...
Pada tahun 1876, Pakcik Alexander Graham Bell (1847-1922) telah mencipta satu alat yang dikenali sebagai ‘Electrical Speech Machine’ di Boston, United States. Alat yang pada asalnya bertujuan untuk membantu golongan cacat pendengaran itu sekarang ini dikenali sebagai telefon. Rangkaian sistem perhubungan yang pertama di dunia melalui telefon adalah antara Boston, Massachusetts dan New York City pada tahun 1884.
Seandainya Pakcik Alexander bangkit semula hari ini, beliau akan terkejut dan mendapat sakit jantung kerana ciptaannya berkembang pesat dan sudah mampu menghantar video message antara satu telefon ke satu telefon yang lain. Saiz telefon yang lebih kecil dari tapak tangan juga mampu membuatkan Pakcik Alexander mengusap-usap janggutnya kerana tak percaya.
Itulah sejarah telefon.
Ini sejarah aku pulak, Alexander Graham Po.
Aku mula mengenali telefon ketika aku masih keluar bermain berkaki ayam dan telefon ketika itu dikeluarkan atau diberi oleh JTM atau Jabatan Telekom Malaysia (?) dan pada setiap telefon berwarna hitam atau kelabu itu (maaf, tak boleh tukar housing macam sekarang) tertulis perkataan JT. Telefon yang aku tengok di rumah jiran dan saudara itu masih menggunakan dial jenis putar, besar dan berat. Ia berbunyi seperti jam loceng. Aku ketika itu sudah kagum dengan kecanggihan telefon.
Rumah aku hanya dilengkapi telefon setelah aku habis mengaji di universiti.
Pertama kali aku melihat sebuah telefon bimbit adalah ketika umur aku 15 atau 16 tahun ketika aku menyertai satu pertandingan badan beruniform sekolah di Kem Kijang, Kota Bharu di mana ada seorang pegawai badan belia membawa telefon jenis Ericsson (kalau tak silap aku ) yang sebesar sebuah briefcase. Ia mempunyai antenna seperti radio dan beratnya, kalau budak kecik memang tak terangkat. Harganya aku mendapat tahu adalah sekitar 10 ke 13 ribu ringgit untuk sebuah. Ada institusi kewangan yang menyediakan kemudahan sewa-beli.Aku tambah kagum.Tak ramai yang mampu memakainya.
(Aku dimaklumkan sekarang, telefon jenis itu masih diguna-pakai oleh kontraktor-kontraktor balak menggunakan talian ATUR kerana ia mampu mendapat gelombang di mana-mana sahaja walau ditengah-tengah hutan rimba).
Kemudian, keluar model bimbit yang lebih kecil dari Syarikat Motorola. Saiznya sebesar batu bata untuk membuat rumah. Ramai pengusaha tiruan meniru model tersebut untuk membuat bekas air minum budak-budak sekolah kerana isipadu airnya mampu membekalkan bekalan air sirap sehingga petang.
Aku kagum lagi kerana mereka yang memilikinya boleh dibilang dengan jari aku dan jari-jari korang semua.
Setelah beberapa lama, aku mula bekerja. Disebabkan susah nak mendapatkan aku (mengular je kejenya), firma aku memberikan aku sebuah telefon bimbit dari model NEC BX. Masa tu, aku menjadi bangga, riyak dan takkabur (bak kata Mat Jan) kerana memang tak ramai yang mampu memakai telefon bimbit dan caj bulanannya juga mahal. Melaramlah aku dengan telefon bimbit itu. Sikit-sikit telefon, sikit-sikit telefon (sebab nak tunggu ia berbunyi memang payah). Model itu hanya mempunyai satu nada dering dan tak boleh tukar housing. SMS? Apa ke bendanya tu? Boleh simpan sehingga 30 nombor telefon. Canggih. Saiznya juga besar sehingga orang tahu ngko ada telefon walaupun diletakkan dalam poket seluar.
Apabila keluar model EX, aku tukar. Lebih canggih dan lebih slim.Ketika itu, dah ramai yang pakai handphone ni.
Ketika hari ulangtahun isteri aku, aku belikannya telefon bimbit model Phillips Twist (besar gila). Dia cukup suka sebab senang dia nak telefon aku untuk tanya ‘malam ni nak makan apa?’.
