Aku dah bosan.
Aku menjadi bosan apabila menghulurkan joran,
Ikan tidak menyambar umpan.
Aku menjadi bosan bila mencari madu di hutan
Lebah bersarang di hujung dahan
Aku menjadi bosan apabila memukat punai di padang
Burung terbang tinggi di awan
Aku menjadi bosan apabila setiap gerak diaturkan
Pencak silat langkah yang sumbang
Aku menjadi bosan apabila memukul gendang
Rentak tari tidak cukup seni keaslian
Aku menjadi bosan
Apabila terlalu banyak benda yang perlu dilakukan
Aku tak tahu di mana titik permulaan.
Apabila aku menjadi bosan
Cerita-cerita dongengan
Mula menjadi cerita kehidupan.
Ahhhh…..bosan.
~darekampo.
Wednesday, March 30, 2005
Tuesday, March 29, 2005
Kau Kembali Lagi?
...
Terjaga dari tidur yang nyenyak
Mendengar berita bahawa bumi bergerak
lantas aku bertafakur sejenak
...
Moga-moga kisah yang sarat dengan makrifat
Kisah paling hiba setelah berabad-abad
Tak akan kembali melanda umat
...
Aku sampaikan khabar pada laut yang berombak
Aku sampaikan salam pada semua umat Muhammad.
~darekampo

Thursday, March 24, 2005
Antara Imam Dan Iman
…
Pak Teh Mat, seorang imam Masjid di kampung. Seorang yang mempunyai perwatakan yang warak dan juga merupakan seorang pemimpin. Beliau duduk sebaris dengan Tok Penghulu dan menjadi jemputan kerhormat di mana-mana majlis yang diadakan di kampungnya.Pendek kata, dia seorang yang amat dihormati oleh semua penduduk kampung.
Di suatu senja, di musim yang lalu, ketika itu hujan rintik. Kelihatan Pak Teh Mat menunggang motosikal Honda Cup lampu bulatnya menuju ke masjid. Sesampainya ke masjid, Pak Uda Harun baru selesai mengalunkan azan tanda hari siang sudah menemui pengakhirannya.
Tanpa berlengah, Pak Teh Mat terus mengucapkan salam kepada semua makmum yang menunggu. Terlihat oleh Pak Teh Mat akan kelibat seorang pemuda yang berambut panjang, memakai seluar jeans dan kemeja T hitam. Di kepala pemuda tersebut tersalut bandana hitam yang diikat menggantikan kopiah atau songkok.
Hati Pak Teh Mat terdetik.
‘siapa pemuda itu? Tak pernah nampak pun di kampung ni..’
Pak Teh Mat memadamkan semua andaian dan persoalan yang bersarang di dalam benaknya lalu melangkah menuju ke saf hadapan untuk menunaikan sembahyang sunat. Setelah selesai, Pak Uda Harun sebagaimana tugas lazimnya terus bangkit dan Qamat mengajak semua makmum untuk berada di dalam saf dan bersedia untuk menjalankan ibadat sembahyang berjemaah.
Pak Teh Mat melangkah ke hadapan ke tempat Imam dengan tenang sambil bersulam doa-doa pada Tuhan.
Tatkala Pak Teh Mat mengangkat takbir, hatinya tiba-tiba berkecamuk dan tidak tenteram.Dia teringatkan pemuda berbaju hitam. Lintasan niat tiba-tiba menjadi padam. Takbirnya tak menjadi sebagaimana kehendak rukun dan iman.
Dia mengangkat takbir lagi sekali.
Juga tidak menjadi.
SubhanAllah….bisik hatinya sambil berpaling ke belakang.
Terlihatlah akannya pemuda tadi berdiri dibelakangnya. Tepat dibelakangnya.
Pak Teh Mat melihat atas dan bawah. Ternampaklah dia akan seluar jeans pemuda tadi yang koyak di atas paras lutut.
Patutlah hati aku menjadi tak tenang, bisik pak Imam.
