…
Aku kembali lagi ke kota yang pernah suatu masa dahulu menjadi tapak permainanku. Bermain di lembah yang redup dan bermain dengan ilmu untuk hidup. Kota ini masih sesejuk dulu. Dingin dengan angin berhembus perlahan, teduh dengan pencakar langit menjulang ke awan.Malamnya panjang, siangnya penuh dengan rona-rona kehidupan.
Kota ini dulu pernah mengajarku agar tidak perlu berhemah sepanjang waktu.
Kota ini dulu pernah mendidikku bahawa budi bahasa bukanlah sesuatu yang perlu.
Kerana detik dan waktu bergerak laju, tidak menunggu sesiapa termasuk aku.
Aku perlu berjuang untuk hidup dan Kota ini memberi ruang yang cukup. Cukup untuk mengalas perut, cukup untuk menjanjikan kemewahan seluas air di laut. Di kota ini, janji-janji tak pernah surut.
Di suatu sudut kota ini, aku diberi peluang. Peluang untuk melihat kenyataan disebalik dinding-dinding kepalsuan.Debu, lendir dan sarang binatang jalang disembunyikan kemas, dilindungkan dari semua arah, dikaburkan dari pandangan mata disebalik mercu tanda kemajuan manusia.
Dari suatu sudut kota ini, aku berdiri, menyendiri. Aku laungkan suara-suara rasa, sia-sia, ia tenggelam dihanyutkan dengan kebisingan bunyi jentera. Kota ini tak mahu mendengar seruan jiwa, kota ini hanya mahu mendengar hilaian ketawa dan nada-nada gembira sahaja.
Apakah penghuninya tak pernah melakarkan duka dan nestapa?
Apakah penghuninya tak pernah menitiskan air mata ?
Mengapa harus berpura-pura sedangkan realitinya, kota ini penuh dengan orang-orang yang kecewa. Penuh dengan orang-orang yang sakit dan tenat dengan cara hidupnya.
Dari sudut gelap kota, aku melangkah tanpa suara, tanpa kata. Laungan-laungan mulia memanggil-manggilku agar melangkah ke rumahNya, di persimpangan dua arus lesu, di titik Kelang dan Gombak bertemu.Di mana cahaya bersinar menerangi sudut-sudut kelabu.
Aku bertamu lagi di Kota itu.
Menadah tangan memohon keberkatan, restu dan keampunanMu.
Tunggu aku, aku datang untuk mengenalimu.
~d’arkampo.
Thursday, September 30, 2004
Tuesday, September 28, 2004
Ada Masa-Masanya...
…
(ini cerita semalam, aku tak sempat habiskan)
Tadi, baru kejap tadi, semasa aku sedang memakirkan kereta aku (parking) aku berehat sejenak sambil melayan lagu ‘Bernafas Dalam Lumpur’ oleh Kumpulan Sayap (Wings) yang diudarakan oleh Radio Era, Rentak Muzik Terkini. Mata aku memandang sekeliling mencari subjek-subjek untuk difikirkan dan direnungkan.
Mata aku terhenti pada sepasang suami isteri muda yang bergilir-gilir mendokong anak kecil. Dari wajah dan pakaian mereka, aku dapat mengagak bahawa mereka masih muda dan berjiwa remaja. Si isteri dengan jeans ketat dan t-shirt oren. Si suami dengan jeans, t-shirt dan cap.Semua pakaian yang tiada jenama. Mereka mundar-mandir antara pondok telefon awam dan sebuah kedai fotostat. Sekejap si isteri menelefon dan suami mendokong anak. Sekejap lagi si suami mengusung beberapa helai kertas untuk di buat fotokopi bersama-sama sebuah buku akaun simpanan Bank.
Mereka orang biasa, rakyat marhaen macam kita.
Cuaca memang panas membara (antara satu sebab aku malas nak keluar dari kereta.)
Anggapan pertama aku yang timbul adalah mereka orang susah kerana budak sekolah darjah 6 sudah mampu memiliki sebuah telefon bimbit pra-bayar masakini. Mungkin dulu masa bercinta, mereka terlalu banyak bersembang dan ber’sms’ sampai kad pra-bayar terpaksa dibeli 7,8 kali sebulan.Sekarang budget lari, tambah lagi dah ada pula si kecil pengarang jantung hati.
Anggapan kedua aku, si suami mungkin sedang sibuk mencari pekerjaan bagi menanggung anak bini. Tambah bila anak masih bayi, nak beli itu ini bukan pakai air liur basi.
Anggapan ketiga aku, mungkin juga masa bercinta dulu, masing-masing cuma fikir pasal dunia mereka sahaja. Bila nak kahwin, paksa mak bapak keluarkan belanja.Masa berdua, semua belanja mereka keluarga yang taja. Bila dah keluar anak, baru susah-susah nak cari kerja.
