Sunday, September 04, 2005

Antara Garis Dan Titik-Titik Hitam.

...

Kotak fikir aku menerjah dan menerobos jauh. Sayup ke zaman 1970an. Zaman ketika aku masih berkaki ayam, bermain galah panjang.

‘Sebaiknya dia dibedah,jika tidak, tumpuan belajarnya akan terjejas, tidurnya akan lebih lena dengan mimpi-mimpi indah. Pada usia awal sebegini, tempoh sembuh lebih mudah.’

Kata doktor.

Dia baru 5 tahun.

Bayang-bayang yang terlipat kemas dalam kotak ingatan aku semakin terungkai menayangkan imej-imej jelas.

Sekitar tahun 1978 atau 1979. Aku sudah hampir lupakan.

Bapa saudara aku dari daerah berlainan datang mengunjungi ke rumah aku. Bersama seorang budak sebaya aku. Riang, sihat dan tiada kurang walau satu.

Bermalam semalaman dan keesokannya, seawal pagi mereka sudah hilang dari pandangan aku. Aku tak tahu arah tuju. Aku tak pernah ambil tahu.

Beberapa hari kemudian, bapa saudara aku pulang ke rumah aku dengan penuh wajah kerunsingan dan kekusutan. Beliau pulang bersendirian. Tak lama, dia menghilang lagi ke arah tujuan yang aku tak pasti. Aku tak pernah ambil peduli. Aku masih kecil lagi.

Seminggu, dua minggu berlalu. Aku sudah melupakan segala-galanya.

Sutu hari, bapa saudara aku ke rumah aku lagi tetapi kali ini dengan anaknya. Budak lelaki yang aku ceritakan itu. Aku sudah lupa namanya.Mereka singgah seketika sebelum bertolak ke kampung halaman mereka.

Dia sudah tidak menjadi budak lelaki itu lagi. Aku tidak lagi mengenalinya sebagaimana dia yang pernah aku temui dulu.

Dia hanya terbaring.Kaki dan tangan berpusing-pusing. Lehernya hanya mengiring dan mulutnya sudah tidak mampu lagi memberikan senyuman sebagaimana sering.

Dia sudah menjadi cacat kekal. Sepanjang hidup. Selama mata belum tertutup.

Aku bingung. Bagaimana dia yang pernah aku lihat dengan tegap dan penuh semangat menjadi sebegitu tidak lengkap? Aku benar-benar menjadi senyap.

Dari ibu aku, aku cuba memahami hakikat.

Dia seharusnya menjalani satu pembedahan yang cukup ringkas dan tidak seharusnya mendatangkan mudarat. Pembedahan membuang tonsilnya dari terus membengkak. Akibat dari bius yang entah di mana silap. Dia menjadi cacat! Langsung tiada upaya untuk bergerak mahupun bercakap.

Aku terus-terusan menjadi senyap. Aku tak tahu apa yang mahu diucap. Hakikat ini cukup menjerat perasaan aku yang ketika itu cuma seorang budak.

Dua puluh enam tahun kemudian. Aku kini di dalam dilemma. Antara harapan dan ketakutan. Antara sayang dan masa depan. Antara keputusan dan kebimbangan.

Aku terjerat.

Ketika Kakak, anak kedua aku mula-mula mengalami demam berterusan dan berulang-ulang setiap bulan. Panas yang membahang. Aku diberitahu yang dia mengalami masalah yang sama. Seperti aku juga. Tonsil kami mudah membengkak dan penyebab kepada demam yang panasnya luar biasa.

Aku dan isteri sudah diberitahu tentang pilihan-pilihan yang kami perlu lalui.

Aku memberitahu ibuku. Dia bertempik dan merayu pada aku. Merayu aku berusaha selain dari pembedahan itu.

Minggu lepas, doktor telah sekali lagi menyarankan aku. Isteri pula mulai kasihan dengan anak perempuannya yang terpaksa menghadapi demam rutin di setiap bulan seawal usia dia dua puluh empat bulan.

Aku kini sudah tak tahu apa yang perlu aku fikir dan putuskan. Aku bungkam. Aku diam.Aku hidup antara pengalaman silam dan masa depan anak dari zuriat aku yang aku sayang.