Lalu beliau menunjukkan koyakan tadi pada pemuda itu dan menunjukkan kepada bandana yang dipakai di kepala pemuda itu.Pemuda itu faham dan sedar akan kesilapannya lalu mengungkai bandana tersebut dan diikatkan pada tempat koyakan.
Pak Teh Mat berpuas hati dan terus menghadap ke hadapan.Dia mengangkat takbir kembali.
Masih tak menjadi. Lintasan niat tidak muncul sebagaimana kehendak hati. Bermacam-macam perkara bermain di lubuk fikirnya. Dia terus mencuba tetapi hasilnya tetap tidak menjadi. Dia menjadi gelisah.
Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang menepuk bahunya di sebelah kanan.
Dia berpaling dan sedikit terkejut. Ah! Pemuda tadi.
Pemuda itu terus membuat isyarat ganti dengan kedua jari telunjuk kanan dan kiri dipusingkan berselang seli.
Pak Teh Mat terus bungkam. Ya, dia sedar tentang tanggapan-tanggapan buruk yang bermain di fikiran. Dia sebagai Imam tidak seharusnya menuduh yang bukan-bukan pada orang yang masih belum dikenalinya. Mungkin pemuda tadi seorang ahli sufi, dia tidak tahu hakikat itu.
Dengan segera dia melangkah ke belakang dan memberi ruang kepada pemuda tadi melangkah ke hadapan.Kali ini, pemuda berambut panjang dan berkemeja T tertulis Metallica itu menjadi Imam.
Kali ini Pak Teh Mat yang berdiri di belakang. Pemuda itu terus qiam.
Beberapa ketika , pemuda itu terus mengangkat takbir dengan suara yang lantang.
Hati Pak Teh Mat berbunga. Aku telah salah sangka.Katanya.
Tiba-tiba, sebelum bacaan ayat-ayat suci diperdengarkan, pemuda itu berpaling dan melihat wajah Pak Teh Mat.
Dia mengangguk sambil mengangkat kening dan berkata :
“tengok aku, sekali je…..”
he he he
~darekampo. - aku dah cakap, aku mengarang cerita dongengan !

Tuesday, March 22, 2005
Dari Kaca Jendela Yang Pecah
...
Aku melihat dari celah-celah kaca jendela yang pecah. Melihat aku, melihat kamu.Melihat anak-anak yang bermain riang di laman rumput tanpa sekelumit pun merasa tertipu. Tertipu dengan dunia yang penuh dengan huluran-huluran nafsu.
Dari celah-celah rekah, aku melihat aku yang sudah jauh berubah. Aku juga melihat kalian yang sudah tidak seperti dulu. Dulu, kita juga bermain riang di laman sambil berkejar-kejaran. Waktu bukanlah sesuatu yang amat perlu dihambatkan. Perlu dikejar. Perlu dilontar. Setiap detik berlalu tanpa sedar.
Sedar-sedar, kita sudah menjadi besar.
Kini, waktu berlalu tanpa sempat kita menoleh dan menghitung jejak-jejak yang masih berbekas di atas bumi yang merah.Kita pantas berlari mencari mimpi, mengungkai simpul-simpul realiti. Dan masa bagaikan tidak pernah cukup, tidak pernah ada ruang lingkup.Kita tak henti-henti berlari mengejar ombak yang tak pernah surut.
Kini, kita menjadi kalut.
Kita menjadi takut.
Takut kalau-kalau kita tak mempunyai cukup waktu untuk menggapai tiang tempat berpaut jika ribut datang menjerut.Takut kalau-kalau waktu itu sudah mulai suntuk.
Cuma, kadang-kadang kita terlupa. Kita terleka bahawa kita hanyalah pengembara.Kita di sini hanyalah sementara.
Anak-anak kecil itu terus bermain dan bermain.Mereka tidak menghiraukan masaalah dunia. Mereka tidak mengerti apa-apa.
Mereka tidak tahu bahawa jendela ini dulunya pernah menjadi saksi bahawa aku bermain di laman itu, dengan orang tua aku menyaksikan segala gelagat aku. Tanpa jemu.
…dan waktu seakan-akan terhenti ketika itu.