Anggapan keempat aku, si suami mungkin baru kehilangan kerja dan demi makan pakai anak bini, terpaksa menghantar borang-borang kerja mencuba nasib sementara kudrat masih kuat.
Anggapan-anggapan aku terus hanyut di bawa angin panas di tengahari apabila aku lihat mereka bergurau mesra dengan senyuman terukir. Manis sekali.Aku tahu mereka bahagia walau apa jua derita dan halangan yang menimpa.
Aku keluar dari kereta dan menuju ke pejabatku.Aku mengutuk-ngutuk diri aku. Yang nak jaga tepi kain orang pasal apa? Entah-entah dia parking Mercedes Benz C200 Compressor di hujung jalan sana dan aku sibuk-sibuk memikirkan dan beranggapan bukan-bukan pasal mereka.
Habis cerita, masa untuk buat kerja!

Garis-Garis Antara
...
Setiap manusia yang bernyawa punya keinginan untuk berfantasi, meneroka segenap ruang imaginasi dan mahu lena dalam mimpi yang penuh warna-warni.
Setiap fantasi dan mimpi yang hadir dalam diri setiap insani pasti memberi keyakinan dan semangat untuk bangkit, meneruskan kehidupan walau betapa payah sekalipun rentak tari hidup ini. Semangat untuk memohon semoga di penghujung hari, dapat bermimpi lagi.
Begitulah setiap hari yang berlalu pergi.
Setiap umat manusia ini sebenarnya perlu berhadapan dengan realiti.
Walau apa juga alasannya, realiti tetap realiti dan mimpi itu hanyalah sesuatu yang tiada hujung pasti. Kita mampu mencipta walau setinggi langit sekalipun mimpi tetapi tempat berpijak tetap di atas merah bumi ini. Merah realiti, merah hikayat hakiki.
Walau payah, walau hodoh rupa realiti. Terima hakikat hidup ini dengan keyakinan yang menjulang tinggi.Tiada siapa di atas dunia ini yang meminta hidup yang penuh duri.Bukan semua yang hidup menagih simpati.
Tak salah untuk melakar mimpi seindah warna-warna pelangi.Tak salah untuk meneroka fantasi dalam hidup yang singkat ini.
Tapi perlu ada garis-garis antara mimpi dan realiti. Garis pemisah yang mampu membezakan antara perjalanan hidup dan waktu-waktu yang terhenti.
Apabila nanti mimpi pecah berderai, kita masih mampu tegap berdiri di atas bumi Tuhan ini.
~d’arkampo – tak perlu cerita yang terperinci, cukup sekadar kesedaran jauh di lubuk hati.

Sunday, September 26, 2004
Dalam Kembara Ini…
...
Aku sebenarnya sudah terlalu letih berjalan dan berlari dalam kembara ini.Perjalanan yang makin panjang dan berliku harus aku tempuhi dengan penuh keyakinan dan penuh kepasrahan.Aku pasrah pada ketentuan dan kejadian yang mengiringi sepanjang pengembaraanku ini.Yang tinggal hanyalah semangat. Semangat untuk terus hidup dan bernafas di atas bumi Tuhan ini.
Aku tahu dan sedar, semangat sahaja belum cukup untuk menggerakkan kakiku melangkah lagi menerokai denai-denai kehidupan yang mencabar ketabahan insani.Hidup ini adalah satu ekspidisi mencari diri sendiri.
Hidup aku tiada ekspresi, tiada mimpi dan tiada istilah yang pasti. Apa yang tergambar dan terlukis hanyalah realiti. Realiti yang meruntun hati. Menunggu hari menanti mati.
Aku tak minta apa-apa dalam kembara ini. Semua yang ada sudah cukup buat bekalan aku melangkah dan berdiri di atas pentas dunia ini. Walau aku tak punya permata yang bersinar bagaikan kelip api dalam gelap dan sunyi.Walau aku tak punya emas berkilau yang menyilaukan mata dan mengaburkan pandangan hati. Aku tetap punya harga diri yang tak akan aku gadaikan demi sekelumit keseronokan yang kemudiannya akan menjerut diri sendiri.
Hina sangatkah aku pada matamu yang bundar itu? Aku tak pernah sesekali menagih simpati darimu. Jauh sekali dari meminta-minta secubit rezekimu.Aku hidup dan berlari dalam kembara ini hanya sekadar pelengkap pada satu kejadian yang telah dicipta oleh Ilahi.Apa beza antara aku dan kamu? Kita sama-sama makhluk yang bernyawa dari jantung yang berdegup dan menyedut udara dari lapisan langit dan bumi.
