Wednesday, June 30, 2004

Distress Call

…

Aku telah dipanggil oleh Blogger.com untuk kembali masuk kerja di arena perjournalan ini. Satu panggilan kecemasan. Distress call.

Kenapa?

Kerana aku telah mendapat tahu bahawa salah satu entry aku iaitu Monolog Seekor Lalat telah digunapakai dan diciplak di dalam satu forum penulisan milik enjin pencari tempatan di dalam internet ini.Di tukar nama kepada Kisah Hidup Seekor Lalat.

Aku tak tahu samaada aku perlu marah atau ketawa dengan riang gembira. Aku perlu merasa marah kerana nama aku tidak dikreditkan pada cerita dongeng tersebut. Langsung.

Aku juga perlu rasa gembira kerana hasil tulisan dan kajian aku tentang lalat telah disebarkan. Ketika aku menulis article tersebut, aku mengkaji sifat dan perlakuan manusia dibandingkan dengan lalat. Apa kelebihan kita dan apa kelebihan dia. Kita sama-sama makhluk Tuhan.

Aku sekadar menceritakan tentang dongeng hidup dan ronggeng manusia yang hidup melata di atas muka bumi milik Yang Maha Esa. Aku juga mahu mengkritik tentang apa yang aku rasa tak kena tapi kritikan aku biarlah dengan hikmah dan tidak menyinggung perasaan sesiapa.

Niat aku memulakan cerita dongeng di dalam blog ini adalah untuk memberi sedikit ruang untuk minda kalian berehat dan berfikir sejenak tentang apa yang ada disekeliling kita yang kadang-kadang kita terlupa akan kewujudannya. Perkara remeh-temeh boleh menjadi besar sekiranya kita tidak pandai untuk menghargainya.Tuhan tidak menjadikan suatu benda itu tanpa sebarang makna.

Sekarang, aku rasa aku tidak dihargai.

~d’arkampo - "Let us learn to appreciate there will be times when the trees will be bare, and look forward to the time when we may pick the fruit."
Peter Seller

Saturday, June 26, 2004

Aku Belum Update Lagi Laa..

....

kan aku dah cakap kat atas tu, aku belum update lagi...




Aku nak rehat seminggu.Cuti aku dah diluluskan oleh Blogger.com.



Terima Kasih.


~AFUN D'arkampo - "The greatest amount of wasted time is the time not getting started."
Dawson Trotman

Thursday, June 24, 2004

Hantu Betul...

...

Aku tahu ramai yang marah aku.

Aku dengar cerita, ada seorang doktor di utara semenanjung menghempaskan stethoscopenya ke lantai dan memijak-mijaknya akibat terlalu marah ditipu. Dia balik awal hanya nak tahu pasal hantu.

Kalau betul-betul nak tahu pasal hantu. Hantu ada di SINI.

Crew Misteri Nusantara ada datang ke situ dan dengar ceritanya berjaya membuat rakaman. Tunggu keluar TV3.

Tunggu Zainal Abidin kata 'Jangan biarkan anda diselubungi misteriii...'

Jangan salahkan aku kalau lepas ni tak dapat tidur malam. Salahkan Mat Jan.

~d'arkampo. -Hidup akan jadi tak tentu kalau selalu fikirkan pasal hantu..

Monday, June 21, 2004

The Handphone – Final Part (The Synopsis)

...
Tepat tengah malam, suasana menjadi teramat sunyi dan sepi tanpa kedengaran sedenting bunyi.Dingin malam menggigit jari jemari.

Keadaan di kawasan rumah mayat HKL tenang dan tenteram. Tiada umat yang berani lalu lalang di kawasan yang menghantui jiwa dan perasaan manusia. Makhluk dan roh berterbangan, berkeliaran. Tidak kelihatan pada pandangan.

Di dalam bilik mayat…

Sunyi..

Sekujur tubuh kaku berselimut putih tiba-tiba bergerak. Jari jemarinya terketar-ketar. Kemudian diam.

Diam..

Sekujur tubuh tadi tiba-tiba bangkit. Bangkit dari pembaringan dan kain putih yang menutupinya terlurut ke ribaannya.Dia bersimpuh dan bersila persis seorang laksamana dari zaman kesultanan melayu lama.

Matanya merah saga dan dengan suara yang parau serta kasar dia berkata :

"Cuba kalian fikir, dah 4 hari kalian duk asyik ulang alik kat blog si D’arkampo ni…kalau sehari tu aku boleh terima, ini 4 hari, EMPAT HARI!. Setiap sejam, korang klik masuk ke sini…tak ke membazir tu namanya. Itu belum yang buat komen sampai berpuluh-puluh tu..kalah komen untuk entry kat Blog Mat Jan.Apa yang korang dapat? Kalau naik kereta 4 hari dah boleh pusing satu semenanjung tau..

Itu belum kira yang duduk tercangak depan PC jam 10.30 pagi tadi…Korang tak kerja ke?, Tak ada kelas ke?, Tak cari kerja ke?

Cuba lah buat benda-benda yang berfaedah sikit. Baca buku ke, buat kerja yang Boss suruh ke, buat plan untuk marketing ke, balik main dengan anak ke..ngko dah lah tinggalkan anak seminggu, belajar memanah ke..mana tahu dapat wakil Malaysiap ke EURO 2007,pergi cari ketam batu ke, berlatih Public Speaking ke..ini tidak, sampai ada yang sanggup tahan mata dari tertidur semata-mata nak baca cerita hantu..siap pakai spek itam lagi tu.

Cerita dongeng budak D’arkampo ni pun korang nak baca?..

Lagi satu…

Sebenarnya aku cukup benci dengan panggilan-panggilan yang tertera ‘PRIVATE NUMBER’ . Kalau tak nak disclose your number, better not call me..I will not answer!. Biasanya orang yang bertujuan tak baik aje yang menyembunyikan nombor dia. Dia nak marah aku ke..nak maki aku ke..dia ingat aku tak kenal dia and he would be safe…think again my friend.

Lima part terpaksa aku buat hanya untuk menyatakan satu perkara. Jangan marah aku. Marah si Mat Jan.

Sebenarnya Glenn lemas kerana selepas dia melontarkan handphonenya ke tengah lombong, dia baru teringat yang sim cardnya masih ada kat dalam handphone tu..jadi dia berenang ke tengah lombong nak cari balik. Tu yang lemas tu...mana ada hantu zaman Bloggers.com nih.. dan bunyi handphone dari rumah mayat tu datang dari handphone milik Attendan Hospital ..korang ingat Attendan tak mampu pakai handphone ke..?"


ha ha ha ha ha ha ha ...gelak lembaga itu semakin panjang sepanjang gelak seorang lelaki dari sebuah bilik kecil di Timur Semenanjung...

Tit tit…

‘ 1 MESSAGE RECEIVED’

‘Last Payment Amount RM 140.20, Last Payment Date 16-MAY-04,Current Charges RM 260.40, Total Charges RM 295.40, Due on 22-JUN-04. Thank You.’

Sender :
2900.

Kelihatan seorang lelaki membaling handphonenya ke luar tingkap pejabatnya.

(Nama 'Glenn' di dalam kisah separa seram dan separa misteri di bawah tidak melibatkan sesiapa hatta penyanyi Indonesia yang bernama Glenn (sekarang sedang popular dengan lagu Januari atau Mat Januari) sekalipun.)

