enjin mitsubishi gua terus masuk D. Jam dah 5.50 gitu. Lepas keluar lorong opis gua, jalan jem la sikit, sini, 8 kereta beratur gua dah isytihar sebagai jem.Lebih-lebih kalau dah dekat jam 6 petang. Orang sini mana ada kerja lebih masa teruk-teruk.

Masa gua drive, gua dah on satu angan-angan. Bila cuti sekolah nanti gua nak cuba RTW sekali tengok camana. RTW tuh singkat utk Ride To Work atau kayuh gi keje.

Gua start kayuh dalam pukul 7.30 ke...dalam 45 menet gua target dah buleh sampai opis. Tapi gua pikir, kena mandi la pulak bila dah sampai opis kan? kena la bawak towel siap2. Kat opis pulak memang ada bilik mandi tapi tak ada sejarah orang mandi kat opis gua.

Kalu gua bertowel sambil jinjit baldi kecik dan gigit berus gigi lalu depan staff gua untk ke tandas. Mau rebah staff perempuan gua terus demam 3 hari MC.

Takkan gua nak sumbat towel dalam beg sambil galas dan RTW. Tak rock la bos beg galas besar2. Bukan nak gi Kolumpo.

Aiseh. Banyak benda gua kena pikir ni sebelum RTW. Pakaian camana. Balik camana. Semua benda lah.

Tiba-tiba...

Gua tepuk dahi.

PAP!

Gua dah separuh perjalanan balik.

ANAK-ANAK GUA LUPA AMBIK!

aisehhh....

~Po.

Thursday, September 30, 2010

The River Lui by Aizat Amdan

...

Close your eyes for me
Listen to the world
Don’t you ever doubt your place here
Even if it has changed it would still be beautiful in our eyes
As long as you believe

Laughter hurt and separation
The long road ahead now full of obstacles
Is this what I want?
Or am I just chasing this life
I do hope that you would still have the faith

Is this what I want?
Or am I just chasing this life
I hope that you would still have the faith

Open your eyes
Let me hold you in my arms
We are still young and naive
I hope that you would still believe

All these while
All these while
All these while
All these while
All these while

translation by Po

Monday, September 27, 2010

he ain't heavy...he's my brother.

...

entahlah. Kadang-kadang bila memikirkan tentang kehidupan. Jarang kita akan melihat kita dari sudut yang lain. Dari sudut yang bertentangan.

melihat dari atas ke bawah tentunya berbeza dengan melihat dari bawah ke atas.

tapi melihat gelas separuh penuh sama sahaja dengan melihat gelas separuh kosong. Visualnya. Falsafahnya sahaja yang berbeza.

entahlah.

Monday, September 06, 2010

Selamat Hari Raya ~ sebuah cerita sedih.

...

Pagi itu aku bangkit sedikit lewat. Hampir-hampir tujuh setengah.Malam tadi punyalah syok sembang, lupa esok hari raya. Esok hari raya.

Bilik mandi pulak penuh. Full house.

Aiseh..

Dekat-dekat pukul lapan baru aku buleh masuk bilik air separuh terbuka di belakang rumah. Mandi telaga.

Selesai mandi, aku sarung baju melayu dan seluar melayu. Sampin tak ada. Mahal.

Aku cari songkok merata. Tak jumpa, entah mana aku letak, tahun lepas punya Raya.

Ayom dah menunggu lama di tepi jalan besar. Picit hon dah beratus kali. Motosikal Honda Cup lampu bulat.

Enjin bergetar. Brrrrr..brrrrrr.

Akhirnya aku give up. Aku capai saja kupiah putih tapi kuning warnanya. Tersangkut di tiang sebelah pintu masuk dapur.

Aku berlari keluar. Capai selipar jepun cap Tat Sing.

Terus lompat belakang motor Ayom. Terpaksa paut pinggang dia, besi para belakang dah buang.

Ayom merempit. Ciluk kereta lori dan pajero sebutir dua. Kelajuan maksimum dalam enam puluh. Laju.

Sampai di Masjid Ladang.

Pagi hari raya aidil fitri.

Aku cakap kat Ayom yang perlahankan motor sebab nak masuk pagar masjid.Dari corong loudspeaker terdengar suara khatib.

"nasib baik sempat Yom..baru Khutbah..." bisik aku kepada Ayom.

...

Ayom pandang aku. Lama.

Seketika baru aku tahu maksud pandangannya itu.

"kepala hotak kau sempat..." mungkin.

Selamat Hari Raya semua! ha ha ha.

~po.

Wednesday, August 25, 2010

Tazkirah 15 Ramadhan

...

Usai solat Isya' malam tadi. Ustaz berpaling dan mengucapkan salam sambil membetul-betulkan mikrofon kecil yang disangkutkan di leher jubah putihnya.

Esok dah masuk 15 Ramadhan, katanya.

"Sudah masuk separuh masa kedua. Apa yang berlaku? Jemaah kita semakin longgar. Sepatutnya 15 Ramadhan terakhir ini lah yang kita kena lebih bersungguh, lebih meriah, lebih ramai kerana mengikut Hadith Rasulullah S.A.W. , Lailatul Qadar akan berlaku pada malam 10 Ramadhan terakhir.

Tinggal lah dulu urusan nak membeli belah, buat pada siang hari. Malam, kita lipatgandakan ibadah kerana beribadah pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. Bukan seribu malam!

Peliknya kita, kita hanya bersungguh pada 10 malam pertama Ramadhan."

Ustaz kemudiannya bangun.

As Solat Tu Tarawikh...! Muazzin mengucapkan seruan.

Aku mengangguk dan mengangguk. Sambil bingkas bangun untuk qiam.

Sama-samalah kita mengimarahkan 15 Ramadhan terakhir ini dengan ibadah.

Wallah'ualam.

~PO.

Sunday, August 22, 2010

Mesej Kosong

...

