…
Bukan, bukan artikel tulisan Kak Teh di dalam Sunday Mail, Ahad lalu.
Ini versi aku.
Aku memulakan jejak perjalanan aku di dalam dunia siber ini pada sekitar bulan 10 tahun 2003 apabila aku disarankan oleh seorang teman tentang satu website (ketika itu, aku masih memanggilnya website) iaitu Joe Blog. Tak lama selepas aku mengikuti Blog dia, dia mendapat serangan sakit jantung dan meninggal dunia. Innalillah….
Ketika itu, aku mencari-cari bahan bacaan aku di internet. Aku ‘click’ pada semua ‘link’ yang ada pada Blog Allahyarham dan dalam tercari-cari aku terjumpa satu Blog berbahasa Melayu yang menyusun kata-katanya dengan amat menarik hati. Kisah-kisah kehidupannya sebagai seorang doktor di Pulau Mahsuri.
Dr. Max. “http://maxolon.tripod.com/”
Aku menjadi ralit membaca satu catatan demi satu catatan. Satu kisah ke satu kisah yang lain.
Ketika itu, aku menyangka dia menulis hanya untuk dirinya dan pembacanya mungkin tujuh atau lapan orang sahaja.
Aku tak tahu yang dia popular!
Lantas, akibat terlalu asyik dengan ceritanya, aku mula menulis komen.
Ini komen aku yang pertama di dalam dunia cyber.
“http://htmlgear.tripod.com/guest/control.guest?u=maxmax10” pada muka surat 31.
Selepas aku menulis panjang di dalam Guestbook Dr. Max, ramai pembaca yang menyuarakan rasa tak puas hati mereka kerana aku mengganggu Blog kesayangan mereka.
Ye lah, aku tulis Blog dalam Blog orang. Menumpang bak dedalu.Penulis catatan dan komen yang tak tahu malu.
Bila mereka mula menyuruh aku membuka Blog sendiri. Aku bertekad tak mahu menulis komen lagi. Aku malu! Malu! Walau mereka tak kenal aku.
Ada yang memberi galakan dan sokongan supaya aku membuka Blog sendiri. Antaranya adalah JiGoMorisson yang berkata :
Thursday 10/30/2003 9:44:29pm
Name: jiGOMorrison
E-Mail:
URL:
Comments: d'arkampo,
aku datang site Dr. Max dan terus masuk guestbook, semata-mata untuk baca apa yang kau tulis. wuiyooo... kau jangan ingat tulisan Dr Max dah cukup power, kau lagi power sebenarnya. aku dah jumpa dua orang (mungkin lebih) mention nama kau dalam jurnal diorang. atas sebab tu aku singgah. dan aku suka gilerrr dengan cara kau menulis. jangan la bomb guestbook Dr Max ni. buat la jurnal sendiri. aku tau, kau boleh top dengan sekelip mata. come on!! i challenge you to prove that i'm wrong. ;p
JiGo, kau tau tak ?. Aku terasa amat malu! Aku tak reti nak bukak Blog, aku tak faham apa itu HTML, apa itu Coding dan sebagainya.
Lalu, aku menulis catatan terakhir aku. Kisah aku dan saat-saat pemergian arwah ayah aku.
Ini catatan aku.
“http://htmlgear.tripod.com/guest/control.guest?u=maxmax10” muka surat 29.
Selepas itu, aku tak lagi mengunjungi Blog Dr. Max. Aku nekad. Aku bertekad. Aku menjangkakan yang Dr. Max tak pernah membaca komen aku malah mungkin menganggap aku sebagai pengacau tegar.
Aku tak tahu yang Dr. Max popular! Sungguh!.
Mereka-mereka seperti P-Nut, Spyz, Purbe (sekadar menyebut beberapa nama) memberikan tindakbalas yang bercampur-campur.
Aku tak tahu yang selepas itu, Dr. Max telah menghadiahkan aku sebuah Blog untuk aku menulis catatan kisah kehidupan supaya popularitinya tidak terancam.
Ini Blog hadiah dari beliau.