Aku cuma mahukan roti telur dan kuah kari.
Dalam ramai-ramai pengunjung, aku seolah-olah tidak wujud pada mata mu yang redup di pagi ini.
Aku tak akan menjejakkan kaki lagi ke warung ini.
…..dan aku meneruskan kembara lagi.
He he he.
~d’arkampo. - Ini bukan Black Kembara Special Edition, korang dah salah Blog nii..

Tuesday, September 21, 2004
I Started a Joke
...
I started a joke, which started the whole world crying,
but I didn't see that the joke was on me, oh no.
I started to cry, which started the whole world laughing,
oh, if I'd only seen that the joke was on me.
I looked at the skies, running my hands over my eyes,
and I fell out of bed, hurting my head from things that I'd said.
Til I finally died, which started the whole world living,

- Bee Gees
~d'arkampo. - I'm sorry, I may have hurt a heart from things that I've said

Sunday, September 19, 2004
Salam Puisi
...
AKU
Kalau sampai waktuku
ku mau tak seorangkan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi
-Chairil Anwar
Maret,1943
Inilah bait-bait puisi yang membuka mata fikirku semasa zaman persekolahan dulu. Sebelum itu aku tak memperdulikan tentang puisi, tentang seni.
Membaca puisi ini setelah membaca sejarah Gagasan Indonesia yang ketika itu sedang bergelut menuntut kemerdekaan daripada Belanda benar-benar menyedarkan aku bahawa kata-kata mampu membebaskan jiwa.
Kata-kata Allahyarham Chairil Anwar walaupun mencaci dan memaki diri sendiri sehingga menyamakan dirinya dengan seekor binatang jalang. Lebih hina lagi bila binatang jalang itu terbuang dari kumpulan binatang itu sendiri. Aku menjadi ingin mengetahui lebih lagi maksud olahan kata Penyair hebat ini.Mengapa harus mencaci diri sendiri?
Aku mula mengkaji.
Beliau dilahirkan pada 26 Julai, 1922 dan meninggal dunia pada 28 April, 1949 dalam usia 27 tahun.Beliau mula menulis puisi dan kata-kata pemberontakan semasa ibu dan ayahnya bercerai.Dia menyusul ibunya untuk hidup di celah-celah kotaraya Jakarta dan bergelandangan dicelah-celah lorong antara pelacuran, arak dan jenayah. Hidupnya kasar.Jiwanya tegar.
Caci maki adalah luahan hatinya.
Puisi itu ditulis dalam luahan rasanya terhadap persekitarannya, bencinya dan semangatnya untuk terus bernafas.Dia mahu hidup dalam laung-laung kekalutan, kekecewaan dan kekacauan. Dan aku akan lebih tidak peduli .Aku mahu hidup seribu tahun lagi.
Dari semangat yang telah diolah sebegitu kental dan berkesan.Puisinya digunapakai untuk menaikkan semangat rakyat untuk berjuang menentang penindasan.
Betapa aku percaya bahawa kata-kata mampu mengubah dunia.
Aku mahu berkata-kata.
~d’arkampo – Tuhanku, pintuMu ku ketuk,aku tak bisa berpaling.

Thursday, September 16, 2004
Sembang Petang
...
Sedari tadi lagu ini bersiul-siul dalam kepala aku...
"kamilah Juara
gagah dan bersedia
mengibar bendera
Waspadalah
Hari esok milik ku..."
Lagu iklan Milo.
Apa kena dengan aku ni?
Oh..tidak..tidak..bukan Proton Juara...aku masih mampu menilai intan dan kaca lagi.
dah lah..aku nak balik. Selamat berhujung minggu.
~d'arkampo.

Nangopo? Akakeh aku Sengsalah…
…
Tajuk di atas adalah versi bahasa Jawa untuk ‘Mengapa? Adakah aku bersalah…’ (err..betulkan kalau aku salah ).
Aku menulis di sini. Di dalam Journal yang ntah apa-apa ni.
Mengapa aku menulis ? sedangkan kerja aku berlambak-lambak sampai aku tengok pun macam nak muntah. Nangopo?
Blog ini bukannya therapeutic untuk aku. Aku lebih suka melihat pokok-pokok bunga aku (pokok daun sebenarnya..sebab tak ada bunga..) membesar dan menghijau sebagai bahan therapy yang cukup menyegarkan.Aku mula menanam pokok yang tak sebanyak mana itu bila aku berhenti menulis dulu.Walaupun aku hanya menyiram sekali sehari (malam) dan membubuh baja sebulan sekali, pokok-pokok itu hidup dari tangan aku. Merenung pokok-pokok itu mengasyikkan aku.