Ketika kami semua seolah tidak mempercayai bahawa seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi.

Aku tiba di rumah. Masih dalam kereta. Meluncur perlahan masuk ke dalam garaj.

Telefon bimbit aku berbunyi tanda mesej masuk.

Daripada seorang sahabat baik di Kuala Lumpur.

Sebuah mesej kosong.
Kosong.

Aku tunggu seketika. Tiada mesej lain yang masuk.Lalu, aku menelefonnya.

Aku tanya...'apa benda ko nak bagitau? mesej kosong je?'

Dia gelak kecil. Tu namanya mesej kosong! katanya.

Aku sebenarnya tak tahu nak kata apa tapi aku nak kau tahu tu. Sambung dia.

...

Kami sembang. Lama. Macam-macam hal tetapi sebahagian besar tentang arwah dan keluarganya.

Ada ketika-ketikanya, kami hanya diam.

..dan dia berkata; dalam versi asalnya.

"hidup kita ni macam gini la kan...macam one day you are on facebook, the next day, you are gone."

Aku diam.

Diam.

Mengingatkan aku, aku kena update blog banyak-banyak.

~po.

Thursday, August 19, 2010

...dan soldadu itu kembali ke rahmat Allah.

...

Aku bergegas ke Hospital Sultanah NurZahirah setelah mendapat mesej yang doktor akan mematikan alat bantuan pernafasan.

Setiba di Hospital, ramai yang sudah memenuhi ruang tingkat 8, kebanyakannya berbaju batik, kebanyakannya kenalan beliau dan isteri beliau. Kebanyakannya para pendidik sebagaimana sahabat dan isterinya juga.

Beliau aku lihat sama seperti semalam. Tiada perubahan kecuali muka dan kaki beliau agak sembat dan bengkak. 3 hari tidak dijalankan hemodialisis.

Aku lihat Dr. Mat Piah, sahabat kami juga sedang berdiri di sisi sambil membacakan surah Yassin.

Aku merapati.

Isteri beliau tampak tabah dan kuat walau sesekali bila dipeluk sahabat handai, beliau akan turut sama mengalirkan airmata. Mungkin beliau sudah redha dengan hakikat dan iradat.

DariNya kita datang dan kepada rahmatNya kita akan kembali.

Mereka menunggu anak-anak beliau naik sebelum mematikan mesin bantuan pernafasan itu. Semua nampak tenang. Keluarga beliau dan para handai taulan semuanya diam bertafakur sambil membacakan surah-surah suci.

Ketika anak sulung beliau tiba ke wad sambil ditemani seorang saudara. Semua membuka jalan.

Anak gadis berusia 11 tahun itu bercucuran airmata. Tak dapat diseka airmata. Menangis dia.

Berombak dadanya. Bergetar tubuhnya.

Ayahnya sudah hampir meninggalkan dia, dua adiknya yang masih kecil serta ibunya.

Anak kecil itu ditenangkan oleh sahabat handai rakan taulan.

Aku terpaksa berkaleh ke tempat lain lebih jauh. Aku terpaksa memalingkan muka. Aku mengalah dengan pandangan yang menyebabkan suara aku serak dan dada aku sebak.

Bila muncul adik-adiknya, mereka seolah terpinga-pinga, mereka belum mengerti akan hakikat dan ketentuan. Mereka masih kecil. Mereka masih dahagakan kasih sayang.

Jam 12.30 lebih kurang. Doktor mematikan mesin bantuan pernafasan.

Aku melihat graf pada mesin pengimbas, semakin menurun dan mendatar. Kadar denyut jantung hanyalah lebih kurang 30 denyut seminit. Difahamkan; otak beliau sudahpun mati (brain dead) dan hanya jantung yang masih berdenyut lagi.

Secara rasmi, jam 1.26 tengahari, beliau kembali ke Rahmat Allah. Tuhan sekelian alam.

9 Ramadhan 1431Hijrah.

Tidurlah wahai sahabatku, Norhisham bin Haji Muhammad (1970-2010). Tidurlah dengan lena.

...

'Gempur!' kata kami.

'Wira!'

katamu.

dan kelihatan dia di dalam barisan. Bertiga-tiga. Dalam seragam penuh. Bersama-sama dalam platun kami. Berlari dalam langkah yang pendek-pendek. Panas membahang. Peluh memercik dari hujung beret.

Dia bernyanyi.

perlahan.

"abang pergi...

tak kembali."

Rembang senja itu kami sama-sama ketawa. Kami kalah pertandingan kawad kaki tapi kami tetap bersama sebagai sahabat. Kau akan kami kenang sepanjang hayat.

~po.

Wednesday, August 18, 2010

Soldadu 2

...

Pada 29 June 2006 aku pernah menulis tentang dia. Seorang sahabat.

"…

Tatkala aku menekan butang lif. Pintu-pintu besi itu terbuka dan berbondong-bondong manusia berbagai jenis dan ragam melangkah keluar. Aku melangkah masuk dan pintu-pintu besi itu lantas tertutup bersama bunyi-bunyi keriuk yang menakutkan. Bagai berada di dalam kotak memori. Terurai ingatan. Setingkat. Demi setingkat.Demi setingkat.
…
Kami berdiri tegap di tengah panas membahang. Peluh memercik dan berjejeran di muka-muka kami yang legam. Basah bermandi hangat mentari.Namun, kami tetap mendongak kehadapan dengan maruah yang ditatang.

Sarjan Mat dari Regimen Askar Melayu bergerak ke arah kiri kami. Langkah-langkahnya tegap. Dadanya bidang.Derap bunyi bootnya dipacakkan ke atas tar yang meruap hangat.Lantas dia menggenggam kedua jari jemari tangannya lalu didakapkan ke dada.

Suaranya lantang.Pekik platoon leader yang memecah damai alam.

