...
Aku tahu, engkau sering menjadi perlambangan. Engkau sering dikiaskan. Engkau sering dijadikan saksi kepada bintang dan bulan.
Hempasan dan butir-butir buihmu sering mendamaikan hati setiap insan. Hadirmu sentiasa berteman, berpasangan dengan sang pantai yang memutih, bersih dan penuh keindahan.
Engkau menghimpun sejuta kata-kata rindu, sejuta rasa pilu, sendu dan syahdu.
Pasang dan surutmu punyai waktu tertentu. Engkau punyai kekuatan yang cukup ampuh.Cukup untuk memecahkan batu yang keras membeku.
…
Melihatkan kepada tubuh-tubuh kaku yang bergelimpangan memenuhi ruang.
Aku pegun.
…
Aku tahu, engkau masih seperti yang dulu. Masih bermanja dengan pasir dan pohon rhu. Masih tak jemu menghempaskan dirimu ke dada pantai tanpa menghitung waktu yang berlalu.Masih mengalunkan buih-buih kecil yang menghilang disebalik telapak kakiku.
Cuma hari itu, engkau marah pada aku.
Engkau marah kerana aku tak pernah cuba untuk mengenalimu. Aku tak pernah bersyukur atas rezeki yang naik dari dalam dadamu. Aku tak pernah cuba untuk membantu saudara-saudaraku. Aku tak pernah berbaik-baik dengan musuh-musuhku. Aku tak pernah bermunajat pada Pencipta engkau dan aku.
Aku tak pernah surut dari mengeluarkan kata-kata palsu. Aku tak pernah malu memadu nafsu disebalik pintu-pintu maruahku. Aku menganggap bahawa nyawa itu sesuatu yang cukup murah, cukup mudah untuk aku lemparkan ke dalam lumpur yang merah merekah.
Aku seringkali hanyut dalam buih-buih putih, hanyut dalam khayalan yang pedih.
Aku sering lupa untuk sujud padaNya, lupa bahawa aku hanyalah hamba yang tak berdaya.
Tuhan, ampunkan dosa-dosa hambamu.
~d’arkampo.
Wednesday, December 29, 2004
Tuesday, December 28, 2004
Di Suatu Hari, Kicau Burung Pun Terhenti
…
Di suatu hari, kita dikejutkan dengan banjir besar yang menenggelamkan bandar KB.
Lapan nyawa dipanggil Ilahi.
Di suatu hari, kita terkejut lagi.
Gegar gempa dari kerak bumi mengalunkan ombak tsunami.
Jumlah korban, tak terhitung oleh jari jemari.
Di suatu hari, kicau burung Rajawali pun terhenti melihat gelagat manusia menari, melihat kemusnahan di bumi, melihat dari dalam diri sendiri.
Mengapa terjadi kejadian-kejadian yang mengerikan tiada terperi ini?
Kawan, kita sudah tersesat jalan.
Jalan pulang sudah hilang dari pandangan.
Jalan pulang sudah runtuh dihanyutkan arus kemodenan
Kemodenan yang merentap iman dan erti kemanusiaan.
Tanya hati
Di mana letaknya nilai-nilai murni
Di mana duduknya surah-surah suci
Di mana hilangnya pesan-pesan Nabi
Di mana kita berdiri?
Selama ini.
Mungkin lagu ini mampu memberikan sedikit keinsafan di hati.
Berita Kepada Kawan – Ebiet G. Ade
perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan
ho ho ho ... ho ho ho ...
tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
hati tergetar menambah kering rerumputan
perjalanan ini seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih
ho ho ho ... ho ho ho ...
kawan coba dengar apa jawabnya
ketika kutanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
ditelan bencana tanah ini
sesampainya di laut kukabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak kepada matahari
tetapi semua diam tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
ho ho ho ... ho ho ho ...
Lagu dan puisi : Ebiet G. Ade.

Monday, December 27, 2004
Tsunami dan Blog Terbaik Lelaki.
…
Aku pegun dan tak terucap kata-kata penghargaan merimbun.
Petang semalam, aku menerima sms dari ‘wakil’ aku di Majlis gilang gemilang GEJU Gathering 2004 menyatakan bahawa aku telah dipilih untuk menyandang Anugerah Blog Lelaki Terbaik 2004 (menyedarkan bahawa aku seorang lelaki..).