(telefon itu kini sedang bermaustatin di dalam bakul mainan anak-anak aku).
Tak lama, keluar Nokia model pertama, ada banyak nada dering dan boleh tukar housing. Aku tukar dengan model EX yang ketinggalan zaman tu.
Kemudian, keluar model Samsung jenis ada flip. Wah, canggih.Kecil saiznya dan boleh store beratus nombor.Aku tukar lagi.Kali ni, aku dah tahu guna sms dan voice dial.Macam orang gila kalau aku gunakan voice dial sebab cakap sorang-sorang, ulang-ulang ...‘office…’... ‘please say again’, ...‘office…’….’please say again !’
‘office lah mangkuk !’
‘please say again…’
‘kepala hotak ngko please say again..’
‘please say again..’
Selepas itu, revolusi telefon bimbit melanda negara. Ada sms, picture message, ringtones macam-macam, composer (buleh buat lagu sendiri), alarm, reminder, jam, macam-macam…tak tersebut aku.
Aku tukar lagi ketika munculnya Nokia model 3310. Ringtones dah jadi macam-macam lagu termasuk Negaraku. Housing pulak boleh tukar setiap 2 jam. Harganya mencecah RM 800 lebih. Orang rumah belikan untuk aku satu sempena hari jadi aku.Wah, canggih aku (ketika itu masih ada yang memakai model NEC EX).
Selepas itu, teknologi telefon bergerak terlalu pantas dan aku tak terkejar.Ada kamera, ada PDA, ada video recording, ada boleh simpan perbualan kita, nada polyphonic, polytechnic, semua ada. Macam-macam adaaaa.
Aku masih setia dengan 3310 aku. Telefon aku, sudah hampir mencecah antik sebab bila aku ke kedai nak trade-in, diorang nak RM 50.00. Maknanya masih ada harga. Suatu hari nanti, bila tak ada harga langsung, ia sudah mencapai tahap antik dan akan ada harga semula selepas 10 atau 15 tahun selepas itu.
(budak despatch ofis aku pun pakai handphone berkamera)
Bila aku minum petang dengan kawan-kawan kat warung, aku je yang tak letak handphone atas meja. Paling kuat pun, aku bukak housing belakang telefon aku dan berlagak macam Nokia Communicator…biasanya itu akan mengundang deraian hilai tawa. (kutuk la handphone aku..kutuk la..)
Tapi hari ini, 3310 kesayangan aku akan mula bermaustatin di dalam almari kerana bateri yang entah ke berapa kali aku tukar mula menunjukkan kedegilannya untuk aku bercakap lama. Jadi, aku pakai telefon isteri aku (yang aku belikan padanya tahun lepas, model nokia jugak tapi lebih canggih dari aku punya sebab ada lampu suluh…)
Isteri kesayangan aku terpaksa memakai samsung lama aku.
‘tak pe ke?’ tanya aku.
‘tak pe…sementara’ katanya.
Heh…heh…hari ulangtahun aku pun tinggal beberapa hari je lagi…
‘sementara ek..?’
(hmmm…rakan kerja aku baru tukar Nokia yang ada kamera dan serba mak nenek canggihnya hari ni bila handphone dia kena curi dalam LRT kelmarin dulu di KL..kes sangkut kat pinggang…hmmm, kena bagitau orang rumah nih..)
~d’arkampo>.-moral cerita aku, - hari jadi aku dah tak lama.
Tuesday, November 30, 2004
Saturday, November 27, 2004
Buat Seorang Teman Yang Kehilangan...
...
