Monday, June 30, 2008

Sembari

...

Panas membahang dan waktu mengengsot petang.

Dalam kereta atos bewarna biru. 'sport rim' baru.

Pulang dari solat Jumaat di Masjid Bukit Tok Beng. Entah di mana bukitnya. Tak tahu.

Fiq bertanya aku.

'bah..masa abah sekolah dulu...ada dak kawan abah yang lebih terer melukis dari abah?'

aku.

'hmmm...'

...

Nama aku dipanggil melalui corong pembesar suara. Aku dan Zuraimi.Ke pejabat, berjumpa Cikgu seni yang aku dah lupa nama.

'kamu berdua masuk pertandingan melukis peringkat sekolah. Nanti dipilih wakil sekolah peringkat daerah.'

hah!

Kami dibekalkan dengan cat air, kertas lukisan dan berus lukisan bersaiz kecil. Aku, Zuraimi dan beberapa orang lagi murid dari tahun yang berbeza.

Kami dari darjah lima.

atau empat..aku dah lupa.

Melangut dan berkhayal. 'Nak lukis apa mi?' aku.

'ntah' dia pun sama.

Tak punya idea.

Lantas, dia terpandang sebuah lukisan terpampang di belakang kelas. Tak lawa. Lukisan sebuah perahu jalur di tepi pantai. Garis-garisnya kasar dan hasil warnanya tersasar.

Dia mengambil idea itu.

Melakar-lakar di atas kertas putih. Sebuah perahu sendeng di tepi pantai.Bersama liuk-liuk pohon kelapa.

Aku.

Meniru.

Aku tak punya idea.

Dia senyum. Dia pun meniru.

Setelah lebih dua jam. Lukisan kami serahkan.Garisan aku cantik tetapi hasil warnanya lebih menarik dari lukisan aku.

...

Hari Guru. Aku tak ingat bila, tetapi tak lama selepas pertandingan lukisan itu.

Nama Zuraimi dipanggil ke pentas. Ambil hadiah.

Lukisan dia mendapat anugerah.

Nama aku tiada.

Tiada.

...

Aku tak tahu nak rasa apa. Sedih, barangkali.

Barangkali.

Aku pandang depan dan menembusi dinding lantas ke hujung pelangi.

Barangkali.

...

Zuraimi mencuit aku. Hadiah sudah dibuka.
Sekotak pensil warna.

'kau ambil. aku dah ada banyak' katanya.

Aku terpegun.

...

Terima kasih Mi.

...

'ada..ada sorang kawan abah yang sangat pandai melukis masa zaman Abah sekolah dulu. Namanya Zuraimi. Dia masuk pertandingan dan dapat hadiah....'

'Dia lukis apa bah?..' Fiq.

'dia lukis pelangi...warna -warni.'

Aku.



Terima kasih Mi.

~Po.

Thursday, June 26, 2008

Inersia ( Aku Dulu, SPM 1987.Fizik Dapat C6 )

...


Teman.

Kadangkala, kita punyai banyak waktu tetapi tandus idea.

kadangkala pula, kita punyai banyak idea tetapi tandus waktu.

Sekarang.

Aku.

Tak punyai keduanya.

Maafkan aku.

~Po. - Ada 'engineer' marah aku pasal tajuk di atas. Tak mencapai maksud katanya.

Tuesday, June 17, 2008

Di Malam Sesunyi Begini

...

Di malam sesunyi begini

Aku mencapai gitar yang tersandar sebelah tv.

Aku memetik tali-temali besi dengan jemari bersilih ganti.

Melodi berterbangan memenuhi.

Lagu, 'Gadis Misteri'.

...'lama, aku menanti
...musim saling berganti
...mekar layu
...di pinggir waktu'

Tapi

Kau tidur.

...dan malam ini sunyi sekali.

~Po.

Sunday, June 15, 2008

Ubah Gaya Anda Ya? (U-GAY?)

...

Aku tak marahkan sesiapa.

Salah aku juga. Dulu.

Mula-mula dulu, masa ianya tengah murah. Seronok.

Ke sana ke mari.
Jadi lupa diri.

Lagipun, jiwa tengah muda.

Sedar tak sedar. Sudah lebih sebulan aku langsung tidak menyedut nikotina.

Alhamdulillah.

Minyak petrol dah naik macam roket.Nanti, harga barang-barang pasti mengeringkan poket.


Kau.Bila lagi?

RM8.20 sehari bang.....

~Po.

