Monday, December 02, 2013

wayfarer

...

kadang-kadang kita lupa.

pesan Baginda kita.

"Ambillah dunia pada kadar seorang pengembara."

bahawa;

tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia.

...

hari ini dikejutkan dengan tragedi di Utara.

3 beradik ditemui sudah tidak bernyawa.

Aku tersentuh.

lalu aku mencari-cari.



pesan Baginda lagi;

"setiap jiwa yang bernafas sudah di tentukan olehNya, syurga atau neraka. Bahagia atau celaka."


Aku bermohon padaNya.

Syurgalah pada ketiga-tiganya.

dan...

Celakalah pada yang melakukannya.

~po

Sunday, November 24, 2013

refrain

it's hard to hold a candle
in a cold November rain.

po

Wednesday, May 08, 2013

you left so soon....




2002.

I remembered she came for interview before me.

Lulusan UUM dan masih aku ingat dengan soalan aku padanya; kenapa student UUM pakai tie dalam hutan?

Aku tak ingat apa jawapan dia...tapi from that moment on, she stole our hearts with her kindness, her soft voice and her commitment to the job.

11 years you served us as our most trusted account executive.

Kadang-kadang bila elaun aku lambat, aku minta dengan dia.

...and she would come with the money that I don't know from which source. She is so creative with the money management.

...dan biasanya aku akan kata padanya, "boleh la saya makan nasik hari ni..."

for the past 5 years she would bring the money and said.." buleh makan nasik la hari ni bos.."

Her daily routine would brings her to my room for signing the cheques. Every working day.

I am going to miss that.

One day sometime this year, I heard she wanted to resign so I called her up and asked.

"nak berenti ke nim? nape?..."

"takkan nak kerja sini selama-lamanya bos..." she said.

...and that kept lingering in my ears today.

18.4.2013

Dia belanja nasi beriyani kepada semua staff including all the bosses.

And ada staff yang demand something from her from that treat of nasi beriyani. She said..."ini last saya belanja..lepas ni tak mau belanja dah..." dengan tawa kecil.

indeed, that was true.

if only we knew...

21.4.2013

She met an accident. She was in a car, back passenger's side, wearing seatbelt on her way to Kota Bharu. She took leave that day.

A 4X4 hit her car after skidding into her way.

Ususnya koyak, pancreas nya koyak, 3 tulang rusuknya retak, tulang belakangnya retak, tangan kirinya patah.

The impact from the seat belt.

She was later induced to coma for a few major operations on her internal injuries.

24.4.2013

Aku menziarahnya di HUSM, Kubang Kerian.

Dia tidur dalam lena yang dalam.

Koma.

Aku doa di sisinya. Berbisik. Nim, Be strong. Hang on.

We were told that she is going to be fine. The anesthetic will be slowly reduced for her to wake up.

..then we went home having in mind that later she will wake up and everything will be fine.

She didn't.

3.5.2013

My partner called and said...she might not make it, her husband were told to accept whatever the fate.

Aku solat hajat. Tahajjud. Pohon kerahmatan dan kesembuhan.

Allah maha mendengar.

She was stable again.

Syukur padaMu ya Rabb.

7.5.2013

~2.30 pm


Partner intercom beritahu yang her husband called saying that her condition is very critical.

...nazak. All her internal organs are gradually failing. Pancreas bleeds again.

Usai solat Zuhur, solat hajat pohon dia diberi kemudahan jika itu Janji Dia.

~3.56 pm

She left home and never coming back.

Leaving her husband and 8 years old daughter.

...and a thousand flashing images of her in my office.

~10.00 pm

Kami simpan dia di Tanah Perkuburan Bukit Kecil.

...with a small tears from all of us. 11 years of working together. I can still remember the knock on my door, the soft voice and everything about her especially her smiles.

~12.01 am

Kami pergi minum sembang2 PRU13 dan kadangkala terkenang.

~1.10 am

Aku lalu kembali ke tempat persemadian dia. Lampu-lampu untuk kerja-kerja pengebumian tadi sudah disimpan.