Abih cerita. Tepuk laa woii...

He he he…

~d’arkampo – Kalau ngko boleh hadapi masalah dan kekurangan diri dengan ketawa. You’ll be a better person. Trust me..
-I said so.


Better watch out ! there shall be a ‘PRIVATE NUMBER’ calling your mobile phone…and on the other side, she is laughing and screaming loud deep in the dead of the night, seeking revenge…seeking YOUR HELP to solve the unsolved mystery....

The Handphone - Part 4

...

Glenn memberanikan dirinya untuk menjawab.Lebih mengejutkan Glenn apabila suara dihujung talian seakan-akan sebuah jeritan panjang:

‘Tolong saya..tolong..tolonggg..’ sayup-sayup kedengaran.

Senyap.

Tiba-tiba kedengaran suara perempuan mengilai-ngilai dihujung talian. Semakin lama semakin kuat dan jelas.

Glenn terus membaling handphone tersebut ke lantai.Baterinya tercabut dan terpelanting jauh ke satu sudut.Jantung Glenn terus berdebar kencang.Dia memikirkan sesuatu.Dia merenung panjang pada handphone tersebut.

Keputusan mesti dibuat.Glenn lantas mengutip handphone tersebut serta baterinya dan terus keluar dari rumah.

.......

Di satu lombong tinggal di pinggir ibukota.Suasana sunyi dan sepi.Kelihatan bayang-bayang samar seorang lelaki turun dari keretanya dan berdiri di gigi air.Dia kemudiannya melontar sesuatu jauh ke tengah-tengah lombong. Bunyi air yang berkecur kedengaran dan suasana menjadi sepi semula.Hening seketika.

.......

Esoknya, dada akhbar mencatatkan berita;

‘Seorang Lelaki Dipercayai Lemas Dijumpai Terapung Disebuah Lombong Tinggal Di Pinggir Ibukota.’

.......

Di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur.

Kedengaran bunyi berkeriut roda-roda stretcher besi berwarna putih yang sudah uzur keadaannya memecah kesunyian kawasan rumah mayat. Seorang Attendan Hospital kelihatan sedang menolak sekujur mayat yang ditutup dengan kain putih. Sunyi sekeliling mengundang seram sejuk.

Tiba-tiba Attendan Hospital itu berhenti. Dia mendengar sesuatu terjatuh ke atas besi stretcher . Dia menyelak kain putih yang menutupi mayat mangsa lemas di sebuah lombong. Kelihatan sebuah handphone yang terjatuh dari poket seluar mayat tersebut.

Dia memandang sekeliling.Setelah dipastikan bahawa tiada siapa yang melihat, dia dengan diam-diam memasukkan handphone tersebut ke dalam poket seluarnya dan meneruskan tolakan stretcher ke bilik mayat.

Malam itu, kedengaran sayup-sayup bunyi handphone bergema memecah kesunyian di kawasan rumah mayat HKL.

‘PRIVATE NUMBER’...

...................

(disebalik tabir...2 hantu bercakap lagi..
D': eayyy..yang ngko peluk aku apasal?
MJ: aku takut laa...berdiri bulu roma aku nih...
D': badan besar bagak pun takut..mengalahkan budak kecik..dah lah..pegi tido..
MJ: ngko temankan aku ek..
D': kepala hotak ngko..nak takut hapa? kitakan dah memang hantu..sedar la diri sikit oii..)

Ada sambungan lagi..the Final Part.Conclusions of the story. Tunggu besok, biarlah walau ada 387 comments pun kat entry ini.Besok jam 10.30 pagi, pastikan anda mengadap PC!.

~d'arkampo - "The important thing is not to stop questioning."
Albert Einstein

The Handphone - Part 3

...

Pada malamnya, sekitar jam 10 malam. Glenn yang sedang menonton vcd haram cerita seram tiba-tiba terkejut apabila seluruh rumahnya menjadi gelap gelita. Total blackout. Seluruh kawasan perumahannya menjadi gelap.Suasana menjadi sunyi dan sepi buat seketika.

Tiba-tiba…

Handphone misteri itu berdering.

‘PRIVATE NUMBER’

Glenn menjawabnya dengan hati yang berdebar-debar.

‘Hello..’ bisik Glenn tergagap-gagap.

Glenn mendengar suara orang yang sedang bergaduh dihujung talian. Pertikaman lidah antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Seolah-olah telefon telah ditekan secara tidak sengaja.

Glenn cuba mendengar isi pergaduhan tapi telinganya tidak dapat menangkap sebarang cerita kerana perempuan itu terjerit-jerit memaki si lelaki dengan kata-kata lucah dan mengaibkan.

Glenn malas nak melayan talian tersebut lalu mematikannya. Serentak dengan itu juga, lampu kembali bercahaya dan handphonenya berbunyi ringkas.

‘PICTURE MESSAGE RECEIVED’

Glenn membuka gambar tersebut dan terkejut apabila melihat gambar wajah seorang perempuan tidak dikenali yang lebam kebiru-biruan dengan mata yang terbeliak. Lidah perempuan tersebut terjulur keluar. Sungguh mengerikan.

Glenn tersentak dan menghempaskan handphonenya ke atas meja.Setelah beberapa lama, Glenn mengambil semula handphone tersebut, memadamkan gambar dan menutup terus handphonenya.

‘handphone sial..sial..’ bisik hati Glenn.

Glenn mula memikirkan tentang asal-usul handphone tersebut dan fikirannya mula menerjah pada setiap berita tentang pembunuhan yang sering dibacanya di dada akhbar.

‘mungkin ini handphone milik mangsa bunuh di sebuah banglo tempoh hari. Handphone mangsa hilang dan gagal dijumpai oleh pihak polis…’ fikiran Glenn cuba mengingatkan sesuatu.

Glenn tertidur dengan bayangan-bayangan yang datang ke dalam kotak fikirannya silih berganti.

Jam dinding berdenting sebanyak 12 kali.

Handphone Glenn tiba-tiba berbunyi nyaring menyebabkan Glenn terjaga.Dia menggosok-gosok matanya.Dia kembali teringat yang dia sudah menutup handphonenya.Macam mana boleh berbunyi? Hati Glenn berkecamuk, dia melihat pada paparan skrin.

‘PRIVATE NUMBER’

Glenn menjadi takut, jantungnya berdegup kencang.

(disebalik tabir lagi…terdengar 2 hantu bercakap...
D’:Jan..Jan..woii..ngko baca tak?
MJ:Malas lah aku nak layan ngko…
D’:mentang-mentang la ngko glamer…)


Bersambung lagi bang…(kalau comments untuk entry ini mencecah angka 20, aku sambung petang ni...cepat-cepat sms..eh..comments sekarang !)

~d’arkampo - "Don't live down to expectations.Go out there and do something remarkable."
Wendy Wasserstein

The Handphone - Part 2

…

Jam di dinding rumah pangsa milik Glenn menunjukkan pukul 11 malam. Glenn sudah bersiap-siap untuk tidur kerana esoknya adalah hari bekerja.

Sambil berbaring dalam kegelapan malam, Glenn cuba mengubah beberapa aturan pada handphone barunya. Nada dering diubah dan dia membuka memori gambar. Kelihatan beberapa gambar terpapar pada skrin. Gambar sebuah rumah banglo, gambar di dalam rumah dan gambar seorang perempuan yang agak kabur seolah-olah gambar tersebut diambil dengan tidak sengaja dan ketika kamera handphonenya sedang bergerak.Glenn terus memadamkan kesemua gambar-gambar tersebut.

