…
Aku sebenarnya terkejut tahap mengkarung ekor bercabang bila ada antara pembaca yang tak tahu kewujudan kasut jenama Diadora tapi setelah aku duduk mengambil angin waktu malam sambil menyedut ‘udara segar’ dan menghidu aroma selepas hujan…aku baru tersedar bahawa jenama tersebut amat tersohor sekitar tahun 1985 atau 1986…dah hampir 20 tahun dulu.
Meh, aku ceritakan pasal evolusi kasut sukan dan kesannya kepada budak-budak yang baru nak matang dari perspektif seorang aku.Aiseh, dah macam tajuk thesis ni.
Baik, semasa aku kecil dulu dalam sekitar tahun 1970 sehingga tahun 1976..kasut yang paling popular dan paling praktikal ketika itu adalah kasut kulit tanpa jenama yang cukup tahan lama dan bergaya tetapi harus berhati-hati kalau terpijak kaca atau paku kerana tapaknya mudah terkoyak dan mengeluarkan darah.Kalau ada selipar Jepun sekalipun, ianya taklah seselesa memakai kasut kulit manusia ini.
Masuk sekolah rendah, tentulah kasut jenama Bata untuk dibawa ke sekolah.Bata dulu bukan macam kasut Bata sekarang.Kasut Bata dulu cuma ada satu design sahaja iaitu macam yang dipakai oleh pemain-pemain sepaktakraw sekarang. Ada satu design tetapi ada dua model.Ha..jangan terkejut pulak kerana harganya berlainan. Model yang lebih mahal adalah model yang mempunyai tapak hijau sementara yang lebih murah adalah model tapak merah.Aku tak tahu kenapa dan aku tak mengkajinya sebab aku kecik lagi masa tu..
Selain kasut Bata itu, ada satu lagi kasut getah yang langsung tak menggunakan kain. 100 % getah serta mempunyai tapak yang ber’stud’. Aku tak gemarkan kasut itu sebab nampak tersangatlah tak macho walaupun tak perlu bersusah payah membasuhnya, Cuma lap pakai kain basah je..kasut itu biasanya digunakan untuk menoreh getah kerana kekebalannya meredah ladang dan sengatan haiwan berbisa.
Sekolah rendah, aku tak kisah sangat pasal kasut kerana masa tu belum pandai mengurat lagi.
Bila masuk je sekolah menengah, aiseh…aku seperti budak-budak lelaki yang lain telah dilanda Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Perasaan Terhadap Kasut atau singkatnya SAIDS. Ketika itu semua budak lelaki nak bergaya dengan kasut yang kelas dan berjenama. Kasut Bata hanya layak diperagakan oleh budak-budak perempuan. Zaman itu belum ada pesaingnya iaitu Pallas Jazz. Kalau ada budak lelaki yang pakai kasut Bata, itu hanyalah nerd atau Mat Buku Spek Tebal sahaja. Orang-orang macho macam kami, malu nak pakai kasut Bata.
Alternatif bagi kasut Bata ketika itu adalah kasut Warrior yang nampak hensem dan bergaya. Maaf, budak perempuan tak pakai kasut ni, kalau ada pun yang jenis Tomboy.Itu time sekolah, time aktiviti luar waktu sekolah, itu yang dahsyat…semua datang dengan pelbagai jenis kasut sukan. Paling glamour waktu tu..sekitar tahun 1982 atau 1983 adalah Adidas Rom. Sapa pakai tu akan menerima tabik hormat daripada kawan-kawan. Masa tu zaman Grammy Awards Michael Jackson dengan lagu Beat It. Seingat aku, boot bola paling famous masa tu adalah Adidas La Plata.
Aku dah mula memasang angan-angan nak memiliki kemegahan pada kaki aku sendiri.
Bila aku naik Tingkatan 4 dan 5, bermulalah zaman Rock Kapak apabila Search mula memasarkan album Cinta Buatan Malaysia dan Lefthanded dengan Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi. Serentak dengan itu juga Battle Of The Bands seperti Ella and The Boys, May, SYJ , Rahim Maarof & Whitesteel dan beberapa band lagi mula menjadi kegilaan.Mereka memperkenalkan kasut-kasut sukan yang pelbagai.
Aku boleh berdiri berjam-jam di kedai kasut hanya untuk berangan-angan.
Search ditaja oleh Diadora, kasut high cut yang cukup sesuai untuk Rock. Ianya nampak seperti kapak bila seluar ketat dan dikenakan dengan kasut besar, mungkin kerana inilah ia digelar Rock Kapak selain gitar berbentuk kapak, Dikejar oleh Bapak dengan Kapak bila sengaja koyakkan jeans kat lutut serta keberkesanan minyak cap kapak ketika itu selepas headbanging 3-4 lagu.
Semua umat manusia nak pakai high-cut masa tu. Muncul jenama-jenama baru seperti L.A. Gears, Reebok, Converse, New Balance dan satu jenama Malaysia iaitu Aliph. Aliph sudah menjadi arwah sekarang.Zaman tu kasut boot ala cowboy belum sampai di Pelabuhan Kelang jadi semua rockers pakai kasut sukan.Jenama-jenama tersebut tersangatlah mahal bagi makhluk-makhluk seperti aku. Nak pakai jenama Aliph, takut nanti diketawakan oleh rakan-rakan rockers..bukan rakan-rakan Bloggers eh...