Seluruh kawasan diselubungi kegelapan. Sunyi dan kelam.

Dari dalam kereta. Seberang jalan.

Dalam hati kecil aku.

"bye nim...moga rohmu tenang di sana."

Nurhanim Abd Ghani. 1979-2013

Al-Fatihah.


~po






Sunday, April 14, 2013

Suatu Travelog Umrah- InsyaAllah ada ruang - Bahagian 4

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....

...

Banyak buku-buku tentang Makkah dan umrah serta haji yang aku beli dan biasanya akan ada atas meja kerja aku di pejabat.

Biasanya, bila 'partner' aku masuk, akan dibelek-beleknya buku-buku tersebut. Kadang-kadang dia bercerita pengalaman dia mengerjakan Haji dan beberapa kali umrah. Aku hanya mendengar.

Bila you nak pergi ni? tanya dia.

Aku jawap...giliran aku tahun 2024 untuk Haji dan kalau ada rezeki mungkin Tabung Haji akan panggil awal. Tabungan pun belum cukup.

Biasanya 'partner' aku akan beredar begitu sahaja atau kami bertukar topik tentang kerja.

Tapi doa kami tidak pernah putus.

Cuma tabungan isteri aku dalam Tabung Haji kadang-kala dikeluarkannya atas keperluan mendesak. Isteri aku pernah menangis dalam kereta seorang diri mengingatkan tabungan itu. Asyik berkurang bila ditambah, entah bila hendak sampai ke Makkah? bisik hati dia (ini cerita dia kepada aku).

Sehinggalah satu hari.

Partner besar aku masuk ke bilik aku dan tanya...'you nak pergi buat umrah?'

Aku cuma jawab...'siapa la tak teringin ke Makkah...cuma kami nak buat Haji dulu..'

Partner aku sambung '...you pergi buat umrah la dulu..I tanggung semua'

Aku kata..'eh ye ke? Alhamdulillah...tapi I cadang nak gi suami isteri'

Dia senyum. ' ye la... you pergi berdua la...'

Terbayang Baitullah di depan mata. Kadang-kala, jemputan itu datang tak disangka-sangka.

Rasa teruja ada, takut ada, bimbang ada, segala rasa ada....

Betul ke aku dah ready nak ke Makkah ni..?






Thursday, April 11, 2013

Suatu Travelog Umrah - InsyaAllah Ada Ruang - Bahagian 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

...

Setelah beberapa lama, aku dapat melawan serangan-serangan 'anxiety' aku dan aku pun mula berhenti merokok. Pelbagai benda baru yang muncul dalam hidup aku.

Aku akhirnya mendapat tahu kulit aku yang menjadi merah-merah di siku dan lutut adalah penyakit 'psoriasis' iaitu sejenis penyakit kulit yang 'auto-immune' yang sehingga kini masih belum ada penawarnya.

Gout pun mula menyerang.

Kehidupan aku mulai berubah. Perlahan-lahan.

Tiada lagi 'stay back' kerja sampai lewat petang.

Mula mengayuh basikal secara riadah dan secara tetap setiap minggu dan setiap petang.

Tidak mahu lagi ada stress dalam kehidupan seharian.Baik dengan anak-anak, dengan isteri, atau dengan sesiapa sahaja.

Mula solat Dhuha.

Mula solat Tahajjud.

Mula solat witir sebelum tidur.

Dalam setiap solat, tak pernah mungkir memohon supaya aku dijemput mengunjungi Baitullah dan menjadi tetamu yang paling istimewa.

Mula membaca buku-buku agama.

Antara buku yang paling mengesankan aku adalah "Travelog Haji- Mengubah Sempadan Iman" tulisan Prof. Dr Mohd Kamil.

Betapa setiap masa, kerinduan pada Baitullah, pada kota Makkah menjadi semakin menebal.