‘Gambar tuan asal handphone ini agaknya sebelum kena curi oleh Mat Fit tu…’ bisik hati Glenn.

Glenn terus tertidur dengan nyenyak.

Bayangan seorang perempuan tiba-tiba menjelma di hadapannya tetapi dengan wajah yang kabur dan berbalam-balam. Dia dapat melihat perempuan itu dengan perlahan-lahan terbang menuju ke arahnya dengan pakaian serba putih. Hati Glenn berdebar-debar dan peluh memercik keluar dari dahinya. Dia seolah-olah diikat pada katilnya dan langsung tidak dapat bergerak walau seinci pun. Glenn mula panik dan gelisah. Dia cuba menjerit tapi suaranya tidak dapat keluar dari halkumnya.Dia pasrah.

Perempuan serba putih itu terus terbang ke arahnya dan Glenn dapat melihat gigi perempuan itu yang menyeringai dan wajahnya yang menakutkan.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi yang nyaring menyucuk-nyucuk telinganya.

Dia terjaga dengan jeritan jam loceng di sebelah katilnya.

Glenn menarik nafas lega dan termenung beberapa ketika sebelum bangun dan mencapai tuala. Dia terus mandi untuk bersiap ke tempat kerja.

Selesai bersiap, Glenn mencari-cari handphone barunya. Tiada di dalam bilik tidurnya walau puas dia mencari.Apabila dia melangkah keluar, dia terpandang handphonenya berada di atas surat khabar semalam di ruang tamu.

‘Bila masa pulak aku letak di situ?’ bisik hati kecil Glenn.

Glenn mula merasakan siri-siri keganjilan pada handphone tersebut tetapi tidak mahu mengendahkannya. Dia mencapai handphone dan terus keluar ke tempat kerja.

Di pejabat, ramai kawan-kawan Glenn yang memuji handphone barunya itu.Glenn merasa bangga kerana mampu memakai handphone yang terkini dan mahal.

Ketika tengahari, Glenn menerima satu panggilan melalui handphonenya.

‘PRIVATE NUMBER’ tertera pada skrin handphonenya.

Tanpa banyak soal, Glenn terus menjawab tetapi dia tidak mendengar apa-apa suara dihujung talian. Senyap.

‘hello..hellooo…hellooooooooooo….’ Glen meninggikan suaranya.

Senyap.

Tiba-tiba telefon pejabatnya berdering.Glenn terkejut. Dia terus mematikan talian handphonenya dan menjawab telefon pejabat.

‘Glenn…kawan engkau…Saipul.Line 7..’ Kata Asmidar, receptionist pejabatnya.

Glenn menyambung talian pada Line 7.

‘hello Pul..’Glenn menyambut panggilan temannya.

‘Woi Glenn, perempuan mana yang jawab handphone engkau..?’Saipul bertanya.

‘Perempuan? Perempuan mana pulak?’

‘Tadi aku call, ada perempuan jawab, suara mengancam laa..awek engkau ke?’ Saipul mengundang sejuta persoalan pada Glenn.

Berjuta-juta persoalan tiba-tiba mengunjungi benak Glenn. Setelah bersembang lebih kurang, Glenn mematikan talian dan termenung panjang sambil matanya terus memerhatikan pada handphonenya.

Sejuta persoalan itu tetap tinggal sebagai persoalan. Tiada jawapan.


(dibelakang tabir terdengar suara 2 orang sedang berbisik.
MJ: sudah lah..cukup lah tu..panjang sangat dah ni…
D’: alaa..sikit je lagi..
MJ: aii..melawan sifu nampak…
D’: Ngko ni kecoh la…aku sumpah tak grad kang…
MJ: Lantak ngko lah..blog ngko bukan blog aku…
D’: okay la okay la….
MJ: tarik balik sumpah ngko…
D’: ye la ..ye la.. )


Bersambung lagi…

~d’arkampo - “It’s not that I’m so smart, it’s just that I stay with problems longer.“
Albert Einstein

Sunday, June 20, 2004

The Handphone – Part 1

...

Glenn (bukan nama sebenar) sedang membelek-belek sebuah handphone yang baru dibelinya siang tadi. Masih berkilat dan kelihatan baru.Cantik dan menawan. Terdapat bermacam-macam fungsi termasuklah kamera digital.Glenn tersenyum sendirian kerana handphone yang dibelinya itu teramat murah dari harga pasaran semasa.

Petang tadi, ketika beliau sedang meronda-ronda sekitar kawasan Petaling Street. Beliau dihampiri oleh seorang pemuda. Pada pandangan Glenn, dia kelihatan seperti seorang Mat Fit. Pemuda itu kelihatan cemas dan gelisah. Mat Fit itu,menunjukkan sebuah handphone kepada Glenn.

‘Bang, murah bang. Lima ratus’ kata pemuda itu.

‘Isyy..aku mana ada duit..’ ujar Glenn.

‘Abang ada berapa ?’ kata pemuda itu lagi sambil matanya masih memandang sekeliling.Resah dan gelisah.

‘Bak sini tengok…’ kata Glenn.

Telefon bimbit model terkini yang masih kelihatan baru. Harganya mencecah ribuan ringgit di pasaran.

‘Seratus setengah boleh..?’ kata Glen menduga.

Pemuda itu mengangguk-angguk tanpa berkata sepatah pun. Glenn mengeluarkan duit seratus lima puluh ringgit dari dalam dompetnya. Pemuda itu terus menyambar duit itu tanpa menunggu Glenn memberikan kepadanya dan terus berlari meninggalkan tempat itu serta hilang disebalik lorong-lorong suram dan hanyir.

‘handphone curi ke apa ke, janji murah’ detik hati Glenn.

Glenn menghempaskan tubuhnya ke sofa dan membuka tv. Siaran yang langsung tidak menarik perhatiannya. Dia kembali membelek-belek handphone barunya dan memasukkan sim card dari telefon lamanya. Penanda aras bateri masih menunjukkan tahap yang penuh.Dia kemudiannya meletakkan semula handphone tersebut di atas meja. Surat khabar yang dibelinya siang tadi dibuka sehelai demi sehelai. Berita-berita yang tidak menarik ditinggalkan tanpa dibaca. Matanya tiba-tiba terlekat pada berita dari prosiding Mahkamah tentang sebuah kes yang sedang hangat diperkatakan sekarang.Dia membacanya dengan penuh minat tetapi dia tidak memberikan perhatian pada tajuk utama.

‘Telefon Bimbit Mangsa Tidak Dijumpai’.

Selesai membaca akhbar secara sepintas lalu. Glenn bangkit dan mengambil tuala yang tersidai di dalam biliknya dan menuju ke bilik mandi.

Sedang dia asyik dan seronok mengelamun di dalam bilik mandi tiba-tiba dia terdengar bunyi deringan handphone.Dia belum sempat untuk mengubah aturan deringan pada handphone barunya dan dia beranggapan bahawa bunyi tersebut tentunya datang dari handphonenya itu.Dia terus mencapai tuala dan mengeringkan tubuhnya secara ala kadar. Ketika dia melangkah keluar dari bilik mandinya, bunyi deringan handphone terhenti dan hanya kedengaran bunyi yang keluar dari televisyennya.