Mengapa aku mengarang cerita dongeng atau cereka dan bukannya pengalaman hidup aku macam dalam Blog aku yang dulu?
Entahlah, aku merasakan pengalaman aku hanya pengalaman biasa yang dilalui oleh hampir semua manusia malah pengalaman orang lain dalam blog-blog yang selalu aku baca lebih menarik dan mencabar minda. Aku hanya orang biasa.
Semalam, bila aku menerima e-mail dari seorang Blogger yang mempunyai nama besar iaitu Rudy Bluehikari (Alasan dan sebab utama cerita dalam entry di bawah sana, ianya lebih kepada semangat untuk dia terus menulis sebenarnya), aku tertanya-tanya apabila dia berkata bahawa dia tak mahu hidupnya di siarkan secara langsung ke dunia cyber (ayat aku, ayat dia lain..).Aku juga tertanya-tanya bila nama-nama besar seperti Dr. Max, JiGOMorrison dan beberapa nama lagi mula meninggalkan dunia glamour blog mereka.
Benar, apabila kalian mula bercerita tentang hidup kalian, semua yang membaca akan cuba menggambarkan suasana sebagaimana cerita.Itu yang aku cuba buat bila aku membaca Blog orang lain atau teman-teman kita. Kadang-kadang gambaran itu menjadi sebuah filem kehidupan, sebuah cereka realiti.Tambah-tambah lagi bila ada gambar-gambar yang membawa penghayatan seribu erti. Aku tak mahu hidup aku difilimkan.Aku tak mahu identiti aku dikenali. Sebab utama adalah profession dan keluarga. Tak ada sesiapa dari ahli keluarga atau teman-teman akrab aku yang tahu tentang seorang aku di sini.
Aku berbeza dari apa yang kalian tontoni pada monitor PC.
Di sini aku melakar mimpi.
Di sini, aku menyelongkar segala rahsia diri. Aku bebas berkata dari isi hati aku sendiri. Aku bebas mengolah ayat dan kata-kata yang terbit dari minda seorang lelaki yang tidak buta dan tidak tuli. Seribu rahmat yang aku syukuri.
Aku melihat perkara remeh-temeh yang melingkari hidup aku dan hidup kalian juga. Aku memerhatikan lalat,lipas dan cicak. Aku cuba menyelami hati seorang orang biasa yang tak pernah memberi impak pada berita seperti apa yang bermain dalam fikiran seorang cleaner, seorang pemandu lori tanker atau mungkin seorang dispatch yang berjalan merata-rata.
Sebab kadang-kadang kita lupa tentang mereka. Mereka juga mahu hidup seperti kita.Mereka juga menyumbang pada dunia. Kita tak pandang jasa mereka.
Aku sekadar mengingatkan, bukankah sudah menjadi tugas kita untuk pesan memesan?
Maafkan aku kalau aku hanya menjadi seorang orang dan bukannya sebagaimana yang kalian gambarkan dan harapkan.
Di sini hanya medium aku untuk menjadi aku yang tidak nyata dalam realiti maya.
Sekian.

Wednesday, September 15, 2004
Au Wa Wakare No Hajimari
…
Dia memerhatikan awan gemawan yang terbentang luas di bawahnya dengan penuh kekaguman. Awan yang serba putih dan menawan itu menghamparkan sejarah hidupnya selama dia berkelana di negeri orang. Negeri yang suatu masa dahulu begitu garang melaungkan slogan 'Asia Untuk Orang Asia'.Memikat wadah perjuangan tetapi berakhir dengan penuh kehancuran.
Selama empat tahun dia bergelandangan di negeri Matahari Terbit mengkaji budaya, bahasa, ilmu dan cinta manusia.Selama empat tahun itulah dia mengenali erti pedih peri kehidupan ini.
Perjalanan pesawat masih jauh dari tanah negeri tempat dia jatuh bangkit dan berdiri.Dia membetulkan duduknya dan fikirannya mengelamun mengingatkan detik-detik semasa matahari menghilangkan diri disebalik Gunung Fuji.
‘Mengapa kalian terlalu taksub dengan kerja dan terlalu mementingkan kemajuan? Tanya dia pada teman karibnya Aiyoko.
‘Sebab kami bangkit dari satu mimpi yang paling ngeri dalam sejarah dunia ini…’ ujar Aiyoko sambil memandang kepada pejalan-pejalan kaki yang membanjiri Jalan Shinjuku di malam minggu.
‘Tidakkah nanti kemajuan ini akan menghancurkan segala adat dan seni tradisi yang sudah berakar umbi sejak dari zaman feudal lagi?’ tanya dia lagi sekadar meneka isi hati gadis bermata sepet yang sedang menghirup kopi.