Skuad! Bertiga-tiga! Dalam satu barisannnnn!

Dari kiriiiiiip!

Cepattt Lareeey (lari)!

Kami menggenggam jari-jari kami dan didakapkan ke dada lalu memulakan langkah larian dengan langkah-langkah yang pendek. Seirama. Senada. Derap-derap bergema seiring dengan jeritan kami.

Kiriip..kiirip..kirip kanan kiriiip!

Kami sukakan gerakan kawad kaki ini yang biasanya diaturkan oleh Sarjan Mat di penghujung latihan. Ketika mentari tegak di atas kepala. Beret-beret kami tak mampu menahan kemilau sinar terang yang memancar.Gerakan berlari ini biasanya akan menutup latihan untuk pagi itu.Gerakan yang sentiasa bersemangat.

Kiriip..kiirip..kirip kanan kiriiip!

Sarjan Mat yang berlari di kiri mengiringi kami memulakan apa yang kami tunggu-tunggu.

Dia mula bernyanyi. Kami mengikut bernyanyi dengan bait-bait yang dilontarkan oleh Sarjan Mat. Harmoni suara-suara kami.Dalam berlari dengan langkah-langkah yang pendek. Bertiga-tiga dalam satu barisan.Selari.

Oh adikku!

Kau janganlah!

Engkau tunggu!

Abang pulang.

Abang pergi!

Tak kembali.

Agar adik

Carik ganti.

Satu ribu !

Dua Ribu!

Bait-bait pendek seirama dengan derap pendek larian kami diulang-ulang sehingga kami tiba semula di tempat permulaan.Biasanya, nyanyian kami menjadi lebih kuat dan bergetar apabila Sarjan Mat sengaja membawa haluan kami melintasi Aspuri (asrama puteri).

Bola-bola mata ayu yang mengintai dari celah-celah bingkai tirai.

Kata Sarjan Mat, itu lagu Komando sebelum pergi berjuang. Dalam nada semangat ada kesayuan. Ada getar demi maruah dipertahan.

Itu kata Sarjan Mat. Kami budak-budak pasukan beruniform sekolah sekadar menjadi teruja bukan kepalang.Kami mahu berjuang.Dia menyuntik semangat pahlawan.
…
Aku melangkah masuk ke dalam bilik di wad kelas dua. Melihat dia terbaring dengan mata terpejam. Kakinya bengkak, perutnya membuncit.Wajahnya memucat. Tangan-tangannya kurus menampakkan bentuk tulang.

Dia terjaga apabila aku menyebut salam.Perlahan seakan berbisik.
“po..” dia mengukir sekelumit senyuman. Kami bersalaman.Dia cuba menggagahkan diri bangkit tapi aku menghalang.

Kami bersembang. Lama. Air jernih kadang-kadang mengalir di pipinya. Mengingatkan kesakitan yang dialami. Mengingatkan anak-anak yang masih dahagakan belaian seorang ayah. Mengingatkan ujian yang Tuhan telah tentukan kepada umatNya.

Dia menderita akibat kegagalan kedua-dua buah pinggangnya berfungsi. Selama beberapa tahun ini, dia bergantung hayat kepada mesin Hemodialisis yang harus dijalani tiga kali seminggu. Tanpa mungkir.

Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba kakinya membengkak dan kulitnya mengeras serta menggerutu.Aku menjamahnya, bagaikan keras kayu.

Dia mula bercakap tentang pengakhiran dan pemergian.
…
Sarjan Mat memberikan command “bersuuuraii!”

Kami berpusing ke kanan dengan aturan ‘satu, dua tiga satu’dan setelah tiga langkah, kami keluar barisan. Berpecah tetapi masih dalam satu kumpulan. Tidak lagi selari, tidak lagi bertiga-tiga dalam satu barisan.

Sarjan Mat menghampiri kami dan berteriak “Gempurrrrr!!”

Kami sama menyahut dengan nada lantang “Wiraaaa!!”

Kata Sarjan Mat, itu adalah War Cry. Kata-kata semangat yang dilaung-laungkan oleh Regimen Gerak Khas di setiap masa agar kegagahan tetap tersemat di hati-hati mereka.

Sahabat aku yang satu itu tak mampu menyebut huruf ‘R’ kerana lidahnya pendek.Dia Cuma mampu menjerit penuh bersemangat.

“Wiyaaaa!”

Selepas itu, setiap kali Sarjan Mat berteriak “Gempurrrr!!”

Kami menyambutnya dengan teriakan “Wiyaaaaaa!!”

Disusuli dengan gelak ketawa kecil.

Kami budak-budak sekolah. Lama mana sangatlah semangat itu terhunus di dada, lebih-lebih lagi bila budak-budak perempuan ayu dari Pengakap Laut Kumpulan 13 berlalu dihadapan kami.
…
Setelah beberapa lama, aku meminta diri untuk berlalu.

Kami bersalaman dan aku mendakap bahunya sambil berbisik. “Sabar, Tuhan menguji hambanya dengan berbagai cara, hanya mereka yang bersabar mampu mengatasinya.”

“Hanya sabar yang aku ada…” bisiknya perlahan.

Aku melangkah dan aku berteriak lantang. Di dalam hati. Di dalam keinsafan dan munajad kepada Tuhan agar sahabat aku diberikan kerahmatan.

“Gempurrrr!!” Jeritan yang tidak kedengaran.

Sayup-sayup dari hujung sudut hatiku, aku terdengar dia memekik.

“Wiyaaaaa!!!”

Penuh semangat juang.Penuh aura seorang pahlawan.
…
Kami tewas dalam pertandingan kawad kaki antara sekolah pada tahun itu.

Kata Sarjan Mat, teruskan perjuangan, jangan biarkan semangat pahlawan yang mengalir itu terpadam.

~Po.
....

Aku baru pulang dari melawatnya tadi di Hospital Sultanah NurZahirah.