Apabila aku dah mula nak SPM, undang-undang sekolah dilonggarkan sedikit sebab semua sibuk nak exam, budak-budak pun mulalah memakai kasut kain jenama Nike dan Diadora yang agak murah di pasaran ke sekolah, sekejap sahaja dimulakan ia sudah menjadi ikutan. Untuk mengelirukan Cikgu Disiplin, kasut itu disapu dengan kapur kasut untuk menghilangkan lambang dan stripe ditepinya.
Ada kasut alternatif bagi budak tak ada duit macam aku. Setelah mengumpulkan duit raya, aku berjaya membeli kasut jenama Lotto yang nampak macam kulit dan mahal tetapi hanyalah plastik dan PVC. Beberapa tahun berikutnya, aku berjaya membeli kasut jenama Patrick (sudah pupus sekarang) juga dari duit raya.
Mak aku kata “aii..beli mahal-mahal ingat nak letak kat kepala..letak kat kaki jeee’
Pedih..
Pedihh..
Bila aku di tingkatan enam, Abang aku di U.S. mengirimkan kasut L.A. Gears Hi-Cut melalui pos dan setelah buat muka sedih dan merayu pegawai pos, aku cuma perlu bayar hanya beberapa puluh ringgit untuk cukai yang ditaksirkan beratus-ratus ringgit.Kalau kena cukai tu, aku tinggalkan aje kasut tu kat Pejabat Pos.
Itulah pertama kali aku pakai kasut betul-betul dibuat dari kulit dan mahal dan yang paling pentingnya, tak ada kat Malaysia. Riak dan takabur aku ketika itu mencapai tahap Mat Jan dengan kasut Adidas putihnya itu.
Setelah aku bekerja dan dapat duit ribu-ribu, aku mula mencari angan-angan aku dulu. Kasut kulit terbalik aku beli (licin di dalam, berbulu diluar kasut), kasut Reebok hitam pujaan aku dulu aku beli, kasut badminton jenama New Balance dan Carlton aku beli, Kasut Adidas aku beli dan bermacam-macam jenis lagi. Ada yang aku simpan, ada aku buang, ada yang aku bagi orang dan ada yang aku pakai masa potong rumput di laman.
Sekarang aku selesa dengan kasut Adidas hitam design lama sebagai kasut leisure dan kasut kerja dari jenama Bonia dan Scotch. Masa-masa lain, aku hanya pakai sandal Adidas merah yang aku beli di pasar malam.
Betul, tulisan dia Adidas bukan Adibas atau Abibas.Lambangnya sama.
Sekian sahaja rencana Evolusi Kasut Sukan untuk Discovery Channel.
He he …selamat membeli kasut raya.
~d’arkampo.- kepada orang tua yang masih memakai selipar Bubble Gummers, anda satu dalam sejuta. Okay apa..he he he.
Saturday, October 30, 2004
Wednesday, October 27, 2004
Bila Hujan Berhenti...
...
Lewat hari-hari yang berlalu ini, hujan terus turun mencurah-curah bagaikan butir-butir kaca di simbah. Bukan setakat di sini tetapi hampir di kesemua kawasan di dalam negara. Mengikut kajian geografi, ini adalah musim peralihan monsun.Mengikut kajian aku, hujan ini seperti ingin memberitahu sesuatu.
Hujan bukan sekadar air yang tergenang pecah dari kandungan awan gemawan. Hujan juga bukan sekadar titis-titis air berderai di udara. Hujan adalah perlambangan yang cukup mudah untuk menarik hati atau meruntun perasaan . Kerana hujan biasanya ditemani oleh angin kencang, guruh, kilat dan petir yang bergoncang yang boleh dilambangkan dengan kemarahan dan perasaan yang tidak tenteram. Hujan juga boleh turun dengan lembut bagaikan gerimis yang boleh dilambangkan sebagai satu kesedihan atau rasa duka yang panjang.
Hujan dan udara yang dingin adalah satu kejadian Tuhan yang mengundang pelbagai tafsiran.
Bagi aku, hujan membawa sejuta ketenangan.Menghimbau seribu kenangan.
Kini aku berdiri menghadap cermin yang penuh dengan titik-titik air dan lurutan hujan yang bagaikan satu lukisan kehidupan tergambar dihadapan.Pemandangan bangunan-bangunan yang berbalam di hadapan bagaikan menutup wajah realiti dan menghentikan detik waktu yang berjalan.
Aku teringat suatu waktu dahulu, dalam hujan-hujan begini. Dalam dingin dan berkabus.
‘Kenapa Mak beli kasut ni..? saya tak mahu kasut niiii!’
‘Kenapa dengan kasut tu? Kan lawa tu…’ kata mak dengan lembut. Memujuk.
‘Mak! Ini kasut Bata!..koman, Po nak kasut Diadora!’
‘Alaa..Bata dengan Diadora kan sama je..’ Kata mak lagi, masih memujuk.
‘Mak ni tak reti lah, Po malu dengan kawan-kawan…’
Aku terus mencampakkan sepasang kasut jenama Bata yang masih baru ke dinding. Tepat depan Mak dan terus masuk ke bilik. Rumah kayu beratap rumbia bergegar kencang dengan hempasan pintu bilikku.
Mak sudah tak punya suami bermakna aku juga sudah tak punya Ayah,Ayah menghilangkan diri entah ke mana sejak berkurun lamanya. Aku tak pernah kenal siapa manusia yang bernama Ayah. Selama ini Mak sahajalah yang menjadi ibu dan bapa kami adik beradik.Selama ini Mak sahajalah yang menanggung makan dan minum kami empat beradik. Selama ini Mak sahajalah yang menjadi pelindung, penawar dan racun dalam pejam dan celik.