Aku tahu, pembedahan itu sudah menjadi perlu. Aku juga tahu yang aku tak seharusnya mempersoalkan takdir dan penentu. Aku tahu itu. Cuma, ianya belum cukup untuk melawan ketakutan dan kebimbangan yang bersarang dalam benak fikiran aku.

Pagi tadi, kakak menangis apabila aku menghantarnya ke sekolah. Setelah demam seminggu, dia sudah hilang keseronokan dan kegembiraan untuk bertemu kawan-kawan.

Aku tahu, aku perlu juga membuat keputusan demi sayang dan demi masa depan anak tersayang.

Berikan aku waktu untuk aku benar-benar membulatkan tekad, berserah kepadaMu, Tuhan sekelian alam.

~po.- Aku dambakan bantuan dan pendapat kalian.

10 comments:

Anonymous said...

Insya Allah semua akan jadi yang baik2 belaka ... Allah kan suruh kiter berusaha, kalau pembedahan adalah satu pilihan usaha yang paling baik, kenapa tidak melakukannya? .. Selebihnya..berserahlah, tawakkal lah..

sinaganaga said...

DO IT!

Anonymous said...

abg po, sy cdgkn abg bentangkn pngalaman silam abg kpd Dr yg bkenaan. minta dia perjelaskn ttg risiko dan kebarangkalian. dptkn penjelasan yg sejelas-jelasnya. dari situ mgkn bertambah keyakinan dan terubat kegusaran. smoga Allah memberi yg terbaik buatmu.

cik said...

I agree with sinaganaga. DO IT. Apa-apapun kena ikhtiar. My niece had to undergo a surgery to remove her tonsil two years ago. Sebelum tu asyik demam saja. Asyik tak sihat. The little surgery was exactly what she needed. She is healthier now, is no longer missing days at school, can part take in a lot of activities that she can't before. And did very well in her PMR. Plus, she is a more rounded person since the surgery. I am happy to see her able to enjoy life again. Do your best to find a good and capable doctor. The rest is up to HIM.

Anonymous said...

The medical facilities and situation in the 70s and now are very different. Have faith.

Anonymous said...

En Po
Mungkin saya tak merasa apa yg En Po sekuarga hadapi skerg tapi saya juga pernah menangis kerana anak saya(2tahun)juga setiap bulan asyik demam & tonsil membengkak. Sekrg ni baru ok sikit.Doctor yg merawat anak saya juga pernah bagitau nanti bila besar ie 5 tahun kena operate tonsil kerana ia boleh effect kidney...so saya ada masa tiga tahun lagi. Oleh itu saya suggest En Po dapatkan opinion dari doctor ini. Doctor yg berpengalaman dan pada pandangan saya begitu sincere.
Dr Hj Kamaruddin Ahmad
Consultants Paediatrician and Pediactric Cardiologist
Pantai Medical Centre
No bilik B010
waktu operasi pukul 2.30ptg - 5.30ptg(Isnin,Khamis,Sabtu). Doctor ini juga ada klinik di Pusrawi Jalan Ipoh.

Napaloh

Anonymous said...

Mr Po,

zaman skrng, dah ade byk jenis ubat bius and they are more thorough mase amik family history smue tu. Just let them know ade fmaily history of bad reaction towards ubat bius and ape2 lagi allergy your Kakak has.

On another hand, kalau dibiarkan tonsils tu nanti makin besar and bengkak and akan menyusahkan Kakak bernafas.

InsyaAllah, doa byk2 and Allah akan tunjukkan jalan yang sebaiknya.

Anonymous said...

Askom...En Po
Seperti komen & nasihat yang diberikan sebelum ini...be faithful..go ahead with the surgery.
Tapi kalau En Po nak cuba alternative treatment, mungkin saya ada sikit petua. Ader satu functional food yang mengandungi 60 zat..
Pls e-mail me for more info..(itu pun kalau minat nak tau lah..) :)
Kalau saya citer kat sini..dah jadi papan iklan pulak nanti...
snooze9my@yahoo.com

Ayah said...

Buat aja la Po... segala di tangan tuhan, sesuatu dibuat untuk kebaikan... kalau tak dibuat, mudharat...nanti kita juga yang merasa bersalah.... buat ajala...

dr1/6 said...

it's best to go for the op. just do it and keep faith in allah, insyallah everything will be all right.

all the best and take care~
sarah
http://www.tabulas.com/~shireen