Membaca catatan saudara EP dalam entry nya membuatkan aku pilu, lalu aku catatkan bait-bait ini :
Tatkala tiba hari ulang tahunmu
Kau pasti tersenyum malu
Bersandar mesra di bahuku
Menunggu ucapan dariku
Menanti kucupan di dahimu
Aku tahu
Kau tak mimpikan hadiah wang beribu
Kau tak inginkan hiasan bertatahkan permata biru
Kau hanya mahu
Ucapan keramat itu
Bahawa Aku Cinta Padamu…
Makan malam meraikan ulang tahunmu
Kerdipan lilin dalam samar dan suram itu
Seolah-olah menghentikan detik waktu
Dan bila kugenggam tanganmu
Sinar dari sudut matamu
Memberitahu
Kau dan aku akan bersatu
Sehingga hujung waktu
Kali ini
Ulang tahunmu aku sambut lagi
Sendiri
Tanpa kau di sisi
Tanpa kerdip lilin menerangi
Hati yang sepi ini
Kau pergi
Dipanggil Ilahi
Ketika aku merindui
Ukiran senyummu lagi
Kata keramat itu
Aku cinta padamu
Mengiringi doa kudusku
Dalam diam
Dalam termanggu….
Dulu ketika Allahyarhamah sakit, setelah membaca dari blog teman-teman, aku terpanggil untuk menulis kata-kata ini di dalam guestbook seorang teman…
Merenung sinar matamu
Yang kian sirna melewati detik dan waktu
Aku tiba-tiba menjadi seorang perindu
Merindui saat-saat engkau tertawa riang dalam dakapan cintaku
Merindui kebahagiaan yang tersimpan kemas dalam ingatanku
Merindui bibir mulusmu yang menciumi tanganku
Merindui dirimu dalam aku yang masih termanggu
Isteriku
Kasih dan sayangku
Tak akan pudar dengan lemah jari jemarimu
Yang masih mahu menggengam tanganku
Walau aku tahu
Kesakitan itu menjadi gunung yang diselimuti kabus biru
Menghimpit tubuh kecilmu
Mencengkam setiap urat nadimu
Kalau aku mampu
Akan aku alihkan gunung itu
Akan aku pindahkan segala sendu
Pada aku yang bernama suamimu
Biar aku galas semua perit pedih yang memutih
Biar aku telan semua kesakitan yang terjulang
Biar aku hadapi tiap kedukaan yang bersarang
Kerana aku tak sanggup lagi
Kerana aku tak upaya lagi
Melihat hilangnya seri
Pada wajah yang amat aku kasihi
Pada keagungan cintaku di maya pada ini
Tuhanku
Pencipta langit dan segala di bumi
Hambamu yang kerdil ini
Pasrah pada ketentuanMu
Kerana aku tahu
Engkau tak akan memberikan ujian sehebat ini
Melainkan aku mampu tegap berdiri
Tanpa sesekali berpaling dariMu Illahi
Isteriku
Tabahlah engkau menghadapi detik-detik waktu
Kumpulkan segala semangatmu
Walau jernih matamu makin berkaca dengan arus sejuk membeku
Kerana aku mahu engkau tahu
Aku tak akan sesekali melepaskan genggaman tanganmu...
Maafkan aku kalau-kalau aku menyinggung atau melukakan hati kecilmu…
~d'arkampo.

Tuesday, November 23, 2004
Awan Hitam
...
Maaf, lama aku tak update semenjak hari raya.
Bukan merajuk kerana aku hanya terima 3 keping kad raya (yang dicetak di atas kertas) sahaja tahun ini. Bukan juga merajuk kerana aku terpaksa kitar semula duit-duit raya anak-anak aku untuk menampung jumlah duit raya yang terkurang (aku janji bayar balik).
Aku sibuk kebelakangan ini. Malam tadi, aku baru balik dari satu mesyuarat di ibukota. Jumpa dua tiga orang teman maya yang selama ini hanya berbicara melalui komen Blog dan YM. Terima kasih kepada mereka kerana aku tak perlu naik pengangkutan awam sepanjang di ibukota walaupun aku meminta untuk dihantar ke stesyen LRT sahaja.Paginya, setelah makan roti canai mamak, aku terlewat setengah jam sahaja ke mesyuarat. Biasalah Kuala Lumpur.
Petang, nasib baik aku sempat ke KL Central pada waktunya kerana Michael Schumacher telah berjaya mengharungi kesesakan jalanraya di ibukota dengan penuh berhemah.
Nasib baik juga aku tak mengalami stroke ketika di dalam kereta sport berekzos kuatnya ketika aku mencari-cari tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang sengaja ditanggalkan.