Semalam, ketika dia sedang menjalani haemodialisis dia mengadu sakit kepala dan tidur semasa buah pinggangnya di cuci. Ketika selesai haemodialisis, jururawat cuba mengejutkan beliau tetapi dia tidak bangun-bangun lalu dihantar ke unit kecemasan.

Salur darahnya pecah di pangkal leher dan darah sudah memenuhi sebahagian otaknya menyebabkan 1/3 daripada otaknya rosak teruk.

Dia koma.

Dia bernafas dengan bantuan mesin pernafasan.
Pagi tadi, doktor pakar memberitahu bahawa peluangnya untuk sembuh sangat tipis dan hanya pembedahan membuang sebahagian otak yang rosak akan dapat menyambung hidupnya tetapi dia mungkin tak mampu bergerak dan berfungsi sebagai seorang manusia lagi. Mungkin hanya matanya akan berkelip untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Risiko 'brain death' juga tinggi. Tubuh berfungsi tetapi otaknya mati.

Isteri dan ayahnya yang hadir nampak tenang dan redha dengan hakikat.

Mereka berkeputusan untuk tidak membuat pembedahan dan menyerahkan kepadaNya.

Dia tidur.

Lena.

Aku tiba-tiba seakan dapat mendengar dia bernyanyi kepada isterinya...

'Abang pergi tak kembali...
Agar adik cari ganti....'

...dan aku seakan dapat mendengar dia menjerit 'wiyaaa..!' di dalam uniform penuhnya. Di tengah panas membahang di pinggiran jalan sekolah kami.

Tidurlah sahabat.

Akan aku bercerita tentangmu di setiap waktu yang diizinkanNya.

Aku akan bercerita tentang nyanyian itu. Aku akan bercerita tentang kekalahan kita di pertandingan itu. Aku akan bercerita tentang jeritanmu itu. Aku akan bercerita tentang gagahnya kau dikala musibah. Aku akan bercerita tentang kau yang tidak pernah kalah.

Semoga Allah mencurahkan rahmat untukmu sahabat.

Di kala pintu-pintu syurga terbuka luas, aku mendoakan semoga dipermudah segala-gala yang telah Dia takdirkan.

8 Ramadhan.

~Po.

Thursday, August 12, 2010

Kawan BMW

...

Bekas 'roomate' aku masa kat Universiti dulu, belum habis Asasi dah cabut pergi Australia, belajar jadi drebar.

Lama dia kat sana, bertahun-tahun sampai kami terputus hubungan. Tak tahu nak cari dia kat mana.

Dulu, tiap kali aku naik kapalterbang, aku akan dengar betul-betul nama Drebar yang bawak kapalterbang; kot-kot dia yang bawak, boleh aku merasa duduk dalam 'cockpit'.

Sebab ada Facebook sekarang, kami bertemu kembali. Dia datang tempat aku atas urusan rasmi dia, kami sempat makan dan minum beberapa kali.

Dalam facebook dia, dia letak gambar-gambar.

Dia ada kereta BMW yang tak ada bumbung.

Dia ada motor besar BMW (baru beli yang model terkini S1000RR).

Dia ada macam-macam BMW.

Dah memang itu rezeki dia kan, aku tak ada la kisah apa-apa.

Tapi, gambar terbaharu, dia letak dalam facebook. Dia ada 3 buah basikal BMW.

Cilakak!

~po.

Sunday, August 01, 2010

dream on...

...
nanti bila aku dah beli dan pakai basikal ni...

orang akan kata..:

'pehh..Po dah pakai Merc..'

best kan?

~po.

Thursday, July 29, 2010

ada kalanya...

...

adakalanya, kata orang. Berpegang dan bertahan itu menjadikan kita kuat.

adakalanya, melepaskan juga menjadikan kita semakin kuat.

...

adakalanya kehendak kita tidak tertunai
kita mula salahkan orang lain
atas apa sahaja alasannya

sedang
kehendak itu mungkin
sesuatu yang tidak akan menjadi seindah impian

Tuhan lebih mengetahui
pasti.

...

adakalanya

diam itu

lebih menghiris

...

adakalanya


~po.

Wednesday, July 28, 2010

why

...

why do I feel like i've been taken for granted all the time.

by everybody.

It makes me feel...unfair.

mid-life crisis may be?

why?

why?

~po.

Monday, July 19, 2010

Pergi....



Di atas adalah kata-kata Allahyarhamah yang dilagukan.

Tidak pernah bertemu, cuma pernah membaca catatan beliau di dunia maya. Di blog

Seorang pejuang yang tidak pernah kalah. Tidak pernah.Allah lebih berkuasa ke atas seluruh ummah.

Minggu lepas juga mendapat berita tentang isteri seorang sahabat yang kembali. Sakit yang sama. Diberitahu, dia 'tidur' dalam senyuman yang paling manis. Aku doa Raden Galoh juga begitu.

Semoga Raden Galoh / Dalilah Tamrin dicucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan rohnya di sisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa padaMu, Ya Allah.

Al-Fatehah.

~po.

Sunday, July 18, 2010

Simpang Empat

...

Sebelum kami berpindah ke sini, dah banyak cerita aku dengar tentang simpang empat itu. Satu persimpangan yang baru di buka di atas jalan yang dahulunya sebuah relung paya, di tambak dan dimajukan.

Persimpangan lampu isyarat.

Dibuat untuk menghubungkan jalan baru ke lapangan terbang dan juga untuk jalan akses ke Stadium Sultan Mizan yang runtuh beberapa tahun lalu.

Aku dengar cerita, kadang-kadang di tengah-tengah malam; yang sunyi sepi. Keempat-empat isyarat lampunya bertukar hijau. Serentak.

Kemalangan sering berlaku di situ terutamanya di tengah-tengah persimpangan dan kedua pihak mengaku giliran jalan mereka dulu. Keduanya hijau. Keduanya memecut laju.