Mak adalah segala-galanya bagi kami.
Mak terpaksa bekerja demi mengisi perut kami, demi menyekolahkan kami, semuanya demi kami tetapi tak pernah sesekali demi dia sendiri.Benarlah bagai perumpamaan, ibu berkelip bak api lilin, membakar menerangi insan lain sedangkan diri cair tanpa ada yang berpaling.
Cuma aku, aku sahaja yang meminta-minta sedangkan aku tahu bahawa Mak tak pernah mengecap kemewahan sepanjang hidupnya.Dia bekerja dengan penuh derita, dihina dengan kata-kata nista. Semua itu diharunginya demi kami, anak-anaknya ini.
Dan…aku telah meletakkan sepasang kasut Diadora melebihi kasih seorang ibu.
Aku tahu yang Mak terasa dengan tindakan aku. Aku sedar, aku terkasar bahasa, terkurang ajar dengan orang yang memberi ruang untuk aku terus hidup, bernafas dan merasa nikmat dunia.
Bila aku keluar dari bilik setelah menyedari kesilapanku, aku lihat mata Mak tergenang dengan air jernih yang bakal tumpah dengan selembut kerlipan matanya.
Aku berjalan perlahan menuju kepadanya dan aku peluk Mak. Dadaku panas, air mata Mak bercucuran. Aku pegang tangan Mak dan aku kucup perlahan. Aku pohon sepenuh keampunan. Tubuhku panas dengan kasih sayang antara insan.
….
Dan hujan masih belum berhenti. Hujan gugur menabur bakti. Hujan seakan-akan mengerti bahawa hidup ini bukanlah sekadar satu perjalanan. Hidup ini penuh dengan persimpangan dan persinggahan.
Pilihlah jalan yang terang. Tanpa hujan, tanpa kabus kelam.
-Ini adalah cerita yang dipetik dari Journal Encik Poh Swan Seng, pemilik kepada rangkaian kedai-kedai kasut jenama Bata di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
~d’arkampo.

Saturday, October 23, 2004
Apasal?
...
Apasal lama tak update?
Entah...tak ada semangat kot...
Mana nak dapat semangat ?
Entah....
~d'arkampo. - He he ..mungkin kerana faktor kurangnya asap...

Tuesday, October 19, 2004
Laa...
...
Aku ingat aku je rasa bosan...PC dan Blogger.com pun bosan jugak? Tengok entry ntah hapa-hapa kat bawah...
Malas lah aku nak tulis apa-apa.
Aku tak ada idea.
Selamat Berpuasa.
~d'arkampo

Monday, October 18, 2004
The saga continues….
...
Kak Sri Diah kata : -
D'arkampo dll:
Tentang Siri Natrah:
1. Wartawan yang bertugas bertemu Natrah itu ialah Fatini Haji Yaacob (sekarang Datin Fatini - hehehe, kawan saya)
2. Suami Datin Fatini dulunya ialah bekas Setiausaha Politik seorang Menteri Kanan.
3.Majalah yang terbitkan artikel tu ialah Majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Editor Dewan Masyarakat ketika itu ialah Johan Jaafar (sekarang Datuk Johan Jaafar)
5. Artikel dan penulis siri itu mendapat Anugerah Kajai (anugerah tertinggi utk wartawan dan artikel yang best anjuran Institut Akhbar Malaysia)
.. takat tu jelah yang boleh bagi tau ;-)
Mak Andeh pulak kata :-
Correction Po :
When the DW reporter tracked Natrah @ Maria down - she was working in the US as a chambermaid with her 2nd husband. She was charged in court (tapi tak ingat samada convicted or not) sebab percubaan membunuh her former husband yang dia kawin after dia balik ke Holland.
She was unhappy in Holland sebab hidup susah dan adik beradik ramai.
Dgn Mak Minah, dia mewah sebab Mak Minah kaya. Standard zaman itu.
Anak - aku tak tahu berapa org.
And yes, Mansor Adabi became very successful as a legal editor and refused to talk about the past.
And Prof Ahmad Ibrahim - well, namanya dimaktubkan di Law Faculty UIA, so you can imagine the impact of such a person.
Mak Andeh | 10.17.04 - 9:18 pm | #
Both of them were respectful women from their own fields. Both were good researcher.Good friend, good human being. They were good happy people and they talked about life, a lot.
Unlike Natrah, she suffered losses in her life because of the past.She doesn’t want to talk about her past at all.The dark memories shall ever remain inside her forever.
I can imagine right now, she is staring at the empty sky....looking for traces of life.

Sunday, October 17, 2004
The Tragedy...
…
Salam Ramadhan Al-Mubaraq,
Saudari Kinky ada bertanyakan tentang kisah Natrah dalam comment’s box aku untuk entry di bawah. Mak Andeh dengan penuh semangat telah memberikan beberapa jawapan (sebab dia tahu aku cuti pada hari Jumaat).
Ah, kisah Natrah. Sebuah kisah klasik tentang pertembungan cinta, budaya dan agama yang berbeza.
Pada sekitar tahun 80an (aku tak ingat bila) Majalah Dewan Masyarakat telah membuat satu cerita eksklusif tentang Natrah serta berusaha menjejakinya di Holland. Majalah itu telah mendapat hits dan terpaksa membuat ulangan penerbitan beberapa kali. Syarikat penerbitan Dewan Masyarakat dan wartawannya menjadi terkenal dengan sekelip mata.Aku adalah antara pembeli dan pembaca Dewan Masyarakat semenjak kecil lagi tetapi semenjak isu itu berakhir, aku jarang membeli dan membacanya lantas majalah itu menjadi suram dan kurang diberi perhatian.