Ketika berlari-lari ke terminal, aku dimaklumkan bahawa penerbangan aku ditangguhkan kerana penerbangan dar Miri mengalami kelewatan. Sempat aku membaca buku Our Ways karya Ismail Hussin yang dibeli di Kinokuniya, KLCC.Menarik kisahnya.
Ketika menaiki penerbangan kelas pertama Airasia (now everyone can fly in first class since we have no other class ), aku sebelumnya telah dimaklumkan oleh isteriku bahawa kampung aku sedang mengalami hujan lebat.
Aku biasa sahaja sepanjang penerbangan kerana tenggelam dalam buku Our Ways itu (kecuali ketika take-off, aku betul-betul enjoy saat ketika kapal besi yang maha berat itu meluncur laju dan mendaki angin ke angkasaraya).
Ketika tiba di ruang angkasa kampung aku (kampung aku yang mempunyai rangkaian The Dome di setiap kampung dan daerah untuk menikmati kopi atau teh selepas solat terawikh), hujan lebat membasahi cermin sisi kapal terbang dan kapal bergetar kuat apabila menempuhi awan hitam yang sarat dengan muatan. Aku menyambung membaca kerana aku pernah mengalami ‘air pocket’ yang lebih menggerunkan dan makcik disebelah aku tak putus-putus membaca surah Yassin dalam penerbangan lama dahulu.
Kali ini biasa sahaja dan pramugari masih mampu mengukirkan senyuman manis mereka.
Ketika sedang menurun ke altitute yang lebih rendah dan bunyi-bunyi hydraulics pada sayap-sayap berbunyi kuat menandakan kami bersedia untuk mendarat, tiba-tiba kapal mengubah haluan mendaki dan terus mendaki ke atas merempuh awan-awan hitam yang mengegarkan fuselage kapal. Setelah agak stabil, drebar mengumumkan bahawa dia mempunyai penglihatan yang tak jelas untuk mendarat akibat cuaca yang buruk dan akan cuba melakukan prosedur pendaratan sekali lagi.
Teman aku bertanya pada ketua pramugari di hadapan kami, dia dengan senyum manisnya berkata yang mereka akan cuba mendarat lagi dan kalau gagal, kita kan balik semula ke KL.
Aiseh man.
Ketika itu jugaklah aku mendengar suara seorang wanita pertengahan umur membacakan ayat Kursi,Al-Fatihah, takbir dan doa dengan kuat yang mampu didengar oleh keseluruhan penumpang.
“Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah penerbangan kami dan selamatkanlah pendaratan kapal terbang ini, Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya kami amat takut ya Allah…” doanya dengan nafas sebak dan dalam teriak kecil.
Aiseh man.
Aku pun naik takut bila dia berteriak sebegitu. Semua penumpang senyap tak berkata apa-apa. Ketua pramugari masih mengukirkan senyumannya.Dia dah biasa agaknya.
Aku terbayangkan apa yang berlaku di Kota Kinabalu beberapa minggu lepas.
Alhamdulillah, kami berjaya mendarat dengan baik di atas runway yang basah oleh drebar yang cekap.Mungkin juga berkat doa wanita tadi yang di’amin’kan oleh kami semua di dalam hati.
Aku dipeluk oleh anak-anak di atas bumi pejal milik Tuhan.
~d’arkampo.

Tuesday, November 16, 2004
Selamat Kembali
...
Selamat kembali ke kota.
Selamat kembali bekerja.
Selamat kembali mengharung kesesakan jalanraya.
Selamat kembali meneruskan kembara.
Selamat kembali sakit kepala dengan segala karenah manusia.
Selamat kembali membayar hutang kad kredit yang semasa berbelanja dulu, macam tak ingat dunia.
(setelah waktu terhenti seketika untuk memberi laluan pada keceriaan Hari Raya).
ha ha ha
~d'arkampo.- kad emas sudah menjadi warna merah.

Wednesday, November 10, 2004
DAM DAM DUM…
...
Bunyi mercun
Bersemaraklah Hari Raya Ini tahun…
Adalah saya, Ahmad Arkam bin Po @ Poh Swan Seng serta isteri saya Puteri Hang Li Po, Anak-anak saya, Stem Po, Blue Hippo dan Baby Po ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca Blog saya tak kira mereka berada di dalam negara atau di luar negara terutamanya yang berada di Finland (ada umat di Finland baca Blog aku? musykil betul).