Friday, June 13, 2008

Satu Hari Di Tahun 2008

...

Di suatu petang yang nyaman.Angin berhembus perlahan.

Sementara menunggu-nunggu.

Aku masuk ke dalam satu kedai.

Aku belek-belek.

Aku tilek-tilek.

Pegang situ.

Sentuh sini.

Cuba naik.

Buat-buat berangan.

vroom vroom.

...aii

'salesman' tu buat derk je...layan tidak. Pandang pun tidak.



Aku turun. Keluar.

'ceh..aku tahulah sales korang meroket naik. Sombong!'

Maki aku dalam hati sambil keluar dari kedai motosikal Tai Seng.

~Po.

Thursday, June 05, 2008

Aku Tag Diri Aku Sendiri

...

Aku tak pernah kena tag.

Katalain; tak ada orang yang tag kan aku.

Apa?

Koman sangat ke aku?

...

Aku tag diri aku sendiri.
Aku tak peduli.

5 Raw Facts About Me:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

5 Things That Scares Me:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

5 Current Songs:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

5 Things I Say Frequently:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

5 Most Valuable and Sentimental Things of Me:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

5 First Time In My Life:
1. Minyak petrol naik harga,
2. Minyak petrol naik harga,
3. Minyak petrol naik harga,
4. Minyak petrol naik harga,
5. Minyak petrol naik harga,

Aku tag semua menteri-menteri kabinet yang baca blog aku.

need i say more?

~PO

Gua tulis sajak.

Gua Bikin Ini Sajak.
...

Gua tahu gua tak layak

Gua tahu gua cuma kutu berahak

tapi
Gua bikin ini sajak
Bukan kerana gua nak berlagak

Gua bikin ini sajak
Bukan kerana gua bangga bahasa rojak

Gua bikin ini sajak
Sebab ada benda gua nak cakap
Sebab ada rasa dalam dada yang tersekat

Gua bikin ini sajak
Bukan sebab gua saja nak cuba-cuba bakat

Gua bikin ini sajak
Sebab gua pun ada hak!

Gua bikin ini sajak
sebab gua nak lu orang semua ingat
budak Syarlini dah jumpa ke tidak?
Gua syak, lu orang semua dah tak ingat

Gua bikin ini sajak
sebab harga barang naik mencanak-canak
beras dah mahal macam donat
Lain barang harga gua ingat
lu orang pun terperanjat

Gua bikin ini sajak
harga minyak dah naik tinggi sangat
lu kata, tak pe; kita masih subsidi minyak masak
lu kata, lu pulangkan balik duit pakai pos dalam kotak
lu kata, cukai jalan sudah kerat

lu ingat,
otak gua tak boleh fikir berat-berat?

Gua bikin ini sajak
Kadar letrik pun nak naik jugak
tak menyempat-nyempat

Gua rasa gua kutu berahak
merangkap juga seorang rakyat
dan gua rasa gua pun ada hak

lalu gua tulis ini sajak
takkan gua nak duduk aje tunggu berkat?

cuba lu jawab?

~Po

Wednesday, June 04, 2008

SABOTAJ 3 THE BLOOK.

...



Okay.

Gua nak masuk ‘mainstream’. Gua nak Blog gua cecah ‘hits’ angka satu juta. Buleh join kelab Tun M. Sebab itu gua kena rebiu ini buku.

Sabotaj Tiga.

Bukan Ultraman Tiga, bukan Ultraman Gaia.

Baik. Gua cuba jadi ikhlas.

Gua baca rebiu Mat Jan, dia cakap, blook atau ‘Blog book’ ini hebat dari sudut ‘lay out’, ‘spacing’ dan ‘font’ nya. Okay, setakat itu, gua setuju.

‘Design’ buku keseluruhan?

Beginilah: gua bagi satu perlambangan. Katakan lu seorang gadis ayu di dalam LRT menuju ke Setiawangsa. Baru berlepas dari stesen KLCC. Orang tak ramai. Katakan, petang hari cuti. ‘Couple-couple’ melayu bergayutan dan berpautan.Tak hiraukan orang. Lu dapat ‘seat’ baik tepi tingkap belah kiri.

Lu bukak buku ‘sabotage three’. Lu baca mukasurat 76. Lu ketawa mengekek dengan gaya gadis ayu yang terpulihara.

Gua yakin, lu akan mengundang pandangan dan/atau kerlingan semua orang, terutama mamat yang sedang menyandang beg laptop hitam sambil kedua telinganya disumbat dengan corong-corong pengecil suara yang keluar dari rekahan bulat beg sandangnya itu dan lagu-lagu dari pemain mp3nya berkumandang di dalam gegendang telinganya.