Siapakah Natrah binti Ma’arof atau Nadra atau Maria Hertogh yang cukup terkenal ini sehingga mengorbankan 18 nyawa, mencederakan 173 yang lainnya ?
Pada usia 13 tahun, dia adalah seorang gadis yang cukup cantik dan ayu. Cantik kerana di Daerah Kemaman, Terengganu khususnya di Kampung Banggol tiada pasangan yang melahirkan seorang anak perempuan bermata biru, berkulit putih kemerahan dan berambut perang. Dia menjadi tumpuan.Seharusnya tumpuan yang diberikan hanya terlingkung sekitar kampung itu sahaja dan dia akan menjadi salah seorang penduduk di Tanah Melayu ini tanpa kontroversi.
Malangnya wajah ‘luar dari biasanya’ menjadi perhatian seorang Pegawai British yang melawat sekolah di mana dia belajar dan bermulalah kisah duka dalam hidupnya. Rentetan peristiwa yang bersambung-sambung menjadikan kisahnya adalah sebuah kisah yang menarik untuk didengar.
Ceritanya di sini
Maaf, pada 11 Disember 1950 aku masih belum dilahirkan jadi aku tak tahu sangat secara pengalaman terus tentang kisahnya. Aku sama seperti yang lain, membacanya dari buku-buku sejarah.
Tentang kembalinya Maria Hertogh ini ke Terengganu, aku rasa ianya tidak benar kerana aku tidak mendengar apa-apa percakapan tentang perkara itu di sini. Yang ada di sini adalah seorang warga Peranchis yang bertemu jodoh dengan seorang pengusaha chalet di Pulau Duyong. Beliau telah sekian lama di sini dan anak-anak beliau semuanya bermata biru dan sudah besar-besar. Dua antara anak-anaknya menjadi peguam dan seorang menjadi model dan juga isteri kepada bekas penjaga gol Selangor, Azlisham Ibrahim.Dia bukan Natrah.
Cuma ada beberapa fakta penting yang tidak diceritakan dalam website-website yang membicarakan isu Natrah.Antaranya :
1. Maria Hertogh kini menetap di Holland serta mempunyai dua anak (kalau aku tak silap). Dia menjadi orang biasa. Tak ada apa yang istimewa. ( sayugia diingatkan, 18 nyawa terkorban kerana dia). Dia langsung lupa tentang bahasa Melayu, agama Islam atau adat resam.Ini aku baca dalam edisi terakhir Dewan Masyarakat berkait isu Natrah.
2. Allahyarham Mansor Adabi yang menjadi bekas suami Natrah mendalami minatnya dalam bidang undang-undang selepas kesnya dan Natrah diputuskan.Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Beliau kemudiannya mengabdikan diri pada bidang penulisan journal dan makalah undang-undang. Antaranya adalah the Malayan Law Journal.
3. Peguam yang mewakili Natrah dan Mansor Adabi adalah Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim. Satu nama yang cukup besar pengaruhnya dalam sistem perundangan dan sejarahnya di Malaysia sehingga namanya diabadikan kepada Fakulti Undang-Undang Di UIA. Semasa aku mendengar satu kuliah tentang kes Natrah ketika aku mengaji dulu, aku difahamkan bahawa Tan Sri Ahmad Ibrahim pernah berkata ketika Rayuan beliau ditolak di Mahkamah Singapura. “Alangkah baiknya kalau kes ini dibicarakan di Semenanjung Tanah Melayu…’
4. Tiada siapa yang tahu kesudahan Ibu Che Aminah bte Muhammad. Yang pastinya beliau menanggung derita yang amat sangat bila anak angkatnya yang ditatang bagaikan minyak yang penuh diambil begitu sahaja. Keluarganya tiba-tiba menjadi lenyap tanpa sebarang berita.
5. Maria Hertogh juga tiba-tiba menjadi lenyap tanpa sebarang khabar berita setelah beliau dimasukkan ke sekolah convent di Holland sehinggalah dijejaki semula oleh wartawan Dewan Masyarakat. Dia seolah-olah sudah lupa kenangan lalu dan tak mahu membicarakannya lagi.
6. Nama Melayu beliau adalah Natrah dan bukannya Nadra sebagaimana yang disebut-sebut sebagai The Nadra’s Tragedy. Tiada orang Melayu Terengganu yang membubuh nama Nadra pada anaknya. Itu cuma pelat Mat Salleh untuk menyebut nama Natrah.
Entah lah, dalam negara kita sekarang pun banyak kisah-kisah yang ‘hebat’ tiba-tiba menjadi lenyap.Samaada sengaja dilenyapkan atau orang kita memang suka senyap-senyap.
Hantam sajalah Labu…..

Wednesday, October 13, 2004
Ocean of Sorrows
...
Ocean of Sorrows
How long have we been drifting at sea
for strong waves rocked the little boat violently.
It had been days without a bite
the exhausted bodies were awaiting death.
Calamities at night seemed endless
laments cutting through water to whose ears.
Begging God to reach the other shore quickly
for even at death one still has a dried grave.
Thus seeing the island, happiness is mixed in tears
the freedom longed for is finally here.