Aku kembali pegun kerana aku tak mengharapkan atau mengimpikan sebarang anugerah apabila aku membuka kembali blog ini. Aku sekadar menulis bagi menyampaikan maksud. Menyampaikan makna dalam erti kemanusiaan yang semakin susut.
(Aku ingat, kalau aku menaja anugerah, secara otomatik aku tak akan dicalonkan.)
Ucapan terima kasih yang merimbun bak himpunan pokok-pokok buluh menjulang ke awan-gemawan kepada semua yang terlibat dalam Majlis Gathering GEJU 2004 terutamanya kepada para AJK yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat, lelah dan jemu ketika memastikan perjalanan majlis lancar tanpa sebarang kekurangan. Aku faham, tiada imbuhan disediakan tapi komitmen mereka mampu memusatkan semua pandangan.
Kepada para AJK, tahniah aku ucapkan atas kelancaran dan kegirangan yang mereka tunjukkan. Sebenarnya, mereka semua adalah pemenang ke atas semua anugerah kemenangan.
Buat Tok Rimau, Tok Penghulu GEJU, anda sememangnya hensem sebagaimana dakwaan. Tahniah.(Tok, penyandang Anugerah Khas Juri, hadiah iringan berupa replika motor Honda CBR itu sebenarnya tak mempunyai enjin, jangan cuba hidupkan atau menghantarnya ke mana-mana mekanik di JB).
Kepada semua penaja dan penyumbang (aku dengar cerita, persembahan unplugged semalam langsung tak sumbang), aku ucapkan jutaan terima kasih dan seribu penghargaan. Ini adalah satu permulaan untuk pendakian yang panjang.
Kepada semua pemenang, aku hulurkan tahniah. Moga-moga kalian bertambah semangat di dalam memperbaiki kepincangan masyarakat secara berhemah apabila menulis di dalam Blog kalian yang serba indah.
Sebenarnya,
Ketika aku mula menulis kembali. Hanya satu niat aku. Aku ingin mengubah manusia dan diri aku semestinya. Aku Cuma ingin menyampaikan pengetahuan dan sedikit kesedaran tentang perjalanan kehidupan. Aku sekadar ingin pesan memesan dengan kebenaran sebagaimana tuntutan Tuhan supaya manusia tak terus-terusan dalam kerugian. Aku sendiri pun makhluk Tuhan yang serba kekurangan.
Maaf, aku cakap orang putih sikit :
Blog is about knowledge
and if you convey it to the world
The world will live along your words.
You can tell tales, life, hopes and dreams in the Blog.
You can make this world a better place to be.
You can be anything you want to be
No restrictions, no bars in any of your entry
But,
Let it flows with dignity
And a blog is a self resemblance to reality
Tell me no lies
Give me no false hopes
My life and your life
Ain’t a series of jokes.
Terima kasih buat semua yang terlibat dan menjayakan Petang Anugerah GEJU 2004 . Sekalung Tahniah aku ucapkan. Seberkas harapan aku sematkan.
Moga-moga di tahun hadapan, akan menjadi lebih gemilang.
Tsunami memberi ingatan, jangan memperlekehkan kuasa alam. Kita ini makhluk Tuhan, setiap kejadian pasti akan ada hikmah menjelang.
~d’arkampo – kepada semua yang menghulurkan kata tahniah, aku ucapkan terima kasih dan aku kembalikan semula Tahniah kepada kalian kerana tanpa kalian, tak kan aku menulis lagi.

Sunday, December 19, 2004
Waii aaa?
...
Kenapa tak keluar gambar setiap kali aku publish menggunakan Hello?
Adakah kerana gambar aku tak lawa?
Atau kerana tak ada sesiapa yang nak tengok gambar aku?
Atau kerana aku memang tak lawa?
Hantam sajalah Labu...
Aku mendapat berita bahawa ada seorang rakan Blogger akan menamatkan zaman bujangnya pada 30hb Disember ini. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan dan semoga kalian akan berbahagia sehingga ke anak cucu. Jangan selepas ini ngko kalah lagi pada sebongkah batu di Himalaya.
Kalau kita lihat putaran hidup kita, semasa lahir kita menangis di kala orang lain ketawa, kemudian kita sama-sama ketawa di hari bahgia, nanti esok-esok, semua orang lain menangis bila kita dipanggilNya.