Tuesday, March 15, 2005
Buat Seorang Isteri
Khas buat seorang wanita bernama isteri,
Abang tahu yang abang bukanlah seorang putera impian dari kisah-kisah dongengan. Segak dan tampan dia atas kuda yang berlari kencang.
Abang juga tahu yang abang bukanlah seorang penyair agung yang mampu menuturkan bait-bait puisi indah buat sang permaisuri yang bertahta di hati. Memukau jiwa dengan kata-kata yang beralun mesra semesta dunia.
Abang tak mampu mencapai bintang, menggapai bulan.
Abang juga tak mampu mengayam buih-buih di lautan untuk dijadikan hamparan di ranjang.
Abang sekadar seorang lelaki yang hanya punyai mimpi.
Mimpi tentang suatu hari, kita duduk berdua di akhir-akhir usia dan melihat ombak yang tak putus-putus mendesirkan suara-suara cinta. Cinta seorang lelaki pada pasangan hidupnya.Cinta yang bersemi dari hidup ke saat temui mati. Cinta seorang suami pada seorang isteri.
Akan abang dakap cerita cinta ini dan abang abadikan jauh di dalam hati. Hati yang sudah terpaut pada indah raut wajah berseri. Terpukau pada lembut jari jemari.Terpegun pada sang puteri yang sudah berjaya dimiliki kini.
Abang hanya punya kata-kata ini.
Abang cinta padamu.
…dan abang melagukan lagu ini…
Oh Adinda Sayang
Kain bersulam tenunan Deli
pandai bersulam pandai menari
Pandai menari
Adik bermuram abang pun sedih
Engkau tersenyum abang bernyanyi
Hanya dikau penghibur hati
Suara gendang bertalu-talu
Elok berdendang lagu melayu
Pantun melayu
Abangnya sayang adik pun tahu
Cintanya Abang jangan kau ragu
Sepanjang masa tak akan layu
Oh…
Tanyalah bintang
Tanyalah bulan
Agar kau tahu
Oh…
Siang dan malam
Selalu terbayang
Wajahmu seorang
Oh…
Rasa hati
Ingin dekat
Denganmu sayang
Oh..adinda sayang
Kain batik dari Semarang
Sungguh serasi dengan selendang
Kain selendang
Sungguhlah cantik adikku sayang
Tak puas-puas abang memandang
Usah makan pun abang kenyang…
Dendangan : Kumpulan The Mercy’s yang agak tersohor sekitar akhir 60an dan awal 70an.
Moga-moga cinta kita walau tidak sehebat Rumi dan Juli, Uda dan Dara atau setajam tombak Awang yang pulang ke Dayang, sesyahdu Jason dan Orked tetapi ianya tetap satu cinta yang abadi.
Err…esok kita pergi bercuti ya sayang.Dunia bakal jadi milik kita buat sementara.
~darekampo.-aku tahu dia tak akan baca ni..

Tuesday, March 08, 2005
Aku Mahu Terus Berlari....
sebuah entry tertangguh...
…
Zul menantikan bunyi letupan yang akan kedegaran pada bila-bila masa sahaja. Dadanya berdebar kencang dan jari-jarinya yang kemas terpasak pada balapan rumput yang basah bergetar perlahan.
Dia adalah pelari terbaik pasukannya, kebanggaan sekolah dan satu bakat yang cukup gemilang dengan larian derasnya. Langkah-langkahnya cukup ampuh dan pecutannya bagaikan guruh.
Semua rakan-rakan berbicara tentang dirinya, Cikgu-Cikgunya menyandarkan harapan yang menjulang kemuncaknya agar dia mampu mengharumkan nama sekolah, nama daerah yang selama ini tidak pernah mencatatkan apa-apa berita di dada media negara.
Zul menundukkan kepala dan mengumpul segenap perhatian kepada bunyi letupan yang akan muntah dari mulut pistol perlepasan beberapa detik lagi.
Dia sudah bersedia. Latihan-latihan yang selama ini gigih dilakukan bakal menunjukkan hasilnya sebentar lagi. Harapan-harapan yang dijulang bakal menemui kenyataan. Anak kampung yang bakal menjadi bualan setiap anak bangsa. Anak kampung yang suatu hari nanti akan menjadi tajuk utama berita sukan di seluruh dunia.