‘Semua benda di dalam dunia ini ada harga dan nilainya tersendiri. Tiada yang percuma dan tiada yang hanya berlalu pergi tanpa ada susut nilainya.’ Gadis yang sedang mendalami ilmu ekonomi serta pengkaji budaya tradisi menghentikan bicaranya sambil membuang pandangannya pada sekelompok anak-anak muda yang sedang menari di tepi jalan yang penuh dengan kemeriahan dan keunikannya tersendiri.
‘Cuba engkau lihat di situ, mereka adalah generasi yang lahir pasca Hiroshima dan Nagasaki. Mereka tak mengerti apa itu bara dan api. Mereka hanya tahu tentang hiburan dan teknologi terkini. Generasi ini sudah tidak faham tentang Kabuki, tentang Geisha dan pengertian sebenar Harakiri. Mereka menjual maruah yang suatu ketika dahulu di kedudukan yang cukup tinggi dengan harga yang begitu murah di tepi lorong-lorong ini.’
Aiyoko menarik nafas panjang, mengeluh dan menyapu muka bujurnya seolah-olah kesal dengan apa yang terlakar di hadapan matanya.
‘Inilah harga yang perlu kami bayar untuk bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi dunia hari ini’ Aiyoko memandang padanya dengan senyum mekar.
‘Gambate’ Kudasai’.
Kenangannya pecah dan dia dikejutkan dari lamunannya apabila juruterbang pesawat mengumumkan bahawa mereka akan mendarat sebentar lagi.
‘Aku generasi pasca kemerdekaan, aku diberi peluang untuk belajar dari kesilapan dan kebangkitan bangsa lain, aku mengkaji budaya dan bahasa bangsa yang pernah suatu ketika dulu menjajah tanah air aku selama 3 tahun. 3 tahun yang penuh dengan cerita-cerita ngeri.Aku tak akan biarkan generasi baru menggadai maruah diri demi harga sebuah kemajuan terkini.Aku mahu menjejaki kemajuan sambil mengekalkan tradisi dan nilai-nilai mulia bangsa sendiri.’
Hatinya berbisik apabila tayar pesawat mula berdecit menyentuh landasan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.Landasan untuk dia menaburkan bakti pada anak bangsa sendiri yang masih belum bangkit dari tidur.
Rudy, tulislah pengalamanmu demi generasi yang terkapar-kapar mencari jatidiri.
Salam buat seorang teman.
~d’arkampo.- Au Wa Wakare No Hajimari – Pertemuan adalah permulaan bagi sebuah perpisahan.(siapa kata aku tak pandai berbahasa Jepun, aku hari-hari pakai selipar Jepun untuk ambil Wudhu’)

Saturday, September 11, 2004
Seekor Anak Kucing
...
Pagi tadi, ketika aku sedang memandu ke tempat kerja dan setibanya aku di lampu merah. Aku memandang ke kanan jalan. Kelihatan seekor anak kucing yang masih kecil dan masih menggigil lemah berada di pinggiran jalan. Ia merangkak perlahan-lahan dan melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan. Jalan dua laluan itu menjadi perlahan kerana tiada yang sanggup melanggar anak kucing malang. Kereta yang dihadapan mungkin menyedari makhluk Tuhan sekecil itu tapi bagaimana dengan bas ekspress dan lori balak yang sedang meluncur laju di belakang ?.
Anak kucing bewarna putih itu melintas sehingga berada di tengah-tengah jalan, di atas garis-garis putih yang menjadi panduan pengguna kenderaan.
Ia berhenti. Ketakutan. Pasrah dan kebingungan.
Aku hanya mampu memerhatikan. Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan.Dapat aku bayangkan bagaimana perasaan ia ketika maut hanya beberapa jengkal sahaja dari jangkauan.
Doa aku mungkin didengar oleh Tuhan.
Sebuah kereta proton iswara bewarna perak tiba-tiba berhenti sedangkan kenderaan dibelakang meluncur laju ke hadapan. Hon panjang berbunyi membingitkan alam.Dia seolah-olah tidak menghiraukan kemungkinan kenderaannya akan dilanggar dari belakang dan kerosakan pastinya tidak sepadan dengan harga nyawa seekor anak kucing yang tiada akal fikiran.
Seorang lelaki membuka pintu, mendepakan tangan dan mencapai makhluk Tuhan yang malang. Anak kucing itu selamat dalam dakapan seorang insan yang mulia dan berperikemanusiaan.Dia kemudiannya berhenti di pinggir jalan dan melepaskan anak kucing yang hampir-hampir menemui ajal di reluk-reluk bunga tayar kenderaan.
Aku menarik nafas panjang. Kotak fikiran aku berputar-putaran.