Bila saja ada yang bercerita tentang Makkah, tentang umrah, tentang Ka'abah, Madinah...aku akan tarik kerusi dan mendengar penuh minat. Hendak menyampuk pun, aku belum pernah sampai ke sana. Dengar sahaja dan bayangkan.

Bila membaca atau melihat youtube tentang Rasulullah, rasa sebak dan sungguh mendalam. Terharu dengan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya.

...dan berdoa, berdoa, berdoa supaya dijemput olehNya ke sana.

Tahun 2008 kami mendaftar dengan Tabung Haji untuk ibadah Haji. Kami mendapat giliran di tahun 2024 dan tabungan kami baru sahaja bermula.

Kami fikir, biarlah kami mengerjakan ibadah Haji terlebih dahulu kerana itu keutamaan berbanding umrah jika itu rezeki.

Tiada terlintas di hati kami yang kami akan dijemput seawal tahun 2013 ini....

Tuesday, April 09, 2013

Satu Travelog Umrah - InsyaAllah ada ruang Bahagian 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

...

Malam itu, aku diselubungi ketakutan yang amat sangat.

Aku mandi, aku takut nak pejam mata dalam pancuran air. Bimbang aku rebah dan tak bangun-bangun.

Isteri nak menghantar anak ke tuisyen, aku tak kasi. Bimbang kalau terjadi apa-apa kat aku, sapa nak hantar pergi hospital?

Tidur aku selang sejam dua jam, aku terjaga. Mimpi-mimpi ketakutan. Alam barzakh. Bangkit terketar-ketar dan berpeluh-peluh.

Apa yang dah jadi pada aku?

Kena buatan? Kena sihir?

Am I going insane?

Aku doa. Ya Allah, matikanlah aku jika aku ini sedang kehilangan akal dan pertimbangan. Aku tak mahu menyusahkan dan aku tak mahu hidup dalam kegilaan.

Kawan-kawan datang bawak jumpa orang pandai berubat di situ sini. Ada yang mendatangkan rasa tenteram dan ada yang mendatangkan lagi ketakutan.

Che' (Mak) sudah aku jemput ke rumah. Aku menangis dalam ribaan Che'. Aku rasakan yang hidup aku sudah hampir sampai ke penghujung.

Sebelum ini, ramai orang hampir dengan aku telah dijemput pergi bertemu Kekasih Abadi. Sakit bermacam-macam. Ada yang cuma demam seminggu. Aku rasa masa aku pun begitu.

Aku berhenti merokok kerana aku rasa kalau lagi sebatang aku hisap, aku akan mendapat kanser paru-paru.

Little did I know that I have been attacked by Anxiety.

Hidup aku ketika itu sangat haywire. Serba tak kena. Pergi kerja sekejap, rasa tak sedap aku balik atau aku melilau asal aku rasa tenang. Berkecamuk.

Aku tak ada pilihan lain. Aku call sahabat aku yang ketika itu berada di US. I need his advice.

Dia beri green light. OK. pergi jumpa ayah aku. Aku dah cerita segala-galanya kat dia. katanya.

I was expecting that.

He is somebody bukan bomoh. Ustaz tapi bukan Ustaz yang mengajar di mana-mana. A leader. Orang lama and I have a high respect on him semenjak aku dari sekolah lagi ketika kenal dengan sahabat aku.

Pernah sekali dulu, sahabat kami juga, keguguran rambut secara tiba-tiba tanpa sebab. Doktor tidak dapat diagnose apa penyakit. Pertama kali kami berjumpa dengan ayah sahabat aku ini, kami disuruh pergi berubat di mana-mana dulu. Ikhtiar. Kalau habis ikhtiar baru tawakkal datang semula berjumpa dia.

...and we did just like he said.

Habis ikhtiar sampai ke Kelantan semua kami berubat yang akhirnya membawa kami kembali ke rumah beliau.

Alhamdulillah. Izin Allah yang esa. Rambut sahabat aku bak kata orang...tumbuh menghijau semula.

Untuk kes aku, kami bertiga pergi berjumpa dengan beliau yang kami panggil Ayoh Chik dan beliau pun sudah tahu apa cerita aku.