Kakitangan syarikat kawan aku juga mengalami perkara yang sama. Nampak hijau di mata mereka. Entahlah.

Bila aku berpindah ke sini. Tak jauh dari simpang empat itu. Tidak pula aku dengar kemalangan maut yang berlaku di persimpangan paranormal tersebut.

Tiada perkara pelik yang berlaku.

Kecuali...

Satu malam aku dan keluarga baru pulang dari rumah mak aku yang lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah. Jam lebih kurang pukul 11 malam. Kenderaan masih banyak di atas jalan.

Masuk ke simpang tiga sebelum simpang itu, aku membelok ke kanan. Ada sebuah kereta proton berwarna putih di hadapan aku yang bergerak perlahan. Aku, lantas, memotong.

..dan aku lupa aku berada di mana. Aku tak kenal jalan dan aku tak cam kiri dan kanan.

Sungguh. Sungguh tak cam.

Tapi, aku teruskan perjalanan dan aku nampak simpang empat itu. Untuk pulang ke rumah aku harus mengambil haluan ke kiri. Aku tak nampak jalan ke kiri.Langsung. Tak nampak dan tak cam aku berada di mana.

Sambil otak aku berpusing ligat mencari lokasi kami. Ke mana haluan nak di tuju membuatkan aku menjadi keliru. Betul-betul keliru.

Seolah-olah aku berada di daerah yang sangat asing.

Perlahan-lahan aku membaca surah-surah yang aku ingat.

Bila sudah hampir sangat baru aku nampak susur ke kiri di simpang empat itu. Hanya beberapa meter daripada simpang berlampu isyarat. Aku membelok segera. Lega.

Selang beberapa lama, aku bercerita dengan jiran tetangga dan mereka bercerita perkara yang sama malah, ada jiran yang menaiki motosikal yang terpaksa berhenti terus di tepi jalan, duduk di pembahagi tepi jalan dan berfikir..'kat mana aku nih..?'.

Itu cerita lama. Aku pun sudah lupa. Mungkin, di sini aku pernah bercerita dalam arkib lama.

Tapi baru-baru ini. Bulan lepas. Aku dan kawan aku dua keluarga baru pulang dari makan malam. Satu kereta dan aku memandu. Jalan yang sama. Tempat yang sama.

Kawan aku orang Terengganu menetap di Johor, selalu sangat lintas lalu di situ.

Sesudah aku memebelok ke kiri di susur simpang empat itu dia menoleh kepada aku dan berkata.

'laa..jalan ni, kenapa aku tak cam tadi? Tadi aku rasa macam kat tempat lain yang aku tak kenal. Langsung'

Aku diam. Bulu roma meremang.

Aku hanya bercerita bila tiba di rumah.

Mengingatkan aku supaya lebih berhati-hati bila menghampiri simpang empat itu lagi.

Apa yang ada di situ. Gamaknya..?
'magnetic pulse'?

~Po.

Thursday, July 15, 2010

The Cutest Girl In Town.

...

Hujan melebat. Longkang penuh dengan air yang turun dari corong-corong atap. Langit gelap. Sesekali kedengaran bunyi guruh menjauh.

November.

Sembilan belas lapan puluh tujuh.

Kami menggigil kesejukan. Di luar blok D berhampiran perpustakaan. Sekolah Menengah Sultan S. Basah terkena tempias yang tiba-tiba menerjah. Resah melihatkan langit yang masih tidak cerah cerah.

Minggu-minggu terakhir. Debaran yang semakin menghilang tetapi degupan masih kencang.

Aku lalu duduk dan meletakkan kapal kertas aku ke dalam arus laju longkang. Serentak dengan sahabat aku dan kapal kertasnya yang sama bentuk, sama saiz dan sama nilai keseronokannya.

Kapal-kapal kami berlumba di atas air yang bergerak laju dari satu penghujung menuju penghujung yang lagi satu.

Hujan semakin melebat.

Entah siapa yang menang. Aku lupa.Hanya keriangan.

Tapi, ketika itu kami sepatutnya mengulangkaji di sekolah. Kertas terakhir adalah matapelajaran Matematik Tambahan. Ada senggang lebih kurang empat atau lima hari dari kertas terakhir yang kami hadapi.

Aku tidak pernah suka pada nombor tambahan lagi yang ada tambahan pada nombornya.

Aku merenung ke dalam hujan. Butir-butir air yang pecah dari langit lantas menimpa bumi dengan sejuta bayangan. Aroma hujan dan semilir angin membawa aku ke alam yang dingin dan menyejukkan.

Dia duduk di barisan paling hujung dan di tengah-tengah dewan.Selang cuma beberapa barisan dari tempat aku. Meja yang dijarakkan tetapi masih boleh untuk aku melemparkan pandangan. Kebetulan, dia duduk di meja yang berhampiran dengan pintu sisi.

Seperti selalu, aku lihat dia menjawap peperiksaan dengan tekun dan penuh dengan persediaan.Tak macam aku.

Kami ketika itu sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Tingkatan Lima.

Lalu, aku tinggalkan kawan aku dengan kapal kertasnya itu dan aku berlari ke dalam hujan merentas tanah lapang dan sebatang jalan. Aku berteduh sebentar di koridor dewan dan menyapu muka dan baju yang kebasahan.Mengah.Menarik nafas panjang.Kumpulkan keberanian.

Aku masuk ke dalam dan aku tuju meja periksanya.Dewan yang gelap gelita.

Di atas kertas bertulis angka giliran yang tertampal pada hujung kanan mejanya, aku tulis.

'the cutest girl in town'.

Lalu aku ukirkan sebuah senyuman. Aku menari di dalam hujan.

Menari-nari di dalam hujan.

....

Aku gagal dalam kertas Matematik Tambahan. Gred F9.