Aku sendiri menjangkakan anak kucing itu pasti akan menjadi mangsa jalanan.Aku hampir pasti yang hidupnya hanya setakat hari ini yang hitam legam.
Tuhan maha Besar kekuasaanNya. Dia tidak menjemput pada mereka yang belum tiba masanya.Dia menghadirkan manusia yang tinggi nilai mulia pada saat dan ketikanya.
Bagaimana dengan realiti kehidupan? Tebusan anak-anak sekolah di Moscow, bom yang menggegarkan kedutaan di Jakarta, anak-anak kecil berlumuran darah di Palestine dan bermacam-macam berita ngeri diperdengarkan.
Apakah nyawa anak-anak manusia lebih murah harganya dari nyawa seekor anak kucing ?
...
Petang…
Aku menerima senaskah 'Gangguan Teksual' yang diwarwarkan sebagai lebih hebat dari filem Puteri Gunung Ledang.
Aku terpegun dengan Si Tanggang, Ikan Haruan, Cerita Wangian ,Tok Bomoh dan belaan, Sup Kaki Ayam, Mainan baru si jiran, Undang-undang adat dan resam.
Lain-lain cerita, belum baca, belum diizinkan masa.
Eh..? Nama aku pun ada.
Hebat, itu sahaja yang aku boleh katakan kerana aku tak dapat tonton filem Puteri Gunung Ledang. Kepada yang belum beli, silalah beli dengan pengarang atau mereka-mereka yang berpenat-lelah membuat iklan.Anda tak akan menyesali RM5 yang terbang melayang.
Yang dah beli macam aku, sila lah bayar. Jangan buat tak reti bahasa.
Yaabna, macammana nak bayar? Hujung bulan ni aku ke KL atas urusan kerja.Mungkin aku boleh celahkan masa.
~d’arkampo – aku menuntut janji di hujung bulan ini dan tak ada sesiapa ke yang nak ajak aku memanah di Maju Junction ?

Thursday, September 09, 2004
Aku Diam
...
~d'arkampo.- I'm a good listener, tell me a story.Tell me about you.I wanna know the other side of this blank screen.

Sunday, September 05, 2004
Diam Seekor Cicak
...
Aku.
Aku masih melekat di situ. Siling putih yang menjadi langit hidup aku.Langit yang bersih.Langit yang penuh dengan garis-garis pedih.
Aku bukannya tak mahu bebas melangkah meneroka setiap penjuru ruang cuma itu sahaja had batasan termampu.Aku diam di satu sudut paling istimewa bagiku. Dari sudut itu, aku mampu melihat pemandangan empat penjuru dan empat tembok bisu. Dari sudut itu aku mampu melihat kehidupan kalian yang pantas berlalu tanpa perlu menunggu kehadiran aku.
(Dari sudut itu aku tak mampu melihat apa-apa sebenarnya, cuma mata fikirku memandang setiap kejadian dengan penuh pengamatan dan rasa).
Aku punyai visi dan punyai mimpi seperti hidupan-hidupan lain ciptaan Ilahi.Mungkin di sini aku akan mati tanpa disedari oleh mana-mana insani atau mungkin aku akan merangkak bebas suatu hari nanti dengan harga diri.Dengan perjuangan yang masih berapi.Perjuangan yang banyak intepretasi.
Seperti yang kalian tahu, aku punya satu anugerah yang tidak dikurniakan pada mana-mana hidupan di dunia ini. Aku mampu menanggalkan ekorku tatkala musuh mengejarku. Itu pastinya sesuatu yang akan mengelirukan baik kepada musuh atau rakan-rakanku sendiri.Bila dan di mana aku akan menanggalkan ekorku, hanya aku yang pasti.
Siapa lawan dan siapa kawan? Satu pencarian yang tiada hujung jawapan.
Hari ini, sang labah-labah mungkin menjadi sahabatku, entah esok dialah seteru yang melancarkan peluru ke dadaku.Semalam sudah berlalu, esok lusa tiada siapa yang tahu.
Apa yang pasti, aku tak mahu anak-anak cicakku keliru nanti sebagaimana kelirunya dunia ini.Anak-anak kecil dipanggang dan disembelih di sekolah hanya untuk menyuarakan isi hati kepada sebuah negara yang ditadbir oleh pemerintah kuku besi.
Jadi,
Siapa penjahat dan siapa pahlawan yang terhebat?
Jangan disoalkan kepada aku, aku hanya seekor cicak yang melekat di dinding penuh karat.
Diam seekor cicak, diam yang berisi, diam yang penuh misteri.
Maaf, entry ini bukan untuk difahami, hanya sekadar penghayatan tentang satu perjuangan yang suatu masa, pernah menjadi mimpi yang ngeri.