Dia terus menghampiri meja di mana handphone tersebut diletakkan dan dia melihat pada paparan skrin. Tiada missed call.Dia merasa pelik kerana dia benar-benar pasti bunyi tersebut datangnya dari dalam rumahnya.

‘ah…bunyi dari tv kot..’ bisik hatinya.

(aku terdengar Mat Jan marah-marah dibelakang…jangan lawan cakap Sifu..jadi aku akan sambung cerita ini besok)

…bersambung.

~d’arkampo.- "If I have made any valuable discoveries,it has been owing more to patient attention than to any other talent."
Sir Isaac Newton

Thursday, June 17, 2004

Sifu

...
Sifu-sifu dalam dunia Blogger telah memberikan amaran yang keras kepada aku supaya jangan tulis entry panjang-panjang.

Dari kecil lagi aku diasuh supaya :

a. Jangan lawan Cikgu.
b. Jangan derhaka pada Guru.
c. Jangan tak ikut arahan Jurulatih.
d. Jangan sesekali bantah cakap Sifu.

Aku tak akan memanjangkan tulisan aku lagi sebab salah seorang Sifu itu sememangnya telah panjang orangnya.

~d'arkampo. - “The test of a good coach is that when they leave,others will carry on successfully.”
Author Unknown

Wednesday, June 16, 2004

An Entry To A Friend.

..
this entry is only to Mak Andeh since I can't get thru to her Guestbook and my e-mail is bloody stuck somewhere. (maaf aku menyumpah ala orang London)
...

Okay…let me see…Father’s day.

I never got anything on Father’s Day since I didn’t give anything on Mother’s Day except for cards with the sweet notes wrote down and so called ‘signed’ by my kids on both occasions.

Why don’t you try these :-

1. Tie – good one and not the cheap Petaling Street look.
2. Shirt – expensive one la Mak Cik.. cotton and up to date one la.
3. Electronic gadgets – phone , PDA, wrist watch radio, digital camera, small tv etc etc
4. Toys – big boys toys – small miniature models of cars, bikes, boat whatever. He can always put it on his office desk and remembers you. Ha ha .
5. Cigarette lighter – if he is still smoke his life away. Brand Zippo.
6. A watch – a remembrance to always be punctual
7. Sun glasses – Ray Ban and not Roy Band
8. 18sx things – err..not advisable.
9. Shoes, slippers, sandals, bla bla…boring.
10. An original Manchester United jersey. Kellas Mak Cik.
11. A kiss… Ha Ha Ha…..joking aa..cannot aa?
12. Sport rims for his car and a turbo charger.
13. Ferrari Murchielago… not the small miniature one.
14. Men’s perfume and deodorant – I’m out of ideas, the guys will kill me.
15. you see.. men don’t expect much from women..that’s about all lah.
16. lastly, a ‘reunion’ may be..okay, okay shoot me.

~d’arkampo.
- no words of wisdom this time.

Demi Rindu - Ini bukan sebarang dongengan.

...

Parkson Grand Brilliance mempersembahkan sebuah telenovela panjang gila....pasti jenuh nak membacanya....

...

Hujan rintik-rintik mulai turun membasahi bumi merah milik Maha Esa. Angin monsun November itu membelai dan mendinginkan suasana. Po (bukan nama sebenar) sudah bersedia di atas motosikal Honda EX5 milik temannya. Dia sudah lengkap berpakaian baju hujan beserta seluarnya sekali. Topi keledar ‘telur separuh’ diikatnya kemas. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia bergerak apabila temannya sudah bersedia membonceng di belakangnya. Motosikal cub itu bergerak perlahan sambil diikuti oleh kereta Proton Saga 1.5s bewarna kelabu gerimis. Semakin lama motosikal itu mula meninggalkan kereta Proton Saga itu jauh ke belakang. Po memecut membelah deraian hujan yang turun dan mendinginkan tubuhnya. Dia dan temannya tidak bercakap seperti biasa kerana hujan mulai lebat dan jalan yang basah menuntut dia agar memberikan sepenuh konsentrasi. Proton Saga sudah hilang dari cermin pandang belakangnya.

Sepuluh minit kemudian mereka tiba di stesen bas. Kelihatan banyak bas-bas ekspress yang bersusun-susun menunggu penumpang. Bas-bas dari pelbagai jenis itu semuanya menghidupkan enjin dan sengaja dibiarkan melahu sambil asap-asap hitam diesel memanaskan kedinginan.

Hujan yang tadinya lebat beransur berhenti tetapi masih menguraikan rintik-rintiknya. Dua hari yang lepas adalah cuti umum dan permulaan puasa jadi ramai wargakota yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Pulang untuk berbuka bersama-sama keluarga. Esoknya adalah hari bekerja di ibu kota dan ramai yang balik semula ke kota demi kerjaya dan cita-cita.Stesen bas itu sendat dengan para penumpang dan saudara-mara mereka serta sahabat handai. Hujan yang turun menyebabkan semua berkumpul di bawah teduhan atap stesen bas. Bersendat-sendat seperti ikan sardin cap Ayam Brand.

Po dan temannya yang masih berbaju hujan dan bertopi keledar tidak kisahkan langsung tentang hujan yang turun. Mereka berdiri di tengah-tengah hujan yang turun mencurah. Lima minit kemudian, Proton Saga itu muncul di stesen bas dan keluarlah beberapa orang yang mengusung beberapa beg besar dan berlari-lari mencari teduhan. Malam itu, kakak teman Po akan berangkat ke ibu kota. Po yang sentiasa duduk melepak di rumah temannya sudah dianggap sebagai anak angkat keluarga temannya itu, jadi malam itu dia sama-sama tolong menghantar kakak temannya ke stesen bas. Dia yang masih bujang dan baru mula bekerja tidak betah duduk di rumah. Ada sahaja program yang diaturkan walaupun untuk cuma menikmati teh tarik di gerai tepi jalan. Hujan di November itu memberikan sejuta ketenangan pada Po.

Bas ekspress Transnasional dijadualkan berangkat jam 9 malam dan ketika itu jam sudah menunjukkan 8.30 malam. Po dan temannya mengangkat beg-beg ke dalam perut bas. Mereka yang berbaju hujan amat mudah membuat kerja itu kerana mereka tak perlu berlari-lari mengelakkan basah. Selesai dengan beg-beg besar, Po mengambil beg-beg kecil untuk diletakkan di dalam bas. Masih dengan baju hujan dan topi keledar, Po memasuki bas ekspress tersebut sambil menjinjing sebuah beg. Air hujan meluruti baju hujannya dan membasahi ruang tengah antara dua tempat duduk di dalam bas. Dia tidak memperdulikannya.Dia memerhatikan satu per satu penumpang yang sedang menyelesakan diri mereka di atas tempat duduk empuk untuk satu perjalanan yang panjang.