-Mai Thơm
A senior boat person residing in Massachusetts, USA
Pada suatu malam, kira-kira jam 11 malam. Aku dan beberapa teman berhenti singgah di tepi pantai berhampiran dengan rumah aku. Kami bermotosikal dan setelah meletakkan motor kami, kami terus duduk melepak di benteng pemecah ombak sambil menghayati sebatang rokok dan asapnya terbang dihembus bayu Laut Cina Selatan.
Aku terpandang sebuah bot yang sederhana besar terdampar di pantai sambil ombak laut menghempas pada dindingnya dan mengeluarkan satu irama yang tidak tersusun. Aku agak bot itu baru terdampar melihatkan pada keadaannya yang masih dioleng ombak dan baru mencecah pasir.
‘Bot Vietnam..’ kata kawan aku.
‘Jom kita pergi tengok…’ kata aku.
Kami berjalan perlahan menuju ke bot tersebut sambil mata memandang sekeliling. Biasanya kalau ada bot vietnam yang terdampar, tentu ada askar yang berkhemah menjaganya. Kali ini tiada. Tiada umat manusia kecuali kami.
Apabila kami mendekati, bau hanyir menusuk hidung kami. Dalam kegelapan malam yang hanya disinari cahaya bulan, aku cuba mengamati ke dalam bot kalau-kalau ada orang. Hanya bunyi ombak yang aku dengar.Tiba-tiba kawan aku menjerit…
‘Lariiii…mayat ! mayat !’ katanya sambil menunjukkan sebungkah benda hitam yang terbenam di dalam pasir pantai dan sesekali disapu ombak.
Dalam gelap malam, aku sekilas melihat benda hitam itu berurat-urat halus bagaikan rambut.
Aku tak tunggu lama, gila apa nak tunggu bila kawan-kawan dah mulakan langkah seribu.Kami berlari menuju ke tempat motor.Apabila semua dah termengah-mengah dan berkumpul, aku tanya :
‘Betul ke mayat ?’
‘Ntah, macam ya je…’ bisik kawan aku.
Ketika itu, aku teringatkan kisah-kisah yang selalu aku baca dalam akhbar, berita tentang orang hanyut, pelarian Vietnam, pendatang haram dan bermacam nama diberikan. Mereka datang menongkah ombak ganas dengan bot-bot nelayan kecil dan ramai yang tak kesampaian ke tempat tujuan. Ada yang karam, ada yang dirompak dan dibunuh lanun ditengah lautan dan bermacam-macam kisah ngeri lagi. Daripada nelayan-nelayan tempatan, aku dengar kisah bermacam. Ada yang mengatakan sepasang tangan terlekat pada pukat mereka, ada terjumpa mayat tak sempurna terapung-apung di laut dalam dan bermacam-macam.
Ketika itu, orang-orang tempat aku seboleh-bolehnya menghindari dari memakan ikan atau hidupan laut yang selainnya kerana terdengar juga cerita bahawa ada yang terjumpa jari dari dalam perut ikan.
Aku bukan berani tetapi aku jenis yang tak puas hati. Aku ajak kawan-kawan aku pergi semula ke bot tadi. Ada yang menolak dan ada yang sama tak puas hati. Aku dan beberapa lagi pergi semula ke tempat mayat tadi dengan rasa cuak di hati. Kami berjalan perlahan-lahan. Mata aku tak lepas dari terus memandang sebungkah kepala dengan rambut terurai di sapu ombak di pantai.
Sampai dekat, aku lihat rambutnya keras dan tak bergerak walau ombak menghempas kuat. Dalam gelap malam, aku menghendap dekat. Apa nak jadi, jadilah kata aku.
Cehhh,….rupa-rupanya sebungkah banir pokok kelapa yang tumbuh lebat akarnya terbenam ke dalam pasir.Yang aku ingatkan rambut tadi rupa-rupanya akar.Buang karan betul.
Esoknya, aku lalu semula ke tempat kejadian dan sudah ada beberapa orang askar mengawal bot tersebut tetapi apa jadi dengan penumpang bot itu, aku tak tahu kerana malam tiada tiada sesiapa di situ.
Itu adalah antara kenangan aku ketika Pendatang Hanyut Vietnam mula sampai dan mendarat di Pantai Timur Malaysia kita ini.Mereka hadir mula-mulanya melalui kapal Hai Hong seramai 3,700 orang berasak-asak dan berhimpit-himpit dalam kapal pada sekitar tahun 1978 dan mula membanjiri tanahair sehinggalah ke pertengahan tahun 80an.Pada mulanya Malaysia enggan menerima kedatangan mereka kerana mereka bukanlah diiktiraf sebagai pelarian yang memohon suaka politik tetapi lebih kepada pelarian desakan ekonomi akibat ditindas oleh golongan pemerintah komunis. Golongan berketurunan Cina di tekan hebat, perniagaan mereka diarahkan tutup, harta benda mereka dirampas dan mereka didesak supaya meninggalkan negara.
Dengan campurtangan United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), mereka akhirnya dibenarkan transit di Malaysia sementara menunggu ada negara-negara Dunia Pertama yang sudi mengambil mereka.UNHCR membiayai keseluruhan perbelanjaan mereka. Mereka ditempatkan di Pulau Bidong dan satu kem pelarian di Marang, Terengganu.
Apabila sahaja aku tamat menduduki SPM, aku berkhidmat secara sukarela menjaga Pendatang Hanyut ini di kem pelarian Marang yang kami kod kan mereka sebagai PHV. Bukan HIV!. Aku diberikan elaun oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang diberikan mandat menjaga kebajikan mereka oleh UNHCR. UNHCR sebenarnya yang membayar elaun aku. Kiranya aku ini adalah pekerja United Nation lah. Kelas gitu.