~d’arkampo.- diam yang menyimpan seribu teka-teki

Thursday, September 02, 2004
Salahkah Kalau Aku Bermimpi…
I’ve got this in my e-mail…
People who do lots of work...
make lots of mistakes
People who do less work...
make less mistakes
People who do no work...
make no mistakes
People who make no mistakes...
get promoted
That's why I spend most of my time
sending e-mails, reading Blogs & playing games at work
I need a promotion.
Aku agak sibuk kebelakangan ini. Idea nak menulis pun tak ada. Writer’s Block (macam la ngko bagus sangat nak digelar sebagai Writer). Aku perturunkan kisah lama dari Blog lama. Nak cerita kisah hidup aku sekarang pun, bukannya menarik sangat. Pada saat-saat begini aku rasa macam nak bersara dari arena perjenelan ini.
Wednesday, November 05, 2003
..aku kena marah dalam guestbook aku.
..aku kena marah kerana aku terima Emmy Award.
..aku kena marah kerana aku buat ucapan.
Fikiran aku menerobos jauh...jauh, jauh ke zaman aku sekolah dulu. Singgah di sudut kenangan ketika aku kena buat Public Speech yang pertama kali dalam sejarah hidup aku (setakat masa tu). Aku kena buat ucapan di perhimpunan pagi sekolah aku. Aku kena berucap dengan masa sebatas 7 minit. Aku rasa nak pitam. Semua budak akan tengok aku nanti. Kalau aku hensem macam Joe Radzwill tak pe jugak, kalau suara aku macam Mahathir Lokman tak pe la lagi. Ini aku. Aku!.Aku yang bernama Aku.
"Semua awek akan tengok ngko nanti. Glamer ikan gelama la kau."
Semua kawan-kawan aku cakap macam tu. Tak boleh pakai punya kengkawan. Time aku tengah nak termuntah memikirkan apa aku nak cakap, apa yang nak aku mulakan, apa yang akan aku sudahkan, tergagap-gagap ke aku nanti, tersasul ke aku nanti, terlebih waktu ke nanti, ......diorang asyik memikirkan betapa glamernye buat ucapan di atas pentas.
Aku bukannya ahli debat sekolah, aku bukannya pemantun kebangsaan, aku bukan ahli pemidato wakil daerah.
Aku cuma seorang pengerusi persatuan pelajar tingkatan enam. Perlantikan aku pun atas satu konspirasi dan komplot untuk memastikan supaya sorang pelajar yang majoritinya tak suka kat dia tak akan menang. Konspirasi yang aku tak tahu. Komplot yang amat terancang di belakang pengetahuan aku. Aku memang ramai kawan. Aku suka berkawan dan aku hargai kawan-kawan aku. Tapi, kawan-kawan aku dah pedajalkan aku.
'Cikgu, kalau saya tak buat ucapan..tak boleh ke ?'
Aku tanya cikgu mentor aku (yang marahkan aku macam nak rak pada hari aku dapat result lepas aku ceritakan yang aku tak hisap dadah, aku cuma minum cuka)
Cikgu dah pandang aku macam nak telan aku. Kalau dia telan aku pun , aku redha sebab aku tak payah nak susah-susah pikir pasal text ucapan aku nanti.
"mana boleh, kita dah buatkan jadual untuk semua pengerusi persatuan buat ucapan. Text ucapan nanti, bagi kat saya sebelum perhimpunan. Saya nak check"
Cikgu Mentor cakap tanpa simpati, tanpa memberi aku peluang untuk menjelaskan maksud hati.
Sudah. Dia nak check ucapan aku pulak. Aku bukannya nak berceramah politik atau memberikan dakyah-dakyah yang subversif. Aku cuma tak yakin yang aku akan mampu berucap macam Bung Karno yang aku cukup minat gaya antonasi suaranya itu.Aku tak mahu buat ucapan langsung kalau boleh.
"saya..err..saya tak biasa cikgu" kata aku tergagap-gagap. Tengok, dah gagap..belumpun memanjat tangga pentas, belumpun pegang rostrum, belum pun ucap...."yang dihormati Cikgu Pengerusi Majliss..."
'okay..macam ni, awak masa nak mulakan ucapan tu, awak cari satu wajah yang awak suka atau selesa, awak pandang dia. Awak buat ucapan pada dia, awak fokuskan pada dia...jangan tengok orang ramai yang lain secara total. Ingat, fokuskan ucapan awak pada dia'
Cikgu Mentor memberi petua.
Aku tak tahu apa yang dia cakap. Aku tak pernah ada pengalaman.