~d'arkampo

Monday, December 13, 2004
Banjir oh Banjir…
…
Aku membaca akhbar media arus perdana dan aku sedikit terharu kerana banjir di Pantai Timur sudah meragut 8 nyawa dan yang lebih menyanyat hati tentang kisah seorang ibu dan isteri yang terperangkap di dalam air setinggi dua meter ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan menaiki kereta ke klinik kerana si isteri mengadu sakit.
Allahyarhamah meminta suaminya menyelamatkan dua anak mereka dan dia dipanggil Ilahi ketika air mula menenggelamkan kereta mereka.
Tragis bukan…?
Sebenarnya sudah agak lama banjir tidak melanda Pantai Timur yang seburuk sekarang, lewat beberapa tahun dahulu, Kuala Lumpur yang lebih banyak mengalami banjir berbanding Pantai Timur.
Kenangan mula menerjah kotak ingatan aku.
Suatu waktu dahulu ketika cuti sekolah akhir tahun, aku telah dipanggil oleh Persatuan (Belia) Bulan Sabit Merah Malaysia untuk bertugas dan memberi segala bantuan kepada mangsa banjir.Aku cukup komited pada panggilan-panggilan itu kerana ketika itu aku akan dapat merasai betapa hebatnya kuasa Alam, betapa manusia ini cukup pasrah pada sebarang kejadian Tuhan.
Aku tidak diberikan tugas menyelamat dengan bot-bot milik Persatuan kerana usia aku yang masih muda, tiada insuran dan tiada latihan khusus ketika itu walau pun aku meminta dan aku cukup berminat dengan tugas-tugas mereka.Sebaliknya aku ditempatkan di tempat-tempat seperti Pusat Pemindahan banjir dan membantu mangsa-mangsa banjir dengan ubat-ubatan serta makanan (kami memasak nasi dan gulai kawah kepada mangsa-mangsa banjir).
Yang paling aku tak dapat lupakan adalah ketika kami diarahkan ke tempat pemindahan banjir di kawasan pendalaman di mana semua jalan perhubungan terputus dan tiada jalan yang tidak dinaiki air.Untuk sampai ke sana, kenderaan pacuan empat roda sudah tidak mampu untuk memasuki jalan-jalannya kerana arus deras melintasi jalan-jalan utama. Sekiranya terperangkap ditengah-tengahnya, nescaya kenderaan itu akan hanyut ke sungai kerana arusnya cukup kuat. Untuk menggunakan bot, agak sukar kerana kami membawa bahan-bahan makanan serta ubatan dengan jumlah yang banyak.
Setelah pihak atasan berbincang, mereka telah membuat keputusan untuk menggunakan lori tanah yang tinggi, berat dan berkuasa bagi mengharungi jalan-jalan yang sudah tak nampak dilitupi air kuning yang mengalir deras.
Aku terpilih mengikuti ekspidisi menghantar bantuan itu.
Apa yang aku lihat sepanjang perjalanan adalah satu pemandangan yang meruntun perasaan kerana rumah-rumah yang tenggelam, harta benda yang hilang serta kemungkinan nyawa juga boleh melayang.
Itulah kuasa Tuhan.
Aku berada di belakang lori dengan segala bahan makanan serta ubatan dan hujan yang lebat menyebabkan kami terpaksa berpeluk-pelukan di bawah satu kanvas, kesejukan. Demi mereka yang memerlukan pertolongan, kami teruskan.
Lori tanah bergerak perlahan kerana jalan raya sudah hilang dari pandangan, yang ada cuma lautan air sungai yang melimpah dan ditambah dengan air hujan yang turun mencurah. Pemandu lori hanya membuat agakan dari tiang-tiang elektrik yang terpacak di sepanjang laluan . Tersalah agakan, kami akan terjunam ke dalam sungai atau paya yang entah di mana kedudukannya.
Air, semasa ia mengalir perlahan, satu ketenangan perasaan tetapi bila ia menjadi ganas, ia menjadi seperti harimau yang menerkam (bukan Tok Rimau, dia harimau jadi-jadian).
Ahamdulillah semua perancangan berjalan dengan baik atas izinNya dan kami berjaya menghantar bantuan ke tempat-tempat yang dijanjikan.Setelah beberapa hari bergelut dengan air hujan sehinggakan aku sudah tiada baju atau seluar kering yang nak dipakai, hujan mula reda dan matahari mula menunjukkan sinarnya. Air mula surut dan mangsa-mangsa banjir kembali ke rumah kediaman masing-masing dan aku juga dilepaskan dari tugasan.