“http://darkampo.blogspot.com/2003_12_01_darkampo_archive.html”
Tanpa tajuk, tanpa punyai apa-apa bentuk. Tertulis di situ “This is a journal, Not a Guestbook”. Itu ayat Dr. Max.
Bermulalah catatan perjalanan aku, bermulalah satu perubahan dalam hidup aku. Aku mulai mengenal apa itu Blog dan Blog pada ketika itu hanyalah sekadar catatan. Tanpa grafik, tanpa lukisan. Tiada gambar mahupun muzik yang berdendang dengan hanya satu ‘click’.
Penulis dan pembaca pun ketika itu hanya boleh dihitung dengan tangan.
Empat bulan aku menulis. Macam-macam yang berlaku. Hidup aku sudah tidak seperti dulu.
Mak Andeh mula berani menulis komen yang akhirnya dia membuka Blog beliau sendiri.Lebih popular dari aku pulak tu! Cemburu betul aku.(macam la aku ni popular sangat...)
Kerja-kerja di pejabat aku mulai menimbun. Tertangguh dan tak tersusun. Aku betul-betul keliru dan tak faham dengan ketagihan yang amat parah lantas membuatkan aku murung.
Aku membuat keputusan untuk tidak menulis catatan lagi apabila tiba ketika aku memaksa diri, memerah idea untuk meng’update entry’. Apa sudah jadi?
Aku meminta Dr. Max sendiri mematikan Blog aku sebagai tanda yang yang bermula akan berakhir di tangan penciptanya.
‘Untitled’ mati di situ. Terkubur.
Sutu hari, sedang aku asyik membaca Blog-Blog lain yang mulai bercambah bak cendawan. Mereka mulai meletakkan gambar-gambar dan grafik yang lawa-lawa. Ada ruang sembang dan berbagai.Aku terfikir, “macamana diorang buat hah? Payah sangat ke?”
Aku kembali ke Bloggers.com. dan aku dapati, untuk membuka Blog dewasa itu hanya dengan 3 ‘click’ sahaja. Tak perlu menghafal apa-apa. Tak perlu kepintaran yang berbisa.
Pada 5.10.2004, aku mencuba untuk kembali membuka Blog.
Inilah dia. Hidup satu dongengan. Satu peluang mengenali diri melalui mimpi.Dongeng-dongeng realiti.
Dewasa ini, Blog sudah bercambah, berkembang dan berselerakan di mana-mana jua sudut siber. Bermacam tajuk, berbagai cerita.Pembaca juga mencapai angka berjuta. Macam-macam ragam, macam-macam kisah dipaparkan.
Kata-kata nista, keji dan cerca mulai menjadi biasa. Harga yang harus dibayar untuk sesuatu yang popular.
Aku ingin memulakan kempen 3R pada semua Blog.
Read, Respect & Respond.
Para pereka grafik, para ilmuan komputer, bantulah aku menjayakan PO-sitive blogging.
Sudah tiba masa dan ketikanya.
~PO. - aku dah buat link tapi tak dapat masuk, kena copy and paste lah.
Wednesday, September 28, 2005
Sunday, September 25, 2005
Faizatul Ahya - Meniti Perjalanan.
…
Dia membuang pandangannya jauh. Sayup ke celah-celah perbukitan. Damai yang meresap ke segenap sudut hati dan perasaan.
Riuh rendah dan gamat di dalam dewan tidak dihiraukan. Dia tenang dalam bisik-bisik hati yang tenteram lagi mendamaikan.
Faizatul Ahya. Satu nama besar buat gadis sekecilnya.
Gadis kecil yang sudah melupakan segala pedih dan ngilunya kenyataan. Gadis kecil yang sudah mulai belajar tersenyum dengan penuh keikhlasan.Kejujuran yang tersimpuh dalam meniti perjalanan.
Gadis kecil itu menatang dulang kenyataan, mengharung dugaan dan menjulang ketabahan dengan langkah-langkah yang sumbang pada insan-insan yang menganggap diri mereka penuh dengan kesempurnaan.