Sehabis peperiksaan, dia tidak lagi aku temui.

Sehinggalah adanya facebook. Kami menjadi kawan.

....

Alangkah

....

Dia tidak pernah ingat dengan catatan yang aku buat pada meja periksanya.

malah, dia tak pernah tahu bahawa aku pernah wujud di tahun sembilan belas lapan puluh tujuh.

....

Hujan turun lagi hari ini.
Melebat.

...dan kapal kertas itu terus berlalu menyusur longkang hingga ke hujung lagi satu lalu hilang di telan deras air yang melaju.

~Po.

Wednesday, July 14, 2010

Buah Kemunting

...

Aku pun lupa tahun berapa.

Mungkin 1980 atau 1981 atau mungkin juga pertengahan 80an.

...

Aku masih ingat, berada di dalam kereta Honda Civic generasi kedua warna putih. Bergerak perlahan menuju ke Dungun. Tingkap kereta di kiri dan kanan diturunkan sehabisnya. Panas membahang dan meruwap masuk ke dalam kenderaan.

Rata-rata kereta ketika itu tidak memasang pendingin hawa.

Angin masuk menderu dan membelai rambut kami, muka kami dan perasaan kami.Di saat-saat itu.

Dari pemain keset kereta kedengaran Jamal Mirdad menyanyikan lagu Hati Lebur Jadi Debu. Menghiburkan. Mendamaikan.

Jalan yang agak lengang. Tidak banyak kenderaan lalu lalang. Zaman itu, kenderaan bukannya barang mampu.

Kiri dan kanan jalan hanyalah padang-padang gersang yang ditumbuhi lalang. Pasir tepi laut yang memutih. Pokok-pokok kelapa yang meninggi.

Abang aku yang memandu.

Tiada tujuan yang perlu.

Tiba di satu kawasan menghampiri Rantau Abang, ada gerabak-gerabak keretapi yang tersadai hasil peninggalan Jepun yang melombong bijih besi di Bukit Besi. Berkarat dan dipenuhi semak.

Abang aku berhenti. Di tepi jalan itu. Hampir dengan bangkai-bangkai gerabak itu.

Kami membuka pintu dan berlari-larian.

Kami menuju ke arah pokok-pokok renek yang subur dengan daun-daun hijau berkelopak rendang.

Bila tiba waktu, abang memanggil kami pulang.

Tingkap kereta di kiri dan kanan diturunkan sehabisnya. Panas membahang dan meruwap masuk ke dalam kenderaan.Dari pemain keset kereta kedengaran Jamal Mirdad menyanyikan lagu Hati Lebur Jadi Debu.

Kami menguyah buah-buah kemunting yang merah. Kami kutip tadi. Berpuluh-puluh batu dari rumah kami.

Aku tiba-tiba menjadi rindu.

Tiba-tiba.

~Po.

Monday, July 12, 2010

Falsafah Basikal


...

aku sebenarnya bimbang hendak menulis tentang basikal di sini.

bimbang takut-takut ada otai basikal yang tak tersengaja membaca. Maklumlah, aku ni baru berjinak-jinak dalam dunia pembasikalan nih. Nanti karang dikatanya aku bercerita lebih-lebih pulak. kan?

Tapi tak apalah..aku cuba menulis sebagai 'beginner'.

Semasa aku sembang dengan tokei kedai basikal tempat aku beli basikal. Aku cerita kat dia yang aku punya 'sport' adalah badminton dan jogging sekali sekala. Aku kata aku nak tukar 'sport' supaya sesuai dengan 'lifestyle' dan peringkat umur macam aku nih.

Dia mula membuka cerita tentang kelebihan-kelebihan sukan berbasikal.

Satu; katanya. Sukan berbasikal tak macam sukan-sukan lain yang banyak menumpukan kekuatan pada tangan atau kaki. Contoh badminton katanya; kekuatan terletak pada kaki dan tangan apabila bermain dan apabila melangkah ke depan, seluruh berat badan tertumpu pada pergelangan kaki. Sendi akan menjadi cepat sakit apabila menampung berat yang terpindah.

Sama konsepnya dengan berlari atau jogging. Berat beralih ke pergelangan kaki.

Sukan berbasikal; katanya, dengan kedudukan yang betul, agihan berat sluruh tubuh adalah sebagaimana berikut:

60% pada punggung yang duduk di atas basikal
30% pada kaki yang mengayuh (peha dan betis)
10% pada tangan yang menompang tubuh ke 'handle'.

Tiada tekanan pada sendi katanya.

Kita bukan berbicara tentang sukan berbasikal yang professional atau untuk memasuki mana-mana pertandingan. Kisah aku ini adalah sekadar riadah.Nanti bab lain kita masuk cerita yang lebih 'advance' tentang kekuatan otot dan kekuatan jantung.




Sukan berbasikal juga adalah baik untuk kesihatan jantung kerana rentak degup atau 'pace'nya boleh dikawal oleh penunggang sendiri.Dia mengambil contoh badminton lagi di mana 'Pace' dan degup jantung adalah rileks ketika bersahaja dan kencang ketika mengambil bulutangkis di depan jaring atau ketika membuat 'smash' kerana tubuh tiba-tiba dipaksa bekerja pantas.Perubahan perlahan kencang yang tidak menentu akan menjadikan jantung lebih tidak stabil.

Tidak pada sukan berbasikal; degup akan berubah dari perlahan kepada kencang secara berkala dengan penambahan kekuatan kayuhan dan turun semula apabila berhenti berkayuh tetapi masih bergerak di atas basikal.

Fakta ini menarik minat aku.

Dari pembacaan aku selepas sembang itu ternyata tokei kedai basikal itu ada ilmu.

Difaktakan bahawa sukan berbasikal ini adalah yang terbaik selepas sukan renang untuk kesihatan.

Aku belum mampu mengikut sunnah Baginda dengan menunggang kuda, aku merasakan berbasikal adalah 'the next best thing'.