BANG!
Saatnya sudah tiba, detiknya sudah muncul di depan mata.
Zul bangkit menujah ke atas balapan dengan segenap tenaga. Dia seakan-akan terbang di udara ketika itu, terjahannya tepat dan kuat serta diiringi dengan libasan langkah yang tegap.
Dia menongkah angin, merentas sorak sorai suara bingit, mengatur setiap tujahan dengan semangat dan tekad. Dia mahu menjadi seorang juara yang hebat.
Seorang demi seorang pesaingnya di tinggalkan.Langkahnya gagah, tenaganya mencurah dan pecutannya megah. Hanya beberapa langkah, kejuaraan pasti menjadi menjadi miliknya, milik pasukan, milik sekolah.
Tali akhir mencecah dadanya dan melurut putus membangkitkan satu perasaan yang gah. Dia menjadi juara, menjadi yang pertama dalam sorakan kemenangan yang cukup indah.
Dia merangkul segenggam tanah dan menjulang genggaman tangan itu dengan kesyukuran pada Allah. Segala penat lelah, tawa tangis kini sudah terbalas. Kakinya yang tanpa sepatu lumba yang kemas dan hebat pernah pecah dan berdarah. Darah yang pernah tumpah di atas padang sekolah yang keras kini bersatu menjadi tanah. Tanah itu kini dijulangnya penuh rasa megah.
…
Pagi itu, Zul dan 7 temannya menaiki kereta guru yang menjadi jurulatihnya selama ini. Cikgu Najib dan Cikgu Kusymadi yang tidak pernah mempertikai kemampuannya. Mereka banyak berkorban demi dirinya dan demi sukan sekolahnya. Mereka mengenepikan segala kepentingan diri dan peribadi demi maruah sekolah. Demi kejayaan yang mengharum, demi anak bangsa yang menagih didikan dan tunjuk ajar sebelum mereka melangkah gagah di persada sukan tanah air.
Kesemua mereka agak diam tanpa suara semasa di dalam perjalanan. Mereka lebih memusatkan perhatian kepada pertandingan yang bakal berlangsung seketika nanti. Pertandingan yang akan membuka mata manusia yang mempertikaikan kemampuan anak-anak kampung seperti mereka.
Ketika tiba di satu persimpangan, kereta yang dipandu oleh Cikgu Kusymadi hilang kawalan dan merempuh sebuah kren yang ingin membelok ke kanan jalan. Segala-galanya berlaku dengan pantas dan Zul tiba-tiba melihat gelap, warna-warna kegelapan yang menyelubungi dirinya. Dia berada di dalam satu dunia yang amat jauh berbeza dari terang semesta alam maya.
Dia tidak sedarkan diri.
Ketika rakan-rakan datang melawatnya di hospital, hujung kakinya bergerak-gerak dalam pejam rapat kelopak matanya, dalam balutan yang membungkus kaki dan tangannya.
Zul seolah-olah berkata “aku mahu berlari lagi…..”
Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Najib dan Cikgu Kusymadi yang telah pergi menemui Tuhan pada satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pada 2hb. Mac, 2005 semasa mereka di dalam perjalanan membawa pelajar-pelajar sekolah mereka ke Pertandingan Sukan MSSM di Bandar Penawar.
Ketika entry ini di tulis, Adik Mohd Zulsyahmi Sabri, 12 tahun masih belum sedarkan diri di Hospital Kota Tinggi. Semoga beliau cepat sembuh dan terus berlari lagi.

Monday, March 07, 2005
Sejuk Pagi Di Kota London 3 (Episod Akhir)
...
Tika muncung pesawat 001 mencecah awan di langit biru, dia teringat kembali lagu yang berkumandang di teksi ibu kota tadi. Perlahan-lahan dia menguntum setiap kata lagu yang menyayat hatinya itu...
Aku pulang
Dari rantau,
bertahun-tahun
di negeri orang,
Oh Malaya......