Menerima hakikat kehidupan bukan calang-calang cabaran.
…
Dia menghidupkan enjin motosikalnya dan deruman enjin terus bergema lancang. Buku-buku dan nota-nota kuliahnya disusun kemas di dalam beg sandang. Diletakkan perlahan ke dalam bakul motosikal yang menjadi temannya sepanjang pengajian. Titik fikirnya tertumpu pada kuliah yang harus dia ikuti dalam masa satu jam lagi. Dia perlu bergegas ke dewan kuliah dan bersiap-siap dengan persediaan pelajaran.
Pada usia genap 20 tahun, di tahun tiga pengajian perakaunan di Universiti Islam. Dia melihat cita-cita bagai sinar yang memancar terang. Impian dan harapan Mak serta Ayah tersayang.
Dia mengharungi duri onak dalam mencapai kejayaan. Semenjak sekolah lagi, dia sememangnya pelajar harapan. Dia berusaha gigih demi masa hadapan. Demi kegemilangan, demi perjuangan.
Dia amat tabah.
Dia yang kaya dengan senyuman.
Motosikalnya meluncur perlahan di celah-celah sesak dan kalut kenderaan. Berhati-hati dan penuh menjaga diri apabila arus kenderaan mulai memenuhi setiap inci kerikil dan tar hitam yang melingkar bagaikan sungai yang mati. Kaku diinjak getah-getah hitam dan besi.
Setibanya dia di satu persimpangan, sebuah kereta tiba-tiba membelok tanpa peringatan. Tanpa kelipan cahaya yang mampu memberi ingatan kepadanya. Dia terpaksa membrek keras tetapi malang, dia hilang kawalan lantas dia terjatuh dan tersembam ke atas batu-batu kerikil yang tajam.
Dia cuba mengawal diri tetapi malang lebih cepat menghampiri tubuh kecilnya. Dia dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mendatang. Dia hanya mampu menyebut nama Tuhan sebelum diselubungi kegelapan.
Gadis kecil itu diarak malang.
Apabila dia membuka mata, dia melihat bebayang Ibu dan Ayahnya di sisi. Menangis dan tersedu. Dia bungkam dan cuba mengundang cahaya ke dalam kelopak matanya yang berat dan ke dalam anak matanya yang berbalam.
Rasa pedih, ngilu dan bisa mula menjalar ke setiap urat dan tulang. Dia mulai kembali merasai nafas-nafas kehidupan. Kembali ke alam kenyataan.
Dia bangkit dari satu mimpi. Mimpi ngeri yang akan menghantuinya sepanjang dia menyedut udara di bumi.
Kakinya berbalut tebal dengan kain kapas yang anjal. Ibunya gagal untuk mengawal hiba yang berhimpun di sudut rasa. Mereka berpelukan dalam hujan airmata.
…
Berita yang diterima amat payah untuk dihitung dan dikira. Dia akur dengan takdir tetapi untuk dia menerima hakikat itu, bukan semudah mengungkai kata-kata.
Dia bernafas dalam diam yang lama. Amat lama.
Tiada apa yang mampu mengundang senyumnya lagi. Tiada.
Kaki kirinya terpaksa dipotong dan dibuang kerana remuk yang amat serius setelah digilis kenderaan yang tidak mengenal sesiapa.
Dia menjangka senyumnya sudah tiada.
…
“Faizatul Ahya….”
Dia terdengar namanya dipanggil. Riuh rendah suasana dewan tadi sudah menjadi sepi. Hanya terdengar gema gamelan yang melatari majlis yang penuh bermakna dan berseri.
Dia melangkah. Melangkah perlahan dengan tongkat di tangan. Semua mata memandang. Suara jelas kedengaran membacakan satu per satu kejayaan yang disandang.
Dia melangkah dengan penuh kegagahan. Gagah bukan pada kakinya yang menerjah. Gagah pada semangat dan kegigihan yang tak pernah sudah.
Hadirin bertepuk. Berdiri memberikan sanjungan.
