...
Aku, dulu dan kini kurang bercakap dengan abang-abang aku melainkan perkara-perkara yang penting atau hal-hal keluarga dan kereta. Kami tidak rapat dan mesra bagai kawan, tak macam sesetengah orang.
Aku pun tak tahu, mungkin jurang generasi itu amat jauh dan mungkin juga kami hidup dalam dunia masing-masing semenjak kecil dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Aku bertandang ke rumah abang-abang pun hanya bila ada keramaian atau diundang untuk majlis keagamaan.
Abang aku yang sulung berbeza usia lebih dua puluh tahun dari aku.
Aku teringat. Dulu. Ketika aku masih meningkat dewasa, tiada Astro, tiada video, tiada radio, tiada pemain katrij, tiada playstation. Hanya ada tv dua warna.
Bila petang, kami beramai-ramai akan menunggu program hiburan untuk kanak-kanak meningkat dewasa. Ada cerita Superman, ada cerita Ultraman, ada cerita Batman dan macam-macam Man lagi.
Sutu hari, abang aku yang sulung memberitahu yang terdapat seorang superhero yang baru. Rancangannya agak lewat menjangkau tengah malam. Rancangan itu ke udara pada setiap malam dan heronya di gelar Pedo Man.
Suatu malam itu, aku tunggu.
Mata aku dah berat tapi aku gagahkan juga untuk mengenal Superhero yang belum pernah aku dengar. Mungkin dia mempunyai kuasa seperti torpedo. Hebat.
Jam menjangkaui 11.30 malam dan hati aku mulai girang.
Musik latarnya berirama timur tengah dan muncul seorang hero berbaju melayu dan berkupiah di kaca tv rangkaian satu. Sebuah rancangan bicara tanpa aksi terbang-terbang atau kuasa yang mampu menjahanamkan
Ciss…abang aku yang jarang bercakap-cakap dengan aku kecuali hal-hal penting sudah membuatkan aku ketawa dalam marah.
Rancangan Pedoman rupanya.
Dan aku masih ketawa mengingatinya.
Mungkin itu salah satu cara dia menunjukkan rasa kasih pada adik bungsunya.
~po.
Wednesday, February 22, 2006
Monday, February 20, 2006
Pelari sepi.
...
Bagaikan seorang pelari. Dalam gelap pekat dinihari. Yang kedengaran hanyalah derap telapak kaki ini.Memecah sunyi damai abadi.
Sinar mentari masih belum muncul lagi. Sang rembulan masih setia menemani sebelum tergelincir jatuh di ribaan sang puteri yang lena di kaki pelangi.
Malam dan siang tiada bedanya. Sang pelari tetap berlari.Gagah mengungguli merah bumi ini.Kerikil-kerikil di jalanan meminggir ke tepi. Membuka ruang, menjaring mimpi.
Aku terus berlari. Dan berlari. Dan berlari.
Itu sahaja yang mahu aku tahu.
Sebelum aku hilang kudrat. Sebelum aku berjalan dan merangkak ke garis penamat.
Pelarian ini sudah diaturkan dengan laluan berselirat. Tapi, siapakah aku untuk tidak menurut jangkauan kaki. Di mana ada ruang, di situ langkah aku halakan.
Mungkin di celah-celah bahu kalian, merempuh tanpa mengucapkan salam. Maafkan aku, aku harus meneruskan larian. Berhenti hanya membawa makna kekalahan. Tiada siapa yang rela kepada kekalahan selagi nadi masih berdenyut, selagi nafas belum bersulam darah.
Kalian boleh menjerit menyorak.Kalian boleh memaki meludah kahak.
Aku tak peduli.
Aku hanya mahu terus berlari.
~Po. – Aku terlupa lagi tarikh anniversary kami!
nota terkini : tatkala menerima SMS ucapan ulang tahun perkahwinan dari puteri kelopak pandan pagi tadi, aku berlari ke kedai bunga dan menghantar tiga kuntum lili dan sebutir kek blueberry untuk di hantar ke premis kerjanya. Dan tadi, aku menerima panggilan yang membuatkan aku merasa diri ini sangat disayangi.
terima kasih kepada yang mengerti...