Keheningan suasana dalam pesawat terus terganggu dengan teriakan dari belakang kerusinya:
"Oi, tak Malaya lagi lah! Dah Malaysia...lama dah merdeka! Tu lah..dok lagi lama-lama di negeri orang!!"
~entry Episod Akhir ini telah dikarang dan ditulis oleh Kak Teh, seorang pengembara hidup yang telah merantau di United Kingdom selama lebih 25 tahun yang juga seorang penulis blog.
Dia di sini

Sunday, March 06, 2005
Sejuk Pagi Di Kota London 2.
…
Khas buat teman-teman yang berada di rantauan, terpisah oleh 7 lautan.
(UK, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Finland, Australia ,Setiawangsa dan di mana jua anda berada).
Sebuah teksi berhenti tepat dihadapannya.Dia menghela nafas panjang dan memandang ke arah bangunan-bangunan yang mencecah awan.
Dia melihat, dia memerhatikan dengan pandangan yang punyai sejuta kekaguman.
Dia mahu merakamkan setiap apa yang masuk ke dalam kanta matanya dan terus ke kotak memori. Dia mahu gambaran itu menjadi laksana satu lukisan yang menjadi karya agung pelukis lagenda.Lukisan yang bakal digantungkan pada satu sudut istimewa di dalam hati.
Dia bergerak perlahan dan terus masuk de dalam perut kereta kebanggaan negaranya.Pandangan dilepaskan ke luar jendela. Menyusur setiap batu bata yang tegak terpasak dengan garis-garis penuh keindahan sepanjang jalan.
Sayup-sayup dari radio teksi itu, berkumandang.
Aku Pulang,
Dari rantau,
Bertahun-tahun di negeri orang,
Oh Malaya….
Oh, di mana,
Kawan dulu,
Kawan dulu,
Yang sama berjuang,
Oh Malaya…
Inilah kisahku
Semalam di Malaya,
Diri rasa sunyi
Aduhai nasib
Apakan daya
Cinta hampa…
Hidupku pun merana
Mana dia…
Kekasih hatiku pun
Telah pula hilang
Hilang tak berkesan
Aduhai sayang…
Apakan daya
Cinta hampa
Hidupku pun merana
Mana dia…
Lagu dendangan S. Effendy ciptaan Syariul Bachri itu menusuk masuk ke dalam hatinya yang sayu.
Dengan perlahan, teksi itu meninggalkan kota kebanggaan, Kuala Lumpur yang penuh kenangan. Dia masih teringat 25 tahun nan lalu ketika dia mula melangkah meninggalkan tanah air, tatkala lambaian tangan ibunya menjadi satu cetusan semangat agar dia sentiasa berhati-hati semasa di negeri orang. Satu kenangan yang akan terpahat dalam lubuk sanubarinya sehingga ke akhir hayatnya nanti.
Kini, dia meninggalkan kota ini lagi. Satu pemergian yang tidak pernah dikesalkan.
Dia mahu pulang ke kota yang sudah menjadi rumahnya kini. Kota London yang akan sentiasa menyambutnya nanti dengan penuh kehangatan walau dingin paginya mampu menggetarkan urat dan nadi.
Dia pulang dengan perjuangan, menjadi anak rantau yang sentiasa berpegang dengan adat resam. Anak rantau yang tidak pernah melupakan asal usul dan daerah ketuanan.
“home is where the heart is” bisik hatinya perlahan.
Pesawat yang laksana garuda bertubuh besi mendaki angin dengan seribu kekuatan dan dari tingkap pesawat dia melihat. Satu panorama yang menjadi lambang kemakmuran insan. Lambang semangat anak watan untuk memajukan diri sebaris dengan mana-mana bangsa atau golongan.
‘aku akan kembali semula di satu hari nanti….” Tekadnya di dalam hati.
Air mata jernih menjadi penawar jiwa yang pedih umpama helai-helai daun sirih.
…dan pesawat itu terus terbang meninggalkan jalur-jalur gemilang terlukis disebalik kepul-kepul awan yang membentuk wajah seorang srikandi yang terbilang.
~Darekampo.

Subscribe to:
Posts (Atom)