Dia berpaling dan mencari wajah-wajah yang pertama menerjah ke dalam kanta lihat ketika dia mula sedar dari satu mimpi yang gundah. Dia melihat wajah mereka yang mengalirkan air mata.
Bukan lagi airmata hiba. Air mata panas yang mengalir dengan bangga.
Dia tersenyum.
Senyuman yang suatu waktu dahulu dijangka sudah sirna dari hidupnya. Senyuman yang mula hadir setelah dia sudah mampu menerima hakikat kehidupannya.
Senyumnya penuh kisah derita.
…
Terdapat fakta-fakta yang ditokok tambah untuk keserasian cerita. Ketika ini, Faizatul Ahya masih terlantar di Hospital Selayang. Pelajar Tahun Tiga jurusan perakaunan di UIA ini sedang tabah menghadapi dugaan. Mengharungi ujian.
Doa aku agar dia cepat sembuh dan tetap teguh serta bangkit dari bersimpuh untuk meneruskan pengajian. Merentap perjuangan. InsyaAllah, kejayaan bakal menjelang.
Dalam senyuman.
Terima kasih Kak Ummi yang bercerita di sini .
~po.

Wednesday, September 21, 2005
Kejutkan aku bila tiba waktu itu.
...
Kejutkan aku kala aku terlena dibelai oleh jari-jari mulusmu. Kala mimpi mengundang pasti, sentuhan hati nurani.Tunas kasih yang kau bajai.
Kejutkan aku kala aku sedang memikirkan tentang hidup yang tak pernah terasa sempurna. Kaulah kesempurnaan itu. Kaulah pelengkap pada setiap ruang dan liku.
Kejutkan aku kalau aku masih bermimpi tentang suara-suara hati yang memanggil ke arah ruang yang sepi. Suara-suara yang mengalunkan tentang kehidupan yang tidak pasti. Kaulah kehidupan aku, di sini.
Kejutkan aku bila hujan mula berhenti.Kejutkan aku untuk aku merasai sinar pagi. Menjamah cahaya abadi. Merasai dingin hembusan nafasmu bagaikan bayu membelai hati.
Aku berhak memilih antara dirimu dan bidadari. Aku pilih dirimu, pasti. Bila kita bersama semula nanti.
Jalur-jalur pelangi tak akan berseri tanpa dirimu di sisi. Melihat gerimis yang pecah dan terurai dijaring mentari seakan-akan menyatakan rasa kasih yang bersemi.Kau yang sentiasa berdiri disamping diri ini. Kala hujan mencurah ke bumi atau terik pancaran mentari.Tidak berganjak, walau seinci.
Kejutkan aku bila tiba waktu.
Aku mahu melihat wajah tulusmu tersenyum padaku. Kelopak mata ini menanti hadirmu, dalam mimpi, dalam sedar meronai hakikat realiti.
Kejutkan aku bila tiba waktu itu.
Sebelum aku tak mampu terjaga lagi.
~Po.-Kaulah bidadari yang sudah aku miliki.Kini.

Saturday, September 10, 2005
Meme - Antara Cinta Dan Kereta.
...
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang memberikan pandangan, sokongan dan ulasan tentang kakak. Tuhan saja yang akan membalas jasa kalian.
Aku sedang mendapatkan segala butiran tentang perkara tersebut dan insya Allah, akhir bulan ini, kami akan mendapatkan pemeriksaan pakar dan mendapatkan pandangan beliau serta menetapkan tarikh pembedahannya. InsyaAllah.
Aku telah diminta untuk menulis tentang ini :
20 tahun nan lalu.
Ketika itu aku masih di bangku sekolah. Baru mengenali cinta dan baru melakarkan cita-cita. Masih berbasikal ke sekolah dan pernah sekali mencuri bunga mawar yang mak tanam untuk aku campakkan ke dalam raga basikal milik seorang budak perempuan sekolah yang berlainan ketika kami berselisih di jalan. Tidak, lontaran bunga aku tidak berjawab, malah aku yang kena bersoal jawab dengan mak apabila dia menyedari bunga mawar merahnya tiba-tiba lesap.