Tugas aku setiap pagi adalah mengumpulkan mereka dan mencatat jumlah mereka supaya sama dengan rekod. Kami tak mahu ada yang melarikan diri dan bersembunyi dalam negara ini. Kami juga dikehendaki membahagi-bahagikan makanan mentah untuk mereka masak sendiri. Beras, sardin, telur, buah-buah, air kotak, air tin dan sebagainya. Ikhlas aku katakan bahawa makanan mereka lebih mewah daripada makanan sehari-hari yang mak aku masak.
Sambil-sambil aku menjaga mereka, aku mencuri peluang mendekati mereka.Sebab berlainan bangsa dan bahasa, bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Di situ aku mengasah lidah aku menjadi Mat Salleh celup. Dari mereka aku mendapat tahu bahawa kebayakan mereka yang datang dan hanyut ke sini bukanlah calang-calang orang walaupun melihat dari pakaian, mengalahkan Pak Brahim pengayuh beca.Mereka terdiri daripada doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya.Golongan-golongan professional inilah yang ditindas oleh pemerintah mereka.Dari mereka aku mendengar cerita tentang kekejaman regime komunis, keadaan sosio ekonomi yang berterabur dan segala masalaah mereka.Kerana itulah juga mereka mudah diterima oleh negara Dunia Pertama. Yang tak ada kelulusan, mereka lambat diterima dan jadilah mereka penghuni Pulau Bidong bertahun-tahun.
Akibat terlalu lama mereka menghuni bumi kita dan nelayan-nelayan dinafikan tempat berteduh dari ribut di Pulau Bidong, Penyair Marzuki Ali pernah menyatakan ketidakpuasan hati melalui sajak berapinya ‘Kembalikan Bidong Padaku’.
Kini Kapal Hai Hong dan kem pelarian sudah menjadi kenangan. Pulau Bidong akan dimajukan dan moga-moga sejarah tidak akan berulang.
~d’arkampo. – Cerita lanjut di Blog Mak Andeh.

Monday, October 11, 2004
Satisfaction
...
Bagi aku...masa yang paling best sekali ketika bekerja adalah ketika aku habis satu discussion dengan a group of people, baik dengan clients atau collegues. Ketika itu meeting room sudah terbuka dan kakitangan aku sedang berkemas untuk balik.
Aku suka hang out dengan mereka ketika the day job is over. Masa untuk bertanya tentang keluarga mereka, bergurau (secara beretika ya) mesra dan bertukar-tukar cerita. Masa itu sangat singkat tapi cukup bermakna. Aku ceritakan tentang visions pihak management dan mendapat feed back dengan cukup terbuka.
Apabila mereka semua balik, aku sambung di bilik. Akulah kepala dan akulah ekornya. Aku yang pertama membuka pejabat jam 7.40 pagi dan akulah yang akan menguncinya jam 7.00 petang apabila tiada kakitangan yang membuat overtime.
Kadang-kadang aku rasa aku mendapat kepuasan kerja bila waktu-waktu itu berlaku.
Kadang-kadang aku rasa bersyukur apabila mengingatkan bahawa aku telah membuka peluang buat mereka mencari rezeki buat anak, isteri dan suami mereka.
Kerja mana yang tiada stress. Semua kerja mencabar kita supaya menjadi lebih dewasa dan lebih bertanggung rasa.
Nota : Aku mengingatkan aku sendiri, bukan kalian. Kalian kerja lebih hebat dari aku lagi.

Buletin Sukan.
…
Jernel tentang hidup dalam Life Is A Fairytale dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada Ruangan Sukan.
Berita sukan…
Malam tadi berlangsungnya final Piala FA Malaysia antara pasukan Terengganu dengan Pasukan Perak. Aku melihatnya melalui kaca TV walau hati aku berada di Stadium Bukit Jalil bersama ribuan para penyokong bola sepak tanah air.
Katalah apa sahaja tentang jeliknya mutu bolasepak negara. Cemuhlah dengan apa juga bahasa tentang masa depan bola sepak negara. Permainan 22 orang dengan satu bola di padang akan tetap menjadi sukan utama untuk kita. Aku sebenarnya sudah banyak tahun tak ke stadium untuk menggaraukan suara aku keesokan harinya tapi aku tetap minat pada sukan global yang pada pandangan sesetengah orang, permainan bangang mengejar sebiji bola di tengah padang.Baik main golf, jaga bola sendiri sahaja.Tak berebut, tak sakit lutut.
Beberapa tahun dulu, aku pernah menyewa stadium utama di waktu malam bersama kawan-kawan hanya untuk merasai bagaimana menjadi bintang di tengah padang. Ketika itu masih murah dengan RM 300.00 untuk 90 minit perlawanan. Ketika bermain (aku pemain bintang simpanan..he he he), ramailah manusia yang datang tengok apabila melihat stadium terang benderang. Mereka ingatkan ada pasukan Brazil atau sekurang-kurangnya pasukan kebangsaan, hampeh…budak-budak tua main bola macam budak tadika sambil gelak berguling di tengah padang.Apa pun, itu tetap kenangan buat aku kerana sempat bergambar di belakang scoreboard dengan gaya juara Piala Dunia.
