Monday, June 20, 2005

Rumah Satu, Tiang Seribu

…

Banner baru.

Ya, atas ehsan dan kreativiti yang tinggi daripada Maknenek dan atas kecekapan serta skill Kak Teh maka terbinalah banner di atas.

Bagi aku, lawa sangat-sangat sebab ianya nampak ceria dengan warna-warna dunia. Ia juga kena dengan konsep dongeng dan penglipurlara.

Tabik buat mereka!.

Terima kasih tak terhingga buat Maknenek dan Kak Teh yang bersusah payah, bangun dan rebah demi membuatkan banner untuk aku, seorang kelana di dalam dunia maya.

Sebenarnya, Blog pada aku adalah satu wadah. Satu medium ekspressi diri. Satu lakaran wajah diri sendiri.

Apa yang tertulis, apa yang terlukis adalah diri si penulis.

Satu catatan peribadi. Baik apa yang terjadi hari ini, baik tentang mimpi, baik tentang apa sahaja yang terbuku di hati. Ada cerita bersifat tersendiri dan ada yang boleh dikongsi. Segala-galanya atas kemahuan diri. Tiada batasan realiti.

Tak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Begitu juga di alam cyber, alam maya.Apabila aku menyatakan rasa, itulah yang terbit dari jiwa. Aku tidak mereka cipta. Apa yang pembaca faham dari huruf dan sukukata, itu hak mereka.

Di sini, aku menjadi seorang aku.

Di luar PC, aku juga seorang aku.

Ada bezanya.

Di sini aku mengumpul kata-kata. Menghimpun rasa. Membilang bait-bait cerita.Di sini, aku melihat pelangi dengan penuh warna. Menyulam erti dan makna.Menghargai ciptaan yang Esa.

Di luar sana, aku memandang pada segenap alam maya dengan mata tanpa suara.Tanpa bicara. Aku melihat pelangi sekadar pelangi yang terbit di udara.

Aku juga manusia.

Punya rasa, punya keinginan untuk berkata-kata. Punya cerita untuk aku khabarkan pada teman-teman semua. Cerita-cerita dongeng penglipurlara.

Blog persis akhbar arus media perdana. Ada ruang berita semasa, ada komentar tentang isu dan agenda, ada ruang sukan, ada ruang cerpen, ada ruang sajak dan puisi. Ada ruang tentang pengalaman dan ada ruang iklan.

Akuilah hakikat, kita tak membaca akhbar dengan seluruh berita yang termuat. Kita membaca apa yang memikat, kita tinggalkan berita yang kita kurang minat.

Aku sendiri kurang minat tentang berita ekonomi dan pasaran saham, aku tinggalkan. Aku tak memaksa diri untuk memahami. Kalau aku memaksa diri, akan keluarlah ayat atau komen yang mampu melukakan hati.

Mengapa? Mengapa mesti memaksa diri?

Semua manusia merasa bangga apabila dihargai. Semua manusia juga akan merasa hiba bila disakiti. Hormat diri sendiri dengan cara menghormati semua yang berlagu di sini.Di alam cyber ini.

Tak semua cerita punyai makna, tak semua benda ada nilainya tapi itu tidak bermakna kita harus membuang rasa, melontar bisa pada benda yang kita tak suka dan tiada nilai pada anggapan kita.

Semua perkara punyai keindahannya dari sudut tersendiri.

There are things that better be left untold. Unspoken.

…dan aku di sini, sekadar pengingat tentang makna dan erti.

Rumah satu tiang seribu,
Salam hormat dari seorang Aku.

Po.

Sunday, June 12, 2005

Lagu Hidup Aku

…

Hidup tak semestinya berlagu.

Tapi, dalam hidup ada lagu.

Lagu yang membangkitkan rentak, mengatur tari hidup ini.

Bukan, aku tak membicarakan lagu yang disumbatkan ke halwa telinga. Aku membicarakan lagu hidup kita sepanjang usia. Nada-nada yang bergema, muzik yang beralun mesra, paluan gendang dan rebana yang mengiringi setiap derap langkah kita.

Lagu hidup. Lagu yang penuh kemelut.

Semasa kecil, kita diperdengarkan dengan lagu-lagu ringkas dan mudah.

Lagu Tom Tom Bak, lagu enjit-enjit semut. Lagu yang penuh keriangan, penuh teladan.
Menyanyikannya membangkitkan suasana riang. Aman.

Ketika kita mula bergelumang dengan pencarian ilmu, menentu halatuju. Lagu-lagu semangat akan mula menjadi lagu nyanyian kalbu.

Kita tinggalkan kampung halaman dan lagu-lagu dendangan anak jalanan mulai meniti batas-batas perjalanan. Berdendang dengan rentak kehidupan.

Semakin kita dewasa, apabila kita mulai mengenal cinta dan kasih sesama manusia. Lagu-lagu hidup mula mengkhayalkan. Mulai bercita-cita dan memasang impian. Mulai meneroka alam angan-angan. Mendaki puncak, menyusur jeram. Kita hidup dengan lagu-lagu luahan kasih dan sayang.Mentari, bulan dan bintang sering menjadi perlambangan. Lagu hidup ketika itu amat indah walaupun hati menjadi gundah.

Mimpi tetap akan pulang walau kasih terputus di tengah jalan.

Apabila kita menjadi cukup dewasa, menjadi suami, menjadi isteri yang setia. Kita punyai anak-anak yang perlu dijaga.Bagai pohon-pohon bunga yang perlu dibaja. Menjadi ketua keluarga, menjadi harapan yang mekar berbunga.