Baru mengenali siapa perempuan dan keindahan yang mereka pamerkan. Dan zip seluar sekolah aku sudah tidak lagi dilekatkan dengan pin keselamatan apabila gigi zipnya tergelincir dari landasan. Malu laa kawan.
Hidup serba mudah di kala itu. Penuh dengan kenakalan. Penuh dengan angan-angan.
15 tahun nan lalu.
Aku melangkah masuk ke menara gading. Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Ada suka dan ada duka. Suka apabila aku telah dilabelkan sebagai budak U, harapan mak dan ayah, harapan yang menjulang ke awan.
Duka apabila aku terlalu bimbang, takut-takut harapan tinggal sekadar harapan. Duka apabila mengingatkan yang aku telah berpisah dengan kawan-kawan demi jalan dan haluan yang masing-masing telah membuat pilihan.
Ketika itu, aku baru mengenal dunia. Hidup di kota raya. Anak kampung yang berdendang dengan lagu jalanan. Harap-harap jangan lupakan Tuhan.
Terkenangkan kawan-kawan sepengajian yang meninggalkan aku, keseorangan bila mereka mula berpimpin tangan dengan budak perempuan. Biarkan, aku senang bersendirian.
Hidup mulai menjadi payah. Penuh resah, penuh gelisah.
Cinta mulai menjadi lebih rumit daripada mencampakkan bunga ke dalam raga! Kali ini perlu berkirim salam melalui teman-teman si dia.
10 tahun nan lalu.
Aku mulai mencari arah dan halatuju hidup yang penuh berliku. Baru mulai bekerja, mendapat gaji yang tak seberapa tapi benar-benar bernilai pada aku yang baru merasa duit titik peluh sendiri. Berdikari dan mula merancang kepada kehendak diri.
Ketika mula bekerja, aku bermotosikal ke sini dan ke sana. Mengumpul wang untuk berkereta tapi hidup ketika itu bebas sebebasnya. Terbang dengan impian dan angan-angan yang mulai tercapai tangan.
Cinta menjadi terlalu rumit apabila aku terjumpa surat di dalam raga motosikal aku! He he . Ini aku tak nak cerita, biar ia menjadi kenangan aku dan dia sahaja.
Bila aku mampu membeli kereta, Proton Saga satu perpuluhan lima tangan kedua (second hand aje). Aku membasuhnya di halaman rumah. Mak tersenyum dan berkata ‘besarnya kereta!’. Ya, ketika itu, rata-rata abang aku hanya memakai Honda Civic generasi kedua.
Langkah bujang aku kian ligat. Hidup terasa penuh nikmat dan penuh semangat. Saham aku pulak naik mencanak-canak! He he (perasaan aku laaa masa tu).
Aku menemui cinta dua tahun selepas itu. Tanpa bunga, tanpa raga.Hanya rintik hujan dan drebar bas ekspress menjadi saksinya.
5 Tahun nan lalu.
Aku dah ada anak dua!
Dan aku diangkat menjadi rakan kongsi di tempat aku bekerja.Rezeki yang aku syukuri ke hadratNya. Aku mulai membeli rumah dan bertukar kereta. Rumah dan kereta yang ala kadar sahaja. Mulai terasa berada di kelas pertengahan. Mulai bercampur dengan orang-orang yang lebih matang. Hidup bermasyarakat dengan lebih aman.
Sudah tiada apa yang perlu dikejarkan melainkan meneruskan kehidupan. Mula belajar mengenali Tuhan. Mula berfikir masa hadapan. Mulai merancang perkara-perkara yang bukan hanya diri seorang. Sudah ada mulut-mulut yang harus disuapkan.
Mengenali cinta yang amat dalam. Wajah-wajah comel yang membangkitkan rindu tatkala berjauhan. Mengenali kasih seorang isteri di saat-saat yang aku memerlukan.
Setahun nan lalu.