Gua yakin.

Dia mula-mula akan perhatikan lu lepas itu dia akan perhatikan buku yang lu baca itu.

Trust me.

…dan dia akan tertanya-tanya. Buku apa lu baca?

Biarkan dia.

‘So…’overall design’ dia pasti mengundang tanda tanya. ‘Just nice’ pada pandangan gua. Sebab ‘at least’ mamat beg laptop itu tidak akan menuduh lu membaca novel cinta yang murah! Keayuan lu akan terpulihara.

Baik. Gua mahu cuba jadi ikhlas.



Bagaimana dengan isinya?

Beginilah. Gua dah kenal lama dengan karekter Naga, Mat Jan, Tok Rimau, Spyz, Jigo dan OP. Karekter tulisan mereka, maksud gua. Yang bertahun-tahun mereka ‘built from scratch’. Itulah senangnya menulis Blog, tak payah berdulu-duluan dengan pengenalan watak. Kita dah tahu itu Naga! Itu Mat Jan! Itu Tok Rimau!...

Gua dah biasa dengan cerita mereka. Mereka ini gua kira dah masuk tahap otai. Nama mereka tak perlu bergantung pada nama-nama lain.Nama-nama mereka sudah besar.

So..apa yang gua cari?

Kelainan.

Ikhlas gua cerita, gua beli ini buku kerana mahu baca pasal baju Arsenal di hari raya oleh si Pipiyapong.

‘That’s the main attraction’. Bagi gua.

‘And this blook doesn’t failed me’ lah.

‘The best blook’ antara koleksi blook dan zine yang pernah sampai ke tangan aku.Eh! gua!



Katakan gua tak pernah terlibat dengan dunia blogging dan tak kenal semua tulisan-tulisan mamat-mamat Soljah ini, Gua pasti gua akan terpegun dengan semua isinya. Gua pasti akan tertanya-tanya siapa mereka.

Who the heck are these so-called writers?

Cuma, gua lebih ‘prefer’ kalau Mat Jan buat kritikan tentang sosio budaya masyarakat semasa. Itu kelebihan dia. Cerita-cerita tentang zaman studi dia. Dengan lawak selamba dan elemen terkena batang hidung kita.Mat Jan, lu ‘wrote more good stuff before compared to this one’ la. Ikhlas, gua langsung tak baca Syarifah sOOfia.

Spyz, gua ‘expect’ dia dengan cerita pendek gaya sms dia sebagaimana biasa dia tulis dalam blog dia ‘lately’. Gua silap. ‘He surprised’ gua dengan cerita nostalgia dia jumpa bini dia. ‘Interesting’. Gua ‘was hooked’ sampai habis cerita.Mungkin sebab gua nih jenis Biography, suka benda-benda ‘historic’. ‘Flow’ yang Spyz buat pun ‘just nice’. Bermula dengan pertemuan dan berkesudahan dengan kematian. Klise amat.

Jigo, entahlah. Gua bukan tak suka dengan cerita-cerita double meaning-pseudo-dwi cerita-politik semasa Cuma..kalaulah Jigo muatkan cerita-cerita tentang dilemma,kemelut dan kekalutan seorang pemandu kancil. Gua suka! Atau mungkin tentang cerita meet uncle Sirajuddin. Gua pasti senyum sampai telinga.Tapi, gua suka prolog lu!.

Sebab, gua tak expect buku ini akan menjadi ‘heavy stuff to read. If it’s heavy, he ain’t my brother.’

Tok Rimau, ‘as usual’. Dia dalam kelasnya yang tersendiri.Dia akan berdiri di antara garisan kawan dan segan. Gua selalu baca blog dia tapi gua tak tinggalkan komen.

Naga, kalau gua tak pernah baca blog dia ‘before’, gua akan pantas pergi membeli Kamus Dewan untuk mencari makna ‘ragas’, ‘uring-uring’, ‘mengerenyit’ dan sebagainya. Ok, tulisannya penuh ‘artistic’. Gua rasa ramai yang terpengaruh dengan gaya pop urban dia.

OP, dia ada cerita.

Vovin, gua ‘hooked’ dengan tulisan Beromen- hot spot. Sebab tajuknya.Gua tak serasi dengan fiksyen angkasa kecuali cerita wawa.

Samurai, dia juga ada cerita.