Aku kembali ke rumah (nasib baik rumah aku di tanah yang tinggi kerana sepanjang ketiadaan aku, aku tak tahu langsung tentang rumah aku sendiri). Aku kembali dengan pengalaman dan pemerhatian yang penuh keinsafan. Betapa alam ini mampu mengugat perasaan.
Kepada mereka-mereka yang mengalami banjir, ini bukan pesta keraian. Jangan dicabar kuasa Alam dan kejadian Tuhan.
Ini sekadar secubit pengalaman aku sendiri.

Saturday, December 11, 2004
Flashback
...
Aku tak ada idea nak menulis apa-apa. Aku juga sibuk dengan segala urusan dunia.
Dalam sibuk-sibuk, aku terjumpa catatan aku dulu dalam Guest Book Dr.x (aku kena marah dengan peminat dia sebab aku buat Guest Book dia macam Journal aku punya).
Inilah catatannya yang buatkan aku tersenyum sendiri. Muhasabah pada diri, betapa aku sudah mampu berdiri dengan dua kaki ciptaan Ilahi.
Maafkan aku.
Kepada yang menulis di ruang tamu Dr. X, Kalian maafkanlah aku.
Bukan niat aku menjadikan journal Dr. X yang aku sanjungi ini sebagai ‘sub-journal’ aku pulak.
Terkadang aku ‘got carried away’ bila aku mula bercerita.
Dr. x,
Aku tahu ngko marah ngan aku…memunah-ranahkan lamanmu yang berhias api.
Ini akan menjadi kisah aku yang kesekian kalinya dalam laman dan ruang tamu rumahmu.Kisah aku sekadar memberitahu kepada yang ingin tahu. Buat yang masih belajar, jadikan kisah aku kisah menjana semangatmu.
Aku ada banyak kisah yang mahu aku khabarkan. Banyak suka dan banyak duka.
Aku melihat dunia ini sebagai satu medan cabaran yang tidak terperi peritnya. Kadang-kadang aku menyonsang, kadang-kadang aku menyusur arus. Hidup tak pernah putus melainkan dengan kehendakNya.
Aku bermula dari titik-titik bening keluarga yang miskin harta tapi kaya dengan semangat. Kami dipulaukan (bukan langkawi) dan diasingkan kerana kami miskin. Tapi kami tak meminta-minta. Kami tak pernah meminta walau sebutir beras wangi sekalipun. Aku dibesarkan tanpa meminta apa-apa.
Abang aku pernah dihalau daripada memasuki kereta Bapa Saudara aku sendiri (kerana keinginannya untuk merasai duduk di dalam bekasan ciptaan Henry Ford itu.)
Aku memberontak, aku bangkit dari kisah-kisah luka adik-beradik aku.
Dalam jerit dan perih aku memasuki menara gading di lembah pantai. Lembah yang asing dulunya. Lembah yang tak pernah aku termimpikan. Berkat galakan dan kisah-kisah tentang betapa indahnya kehidupan menjadi Budak U dari rakan-rakan yang telah aku ‘saudara’kan sehidup semati. Aku nak jadi budak U. U mana-mana lah tak kesah, aku tak ada cita-cita besar. Aku cuma mahu jadi budak U. Aku mahu Mak dan Ayah tahu yang anaknya budak U.
Aku dengan hormatnya menolak tawaran Kursus Estate Management dari ITM Manjung, Perak.
Aku nekad mengharungi STPM yang memang aku akui sukar, mencabar dan menyesakkan minda.Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh. Aku tahu Mak dan Arwah Ayah tak putus-putus berdoa dan bermunajad ke atas Illahi. Anak mereka tak pernah sebegini semangat dan sebegini berani. Aku pulang di Subuh hari dari rumah sewa kawan-kawan aku dengan rakan aku A. Pukul 7.00 pagi sudah keluar ke sekolah dengan motor A. Kami balik dari sekolah ketika semua budak-budak sekolah sessi petang sudah meninggalkan sekolah. Library tutup, kami pindah ke bawah pokok di depan dewan. Mengulangkaji tapi banyaknya mengelamun. Mentari sudah melabuhkan tirainya baru kami sampai ke rumah. Selepas Isyak, kami sudah terpacak di depan rumah sewaan rakan-rakan kami. Malamnya kami berbincang, mentelaah dan berborak. Bila waktu menghampiri dinihari, mata seakan-akan sudah dijahit pada kelopaknya.