Apabila aku bertanya kepada otai-otai basikal dalam laman sembang mereka tentang basikal jenis mana dan harga mereka bertanya balik kepada aku tentang apa yang aku mahu. Aku sekadar mahu beriadah dan sekali sekala boleh join kumpulan berbasikal. Aku diberitahu bahawa untuk permulaan cukup dengan aku membeli sebuah 'hardtail' (basikal yang tiada suspensi belakang) yang harga lebih-lebih kurang RM800 - RM1000 begantung kepada jenis dan jenama.

Aku diberikan dengan satu petua penting apabila hendak membeli basikal.

Jangan beli basikal yang terlalu murah.

Selain tak berapa sedap nak ditunggang; ianya juga tak akan menjadi kegiatan riadah yang bertahan lama.

Basikal mahal, kalau simpan dalam rumah tak naik selalu akan terasa rugi.Basikal mahal atau murah bukan persoalan utama.

Aku rasa falsafah ini aku buleh terima.

Yang penting; kayuh.

..dan jadi lebih sihat mental dan fizikal.




Apabila aku sudah membeli sebuah basikal dan mula menunggang secara santai, aku dapati bahawa pengguna-pengguna jalanraya di Malaysia kita ini masih belum dapat menerima dan memberi ruang kepada pengayuh basikal seakan-akan mereka bukan pengguna jalanraya atau sekadar pengguna jalanraya kelas kambing.

Nasihat aku; 'be a serious cyclist'.

Pakai topi keledar basikal.

Pakai sarung tangan.

Pakai kasut.

Pakai stokin.

Pakai pakaian yang terang ('bright colours').

Aku banyak kali di tegur jiran-jiran.

"aiii..bersungguh nampak..? he he he"

"kau, kalau pakai helmet, selagi tak malam, ko jangan balik rumah la..tak padan pakai..he he he"

Begitu sekali.

Itu jiran-jiran.

Budak-budak sorak tepi jalan. Pemandu kereta juih bibir. Makcik-makcik pandang tak berkelip. Macam-macam.

Jangan jadikan mereka itu alasan untuk kita menggadai nyawa kita.

Kadang-kadang bila sampai di simpang jalan, ada kenderaan berhenti dan memberi laluan bila nampak kita lengkap dengan pakaian keselamatan kerana mereka tahu yang kita serius untuk berbasikal.Itu aku hormat dan aku lambai tanda terima kasih.

Lupakan mat-mat rempit tanpa topi keledar memotong kita dengan gaya ganas dan memandang belakang ke arah kita dengan cemuhan.

Kita jaga diri kita masing-masing. Kita tak jaga nyawa dia.

Menjaga keselamatan diri adalah wajib.

Anak-anak aku memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan 'gangguan-gangguan' tersebut apabila kami berbasikal. Sekarang mereka sudah okay.

Berbasikal juga mengajar aku tentang keseimbangan hidup.

Bak kata Albert Einstein; 'life is like riding a bicycle; to keep your balance you must keep moving'.

Itu yang aku buat sekarang. Meneruskan kehidupan dan mengimbangi diri antara mencari keselesaan hidup dunia dan bekalan untuk akhirat.

Sehingga berjumpa lagi.

'Enjoy your ride...'

~po.

Tuesday, July 06, 2010

Kenapa Tiba-Tiba Aku Seperti Ingin Berkayuh...

...

Tahun 1981.

Seingat aku, masa aku darjah lima. Aku mungkin satu-satunya pelajar Sekolah Kebangsaan Gong Kapas yang tidak pandai naik basikal.

Betul.

Aku dan basikal masa tu bak kata Cikgu Amri..'we don't clicked very well'.

Yang aku pasti, aku tak ada basikal aku sendiri dan meminjam basikal abang-abang aku sangatlah tidak 'cool' bila kena marah selalu.

Satu hari yang cerah, langit memancar cahaya dan bunga-bunga raya merah berkembang. Arwah ayah belikan aku sebuah basikal.

Sebab arwah dah penat menghantar aku dan mengambil aku setiap hari dari sekolah. Mula-mula dulu, aku naik beca tapi selalu kena tinggal kerana aku sangatlah lambat bersiap. Sikat rambut belah tepi dengan minyak rambut Brylcream dan nak kasi melekat kat kulit kepala bukan mudah. Okay?

Kalau dulu, Norli, jiran rumah aku selalu turutkan aku di rumah pagi-pagi bimbang Pok Awang Beca akan tinggalkan aku lagi. Norli pun entah di mana sekarang.Tapi itu cerita lain.

Berbalik kepada basikal.

Pada ketika material, sekitar tahun 1980 dan 1981 basikal yang paling hebat tidak lain dan tidak bukan adalah basikal chopper.




Masa tu, mahal gila basikal chopper ni.

Arwah belikan aku basikal jenama Yokohama warna biru dengan bakul di depan.Dengan basikal itu aku belajar mengayuh, aku belajar untuk menggunakan brek dan tidak lagi menggunakan batang kelapa sebagai alat untuk menghentikan basikal.

Bermulalah kayuhan hidup aku.

Menjelajah dari denai ke jalan tar yang berbahang. Meneroka setiap liku dan ruang. Menjadi sahabat yang cukup akrab dan menjadi pelengkap kepada hidup yang belum lagi sarat.

Apabila aku naik ke sekolah menengah, di Amerika ketika itu cukup kecoh dengan kemunculan basikal Jepun di namakan BMX sehingga menjadi ikon di dalam filem ET karya si Steven Spielberg.



Basikal Yokohama aku bertukar kepada basikal jenama Power yang ada sedikit ciri-ciri BMX walaupun langsung tidak sama.

Arwah ayah kata; kita tak mampu beli basikal BMX. Itu untuk anak-anak orang kaya.