Kebetulan, masa tu budak-budak lelaki tengah ada konfrantasi dengan budak-budak perempuan dalam kelas aku. Sebab musababnya adalah nota dan buku rujukan. Kami bukannya dari golongan berada yang mampu membeli segala buku rujukan di kedai buku. Jadi, masing-masing ada cikgu mentor masing-masing. Masing-masing ada nota khas atau buku rujukan khas yang cikgu mentor bagi. Masing-masing kedekut ilmu. Nak makan sorang. Kaum hawa dengan kaum hawa, kaum adam yang biasanya payah nak melawat cikgu mentor mereka biasanya tak dapat apa-apa. Kaum Adam dah mula dengki. Aku pun dah naik fed-up dengan kaum Hawa.
Satu isu yang baik.
Aku dah ada idea.
Aku tulis text aku dengan penuh perasaan tak puas hati.
Aku dah mula yakin dengan diri aku sendiri. Aku beri tajuk "Budaya Kedekut Ilmu" pada ucapan aku.
Aku beri pada cikgu mentor. Dia approved ! Lembaga Penapisan dah lulus.
Tiba harinya. Jantung aku berdegup kencang. Peluh dah mula menimbulkan diri mereka pada permukaan kulit aku.
"Rilek..rilek, jangan gabra..." bisik hati aku.
"Jangan fumble..mintak-mintak jangan." Hati kecil aku cuba menenangkan diri aku sendiri.
Sepanjang ucapan cikgu besar, aku dah terketar-ketar. Serba tak kena. Serba tak menjadi. Apa yang dia cakap pun aku tak peduli. Kejap betulkan tie sekolah, kejap pandang kawan aku, dia sengih. Aku sengih balik. Kejap tengok kasut Warrior buruk aku, kejap aku hafal text aku.
Aku rasa nak pitam.
Cikgu Pengerusi Majlis bagi Q, tanda aku kena bersedia.
Ah..sudah. This is it man. It's now or never.
Aku melangkah naik ke pentas. Aku rasa sumbang. Aku rasa semua orang sedang memperkatakan pasal aku. Aku rasa aku begitu kenit sekali. Kecik-kecik aku rasa diri aku.
Aku memulakan salam. Berhati-hati, takut salah.Takut jadi bahan ejekan seluruh sekolah.
Fokus..fokus....
Sambil aku mulakan mukaddimah ucapan aku, terima kasih kat Cikgu Pengerusi majlis, Pengetua dan sebagainya.....mata aku meliar mencari satu wajah yang aku suka, wajah yang aku selesa. Aku ingat petua Cikgu Mentor. Aku memerhatikan dari satu wajah ke satu wajah.Aku cari dia.
Aku dah jumpa. Aku pandang tepat pada dia. Dia pandang tepat pada aku. (kalau ngko pun takkan selesa kalau pandang wajah kawan lelaki ngko kan...Awek la bang!)
Dia tunduk malu bila aku berucap sambil pandang dia. Aku dah mula dapat keyakinan diri semula. Aku petah berucap. Aku tak pandang orang lain. Text dah hafal, practice depan cermin dah berpuluh-puluh kali. Lancar macam air mengalir.
Aku sudahkan ucapan aku dengan sekuntum senyuman aku pada dia. Dia tergamam kot, tak balas senyuman aku. Tak kisah. Aku dah lega. Satu cabaran dah aku tempuhi dengan jayanya. Aku dengar tepukan bergemuruh. Ala..semua benda pun budak-budak tu tepuk kan. Perli pun tepuk.Puji tepuk, lebih-lebih lagi kengkawan..luar biasa je bunyi tepukan mereka.
Classmates perempuan aku hantar wakil bersemuka dengan aku. Diorang nak berdamai. Nak metrai perjanjian usahasama. nak sign MOU. Sebab aku ada Cikgu mentor yang sangat baik dengan aku. Aku ada kelebihan dari segi tambahan ilmu.
Misi berjaya.
Hah..apa?
..tak berapa dengar....
ooo..awek tadi eh?
Ntah, lepas perhimpuan tu, aku ada sekali dua jumpa dia. Aku senyum dia tak layan. apa nak buat nasib badan. Lepas tu habis je sekolah, aku masuk pengajian tinggi. Aku tak jumpa langsung dia.
Sekarang aku tahu lebih sikit pasal dia. Sebab dia duduk satu rumah dengan aku.
Moralnya : Kalau korang kena buat Public Speaking, presentation atau speech. Jangan gabra, jangan panik tak tentu pasal. Fokus. Cari wajah yang selesa , bicara pada dia. Mana tahu kan....
Don't limit your challenges, challenge your limits.
D'arkampo mengundur diri.
# posted by d : 11/5/2003 11:35:39 AM

Subscribe to:
Posts (Atom)