Din, kawan aku, penghuni rumah sewa.
“Eh, kau nak cuba ?” tanyanya pada suatu dinihari yang hening.
“Cuba apanya ?”
“Tak mahu mengantuk…” katanya ringkas.
Bukan rokok pastinya sebab kami semua merokok.Rokok murah (masih ku ingat jenama Perilly’s), beli tong-tong, hisap steng-steng (kata-setengah bagi perkataan ‘setengah’) kata budak-budak dulu. Mengantuk jugak. Udah waktu tidur. Tuhan kan ciptakan malam untuk tidur.
Bukan dadah semestinya kerana aku tahu dia bukan begitu. Aku tak akan bersahabat dengan orang yang menjamah dadah.
Din bingkas bangun dan menuju ke dapur. Beberapa ketika dia kembali dengan sebotol kaca berisi cecair jernih.
“apa ke bendanya Din?”
Din tak cakap. Dengan senyuman di hujung bibirnya, dia membuka botol tersebut, menuangkan cecair jernih ke dalam tudung botol. Sedikit sahaja.
Dari baunya sudah aku tahu apa bendanya. Din menghirupnya perlahan-lahan.
“Gila kau Din…”
Aku mengeleng-gelengkan kepala.
Din menjerit kecil dan mengerutkan mukanya menahan satu perasaan yang menjalar ke setiap urat nadinya.
Cuka. Ya, cuka makan ( bukan cuka getah..gila kau ! ) Satu penutup botol diminumnya. Din sambung mengaji dan mengkaji tiap-tiap nota yang tertulis di bukunya. Matanya cerah berkaca.
“Perjuangan mesti terus, kawan…” ujar Din tanpa berpaling pada aku.
Aku teringat pada sajak AKU karya Chairil Anwar.
……luka dan bisa ku bawa berlari…
……berlari………………………..
……Hingga hilang pedih peri……..
……dan aku lebih tak peduli……….
……Aku mahu hidup seribu tahun lagi.
Aku dan Din menjadi Peminum Cuka yang regular pada setiap dinihari sehinggalah hari terakhir peperiksaan STPM. Tiap kali cuka itu meresap masuk ke urat dan nadi aku. Kemasamannya mencerahkan mata buat beberapa ketika sahaja tapi semangat cuka, semangat yang menjuruskan kepada meminum cuka itu yang membuatkan kami mampu berjaga sampai pagi. Kami mahu jadi Budak U. A hanya tersengih melihat telatah kami berdua. Dia tak menyentuh langsung.
Aku minum pun bukannya banyak. Sikit aje. Sepanjang 3-4 bulan kami strive and struggle. Ada setengah botol lebih yang luak. Suku je aku yang hirup. Suku lagi Din.
Bila keluar result, aku mendapat keputusan cemerlang. Bukan straight A’s. Bukan warna-warna yang berterbangan. Tapi cemerlang. Aku layak memohon ke U. Aku mahu jadi budak U. A pun cemerlang, Din juga cemerlang.
Aku balik rumah, aku jerit kat Mak “ Mak ! saya dapat 5P! “ “saya dapat 5 P!” .Aku tahu mak tak tahu langsung apa 5 P atau 5 Prinsipal yang aku ucapkan. Aku tak kisah. Aku tak peduli, Aku nak kongsi kegembiraan aku dengan Mak aku. Mak aku yang banyak bersabar dengan aku. Mak aku yang sentiasa percayakan aku. Mak aku yang sentiasa sujud di sejadah buruknya memohon agar anak-anaknya berjaya dalam hidup dan berjaya di akhirat nanti.
Aku salam Mak dan aku cium tangannya lama-lama.
Aku memeluk Mak, aku merasakan dada Mak bergetar. Mak menahan sebak. Ada titis-titis air jernih yang luruh dari hujung mata Mak. Mak bangga. Aku tahu. Walaupun Mak tak tahu apa kejayaan aku. Mak bangga dengan apa yang aku anggap kejayaan. Mak tak tahu yang aku minum cuka tiap-tiap malam. Mak tak tahu aku hisap rokok. Mak tak tahu aku bazirkan sedikit duit abang untuk tong-tong beli rokok.Tapi aku tahu yang Mak tahu aku tak hisap dadah walaupun cikgu pernah tuduh kami hisap dadah kerana mata kami merah. Merah saga. Merah demi esok yang cerah. Merah kerana menongkah kejadian bahawa Tuhan ciptakan malam untuk rehat dan tidur. Merah cuka, merah yang serba payah.