Seketika kemudian dia terpandang satu wajah yang pernah dikenalinya. Wajah seorang gadis. Cantik dan putih kulitnya. Po memang mengenali wajah itu walau sudah bertahun mereka tidak berjumpa. Dia masih tidak berubah. Masih cantik dan ayu. Po memberikan sebuah senyuman dari dalam kaca topi keledarnya. Senyumannya berbalas. Hati Po berdebar-debar kencang tapi mulutnya terasa amat berat untuk menegur. Rahangnya terkacip kemas dan otot-otot mulutnya kejang membeku. Dia tidak mampu berkata-kata. Mereka tidak pernah berbicara sebelum ini dan untuk memulakan perbualan tentunya memerlukan kekuatan. Dia tak punya kekuatan ketika itu. Dia hanya ada kekuatan untuk mengangkat beg dan meletakkannya di tempat simpanan beg di bahagian bumbung bas. Dia kemudiannya cuba mengumpul kekuatan untuk menegur gadis itu tapi dia tidak mempunyai kata-kata.

‘kalau aku tanya ; nak ke mana? Tentulah bodoh bangang namanya sebab bas itu memang nak ke Kuala Lumpur. Nanti dijawabnya ; London, tak ke haru nanti..’ hati kecil Po bergaduh sesama sendiri. Berkecamuk.

Akhirnya Po turun dari bas tanpa berkata apa-apa. Baginya, itulah yang terbaik. Yang terbaik itulah mengundang kekesalan dan kutukan dari dirinya sendiri bertalu-talu.

‘Bodoh..bodoh..bodoh..’ hati Po mengutuk dan mengejek.

Ketika itulah dia terlihat adik temannya yang masih bersekolah rendah sedang menaiki bas bersama-sama kakaknya.

‘Ini sahajalah peluang aku…do it or you will regret it for the rest of your life!...’ hati Po berteriak.

‘Iwan..!’ Po memanggil adik temannya.

‘Tolong bagi kad nama ni kat awek yang pakai baju sweater warna pink tu boleh?’ tanya Po.

‘Mana satu?’ tanya Iwan.

‘Ala..yang putih-putih tu, nampak tak?’ Po cuba menunjukkan kepada Iwan dari luar bas.

‘oooo..yang itu, boleh. Bak sini kad’ kata Iwan sambil tersengih.

Engkau sengih-sengih lah Iwan, engkau apa tahu, engkau kecik lagi.

Sebentar kemudian Iwan turun dari bas sambil tersengih lagi.

‘Apa dia cakap Iwan?’ tanya Po

‘Dia cakap terima kasih je..’ Iwan tergelak.

Malam itu, di sebuah gerai teh tarik di tepi sebatang jalanraya. Dua orang sahabat sedang rancak bersembang. Sesekali Po akan mengelamun dan merenung hujan yang masih belum berhenti. Hujan yang menghimbau kenangannya ketika bersekolah dahulu. Po di tingkatan enam dan gadis itu di tingkatan lima. Po pernah cuba nak mengorat budak itu tapi semua senyumannya tidak pernah berbalas. Po hanya bertepuk sebelah tangan. Menepuk angin, mana mungkin mengejutkan sesiapa.

Temannya memerhatikannya dengan seribu tandatanya.

‘Ah, mungkin dia sudah berpunya. Mungkin hanya aku yang tak malu, beri kad konon..’ Bisik hati Po.

Kenangan itu kemudian pecah dan berderai. Jatuh ke bumi dan mengalir lesu ke dalam longkang seperti air hujan.

Bas Ekspress Transnasional meluncur laju membelah kegelapan malam. Di dalamnya, seorang gadis sedang melemparkan pandangannya ke luar jendela.Rintik-rintik hujan membasahi kaca tingkap dan melurut panjang disapu angin. Bait-bait kenangan memenuhi kotak memorinya. Sekeping kad nama masih erat di dalam pegangan jari jemarinya.

‘Tak kanlah dia kerja ni, nampak macam budak Dispatch je..’ bisik hatinya.

Kad nama itu disimpannya dan dia terus lena diulit mimpi sambil dibuai oleh hentakan-hentakan kasar dari roda-roda bas.

Hari-hari seterusnya berlalu tanpa apa-apa peristiwa besar berlaku dalam hidup Po. Dia berkerja dengan tekun dan gigih. Dia mengejar cita-citanya.

Suatu hari, seorang kakitangan pejabat Po masuk ke bilik Po dan memberikan sekeping surat bersetemkan Kuala Lumpur. Matahari memancar terang dan bunga-bunga mekar berkembang. Po menjangkakan surat tersebut dari salah seorang kawan-kawan sekuliahnya semasa menuntut dahulu lalu dibukanya tanpa sebarang perasaan apa-apa. Sekeping kad hari raya. Tanpa kata-kata dari empunya diri hanyalah ucapan ringkas dan tandatangan beserta alamat.Siap ada nombor telefon. Po mengukirkan sebuah senyuman yang panjang. Sepanjang Jambatan Pulau Pinang.

Petang itu Po pulang ke rumah dengan harapan yang menjulang. Kalau dia dah berpunya, tentu kad nama beliau sudah lama dibuang. Tentu kad raya tinggal menjadi angan-angan. Tentu alamat dan nombor telefon tidak akan dicatatkan. Proton Saga Kelabu Gerimis menyusur jalan pantai dengan perlahan dalam rembang petang.

Besoknya dia memberanikan diri menelefon gadis itu. Bersembang lebih kurang kerana masing-masing masih malu-malu berbicara tentang hati dan perasaan. Panggilan pun sekadar bertanya khabar tanpa ada luahan perasaan.

Suatu hari, sedang Po sibuk bekerja. Telefon bimbitnya berdering. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefonnya. Dia menjawab tenang.

‘Ini Encik Po ke ni?’ tanya suara yang agak asing.

‘Ya, bercakap’ Po menduga itu adalah panggilan daripada pelanggannya.

‘Saya, Azroy. Begini, saya ada membuka beg tangan tunang saya dan saya jumpa kad awak. Apahal ni?’ suara itu menekan hati dan perasaan Po.

Darah merah mula mengalir ke segenap penjuru muka Po. Dia merasakan satu tamparan yang amat hebat menerjah ke dalam dirinya.

‘Tak ada, saya jumpa dia kat stesen bas. Saya kenal dia masa sekolah, jadi saya berikan kad nama saya. Itu sahaja.’ Kata Po dengan gugup dan gelisah.

‘Saya mahu awak jaga diri sikit, dia tu tunang saya.’ Kata suara itu lagi.

‘Eh, bukannya saya nak mengorat tunang awak. Bagi kad nama pun tak boleh..?’ Po menjawab dengan nada yang marah lantas menutup talian.

Po marah dan bengang dengan panggilan yang tiba-tiba menjadikan dirinya keliru dan resah. Marahnya memuncak-muncak dan membakar perasaan. Tanpa berfikir panjang dia terus mendail nombor gadis itu. Panggilannya dijawab.

‘Err..bagitahu tunang awak yang dia tak perlu marah saya, saya bukan nak kacau awak.’ Kata Po tanpa salam dan ucapan aluan. Nada suaranya tinggi dan masih penuh emosi.

‘Apa yang awak cakap ni, siapa yang bertunang? ‘ kata gadis itu kebingungan.

‘Tadi, ada orang nama Azroy telefon saya dan marah saya, dia kata dia jumpa kad nama saya dalam beg awak. Dia kata dia tunang awak.’ Kata Po dengan nada yang juga kebingungan.

‘Saya mana ada tunang. Siapa nama dia ?’

‘Azroy…’

‘Kalau abang saya ada yang nama Azroy…’ kata gadis itu lagi.

‘Abang awak ke yang telefon saya ?’ tanya Po.