Khas buat teman-teman seperjuangan dalam dunia maya persada ini, Mak Andeh (thanks for the kad Raya), Mat Jan (hang dah anto borang nak join Taleban?), Mat Nuar (teh tarik Mok Teh nok dok?), Mat Madulebah (he he he, thanks for everything), Mat TippyVogue, Mat Langsat (guano demo?), Jujul (be brave), Hair, Kinky (are you really a chinese?), P-nut (kasut converse ada sale la..), tokei, Naga (kirim salam kat Abigail hang), maidynz, Spyz, Jigo (bila nak mai sini?), Purbe, Mars Attack, Adk, HS, Bunda Syaffiya, Kak Sri Diah, Kak Wynn, Jiwarasa, Tok Gajah eh, salah…Tok Rimau (Tok, nak join GT2 tapi hamba tak terdaya nak memenuhi syarat tuntutan Tok), Dr. Maxolon (long time no hear, what happened?), Kelambu, Nectar,HoneyTar, PokKu, Rudy Blue Hikari (Au Wa Hajimari Aidil Fitri..ha ha ha), Syeikh, Yadziz, SK (where are you actually?),EmmaYeayea, Salina, Bufori, Kak Ngah, Anonymous dan kepada mereka-mereka yang tak tersebut namanya di sini.
Saya memohon maaf sekiranya ada saya terkasar bahasa, terlebih-lebih komen, tertak sengaja menyakitkan hati sesiapa, tercuri idea mereka, tertak letak kredit penulis, tertumpahkan air mata, terminum air mata kucing, terkutuk (tak sengaja kutuk), tertak kenang budi, terkena dan segala jenis serta segala macam 'ter' lagi yang tak dapat saya ungkapkan di sini.
Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tak ada kuasa luar biasa, jadi saya tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan yang mampu menyinggung sesiapa.Yang baik datang dariNya dan yang tak baik adalah datangnya dari saya sendiri.
Di lebaran yang mendatang ini, ingatlah bahawa bukan kita yang tak sempurna, tak bahagia dan tak bernasib baik. Kita sebenarnya umat yang cukup banyak kelebihannya, ada lagi manusia yang lebih derita dari kita.
Bersyukurlah padaNYa untuk apa yang ada. Itulah rezeki dan nikmatNya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Dzahir dan Batin.

Saturday, November 06, 2004
Sunyi Di Aidil Fitri
...
Allah hu akhbar Allah hu Akhbar…
Allah hu Akhbar …
La Illa Ha Illallah hu Allah hu Akhbar..
Allah hu Akhbar Walillah Hilham…
Takbir bergema sayup-sayup dan bergemersik menusuk masuk ke setiap penjuru hati yang terusik.
Hari raya dah tiba kembali.
Setelah sebulan berpuasa, ia datang semula membawa khabar sedih dan gembira pada semua manusia yang bersujud padaNya.
Namun, tidak bagi Ida.
Gadis pingitan yang berusia 11 tahun itu memandang ke arah pepohonan kelapa sawit yang bersusun-susun dan bertingkat-tingkat di seluruh perbukitan.Hari Raya bagi dirinya tidak lebih daripada satu hari biasa. Tiada meriahnya, terlebih suramnya. Hari Raya sudah tak punyai erti seperti dulu. Tidak seperti 4 tahun nan lalu.
Esok, pastinya berduyun-duyun umat Islam menuju ke masjid dan menunaikan solat sunat dengan segak dan menarik. Semuanya berpakaian serba baru. Semua riang berlagu.
Sudah 2 tahun Ida dan Adi tidak ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Fitri bersama-sama penduduk kampung. Ida menjadi terasa apabila semua mata akan memandang pada mereka. Hanya mereka yang berpakaian lusuh dan pudar di pagi yang penuh ceria.Hanya mereka yang memakai selipar jepun penuh bersalut selut dan lumpur comot.
Kadang-kadang dia mendoakan supaya hujan lebat turun pada setiap pagi raya supaya mereka tak lagi menjadi perhatian semua. Supaya mereka semua tak dapat menggayakan pakaian dan kasut baru padanya.Supaya tiada langsung hari raya di dunia.Biarlah puasa berakhir begitu sahaja, tanpa laung-laung gembira.