Rezeki Tuhan. Hidup sudah tidak lagi berkejar-kejaran. Tak mampu lagi berdengkur selepas Subuh apabila anak mula ke sekolah. Siangnya lebih panjang dan malamnya hanya setakat menjelang tengahmalam. Esok kena bangun nak hantar anak mencari bekalan masa depan.
Cinta bertambah dan bercambah.
Bukan!. Bukan tambah cawangan.Tambah mulut kecil untuk disuapkan. Warna-warna keriangan. Warna-warna kesyukuran atas rezeki yang dilimpahkan.
Hidup berterusan tanpa mengejar angan-angan.
Cuma ada Blog untuk meluahkan perasaan dan ilham.
Sebulan nan lalu.
Sikecil dah mula menuturkan patah-patah pelat perkataan yang mempu mengukirkan senyuman.
Kereta sudah dirasakan sempit dan memenuhi ruang. Apabila tiba perjalanan ke luar kawasan, terasa sendat dan melemaskan. Bila dua orang budak itu mula bercakaran, kereta aku sudah seperti medan perang.
Aku bertindak menukarkannya kepada sebuah kenderaan serbaguna dengan tujuh tempat duduk dan ruang barang. Ya, sebuah MPV milik seorang teman yang mahu menukarkannya dengan MPV yang lebih panjang! Dia anak sudah empat, tambah dengan pembantu rumah, dia sememangnya amat memerlukan ruang.
Anak-anak aku sekarang lebih senang tidur dari bercakaran di ruang paling belakang. Aman.
Ketika Mak menaikinya beberapa minggu yang lepas, dia berkata lagi. ‘Besar sangat kereta kamu!’. Aku tahu, dia bangga dengan aku.
Masa itu, harga minyak belum semahal berlian.
Semalam.
Aku tidur memanjang.
Sejam yang lalu.
Aku sedang menulis entry ini.
10 tahun akan datang.
Kalau nyawa masih dikandung badan, InsyaAllah bertambah rezeki dari Tuhan. Aku tak tahu apa yang hendak aku catatkan kerana impian dan angan-angan sudah tergapai tangan. Aku tak bercita-cita menjadi jutawan, aku tak bercita-cita menjadi seniman. Lagipun, ketika itu aku sudah terlalu tua untuk masuk mana-mana rancangan realiti tv. Baik Akademi Fantasi atau Mencari Cinta Elly. He he.
Aku sekadar ingin meneruskan kehidupan, menjejakkan kaki ke Rumah Tuhan, Masjidil Haram dan mengenali Tuhan dengan lebih dalam.
Dan tentunya dengan anak-anak yang sudah besar panjang, aku ingin bermanja dengan isteri tersayang. Ketika ini, kena layan budak-budak itu dahulu. He he he.
Itulah sebuah catatan ringkas tentang aku bermula 20 tahun nan lalu.
Ketika aku menaip entry ini, terasa masa amat pantas berlari. Masih kuingat merah mawar di dalam pasu yang aku curi.
~po.. Masihkah kau ingat?.

Sunday, September 04, 2005
Antara Garis Dan Titik-Titik Hitam.
...
Kotak fikir aku menerjah dan menerobos jauh. Sayup ke zaman 1970an. Zaman ketika aku masih berkaki ayam, bermain galah panjang.
‘Sebaiknya dia dibedah,jika tidak, tumpuan belajarnya akan terjejas, tidurnya akan lebih lena dengan mimpi-mimpi indah. Pada usia awal sebegini, tempoh sembuh lebih mudah.’
Kata doktor.
Dia baru 5 tahun.
Bayang-bayang yang terlipat kemas dalam kotak ingatan aku semakin terungkai menayangkan imej-imej jelas.
Sekitar tahun 1978 atau 1979. Aku sudah hampir lupakan.
Bapa saudara aku dari daerah berlainan datang mengunjungi ke rumah aku. Bersama seorang budak sebaya aku. Riang, sihat dan tiada kurang walau satu.
Bermalam semalaman dan keesokannya, seawal pagi mereka sudah hilang dari pandangan aku. Aku tak tahu arah tuju. Aku tak pernah ambil tahu.