Malam tadi, Perak menang 3-0. Separuh masa kedua, aku dah dapat agak siapa pemenang apabila Perak mula mendapat rentak. Perak yang dibarisi pemain-pemain bintang dan berpengalaman memang patut menang tetapi Terengganu yang turun dengan status Di Bawah Anjing (underdog) seharusnya juga dipuji kerana mereka bermain tanpa tekanan dan gaya permainan yang menarik terutamanya separuh masa pertama walaupun rata-rata pemain adalah pemain muda belia yang kebayakannya belasan tahun. Perak menang menjadi juara, Terengganu tewas dengan gaya.
Bola sepak di Malaysia sebenarnya punyai masa depan yang cerah dan perlukan masa untuk bangkit sebagaimana Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Mendiang Arumugam, James Wong, Hassan Sani, Santokh Singh dan lagenda-lagenda kita yang selainnya.Mereka dulu bermain demi negara tercinta tetapi sedihnya kini, mereka bermain untuk membayar hutang kereta.
Dulu, Malaysia adalah juara Asia Tenggara dan kuasa besar di Asia benua.Kini, kita adalah pasukan belasahan skuad negara Kemboja. Mungkin generasi muda ini mampu mengangkat balik Malaysia ke martabatnya. Cuma, hentikanlah politik dalama Persatuan-Persatuan Bola Sepak dalam negara.Hentikanlah curahan wang ringgit berjuta, orang kita cepat alpa. Biarkanlah mereka bermain dengan gaya dan bakat yang ada.
Majulah negara untuk belanjawan Sukan kita.
Kembali kepada Azmi untuk Buletin Utama….

Saturday, October 09, 2004
Dari Celah-Celah Kehidupan...
...
Baru-baru ni kawan aku datang jumpa aku. Dia bercerita tentang bekas kekasihnya yang kembali berhubungan dengannya secara surat. Bekas kekasihnya itu menghantar surat rasmi tentang satu perkara yang masih belum selesai antara mereka berdua dan melibatkan sedikit wang ringgit.
Dalam surat rasminya, diberikan nombor telefon.
Kawan aku menghantar sms dan berjanji akan menyelesaikan segala masaalah dengan segera.
Yang aku tertarik dalam cerita mereka adalah sms kawan aku padanya.Ianya berbunyi begini :-
'Benar, masa mengubah banyak benda tetapi masa tidak mengubah nama saya...'
Surat rasmi itu yang dialamatkan kepada kawan aku dengan nama yang salah !
Setelah bertahun-tahun bercinta dan setelah bertahun-tahun tidak bersua, nama pun sudah ingat-ingat lupa.
Dari celah-celah kehidupan.

Thursday, October 07, 2004
Mencari Lagu
...
Aku mencari lagu yang ada bait-bait ini :-
Tercalar
Mimpi semalam
Yang diganggu siang
Bersinar sebuah rindu
Bila kusebut namamu
...
...
...
Sayangku alangkah janggalnya panggilan itu
Sayangku mengapa sukarnya aku mendekatimu
Selagi hayatku ada
Ku tidak putus asa
Menanti esok tiba
Selagi hayatku ada...
Penyanyi : Allahyarham Sudirman
Album : Kul It
Tahun : Sekitar 1985 atau 1986
Lagu ini banyak menghimbau kenangan lalu. Dah banyak kedai underground aku cari tapi tak jumpa.
Bila hujan-hujan begini, aku teringat lagu ini.
Ada sesiapa yang punyai informasi?

Monday, October 04, 2004
Ketinggalan...
...
Semalam, aku pulang dari kota yang menyembunyikan seribu kegelisahan. Menyimpan sejuta kenangan dan mengejangkan selaksa urat-urat kaki aku yang keletihan.
Tiada apa yang hendak aku katakan tentang Kuala Lumpur.Kota itu tetap kota yang penuh dengan lumpur. Kota yang bersimpang-siur dengan manusia yang mencari susur galur.
Di tempat aku, setelah sekian lama, aku Cuma perlu meletakkan kereta di hadapan kedai dan setelah berjalan beberapa langkah, hajat tercapai. Mudah.
Di kota sana aku terpaksa berjalan banyak langkah. Semua kenderaan pengangkutan aku redah. Sebut sahaja, teksi? LRT ?, KTM Komuter ?, ERL Ekspress ?, ERL Transit ? . Cuma bas dan monorail sahaja aku tak naik. Payah.
Aku tak mahu cerita itu. Itu semua orang tahu.
Aku mahu cerita pasal kampung P-Nut. Ya, P-Nut Inn yang tersohor dan disebut-sebut dalam Blog Mat Jan. Eh, silap… Mat Super Jan Inside. Perkampungan elit dan pintar. Putrajaya dan Cyberjaya. (tak termasuk Jaya Jusco, ..Jayaratnam atau Berjaya Group).
Aku diberitahu oleh rakan-rakan Bloggers tua bahawa P-Nut Inn terletak di Precint 9. Aku menginap dua malam di Precint 10. Ingatkan sebelah menyebelah, rupanya jauhhh.
…
Pesawat yang membawa aku ke KLIA tertangguh dekat 2 jam jadi aku sampai di Sepang dah melewati tengah malam. Kawan aku menawarkan satu bilik di rumah Semi-detached nya di Precint 10. Jam 3 pagi, setelah selesai borak-borak di Serdang, aku sampai ke Putrajaya. (Dulu, aku cuma pernah lalu sahaja di situ) . Cantik kawasannya. Kawan aku cakap, kalau nak hafal Putrajaya, jangan sesekali hafal nama jalannya. Cuma hafal bentuk dan konsep tiang lampu, pasti sampai ke tempat yang dituju.