Lagipun, mereka tak sanggup untuk meninggalkan nenek keseorangan di rumah jika mereka mahu keluar bersolat dan sebagainya. Nenek semenjak akhir-akhir ini semakin uzur dan tak berdaya. Neneklah sahaja tempat mereka dua beradik berteduh dan bermanja.
Empat tahun yang lalu, abah dan ibu telah pergi mengadap Ilahi beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Kereta mereka terbabas apabila mengelak lori pasir yang memasuki laluan mereka. Ida dan Adi terselamat tetapi wajah dan mayat kedua ibu bapa mereka jelas terbayang dan termimpi-mimpi sehingga kini.
Semenjak itulah mereka dijaga oleh Nenek dan Atuk kerana Abah anak tunggal dan Ibu sudah tiada saudara-mara.Atuk meninggal dunia tak lama selepas itu.Semenjak itu juga Ida menjadi jauh lebih dewasa daripada usianya. Dia membuat segala-gala kerja termasuklah memasak, membasuh dan menguruskan keluarga. Adi yang baru masuk Darjah Satu tahun ini juga didaftarkan oleh Ida dengan ditemani oleh Nenek. Makan pakai dan segala kelengkapan diuruskan oleh Ida.
Anak kecil ini yang sudah menerima dunia dengan mata yang terbuka.
Mereka berdua berpindah dari asal ibukota yang penuh dengan seribu keceriaan, kawan-kawan dan jiran-jiran ke tanah Rancangan Felda tempat Atuk dan Nenek menghabiskan usia tua mereka.Di situlah mereka membawa sejuta duka, derita dan cita-cita ke kemuncak rasa.Di situlah juga airmata mereka menjadi kering di mamah masa.
Pada waktu-waktu begini, ketika semua umat Islam menanti-nantikan saat tibanya Hari Raya, dia akan menjadi syahdu apabila mengenangkan nasib mereka sekeluarga. Sudah empat tahun Ida mengelamun dan merenung ke arah perbukitan hijau itu setiap kali Syawal menjelma. Dia seakan-akan dapat melihat wajah-wajah sayu ibu dan abah seolah-olah tersenyum pada mereka sekeluarga.Bayang-bayang kabur yang muncul di sebalik kabus nipis.
Bayangan itulah yang menguatkan semangatnya selama ini.Bayangan itulah yang mengubat rindunya di kala sepi.
Dia bukannya mahu bersorak riang seperti rakan-rakannya yang sebaya berdiri. Dia bukannya mahu baju baru penuh satu almari, bukannya percikan bunga api setiap malam hari. Dia bukannya mahu kasut baru yang putih berseri.
Duit hasil kebun sawit Nenek yang diusahakan oleh pekerja Indonesia serta duit simpanan serba sedikit tinggalan Abah sebenarnya cukup untuk mereka membeli paling kurang sehelai baju baru atau sepasang kasut baru. Cuma, Ida tak sanggup nak susahkan Nenek yang sudah tak larat hendak melangkah jauh. Lebih-lebih lagi, menyonsang arus, menyelinap di sebalik ribuan orang di bandar sana.
Tahun lepas, Nenek ada mengirimkan baju baru pada jiran sebelah yang hendak ke Bandar apabila diminta oleh Adi, adiknya tetapi baju itu tersimpan kemas dalam almari baju tanpa dipakai mereka. Baju itu terlalu kecil untuk mereka.Jiran Nenek tersalah mengagak saiz badan mereka berdua.
‘Biarlah dik, kita pakai baju lama je ya..’ pujuk Ida pada Adi, adiknya yang masih belum mengerti tetapi tetap menurut segala kata kakaknya.
Adi hanya mengangguk tanpa kata, tanpa meminta apa-apa hanya cahaya yang kian redup di dalam matanya.
Air mata terus jatuh di pipi Ida. Ida memeluk adiknya erat dan mereka berdua teresak-esak. Nenek hanya memerhatikan dari jauh dengan air mata yang jatuh.