‘Isyy…abang saya tak kenal awak, dia di kampung, mana boleh dia bukak beg tangan saya..’ gadis itu menambahkan kekusutan.

‘Habis tu…yang call saya…siapa…awak belum bertunang?’ kata Po dengan perkataan yang berterabur.

Mereka mematikan perbualan dengan misteri yang masih tidak terungkai.

Jauh di ibukota, gadis itu termenung dan menduga bahawa itu hanyalah taktik biasa orang lelaki untuk bertanya tentang statusnya.

Bila pulang ke rumah Ariyon, temannya, Po terus bercerita tentang lelaki yang bernama Azroy pada temannya dan adik beradik temannya. Dia masih bingung dan keliru.

Topik tentang Azroy menjadi pemankin untuk Po terus menghubungi gadis itu. Mereka terus berbicara dan bercerita tentang kisah masing-masing. Mereka saling mengutus kad ucapan. Jalinan kasih mulai bercambah dan subur.

Suatu hari di petang satu syawal. Po dan teman-temannya berkumpul di satu sudut rumah. Masing-masing riuh bercerita dan bergurau. Tiba-tiba abang Ariyon yang bernama Asamboi datang kepada Po dan menghulurkan tangannya.

‘aku nak mintak maaf..’ kata abang Ariyon.

Po tersenyum dan tidak mengesyaki apa-apa.

‘Akulah Azroy…hah hah hah hah…’ kata abang Ariyon sambil menekan-nekan perutnya dan terus duduk. Gelaknya kuat dan panjang.

Po merah padam dan turut sama gelak.

‘Aku memang tunggu hari raya baru nak bagitahu ngko…ha ha ha..’ kata dia lagi dengan tawa yang tak putus-putus.

‘Mana tahu yang aku bagi kad kat awek?’ kata Po yang mengenang kembali tentang peristiwa ‘bagi kad’ tempoh hari di stesen bas. Seingat dia, Asamboi tak pergi malam itu.

‘Ariyon yang bagitahu..ha ha ha..’

Cikadak punya orang. Mati-mati Po ingat boyfriend lama gadis itu yang telefon tempohari.

Po rasa nak marah tapi tak jadi marah sebab peristiwa itulah yang menyebabkan dia dan gadis itu menjadi semakin rapat dan rapat dan dah tak boleh rapat lagi..dah dekat sangat dah.

6 bulan selepas itu Po bertunang dengan gadis itu. 3 bulan kemudian mereka disandingkan atas pelamin.

Sekarang aku..eh, Po lah POOO !… sudah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata.

Sekian sahaja cerita dongeng bertajuk Demi Rindu - Ini Bukan Sebarang Dongengan.

Tiba-tiba aku teringat lagu Rock antara Po dan gadis itu semasa mereka sedang hangat bercinta melalui telefon dan surat (sebab jauh, dia di KL, Po pulak duduk kat kampung..buat kerja-kerja kampung..)

DEMI RINDU KITA – MEDITASI

Terjaga dari lena
Ditusuk sejuk kota
Untuk aku mengingatimu

Sudah sekian lama
Aku lupa padamu
Kau dan aku akan bertemu

Terasa amat rindu di hati
Mungkin kau pun begitu
Bagaimana haruskah
Aku lakukan
Demi rindu ini

Tak mungkin hanya kata
Yang dapat meredakan
Rindu yang lama telah kau simpan
Aku harus dihukum
Dengan cinta
Demi rindu

Kau maafkanlah aku
Yang ingin bersamamu
Untuk hidup yang penuh dengan sayang
Dan rindu

Hanya takdir yang temukan kita
Masih belum terlewat
Untuk aku kembali
Menyintai dirimu
Demi rindu

Kau maafkanlah aku
Yang ingin bersamamu oh
Hidupku penuh dengan gelora
Aku harus dihukum
Demi cinta
Demi rindu

Melodi : Meditasi
Lirik : Burn
Album : Demi Rindu.

Panjangkan entry aku…kali ini…cerita dongeng mana boleh pendek-pendek….he he he
Agak-agak boleh masuk Malaysian Book Of Records tak?

Nama-nama yang aku sebutkan di atas hanyalah rekaan budak Po semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup senang atau hidup susah. Sekiranya ada persamaan kuadratik maka ianya hanyalah sesuatu yang disengajakan oleh Po dan bukannya aku. Aku sekadar mencatatkan perjalanan.

~ d’arkampo - "I believe that every single event in life happens in an opportunity to choose love over fear."
Oprah Winfrey

Sunday, June 13, 2004

Bantulah dia...

…

Encik Limau Kasturi (bukan nama sebenar) sedang duduk termenung sambil memandang sebuah rumah yang hampir 90 % siap tersergam di hadapannya. Dia buntu sebuntu-buntunya, kehilangan arah dan kehilangan pedoman.

Fikirannya melayang-layang dan hinggap di satu dahan kenangan hidupnya 8 tahun yang lalu. Ketika itu dia baru di terima masuk ke Fakulti Alam Bina, UTM Skudai. Semangatnya berkobar-kobar dan membara. Dia ingin menjadi seperti Frank Lloyd Wright, seperti Dr. Ken Yeang, seperti Hijjaz, seperti Raja Bahrain, seperti idola-idolanya yang lain di dalam alam seni bina. Dia ingin membina pencakar-pencakar langit, jambatan gantung dan bangunan yang unik. Dia mahu supaya hasil karyanya menjadi lambang dan kemegahan tamadun manusia di alaf akan datang.

Segala apa ilmu yang dipelajarinya telah diserapkan ke dalam jiwanya. Setelah 3 tahun di situ, dia dan senibina sudah menjadi sebati dan satu. Senibina adalah nadi hidupnya. Dia kemudiannya telah dianugerahkan dengan Diploma Senibina. Satu tangga asas untuk dirinya bergelar seorang Arkitek ternama. Demi mencapai cita-citanya, dia bekerja menjadi Technical Assistant selama 2 tahun untuk mencari pengalaman dan ilmu yang lebih praktikal. Setelah dua tahun bergelumang dengan projek-projek kecil dan sederhana. Dia berhenti kerja untuk menyambung pelajarannya sehingga dia dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Senibina. Segala-galanya demi senibina. Kecintaannya pada senibina adalah satu cinta yang cukup tebal dan mendalam. Dia mahu mengubah ruang menjadi satu tarikan pada mata manusia. Dia mahu mengekalkan warisan zaman. Dia mahu digelar sebagai pencetus minda manusia di dalam melihat dunia.

Begitu tinggi cita-citanya.

Sekarang, dia sedang termenung melihat hasil karya agungnya menjadi punah dan berterabur. Dia kecewa. Dia hampir menitiskan airmata.

Berbulan-bulan dia menyiapkan pelan, setiap malam dia memikirkan konsep dan falsafah tentang kediaman yang ingin dicipta. Hasilnya, amat merobek-robekkan hati dan jiwanya.

Dia terus memandang kosong.Kosong dan hampa.

Dia mejadi pelik dan lansung tidak teruja. Kediaman cantik yang sedang dibinanya tidak menjadi sebagaimana pelan asalnya. Ruang tamu menjadi jauh ke belakang. Jauh ke bawah dasar jurang. Apa yang tak kena?

‘Alangkah baiknya kalau ada Arkitek lain yang sudi membantu aku..’ bisiknya sendirian.

