Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....
...
Banyak buku-buku tentang Makkah dan umrah serta haji yang aku beli dan biasanya akan ada atas meja kerja aku di pejabat.
Biasanya, bila 'partner' aku masuk, akan dibelek-beleknya buku-buku tersebut. Kadang-kadang dia bercerita pengalaman dia mengerjakan Haji dan beberapa kali umrah. Aku hanya mendengar.
Bila you nak pergi ni? tanya dia.
Aku jawap...giliran aku tahun 2024 untuk Haji dan kalau ada rezeki mungkin Tabung Haji akan panggil awal. Tabungan pun belum cukup.
Biasanya 'partner' aku akan beredar begitu sahaja atau kami bertukar topik tentang kerja.
Tapi doa kami tidak pernah putus.
Cuma tabungan isteri aku dalam Tabung Haji kadang-kala dikeluarkannya atas keperluan mendesak. Isteri aku pernah menangis dalam kereta seorang diri mengingatkan tabungan itu. Asyik berkurang bila ditambah, entah bila hendak sampai ke Makkah? bisik hati dia (ini cerita dia kepada aku).
Sehinggalah satu hari.
Partner besar aku masuk ke bilik aku dan tanya...'you nak pergi buat umrah?'
Aku cuma jawab...'siapa la tak teringin ke Makkah...cuma kami nak buat Haji dulu..'
Partner aku sambung '...you pergi buat umrah la dulu..I tanggung semua'
Aku kata..'eh ye ke? Alhamdulillah...tapi I cadang nak gi suami isteri'
Dia senyum. ' ye la... you pergi berdua la...'
Terbayang Baitullah di depan mata. Kadang-kala, jemputan itu datang tak disangka-sangka.
Rasa teruja ada, takut ada, bimbang ada, segala rasa ada....
Betul ke aku dah ready nak ke Makkah ni..?
1 comment:
alhammdulilah.. pergi aje la PO
-ojij-
Post a Comment