…
Bukan, bukan artikel tulisan Kak Teh di dalam Sunday Mail, Ahad lalu.
Ini versi aku.
Aku memulakan jejak perjalanan aku di dalam dunia siber ini pada sekitar bulan 10 tahun 2003 apabila aku disarankan oleh seorang teman tentang satu website (ketika itu, aku masih memanggilnya website) iaitu Joe Blog. Tak lama selepas aku mengikuti Blog dia, dia mendapat serangan sakit jantung dan meninggal dunia. Innalillah….
Ketika itu, aku mencari-cari bahan bacaan aku di internet. Aku ‘click’ pada semua ‘link’ yang ada pada Blog Allahyarham dan dalam tercari-cari aku terjumpa satu Blog berbahasa Melayu yang menyusun kata-katanya dengan amat menarik hati. Kisah-kisah kehidupannya sebagai seorang doktor di Pulau Mahsuri.
Dr. Max. “http://maxolon.tripod.com/”
Aku menjadi ralit membaca satu catatan demi satu catatan. Satu kisah ke satu kisah yang lain.
Ketika itu, aku menyangka dia menulis hanya untuk dirinya dan pembacanya mungkin tujuh atau lapan orang sahaja.
Aku tak tahu yang dia popular!
Lantas, akibat terlalu asyik dengan ceritanya, aku mula menulis komen.
Ini komen aku yang pertama di dalam dunia cyber.
“http://htmlgear.tripod.com/guest/control.guest?u=maxmax10” pada muka surat 31.
Selepas aku menulis panjang di dalam Guestbook Dr. Max, ramai pembaca yang menyuarakan rasa tak puas hati mereka kerana aku mengganggu Blog kesayangan mereka.
Ye lah, aku tulis Blog dalam Blog orang. Menumpang bak dedalu.Penulis catatan dan komen yang tak tahu malu.
Bila mereka mula menyuruh aku membuka Blog sendiri. Aku bertekad tak mahu menulis komen lagi. Aku malu! Malu! Walau mereka tak kenal aku.
Ada yang memberi galakan dan sokongan supaya aku membuka Blog sendiri. Antaranya adalah JiGoMorisson yang berkata :
Thursday 10/30/2003 9:44:29pm
Name: jiGOMorrison
E-Mail:
URL:
Comments: d'arkampo,
aku datang site Dr. Max dan terus masuk guestbook, semata-mata untuk baca apa yang kau tulis. wuiyooo... kau jangan ingat tulisan Dr Max dah cukup power, kau lagi power sebenarnya. aku dah jumpa dua orang (mungkin lebih) mention nama kau dalam jurnal diorang. atas sebab tu aku singgah. dan aku suka gilerrr dengan cara kau menulis. jangan la bomb guestbook Dr Max ni. buat la jurnal sendiri. aku tau, kau boleh top dengan sekelip mata. come on!! i challenge you to prove that i'm wrong. ;p
JiGo, kau tau tak ?. Aku terasa amat malu! Aku tak reti nak bukak Blog, aku tak faham apa itu HTML, apa itu Coding dan sebagainya.
Lalu, aku menulis catatan terakhir aku. Kisah aku dan saat-saat pemergian arwah ayah aku.
Ini catatan aku.
“http://htmlgear.tripod.com/guest/control.guest?u=maxmax10” muka surat 29.
Selepas itu, aku tak lagi mengunjungi Blog Dr. Max. Aku nekad. Aku bertekad. Aku menjangkakan yang Dr. Max tak pernah membaca komen aku malah mungkin menganggap aku sebagai pengacau tegar.
Aku tak tahu yang Dr. Max popular! Sungguh!.
Mereka-mereka seperti P-Nut, Spyz, Purbe (sekadar menyebut beberapa nama) memberikan tindakbalas yang bercampur-campur.
Aku tak tahu yang selepas itu, Dr. Max telah menghadiahkan aku sebuah Blog untuk aku menulis catatan kisah kehidupan supaya popularitinya tidak terancam.
Ini Blog hadiah dari beliau.
“http://darkampo.blogspot.com/2003_12_01_darkampo_archive.html”
Tanpa tajuk, tanpa punyai apa-apa bentuk. Tertulis di situ “This is a journal, Not a Guestbook”. Itu ayat Dr. Max.
Bermulalah catatan perjalanan aku, bermulalah satu perubahan dalam hidup aku. Aku mulai mengenal apa itu Blog dan Blog pada ketika itu hanyalah sekadar catatan. Tanpa grafik, tanpa lukisan. Tiada gambar mahupun muzik yang berdendang dengan hanya satu ‘click’.
Penulis dan pembaca pun ketika itu hanya boleh dihitung dengan tangan.
Empat bulan aku menulis. Macam-macam yang berlaku. Hidup aku sudah tidak seperti dulu.
Mak Andeh mula berani menulis komen yang akhirnya dia membuka Blog beliau sendiri.Lebih popular dari aku pulak tu! Cemburu betul aku.(macam la aku ni popular sangat...)
Kerja-kerja di pejabat aku mulai menimbun. Tertangguh dan tak tersusun. Aku betul-betul keliru dan tak faham dengan ketagihan yang amat parah lantas membuatkan aku murung.
Aku membuat keputusan untuk tidak menulis catatan lagi apabila tiba ketika aku memaksa diri, memerah idea untuk meng’update entry’. Apa sudah jadi?
Aku meminta Dr. Max sendiri mematikan Blog aku sebagai tanda yang yang bermula akan berakhir di tangan penciptanya.
‘Untitled’ mati di situ. Terkubur.
Sutu hari, sedang aku asyik membaca Blog-Blog lain yang mulai bercambah bak cendawan. Mereka mulai meletakkan gambar-gambar dan grafik yang lawa-lawa. Ada ruang sembang dan berbagai.Aku terfikir, “macamana diorang buat hah? Payah sangat ke?”
Aku kembali ke Bloggers.com. dan aku dapati, untuk membuka Blog dewasa itu hanya dengan 3 ‘click’ sahaja. Tak perlu menghafal apa-apa. Tak perlu kepintaran yang berbisa.
Pada 5.10.2004, aku mencuba untuk kembali membuka Blog.
Inilah dia. Hidup satu dongengan. Satu peluang mengenali diri melalui mimpi.Dongeng-dongeng realiti.
Dewasa ini, Blog sudah bercambah, berkembang dan berselerakan di mana-mana jua sudut siber. Bermacam tajuk, berbagai cerita.Pembaca juga mencapai angka berjuta. Macam-macam ragam, macam-macam kisah dipaparkan.
Kata-kata nista, keji dan cerca mulai menjadi biasa. Harga yang harus dibayar untuk sesuatu yang popular.
Aku ingin memulakan kempen 3R pada semua Blog.
Read, Respect & Respond.
Para pereka grafik, para ilmuan komputer, bantulah aku menjayakan PO-sitive blogging.
Sudah tiba masa dan ketikanya.
~PO. - aku dah buat link tapi tak dapat masuk, kena copy and paste lah.
3 comments:
PO
Thanks for sharing your experiences with me! Will treasure your words.
EM
haha sampai sekarang teringat kisah encik po menulis panjang2 dalam guestbook Kak Max. Aparaaaaa.. hehe masa baca tu kan, terfikir.. pesal mamat ni meraban kat gb orang!
Selamat Hari Raya encik po. Semoga sentiasa menulis.
aku singgah2, tengok2-lepas tu tgk previous posts.terus click kat sini.
haha. tulisan ko menyebabkan aku tersengih sorang2. memang kelakar tapi menarik.keep it up!
nnt aku dtg lagi:)
Post a Comment