Bermacam-macam cara sudah dicuba tapi hasilnya tetap gagal dan kecewa.

Cuba ngko scroll bawah sekali. Disitulah ruang tamunya. Disitulah bingkai gambarnya. Disitulah sejarah cerita-cerita dongengnya. Ruang tamu yang dulunya berada di atas sudah tenggelam ke bawah. Mengapa jadi begitu?

Dia terus buntu.

Jigo, bantulah aku. Ruang tamu aku yang cantik sudah terlindung oleh dapur dan bilik stor. Buruk sangat aku tengok.

Punah cita-citanya untuk digelar arkitek yang ternama.he he he.

Jangan marah bang. Tak elok.

~d’arkampo –

"T hose who are less fortunate
O ften don't want to ask for help.
H ard times hit all of us at some point
E njoy your good fortune
L et your fortune help others
P eople helping people makes this world a better place!"
Catherine Pulsifer

Thursday, June 10, 2004

Monolog Seekor Lalat.

....

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku. Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku

‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.

…dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

******************************************************************

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap. Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. ‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih celaka !.

Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku. Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik, rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian. Kenapa ada juga perumpamaan ‘lalat terbang dipipiskan lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat ‘A’ tau.

Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.

Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya, aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !, sebuah Blog dengan nama Life Is A Fairytale…terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia ? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’ bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…

Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….

…dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

*********************************************************************

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.

(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat….)

~d’arkampo. - "A man may fall many times but he won't be a failure until he says someone pushed him."
Elmer G. Letterman

Thursday, June 03, 2004

Down Memory Lane

Hari ini anak sulung aku pergi jumpa dengan doktor gigi sebab nak baiki tayar basikal dia. Betul lah tu, pergi jumpa doktor gigi tentulah nak tampal/cabut/baiki gigi kan.Anak kedua aku pulak pergi bertindik sebab dia nak jadi macam Siti Nurhaliza (kata dia). Mak diorang cuti hari ni jadi mereka ambil kesempatan ini untuk buat benda-benda yang tertangguh selama ini. Bila isteri aku sms bagitahu yang semua dah selesai, aku call balik diorang. Aku tanya sama ada diorang sakit atau tidak. Tiba-tiba aku merasakan bahawa aku kehilangan sesuatu. Biasanya aku sentiasa ada di sisi mereka apabila mereka sakit atau menghadapi sesuatu pengalaman yang baru. Bertindik bagi anak perempuan aku yang berumur 4 tahun adalah sesuatu yang besar ertinya sebab dia nak sangat bergaya macam Siti Nurhaliza. Aku tak ada di sisi mereka pada hari ini. Aku menjadi rindu pada mereka dan aku menjadi rindu pada arwah ayah aku.

Aku menjadi teringat pada entry pertama aku dalam blog yang dulu.

Friday, October 31, 2003

aku tak dendam dengan Doktor kerana aku tahu Doktor bukan Tuhan. Doktor hanya manusia biasa. Sama macam aku. Aku bukan Doktor yang ada Priority Banking Card tapi aku manusia yang sama macam Doktor.

Sebenarnya, aku tak kisah pun kalau kau baca atau tak baca catatan aku ini…aku teringin nak menulis. Aku nak cerita pada kau, seorang Doktor ( walaupun kau tak baca, I ‘ll make myself believed that you are reading this)

“bahumu yang dulu kekar…legam di baham matahari…” – Ebiet G. Ade- Titip rindu buat ayah.

Petang itu, kami adik beradik membuat keputusan. Ayah mesti dihantar ke hospital walau sekeras manapun ketidakmahuannya. Abang aku start enjin kereta wira aeroback dia. Aku buka pintu sebelah..luas-luas. Ayah kami papah masuk ke dalam kereta dengan dadanya yang beralun-alun menahan lelah, tercungap-cungap dan peluh bagaikan air hujan memercik dari dahinya. Nafasnya tersekat-sekat, anak matanya merenung kosong, kosong sekosong-kosongnya. Setelah Ayah masuk, aku suruh mak dan abang aku yang lagi satu naik kereta tu. Aku naik kereta aku dengan abang-abang aku yang lain. Dua-dua kereta menyalakan Hazard Light. Tepi…tepi…kami nak cepat, Ayah kami tenat. Kedua-dua kereta meluncur deras memotong kenderaan-kenderaan lain yang merangkak-rangkak bersantai dan perasan yang diorang aje yang bayar road-tax.

Kami sampai di Hospital Besar, Aku mencari parking sementara kereta abang aku terus ke tempat letak kereta ER. Aku masuk ke kawasan lobby hospital, mata aku liar mencari mak aku dan abang aku. Aku nampak mereka di luar ER.

“sapa jaga Ayah di dalam ?” – detik hati aku.

Aku tahu ayah aku ada di dalam ER ..berseorangan, ketakutan, kelelahan dan pasrah.

Aku masuk ke dalam ER tanpa aku pedulikan manusia-manusia yang berbaju putih dan hijau dan putih dan hijau. Yang aku nampak hanya putih dan hijau. (Kenapa hijau ah ?)…Aku berdiri sebelah katil ayah.Tak ada orang yang marah atau halau aku. Tak ada doktor, tak ada nurse,tak ada sisters, tak ada attendant, tak ada MO, tak ada pakar bius, neuro-surgeon, O&G specialist, ENT Specialist, Radiologyst, malah pekerja RediCare yang angkat sampah pun tak ada. Cuma aku dan ayah aku di suatu sudut …dan ayah aku bukan seorang angkasawan. Di suatu sudut yang lain, aku nampak doktor-doktor sedang bertungkus lumus dengan darah memercik di apron hijau masing-masing bagaikan cat yang tumpah. Mangsa MVA (motor vehicle accident), aku lihat kaki kanannya hancur, nampak tulang, nampak daging tercarik-carik, nampak urat bergantungan. Aku pegang tangan ayah dan aku bisikkan kalimah-kalimah suci ke telinganya. Aku berbisik “sabar Yah, Sabar” dengan suara yang hampir tak keluar.

Mangsa kemalangan itu ….couldn’t make it. Dia meninggal di hospital ni juga, dalam bilik ER, tapi dia handal, he fought to live (…dia sikit pun tak menangis...and I’m not talking about Param eh.., sepak kang..). Lepas tu baru ayah dapat proper attention dari mereka-mereka yang bergelar doktor itu. Kasihan aku tengok mereka. Aku tak marah mereka. Aku tahu kerja mereka baik, tolong orang, selamat nyawa, bergelut dengan nasib dan takdir.

Setelah diberi injection, oksigen dan air gantung dan apa tah lagi, ayah aku dikeluarkan dari ER, aku lihat ada seorang perempuan sedang menangis. Muda lagi, menangis dalam kebingungan, menangis dalam kekeliruan. Isteri mangsa kemalangan tadi yang baru tiba. (aku dapat tahu kemudiannya yang langgar orang tadi dan ibunya adalah kawan CC di pejabat aku. Daging masih melekat dikeretanya semasa dia mengajak CC ofis aku buat laporan polis). Kasihan dia yang kehilangan suami dan ibu mertuanya sekaligus. Kasihan Doktor. Kasihan Ayah. Kasihan RediCare kerana dapat kontrak juta-juta.