...tapi beliau cuma duduk bercerita dengan kami sahaja. Sekadar bercerita dan 'telling us what to do'.  Cerita tentang kehebatan Tahajjud, kehebatan Kursi, kehebatan kusyuk solat, kehebatan macam-macam lagi yang selama ini kami kurang beri perhatian.


Tubuh aku yang sentiasa seram sejuk menjadi panas ketika mendengar cerita-cerita Ayoh Chik.

Antara kata-katanya; kalau nak kusyuk dalam solat, bayangkan kita solat di hadapan Ka'abah. Imagine hard.

Ketika pulang dalam kereta. Sahabat aku yang sorang tiba-tiba berkata; 'macamana kita nak bayangkan solat di hadapan Ka'abah kalau ke Mekah pun kita belum sampai? Kita tak tahu rupa sebenar Ka'abah untuk kita bayangkan, kita tengok melalui tv dan gambar sahaja.'

'kita mesti usaha untuk sampai ke Mekah'.


Monday, April 08, 2013

Satu Travelog Umrah - InsyaAllah ada ruang. Bahagian 1.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

...

Sekitar tahun 2007 dan 2008.

Aku menjalani kehidupan sebagaimana biasa. Rutin harian. Kerjaya yang sibuk. Kes-kes Bicara yang banyak. Terlalu banyak bebanan kerja yang harus aku habiskan dalam tempoh masa yang singkat di setiap satu tarikhnya. Duit tidak pernah cukup. Masa tidak pernah tidak suntuk. Kereta selalu rosak. Perlu banyak berkejar ke sana-sini. Luar daerah. Hubungan suami isteri kadang-kadang tegang. Salah faham sentiasa mengundang kekusutan.

Pagi petang siang malam dengan urusan keduniaan. Malam terpaksa menghantar anak ke tuisyen. Kadang-kadang balik di kala Maghrib. Mandi tak rasa lembab dan solat sekadar cukup. Terus bergerak menghantar anak.

Masa tu, hisap rokok rasa terhuyung hayang.

Rasa nak rebah di tepi jalan.

...

sehinggalah di suatu hari.

Pagi hari selepas menghantar anak-anak ke sekolah aku naik ke pejabat.

Aku rasa sesak nafas. Dada terasa ketat.

Aku tiba-tiba rasa bimbang.

Aku rasa macam nak mati.

Aku rasa itulah hari akhir aku di atas dunia ini.

Takutnya, Allah sahaja yang tahu.

...

Aku mintak tolong kawan-kawan, hantarkan aku ke klinik.

Check blood pressure.

Check ECG.

Check segala.

Aku okay...doktor suruh aku balik rehat.

tapi bimbang itu tak hilang-hilang.

takut itu tidak kebah-kebah.

Sesekali dalam kereta aku terpaksa hentikan perbualan sahabat-sahabat sebab aku rasa takut yang amat. Aku perlu istighfar. aku perlu dzikir. Aku perlu mengucap panjang.

Sahabat-sahabat bawak aku merata hari tu. Ustaz, bomoh dan macam-macam.....

takut dan bimbang tetap tidak hilang.

...


~po

Monday, March 18, 2013

...semoga mabrurah.

Sebuah Perjalanan Suci

...

dengan rahmat dariNya
akan ada sejalur ruang untuk kita
berjalan di celahan ribuan manusia
jemputan dari yang Esa

seputih ihram
talbiah berkumandang
dari sayup padang gersang
sehingga ke tanah haram

tawaf tujuh pusingan penuh
dengan zikrullah
dengan doa bersungguh
dengan penuh seluruh

maghfirah
berlari tanpa lelah
antara Safa dan Marwah
antara doa dan ibadah

dan gugur semua riak dan angkuh
segala dosa luruh
dan sujud dalam lindungan yang teduh

sebuah perjalanan yang suci
semoga mabrurah....
semoga mabrurah....

semoga mabrurah.

InsyaAllah.

~po