Amir mukhriz, tulisannya ‘heavy’. Gua ‘skip’ dulu baca. Mungkin esok lusa kalau gua ada masa.

Pipiyapong, tulisan naïf ala budak remaja yang baru nak kenal dunia. ‘Yes, he is the star in this thriller’. Selamba dan ayat 'ending' yang ‘sarcastic’. Gua suka 'entry' Baju Arsenal. Naive.

Gua ber’lu-gua-lu-gua’ sebab pengaruh pipiyapong.

Gua syak DBP mungkin menolak cerita-cerita sebegini dalam Sabotaj 3 sebagai satu hasil seni tapi gua rasa seni kita sudah berubah mengikut zaman. Alangkan SN Usman Awang pun melangkau kebiasaan di dalam karya-karya beliau terdahulu.

Gua angkat Sabotaj 3 sebagai satu karya seni.

Gua tetap nak cuba jadi ikhlas.

Korang patut beli. Apalah sangat duit lima belas ringgit kalau lu tahu yang lu akan jadi perhatian dalam keretapi!

Gua simpan buku ini sebagai ‘evidence’ seni.



IKLAN

- BLOOK SABOTAJ 3 -
Himpunan entri blog yang dibukukan dari sindiket sol-jah bersepuluh yang hensem,
Sinaganaga, Vovin, jiGOMorrison, Amir Mukhriz, OP, Spyz, Mat Jan, Tok Rimau, Samurai dan Pipiyapong.

Hanya RM15 (termasuk harga pos dalam Malaysia).
Untuk penghantaran seberang laut, bayaran pos tambahan akan dikenakan.
Sila buat tempahan melalui email kepada sindiketsoljah@gmail.com.
Maklumat bayaran dan penghantaran akan kami maklumkan melalui emel.

~Po.- Lu nak 'review' yang lebih professional. Lu hantar satu naskah kepada Jiwarasa. 'He's good'.

Tuesday, June 03, 2008

Preview: Gua Tengah Review Ini Buku

...

Gua baca rebiu Mat Jan pasal ini buku. Dia kata, ini Blook bagus sebab ianya sebuah buku, bukan blog.

Gua pun sikit terpengaruh dengan rebiu Mat Jan pasal ini buku.

Gua order online. Angkat satu.

Sebenarnya gua jarang mahu layan benda-benda online nih.Lu nak kata gua orthodox ka, konservertif ka...zaman tinggal ka..lu punya suka. Gua, order benda-benda online nih bukan jaman gua.Walaupun gua ada kad kredit rimau malaya.

Gua beli buku di Kedai Buku babe.

Gua e-mail Sindiket Soljah (kumpulan mamat-mamat mengaku hensem menulis kisah realiti campur fiksyen dan berjanji akan buat penghantaran yang efisyen - kalau lu orang nak tahu).

Gua cakap; GUA ORDER BUKU LU SATU!

Pastu, gua transfer duit pakai Rimau tuyu.

Hari Ahad, gua sengaja tak datang kerja. Anak gua sunat, gua mesej partner gua; "Anak gua nak perhatian gua. Gua tak masuk kerja hari ni." Padahal, gua bantai tengok DVD cetak rompak cerita Lelaki Besi dan sambung HBO filem-filem jaman dulu-dulu.

Isnin pagi, gua melangkah masuk opis. Sampul kuning sudah ada atas meja gua. Gua syak mesti itu buku. Efisyen... delivery budak-budak tu.

Gua snap gambar dulu. Buat bukti.

Mula-mula buka, gua sudah kuciwa.

Dalam blog Sindiket Soljah, Tagline depa : "Kami tidak hisap ganja dan minum arak dan seks sejenis. Tapi, kami memang suka kepada benda-benda cantik. Tapak Sulaiman misalnya."

Gua suka itu.

Tapi dalam buku, tagline nya sudah jadi lain dude.

"....Tapi, kami memang suka kepada benda-benda cantik, rifle Kalashnikov, misalnya."

Gua tak suka. Bagi gua, Tapak Sulaiman itu lebih nilai estetika.

Petang Isnin, gua dah habis baca itu buku.Tak semua. Tapi, gua rasa gua dah habis baca itu buku. Gua speed reading certain part and gua baca bernafsu certain part.



Tunggu.

Gua tengah buat rebiu. Nanti lu akan tahu kenapa gua guna gantinama 'gua' dan 'lu'.

Tunggu.

~Po.- Review Mat Jan ada juga betulnya.