Wednesday, February 01, 2006
Aman
…
Semalam,di perjumpaan kecil rakan-rakan sebaya setelah 19 tahun meninggalkan sekolah.Dalam urai-urai tawa senda gurau mengingatkan masa yang terpisah.
NB : ingat Aman? Budak Gong Kapas?
Aku : ahhh ..ya
NB : dia dah mati.
Aku : Ya..aku tahu.
Aku : Dia ‘mati’ sebelum dia mati.
NB sekadar tersenyum.
Aman.
Malam tadi lenaku tidak senang. Sebelum mata terlelap aku teringatkan dia.Jam sudah menjangkau tengahmalam.
Aman bersama-sama dengan aku ketika di sekolah rendah. Seorang yang periang.Agak nakal tetapi mudah mesra.Aku suka bersahabat dengannya.
Aku cuba mengingatkan gambaran wajahnya ketika kami bersama-sama di sekolah menengah. Ketika sama-sama berusia 17 tahun. Sama-sama mengambil SPM.
Aku gagal.
Kami satu sekolah, berlainan kelas tetapi terpisah.
Dia memilih kumpulan kawan-kawan yang lain.Semenjak memasuki sekolah menengah kami menjadi asing. Setakat bertegur sapa mesra tetapi haluan kami berbeza.
Aku gagal menggamit kenangan wajahnya ketika kami terakhir bersua.
Yang berulang kali terbayang, kisah kami di suatu pagi di sekolah rendah. Hari-hari terakhir persekolahan di darjah enam. Dia berseorangan, bermain dengan batang penyapu seakan pahlawan ninja. Aku sekadar memerhatikan. Hujan mencurah di akhir Disember dan cikgu-cikgu sibuk di bilik guru, kami dibiarkan.
Dia berpusing dan melayang lagak seorang pendekar terbilang. Kakinya mencecah lantai di atas simen yang basah. Dia melayang lagi. Tersungkur dengan muka terbenam.
Aku tergamam.
Setelah beberapa ketika dia mengangkat muka. Mulutnya penuh darah.
Darah penuh tersimbah. Aku memapahnya ke tandas. Dia berkumur. Setelah hilang darah dia melihat wajahnya di cermin.
Dari raut wajahnya,dia masih dalam kesakitan. Dia tertawa. Aku tertawa.
Dua batang gigi hadapannya patah dua. Tinggal separuh keduanya. Satu keadaan yang bagi kami amat melucukan.
Kami ketawa.
Tawa itu masih kedengaran sebelum ia menghilang ditelan kegelapan malam.
Dan itu sahaja yang berjaya aku rakamkan dan ulangtayang malam tadi.
Agaknya, itu sahaja yang mahu aku ingatkan tentang Aman.
Dia meninggal akibat Aids. Seorang penagih yang tegar.Kali terakhir aku mendengar khabar, dia sudah bukan menjadi orang di lorong-lorong belakang bangunan di tengah-tengah metropolitan.
Dia sudah mati sebelum dia pergi.
Aman, bersemadilah kau dengan tenteram.Aku akan ingat detik-detik itu sehingga hayat dikandung badan. Aku menghambat gambaran-gambaran menakutkan bila mengingatimu.
Aku terlena dengan Aman, tersenyum dengan dua batang giginya yang patah. Menari-nari dalam gerimis pagi.

Hijrah 1427
…
Kabus-kabus putih melatari pandangan seorang pengembara.Bagaikan mimpi. Bagaikan berada di daerah yang tidak pernah dijamah mentari.
Langkah sang pengembara terhenti. Mencari arah. Membuang resah. Perjalanannya penuh lelah, penuh pasrah. Kembaranya menjelajah bukit dan lurah.
Nafasnya terkunci.Seorang diri, mencari erti.
Kabus-kabus putih mulai menghilang. Sirna. Gambaran-gambaran mulai terbentuk di celah-celah putihnya alam.
Tatkala kabus menjadi nipis. Warna hijau mulai terlukis.
‘ah..aku di sebuah padang yang luas terbentang!’ bisik sang pengembara.
Kembaranya masih panjang lantas dimulakan langkahan. Terlihat dari kejauhan, anak-anak kecil bermain di hijau taman. Indah. Mendamaikan.
Semakin dia menghampiri, gelak tawa anak-anak tadi semakin jelas kedengaran.
Langkahnya terhenti lagi tatkala kaki menghampiri taman indah yang terbina di tengah padang yang luas. Saujana mata memandang.
Terlihat olehnya, anak-anak kecil tadi yang kesemuanya perempuan sedang berkejar-kejaran. Bermain riang. Tanpa sebarang resah. Tanpa sebarang gelisah.
Mereka tiba-tiba berhenti bermain sebaik sang pengembara merapati. Mereka saling berpandangan. Kehairanan.
Sang pengembara melihat wajah-wajah suci mereka seorang demi seorang. Bersih dan tenteram.
‘wajah-wajah ini pernah ku lihat…’ detik hati sang pengembara.
‘pernah ku lihat…’ detiknya berulang.
Dia bertanyakan nama-nama mereka. Dan seakan berbisik mereka menuturkan nama-nama mereka dengan getar pengucapan.
Kemudian, mereka tersenyum dan kembali bermain.Riang.
Sang pengembara terduduk. Keningnya dikerutkan dan kotak memorinya mulai membuka lipatan lembar-lembar catatan.
Dan airmatanya deras berderaian tatkala terbukanya catatan-catatan yang memilukan.
Dan, dia kembali melihat anak-anak kecil itu. Satu per satu.
Sang pengembara tak mampu membendung sebak yang bersarang. Dia menangis dan menangis.
…dan menangis. Itu sahaja yang mampu dia lakukan.
Kabus mulai menebal menutup pandangan. Tiada lagi luas padang. Tiada lagi indah taman.
Yang tinggal hanyalah kelam.
Dia kembali berdiri. Menghela nafas yang panjang dan menyeka air mata yang tak henti-henti mengalir.
Dia tahu.
Kembaranya harus diteruskan. Perjalanannya masih panjang. Destinasinya masih bertemu titik noktah sempadan.
Di suatu subuh Awal Muharam. Seorang pengembara meneruskan langkahan mendaki bukit menyeberang terusan. Mencari jawapan.
Mengapa manusia mampu menjadi sebegitu kejam. Merogol dan membunuh anak-anak kecil yang masih belum mengenal erti bahagia dan duka. Anak-anak kecil yang masih belum mengenal denai-denai dunia. Anak-anak kecil amanah Maha Pencipta.
Sinar mentari mulai padam. Senja menjengah latar pandangan. Sang pengembara berhenti untuk satu rehat yang singkat. Sebentar lagi dia akan terjaga dalam dunia yang penuh warna. Dunia yang sudah tidak mengenal erti kasih sesama manusia.
Tuhan, selamatkanlah anak-anak kami dari terkaman haiwan berwajah manusia. Dari kerakusan binatang-binatang kejam yang hidup sesama kita.
Al-Fatihah buat anak-anak kecil yang pergi menemui Tuhan di dalam longkang, di dalam semak, di dalam bendang.Moga-moga roh mereka aman dan tenteram.
Moga-moga haiwan-haiwan itu akan menerima pembalasan.
Hijrah ini perlu terus diperjuangkan.
~Po.

Subscribe to:
Posts (Atom)