Ketika itu, lagu hidup tidak lagi menjadi mudah. Irama dan nada menjadi semakin payah. Hidup ini bukan lagi sekadar bulan dan bintang yang indah. Mentari mulai menjadi merah. Pelangi sekadar merehatkan minda yang lelah. Garis-garis warna sudah bercambah.

Lagu-lagu yang membuaikan hanya akan memberikan makna kelaparan. Anak jalanan tak lagi berdendang, anak jalanan ini perlukan kudrat untuk menyuapkan makan pada anak dan isteri yang menunggu dengan penuh harapan.

Ketika ini, lagu hanya untuk menguatkan langkah-langkah agar tidak menjadi sumbang. Lagu alam, lagu erti sebuah kehidupan. Tiada lagi lagu untuk dinyanyikan dengan kawan-kawan. Tiada lagi lagu buat puteri yang menunggu di perlembahan. Tiada lagi lagu yang meniup semangat juang demi menggapai impian.

Yang tinggal…

Hanya lagu untuk terus hidup.

Lagu hidup aku.

Lagu perjuangan yang masih kekal berkumandang.

Sutu hari nanti, aku akan kembali berdendang. Sekadar mengingati masa silam yang telah berlalu pergi. Lagu-lagu yang pernah hidup dalam jiwa aku. Lagu-lagu yang akan menceritakan kisah-kisah sendu dan kemuncak senyum seorang aku.

Lagu senandung semalam.Lagu yang terbit dari jiwa dan mata yang memandang.

…dan di sini.

Aku bernyanyi lagi.

Moga-moga kau mengerti.

~Po. - Puisi-Relay Updated.

Wednesday, June 08, 2005

Runaway Train

...


Call you up in the middle of the night
Like a firefly without a light
You were there like a blowtorch burning
I was a key that could use a little turning

So tired that I couldn't even sleep
So many secrets I couldn't keep
Promised myself I wouldn't weep
One more promise I couldn't keep

It seems no one can help me now
I'm in too deep there's no way out
This time I have really led myself astray

Runaway train never going back
Wrong way on a one way track
Seems like I should be getting somewhere
Somehow I'm neither here nor there

Can you help me remember how to smile
Make it somehow all seem worthwhile
How on earth did I get so jaded
Life's mystery seems so faded

I can go where no one else can go
I know what no one else knows
Here I am just drownin' in the rain
With a ticket for a runaway train

Everything is cut and dry
Day and night, earth and sky
Somehow I just don't believe it
Bought a ticket for a runaway train

Like a madman just a laughin' at the rain
Little out of touch, little insane
Just easier than dealing with the pain

Runaway train never comin' back
Runaway train tearin' up the track
Runaway train burnin' in my veins
Runaway but it always seems the same

Runaway Train by Soul Asylum

~Po.

Wednesday, June 01, 2005

A Walk To Remember.

…

4.45 petang

Petang yang tenang

Petang yang nyaman.

Seorang bapa sedang memimpin anak perempuannya, anak yang kedua. Berjalan berdua. Menyusur lorong antara rumah batu bata. Menyusur laluan di bawah pokok mangga.

Bercerita.

Mendengar.

‘tadi kawan kakak menangis sebab teacher marah dia….’
‘kenapa Abah tak datang ambik dengan kereta..? Letih laa’

Menyambung cerita.

...

5.00 petang

Petang yang mendung

Riuh rendah.

Di dalam stadium.

Tiga puluh tahun yang lalu.

Aku masih kecil untuk menikmati perlawanan bolasepak. Aku sukakan suasananya. Aku ghairah dengan pengalaman pertama. Aku di situ, dengan arwah ayah aku.

Hujan turun.

Kami berselindung di bawah baju hujan hitam yang ayah bawakan. Bersama berdua. Basah.

Kami tak bercerita. Hanya diam. Tenggelam dalam suasana.

Itu sahaja kenangan aku semasa kecilku bersama arwah ayah.Mungkin kerana hanya itu sahaja ketika kami keluar berdua semasa kecil. Kenangan yang mampu membangkitkan nostalgia. Kenangan yang mengingatkan aku bahawa sebenarnya arwah ayah sayangkan aku.

Aku tahu yang dia bukan seorang menteri. Dia bukan seorang Professor. Dia bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Cerita-cerita yang mampu aku banggakan, mendabik dada. Dia hanya seorang penjaga stor.

Tapi.

Dia membesarkan aku dengan kasih sayang yang jarang-jarang ditunjukkan. Dia merasa bangga dengan aku walau aku hanya mendapat tahu dari teman-teman.Dia tidak pernah memberikan motivasi diri. Cabaran untuk aku buktikan adalah satu motivasi yang paling tinggi.

Dia adalah satu cerita yang aku banggakan. Dia adalah satu cerita dengan air mata bergenang apabila dia pergi meninggalkan kehidupan.

Al-Fatihah.

Dan bapa itu terus memimpin anak perempuannya menyusur batas-batas kehidupan. Ketawa dengan karenah anak kesayangan.

Berpimpinan tangan dengan beg sekolah disandang.

Moga-moga dengan langkah-langkah perjalanan yang singkat itu, dia akan mengingatinya di suatu masa nanti. Percaya bahawa aku menyayanginya dan abang serta adiknya. Uminya, sudah pasti.

This entry is inspired by an entry by Atenah .

~Po.