Tahun ini, Adi tak minta apa-apa walau sebiji butang baju. Dia sudah mulai menerima kenyataan hidup mereka. Dia tetap berpuasa penuh, bertarawikh pada setiap malamnya di surau dan kemudiannya terus pulang membuat ulangkaji. Mereka berbuka pun ala kadar sahaja. Cukup dengan sepinggan nasi dan semangkuk lauk. Tak ada air tebu, air tauhu atau air buah seperti dulu-dulu. Kini, air sejuk sudah cukup untuk menghilangkan dahaga puasa.
Tahun ini, mereka tak mahu apa-apa melainkan doa dipanjatkan padaNya agar roh Ibu dan Abah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Mereka juga memanjatkan doa agar Nenek kembali sihat dan bertenaga. Itu sahaja. Tak lebih dan tak terkurang walau sebesar hama.
Nenek sudah seminggu tak dapat bangun dan hanya tidur di pembaringan. Walau begitu, senyumnya tetap mekar buat cucu-cucu kesayangan.
‘Idaa..’ Nenek memanggil dan mengejutkan Ida dari lamunan yang panjang.
‘Ya Nek..’ kata Ida, menyeka air matanya yang tertumpah dan terus menuju ke arah neneknya. Adi menyusul dan bersama-sama duduk di sisi nenek.
‘Ida, nanti kalau nenek tak ada, ida dan Adi nak duduk kat mana…?’ tanya nenek perlahan dan tersekat-sekat.
‘Jangan cakap macam tu Nek, nanti nenek baik lah…’ Pujuk Ida yang sudah bercucuran air mata dan Adi sudah menyembamkan mukanya ke dada Nenek dengan dada berombak. Ida menyapu lembut dahi nenek.Ida mengucup dahi tua itu dengan penuh kasih dan sayang serta segunung harapan.
‘Ida, ambilkan nek segelas air ya cu…’ Pinta nenek perlahan.
‘Adi jaga nenek ya, akak pergi ambil air..’ arah Ida pada adiknya. Adi mengangkat muka dan mengangguk perlahan.
Ida bingkas bangun dan menuju ke dapur, menuangkan air masak dan terus kembali menuju ke bilik nenek. Setengah perjalanannya, langkah terhenti apabila Ida mendengar Adi menjerit nama nenek berulang-ulang.
Berulang-ulang.
Ida berdiri langsung tak bergerak. Matanya terus dilepaskan ke luar jendela, ke arah pepohon hijau merendang di bukit sana. Kabus nipis kembali terurai membentuk bayangan-bayangan Abah, Ibu , Atok dan kini Nenek dengan senyuman terlukis di bibir mereka.
Tanpa disedar, air matanya gugur bagaikan mutiara bersinar disimbah cahaya.
Nenek sudah pulang.Pulangnya di penghujung Ramadhan. Pulangnya dengan tenang.
Hari Raya yang bakal menjelma esok sudah tak punya apa-apa makna.
Kalian bergembiralah, kami sudah tak punya apa-apa lagi di dunia.
~d’arkampo – kepada Teman-Teman yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah. Jangan biarkan tangisan itu menjadi panjang dan semakin lama semakin menghilang di celah-celah kabus kehidupan.

Thursday, November 04, 2004
Buat Ayah Tercinta
…
Dulu, ketika Ayah masih ada. Aku terlalu mengambil mudah tentang hati, perasaan dan keinginannya. Aku tahu apa yang Ayah mahukan, cuma kadang-kadang keadaan menjadikan aku mengambil senang…
Titip Rindu Buat Ayah
Di matamu, masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat dikeningmu
Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
Namun kau tetap tabah
Meski nafasmu kadang tersengal
Memikul beban yang makin sarat
Kau tetap bertahan
Engkau telah mengerti
Hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu
Gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar
Legam terbakar matahari
Kini kurus dan terbungkuk
Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkahmu kadang gementar
Kau tetap setia
Ayah,
Dalam hening sepi ku rindu
Untuk menuai padi milik kita
Kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban…
~Ebiet G. Ade.