Apa pasal semua rumah tak ada pagar ? Hebat.
Besoknya, jam 7.30 pagi, aku sudah terpacak di hentian ERL Transit ke Kota Raya sebab kawan aku kerja di Cyberjaya.
Jumaat itu aku kerja sepanjang hari, beralih dari satu destinasi ke satu destinasi.
Habis kerja pada petangnya, aku mencari hotel. Semua hotel di Kuala Lumpur penuh. Jenuh aku menelefon dari hotel ke hotel. Aku Cuma perlukan penginapan satu malam untuk berehat setelah penat berjalan. Yang ditawarkan oleh mereka pada aku pula adalah Suite, Junior Suite yang tak berbaloi hanya untuk tidur. Akhirnya aku menginap di Hotel Flamingo di Ampang. Ada bilik mengadap tasik dan mengadap jalan. Aku memilih untuk mengadap tasik. Hati aku tertanya-tanya, tasik di Ampang? Aku pernah pergi Tasik Kenyir dan Tasik Cini, jadi expectation aku walau tak sebesar tasik-tasik itu, sekurang-kurangnya cukup besar untuk digelar sebuah tasik.
Aku menelefon kawan aku, dia cakap ‘a’ah..ambik bilik yang mengadap longkang besar..nice view..’
Bila aku masuk, betul, sebuah tasik. Mungkin di tengah-tengah KL itu adalah tasik, tapi kat tempat aku, itu adalah sebuah kolam ikan. Bekas lombong di Puchong atau Loji memproses najis di Pantai Dalam jauh lebih besar dari tasik itu.
Sabtu, appointment aku dibatalkan jadi aku punya satu hari untuk menyelongkar Kota yang penuh sesak dengan kenderaan. Kali ini keseorangan. Biasalah, aku bermula di KL Central kerana semua jenis pengangkutan ada disediakan. Macam Blog Mat Jan, singgah di situ untuk transit ke Blog lain.
Semasa di Pusat Membeli-belah Lembah Tengah, Jigo dan Spyz telefon bertanyakan lokasi dan jadual perjalanan aku. Aku terpaksa bergerak pantas dari satu destinasi ke suatu destinasi kerana banyak benda aku nak beli dan perhati. Mereka akhirnya dapat ‘tangkap’ aku kat KL Central semula.
Mula-mula aku jumpa Jigo. Dia cakap ‘ aku ingat mamat ni hensem…rupa-rupanya Mat Tensen..’ (dia cakap dalam hati, aku dengar dalam hati jugak macam cerita PGL). He he .
Lepas tu aku dibawa mengadap Spyz dengan anak-anak dan isteri. Kitorang bertukar-tukar cerita tapi tak lama sebab kawan aku dah tunggu aku dan janji nak keluar bersama ke IKEA. Dua jejaka tadi memang hensem dan mesra. Aku ingat Blog korang je best, korang memang best.
Petangnya, tak jadi ke IKEA sebab jalan dah jadi lautan kenderaan. Kami melencong ke One Utama. Besar gila, last sekali aku datang (masa IKEA ada) taklah besar sangat. Sekarang, lenguh lutut-lutut aku menyeberang dari satu titik ke satu titik. Seronok makan dan sembang tak tersedar jam dah pukul 6.30 petang. Flight balik aku jam 8.05 malam. Berkejar ke KLIA sampai tersesat-sesat sebab nak cari jalan paling dekat.
Sampai KLIA jam 7.45 malam. Aku berkejar ke kaunter pendaftaran. Kat mana ? aku cari merata tapi tak ada. Aku baca pada monitor, aiseh…pendaftaran dah ditutup.
Ya, aku ketinggalan kapal terbang.
Pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku ditinggalkan. Aku kelu kejap. Anak bini menunggu rindu nak tengok aku dan baju baru.Mereka dan aku terpaksa tunggu. Berkejar ke Kaunter MAS, paling awal, pagi esok. Nasib baik ada kosong lagi.Kena check in jam 6.30 pagi. Terpaksalah, nak buat macam mana lagi.
Kawan aku cakap ‘ Tak pe..there’s always first time for everything’
Malam itu aku balik Putrajaya tapi sebab nak hiburkan hati aku, kawan aku bawak pusing satu Putrajaya. Semua ceruk Putrajaya aku masuk, semua jambatan yang canggih-canggih aku redah, semua tempat makan, club house dan taman pertanian aku masuk. Sememangnya Putrajaya satu tempat yang cantik di waktu malam dengan cahaya-cahaya terang benderang. Memukau pandangan.
Puas merewang di Putrajaya, kami menyelongkar projek agung tapi tak ada untung. Itulah Cyberjaya. Kawan aku cakap ‘ Malaysia ni, kita ada perancangan dan kemudahan yang terbaik di dunia. Semua itu bagus tapi pengisiannya kurang. Kita tak ada kepakaran, kita kurang pengalaman. Separuh dari dunia belajar dengan kita tapi mereka kemudiannya lebih maju dari kita.’
Kata-kata yang harus di fikir dan renungkan.
Jam 12 tengah malam aku sudah terlentok membetulkan urat-urat kaki yang kejang.
5.15 pagi esoknya, aku sudah terpacak di stesyen ERL. Aku tak boleh ketinggalan lagi.
Aku tahu perasaan hampa bila ditinggalkan….
Kita memang ketinggalan.
~d’arkampo.- Maaf pada semua. Lain kali kita bercerita.

Subscribe to:
Posts (Atom)