Beberapa hari kemudian, bapa saudara aku pulang ke rumah aku dengan penuh wajah kerunsingan dan kekusutan. Beliau pulang bersendirian. Tak lama, dia menghilang lagi ke arah tujuan yang aku tak pasti. Aku tak pernah ambil peduli. Aku masih kecil lagi.
Seminggu, dua minggu berlalu. Aku sudah melupakan segala-galanya.
Sutu hari, bapa saudara aku ke rumah aku lagi tetapi kali ini dengan anaknya. Budak lelaki yang aku ceritakan itu. Aku sudah lupa namanya.Mereka singgah seketika sebelum bertolak ke kampung halaman mereka.
Dia sudah tidak menjadi budak lelaki itu lagi. Aku tidak lagi mengenalinya sebagaimana dia yang pernah aku temui dulu.
Dia hanya terbaring.Kaki dan tangan berpusing-pusing. Lehernya hanya mengiring dan mulutnya sudah tidak mampu lagi memberikan senyuman sebagaimana sering.
Dia sudah menjadi cacat kekal. Sepanjang hidup. Selama mata belum tertutup.
Aku bingung. Bagaimana dia yang pernah aku lihat dengan tegap dan penuh semangat menjadi sebegitu tidak lengkap? Aku benar-benar menjadi senyap.
Dari ibu aku, aku cuba memahami hakikat.
Dia seharusnya menjalani satu pembedahan yang cukup ringkas dan tidak seharusnya mendatangkan mudarat. Pembedahan membuang tonsilnya dari terus membengkak. Akibat dari bius yang entah di mana silap. Dia menjadi cacat! Langsung tiada upaya untuk bergerak mahupun bercakap.
Aku terus-terusan menjadi senyap. Aku tak tahu apa yang mahu diucap. Hakikat ini cukup menjerat perasaan aku yang ketika itu cuma seorang budak.
Dua puluh enam tahun kemudian. Aku kini di dalam dilemma. Antara harapan dan ketakutan. Antara sayang dan masa depan. Antara keputusan dan kebimbangan.
Aku terjerat.
Ketika Kakak, anak kedua aku mula-mula mengalami demam berterusan dan berulang-ulang setiap bulan. Panas yang membahang. Aku diberitahu yang dia mengalami masalah yang sama. Seperti aku juga. Tonsil kami mudah membengkak dan penyebab kepada demam yang panasnya luar biasa.
Aku dan isteri sudah diberitahu tentang pilihan-pilihan yang kami perlu lalui.
Aku memberitahu ibuku. Dia bertempik dan merayu pada aku. Merayu aku berusaha selain dari pembedahan itu.
Minggu lepas, doktor telah sekali lagi menyarankan aku. Isteri pula mulai kasihan dengan anak perempuannya yang terpaksa menghadapi demam rutin di setiap bulan seawal usia dia dua puluh empat bulan.
Aku kini sudah tak tahu apa yang perlu aku fikir dan putuskan. Aku bungkam. Aku diam.Aku hidup antara pengalaman silam dan masa depan anak dari zuriat aku yang aku sayang.
Aku tahu, pembedahan itu sudah menjadi perlu. Aku juga tahu yang aku tak seharusnya mempersoalkan takdir dan penentu. Aku tahu itu. Cuma, ianya belum cukup untuk melawan ketakutan dan kebimbangan yang bersarang dalam benak fikiran aku.
Pagi tadi, kakak menangis apabila aku menghantarnya ke sekolah. Setelah demam seminggu, dia sudah hilang keseronokan dan kegembiraan untuk bertemu kawan-kawan.
Aku tahu, aku perlu juga membuat keputusan demi sayang dan demi masa depan anak tersayang.
Berikan aku waktu untuk aku benar-benar membulatkan tekad, berserah kepadaMu, Tuhan sekelian alam.
~po.- Aku dambakan bantuan dan pendapat kalian.

Subscribe to:
Posts (Atom)