Jenama seperti Kuwahara dan Haro meniti di bibir bagaikan nama bintang pujaan hati.Pernah aku meminjam BMX seorang kawan, mengayuh selaju yang mampu, mengambil selekoh bulatan kecil di sekolah lalu terbang melanggar pasu. Roda hadapan bengkok dan parut di atas bibir masih ada sehingga kini.

Tatkala aku naik ke Tingkatan Enam. Kayuhan aku terhenti.



Kuasa peha bertukar enjin. Aku mula mengganas dengan motosikal Honda Cup arwah. Semenjak itu, basikal aku tinggalkan. Aku pun lupa apa jadi pada basikal Power aku itu. Entah berkarat menjadi habuk besi atau dicuri. Aku tak pernah ambik peduli.

...

Tahun 2010.

Anak aku yang sulung naik sekolah menengah. Sekolah dekat dengan rumah lebih kurang 2km sahaja. Sekolah sesi petang sebab bangunan tambahan tak siap-siap. Guru Besar kata; projek sakit (hati).

Kami mula memikirkan cara. Pagi; hantar kakak dan Fifi ke sekolah rendah sementara isteri menghantar 'baby' ke rumah pengasuh. Tengahari sapa nak hantar ke sekolah? Balik boleh aku ambilkan setelah semua anak-anak dikumpulkan.

Aku belikan dia sebuah basikal. Jenama murah. Kalau hilang kat sekolah, taklah terasa nak marah.

Mula-mula aku kena ajarkan dia bagaimana nak berbasikal di jalan besar dan bagaimana hendak melintas dengan penuh berhemah. Selama ini, dia hanya mengayuh di sekitar halaman rumah. Paling jauh pun dia hanya mengayuh di Bandaraya San Andreas, Amerika Syarikat. Dalam permainan PS2 kegemaran dia.

Timbul persoalan.

Bagaimana aku nak ajar kalau aku sendiri tak ada basikal? takkan nak jalan kaki mengiringi dia? Tak ada kerja.

Aku mula berkira-kira nak beli basikal untuk aku berkayuh semula setelah bertahun-tahun tidak melenguhkan peha. Aku melihat dalam internet basikal-basikal yang ada serta pilihan-pilihannya.

Wah! trend berbasikal sebenarnya amat meriah sekarang ini dalam negara. Aku sahaja yang tak ambil tahu. Orang sudah lama menyusuri denai dan mendaki bukit untuk beriadah dan mencari keseronokan.Orang lain sudah lama menjadi 'mountain bike riders'.

Aku menjadi teruja.

Lama dok pikir-pikir.Kalau beli basikal untuk aku, kakak bagaimana? Kena belikan satu untuk dia juga. Jadi, bajet basikal aku kena di bahagi dua nampaknya.

Awal tahun 2010 aku ke satu-satunya kedai basikal 'high-end' di tempat aku. Dekat simpang Shell sebelum istana. Aku angkat sebuah Raleigh Diablo disc putih(yang dilengkapkan dengan brek cakera depan dan belakang) dan Raleigh Metro X yang wajib warna merah jambu untuk kakak (katanya; kalau bukan merah jambu, Abah tak payah susah-susah belikan).

3 butir 'helmet' basikal dan sarung tangan sekerat untuk aku dan anak-anak.

Buat permulaan.



Kami mula menyusuri denai di belakang rumah, laluan tepi parit dan jalan-jalan kampung yang berselirat tapi 'bercerita' dengan pemandangan-pemandangan yang sangat dekat dengan masyarakat.

Kalau pagi Jumaat, riadah kami sangat mendamaikan dengan cuaca yang dingin dan aroma yang menjadi terapi yang cukup mengesankan.

Kalau kayuhan petang, sangat mendamaikan untuk melihat matahari mengufuk di barat.

Sesuatu perasaan yang tidak boleh di nilaikan dengan wang.








Setelah beberapa bulan; aku merasakan yang kayuhan aku semakin laju dan anak-anak sudah tidak dapat mengejar dengan basikal 'single speed' mereka. Laluan kami juga semakin lama menjadi semakin jauh. Kasihan mereka.

Jadi, aku belikan aku sebuah basikal baru.



Raleigh Diablo Disc aku berikan kepada kakak dan untuk anak aku yang sulung; aku bina sebuah basikal yang baru di mana 'parts'nya aku beli secara 'online' dan dipasang sendiri. Aku mulakan dengan membeli 'frame' dahulu dari jenama Raleigh juga.

Sekarang ada 3 buah basikal yang aku simpan di dalam rumah.Enam biji 'helmet' tergantung di dinding. Basuh setiap kali lepas kayuhan. Gilap bila malam-malam yang tak ada kerja nak buat sangat. Mendengar serba sedikit leteran. Apa nak buat, dah jadi minat.



Aku pun sudah masuk satu grup berbasikal yang kayuh tak laju dan kami meneroka jalan-jalan kampung di pagi Jumaat sehingga kadang-kadang mencecah jauh 40 kilometer perjalanan.Jauh tu untuk peringkat orang macam aku.

Kadang-kadang, malam pun bermimpi naik basikal.



kadang-kadang lah..

Entahlah, tapi bila sudah mula mengayuh ini, seakan-akan satu kedamaian dan kebebasan menerjah dari dalam diri lalu hidup bergerak perlahan seperti roda basikal yang menginjak bumi menyusuri sebuah kehidupan.

Keindahan hakiki. Abadi.





...dan kayuhan ini baru bermula.

oh ya, lupa.

Anak aku yang sulung masih berambik dan berantar dengan kereta setiap hari sekolah.
Isteri aku akan pulang tengahari dan hantar, petang aku ambik setelah semua anak aku kumpulkan untuk pulang.

segan naik basikal ke sekolah.

katanya.

Alahai.

~Po. - nanti aku 'update' lagi dengan cerita basikal ini.