Kini, Ayah sudah tiada…
Ayah Aku Mohon Maaf
Dan pohon kemuning akan segera kutanam
Satu saat kelak dapat jadi peneduh
Meskipun hanya jasad bersemayam di sini
Biarkan aku tafakkur bila rindu kepadamu
Walau tak terucap aku sangat kehilangan
Sebahagian semangatku ada dalam doamu
Warisan yang kau tinggal petuah sederhana
Aku catat dalam jiwa dan coba kujalankan
Meskipun aku tak dapat menungguimu saat terakhir
Namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat
Dengan senyum dan ikhlas aku yakin kau cukup bawa bekal
Dan aku bangga jadi anakmu
Ayah aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah engkau ajarkan kepadaku
Setiap sujud sembahyang engkau hadir terbayang
Tolong bimbinglah aku meskipun kau dari sana
Sesungguhnya aku menangis sangat lama
Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang
Sesungguhnyalah aku merasa belum cukup berbakti
Namun aku yakin engkau telah memaafkanku
Air hujan mengguyur sekujur kebumi
Kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal
Ayah aku mohon maaf atas keluputanku
Yang aku sengaja maupun tak kusengaja
Tolong padangi kami dengan sinarnya sorga
Teriring doa selamat jalan buatmu ayah tercinta
~Ebiet G. Ade.
Aku menjadi rindu padanya.Aku merasai kehilangannya.Aku pasrah dengan ketentuanNya.
DariNya kita datang, kepadaNya kita akan kembali.
Membaca kembali Puisi Ke Makam Bunda dalam Blog Mak Andeh, mengingatkan aku betapa sudah lama aku tidak mengunjungi pusaranya.
Bersemadilah ayahku dengan aman, anakmu ini akan terus memohon pada Tuhan supaya rohmu bersama-sama orang yang beriman.
Amin.

Wednesday, November 03, 2004
Apakah Kalian Tak Mengerti?...
…
Kemarau yang panjang sudah menemui pengakhirannya. Panas perit bumi ini sudah hilang dan berganti dengan dingin angin selembut bayu pagi. Kontang tanah ini sudah basah kembali dengan hujan yang turun membasahi bumi.
Aku masih di sini. Di banjaran nan merah merekah.
Tak siapa peduli.
Malah engkau sendiri pun tak mahu mengerti.
Aku tahu, kalian tak mahu mendengar rintih dan jerit perih seorang aku yang tiada apa-apa di dalam dunia. Aku tak punya apa. Aku cuma ada nada dan suara yang bakal aku gunakan untuk melaung-laungkan kisah hidup aku. Kisah aku yang bermula dengan seribu sendu dan mungkin berakhir dengan sejuta pilu. Aku tak tahu di mana akhirnya hidup aku.Hanya Tuhan yang tahu.Tuhan yang satu.
Tapi, pada lewat senja begini, suara pun seakan-akan mati. Hilang ditelan angin semilir.
Aku membina dinding ilusi dari bait-bait puisi. Lantas aku dirikan mahligai mimpi dari cebis-cebis memori yang pernah aku tempuhi lewat kehidupan aku yang lalu.
Dalam mahligai mimpi , aku punyai harga diri walau tidak setinggi langit lazuardi.
Tetapi, sekurang-kurangnya aku masih mahu mengakui bahawa hidup ini bukanlah semudah menghitung hari-hari yang berlalu pergi.Aku masih punyai kepercayaan bahawa aku ini masih dirindui dan disayangi. Aku percaya aku masih dihargai. Walau itu bukanlah sebenarnya realiti.
Realitinya amat menyakitkan hati.
Biarlah aku di sini, jangan pedulikan aku, orang tua yang mengandungkanmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan melahirkanmu seperti bertarung antara hidup dan mati. Putus urat-urat nadi ketika engkau melihat dunia ini.
Biarkan lah aku terus di sini, jangan sesekali kau datang menjenguk orang tua yang langsung tiada harganya ini. Orang tua yang membesarkanmu bagai menatang minyak yang penuh, terkasar akan tumpah, telalu lembut takut nanti tak berubah arah.
Semuanya yang terbaik.Semua yang tercantik aku hadiahkan buatmu.
Dan Hari Raya menjelang tiba, seperti biasa. Aku tetap akan di sini, sunyi dan sepi.
Menantikan anak-anak yang tak kunjung pasti.
Pulanglah..teman.

Subscribe to:
Posts (Atom)