Aku layak memohon menara di lembah pantai sebagai pilihan pertamaku dengan kursus yang tak aku terbayangkan sebelum ini. Selama 4 tahun aku bertungkus-lumus, dengan kisah-kisah yang mampu menggolekkan aku dengan hilai tawa dan ada kisah-kisah yang mampu meruntun perasaan. Semua tercatat dalam lipatan sejarah aku. Aku yang bernama aku…dan aku bukanlah born genius .
Semasa majlis konvokesyen, Mak dan Ayah datang ke Lembah Pantai. Aku memimpin mereka dengan aku di dalam jubah hitam gelap, selendang biru, kot pinjam , tie beli, kasut berkilat dan Mortar Board yang aku pakai di atas kepala dengan juraian tali temalinya. Bangga. Aku bangga dengan Mak dan Ayah. Mak dan Ayah bangga dengan aku. Aku tahu, Abang aku satu lagi juga grad dari U sama dengan aku,tapi itu cerita tahun 70-an dulu, Mak tak pergi. Walaupun 2 orang abang aku belajar di US dan UK. Tiada majlis konvokesyen sebegini. Kami tak mampu terbang seumpama bunga pembela bangsa ke sana. Aku memimpin mereka meredah orang ramai, meredah kenangan silam ketika kami hanya makan nasi berlaukkan kicap dan ikan kering, meredah memori ketika ribut Timur menerbangkan atap nipah rumah buruk kami, meredah ingatan mandi telaga di subuh hari sambil melihatkan pokok kekabu bergoyang-goyang di tiup angin (bukan langsuir), meredah satu kehidupan yang panjang dan memedihkan.
Aku nampak Ayah dengan baju batiknya warna chrome berkilat dan berbunga-bunga segak dan ada kebanggaan di raut wajahnya. Mak, Mak menitiskan air mata melihat aku menyambut scroll biru daripada Sultan Perak. Mak melihat aku ketika di pangkuannya menyusu. Mak melihat aku dikemuncak awan biru.Aku melihat Mak, wajah tua berkedut seribu itulah yang menjanjikan syurga di telapak kakinya. Wajah tua itulah yang tak putus-putus mengucapkan syukur pada Allah keranaNya, dia di situ, keranaNya Aku melangkah di pentas ilmu.
Kawan-kawan aku juga berjaya. Apa yang penting, kami berjaya menjadi orang. Kami berjaya menjadi kami yang akan mencorakkan generasi anak-anak kami.
Dr. x,
Maaf sekali lagi, di catatan terakhir ini aku nak ucapkan selamat maju jaya pada ngko, selamat mendirikan rumahtangga, selamat menjadi O&G specialist.Dan egko nasihatkanlah adik-adik kita, Belajarlah demi masa depan, demi Mak dan Ayah, demi Agama, Negara dan Bangsa. Ngko nasihatlah JANGAN MINUM CUKA ! JANGAN HISAP ROKOK MURAH ! tak baik untuk kesihatan, cukuplah aku merasanya.
Aku akan berhenti di sini.
Perlahan-lahan makan anak……sayang…
Jangan sampai tercekik Paku Seluruh Alam…
Berhati-hati minum..sayang…
Jangan sampai tersedak buih satu lautan…
Perlahan-lahan jalan sayang…
Jangan sampai tersadung Bendul Gunung Impian…
Berhati-hati tatang ..alahai intan…
Jangan sampai tertumpahkan setitis pun kasih sayang.
- Oh..Anak - M. Nasir (Phoenix Bangkit )
~d'arkampo.

Tuesday, December 07, 2004
Menghitung Hari
...
Aku di sini, membilang hari yang telah berlalu pergi. Apa yang telah aku kecapi dan apa yang masih aku kejari.
Aku masih di sini, memandang pada hari-hari mendatang. Apa yang telah matang dan apa yang masih kurang.
Kita hanya insan ciptaan Tuhan. Hadir aku di sini pun hanya menumpang.
Membilas wajah yang penuh dengan debu-debu pengalaman. Aku bangkit berdiri mengucapkan kata-kata suci dan aku sudahi dengan salam. Salam buat sebuah perjalanan kehidupan.
Salam buat detik waktu yang masih perlu diperjuangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)