Ayah aku dimasukkan ke dalam wad kelas 3. Wad umum, ramai orang,ramai doktor yang muda-muda, tangan terketar-ketar semasa nak ambil darah, ramai pekerja RediCare, ramai nurse yang kaler pada topi mereka bermacam-macam. Macam pasar borong selayang. Ramai yang macam-macam. Macam-macam jenis ramai. Hari dah malam. Maghrib dah berlalu. Isyak menjelang.

Malam itu mak aku jaga ayah yang semakin stabil dan tidur. Dadanya tak lagi berombak-ombak. Nafasnya sudah makin teratur.

Esoknya, dengan berbekalkan sekeping Guarantee Letter daripada Abang aku, cikgu besar. Aku cuba nak dapatkan Second Class, selesa sikit orang menjaga ayah. Aku hulurkan pada Nurse. Nurse ambik, angkat telefon, cakap-cakap, gelak-gelak, cakap Univ. of London sepatah dua, guna terms-terms yang di’short-form’kan.Nurse letak telefon. Pandang aku dan cakap ;

-“SECOND CLASS PENUH…”, - dan kembali buat catatan, report ke ntah apa tah.

Amboih, macam hotel pulak aku rasa..tapi at least hotel employees akan kata “maaf encik, semua bilik dah penuh ditempah…kalau encik nak, kami boleh sediakan Junior Suite atau Penthouse untuk Encik.”…..”and the rates would be different…if you don’t mind sir…”

Diorang panggil aku Sir..macam doktor-doktor muda “yang terketar-ketar semasa mengambil sample darah” panggil kepada semua doktor yang bergelar specialist.

Aku usahakan selama sebulan lebih ayah aku ditahan (kenapa ramai guna perkataan ditahan? ) di hospital untuk ayah ditukarkan ke Second Class tapi buntu gagal dan kecewa. Ayah aku tak di tahan di hospital kerana aku boleh bawak dia lari pada bila-bila masa. Pada hari-hari terakhir dia semasa menahan diri di hospital, tidak terjejak kakinya ke 2nd. Class Upper atau Lower sekalipun.

Second class penuh…penuh..tek reti-reti ke ..Second Class penuh.

Selama sebulan itu, ayah menjalani bermacam-macam rawatan. Pneumonia. Masuk darah entah berapa pint. Darah siapa ntah. Syukur ada darah. Masuk Air (nampak macam air sejuk sebab tu orang panggil masuk air).Ada minor operation, tebuk kat sebelah kanan dada ayah aku. Cecair merah bercampur nanah keluar membuak-buak masuk ke dalam botol di bawah katil melalui satu tiub jernih. Air jernih keluar dari mata Mak dan kakak-kakak aku melihatkan keadaan Ayah begitu. Kadang-kadang Ayah jadi okay, stabil, tidur, makan sikit, mengucap tetapi kadang-kadang ayah jadi tak stabil, tak tidur, tak makan dan meracau-racau. Apa yang paling disebutkannya selalu “Ayah nak balik, Ayah nak balik, Ayah tak mahu mati di hospital, Ayah nak mati di rumah” Kepada adik beradik aku yang lain, semua diucapkan benda tu dengan merayu, menangis dan menagih belas.

Pada aku, anak bungsu dia ni , dia ucapkan juga tapi aku sentiasa memujuk..”Sabar Yah, Doktor nak ubat lagi, nanti selesai ubat, lepas buang semua tiub-tiub ni, kita balik lah.”. Biasanya dia diam bila aku berkata begitu. Dia dengar cakap aku, anak bungsu dia berbanding abang-abang aku walaupun abang-abang aku semua ada tahap pendidikan sama tinggi macam aku . Cuma kerja aku glamer sikit. Tapi dia dengar cakap aku. Aku tahu dia bangga dengan aku, Pernah dia datang ofis aku, aku tahu dia kagum dengan bilik aku, dia kagum staff-staff aku panggil aku Boss. Aku tahu dia bangga dengan aku, kawan-kawan baik aku bagitahu. Aku tahu dari riak wajahnya dan dari sinar matanya yang semakin hilang sinarnya dari hari ke sehari.

Pada suatu ketika, keadaannya amat tenat. Dia meracau-racau. Ramai saudara yang datang. Ramai yang meminta kakak-kakak aku bawa Ayah balik. “Dah tak lama” kata mereka. Ustaz-ustaz yang datang pun kata begitu. Abang-abang aku pulak nak Ayah dirawat dihospital. Ajal maut siapa yang tentukan?. Bukan Ustaz dan nyata sekali bukan doktor. Aku jadi gawat. Apa yang aku nak buat bila satu keluarga berpecah dua. Kakak-kakak aku emosional sementara abang-abang aku rasional.

Aku call kawan aku, kawan aku ada abang ipar, abang ipar dia specialist di hospital itu. Specialist ntah apa tah tapi specialist ayah aku. Specialist bahagian dalam dada dan perut kot. Dia selalu keluar dalam Mingguan Malaysia dan banyak artikel dia pasal masaalah dalam perut. Aku cakap kat kawan aku yang aku betul-betul mintak tolong. Aku nak jumpa abang ipar dia. Tak berapa lama, kawan aku call aku cakap yang abang ipar dia tengah meeting (macam slalu ngko meeting kot) tapi habis meeting dia akan datang wad ayah aku. Dia suruh aku tunggu. Aku tunggu. Adik beradik aku tunggu. Tunggu dia habis meeting. Mungkin ada karipap atau mee hun goreng masa dia meeting. Aku tunggu.Doktor pakar nak datang jumpa aku.

Dia datang. Cakap dengan aku lepas tu suruh aku panggil adik-beradik aku. Semua berkumpul depan dia macam doktor yang tengah buat housemanship. Aku masih ingat kata-kata dia. Kata-kata hikmat dia. Aku rasa semua Doktor perlu ada kemahiran ini. Kemahiran berkomunikasi dengan jelas, terang, tak ada cakap Univ. of London dengan orang kampung, masukkan ketentuan takdir dan usaha. Tak ada medical terms…ya, tak ada medical terms. Dia cakap :

- “Abang-abang….kakak-kakak…., ajal dan maut semua hak Tuhan, Kat hospital ni, kalau dah masanya, dia akan pergi juga, samalah kalau di rumah. Tapi tugas saya adalah berusaha. Saya lihat dia ada peluang untuk saya ubatkan. Dia ada peluang sembuh. Cuma satu yang saya minta….saya minta yang saya diberi peluang untuk berusaha….”

Tergamam aku.

Semua diam, semua tak bersuara. Selepas itu, topik bawa ayah pulang sudah tidak timbul lagi. Tak ada apa yang nak didebatkan. Doktor pakar dah bersuara. Suaranya adalah keputusan kami. Dia seorang doktor yang baik. Aku hormat Doktor, aku tabik Doktor.Doktor baik, Nurse jahat.Nurse tak bagi duduk second class.

Ayah menjalani rawatan yang dijadualkan ke atasnya. Ayah masih meminta supaya dia di hantar balik dan semua sudah pakat ramai-ramai pujuk dia. Ayah masih on and off, ada tenat ada stabil. Katilnya sentiasa berubah-ubah, kejap kena pindah dekat dengan kaunter misi, kejap pindah jauh sikit. Dalam wad yang sama jugak. Ceh. Tapi aku baru tahu yang kalau dekat dengan kaunter misi tu, alamat, tenat sangat lah tu. Kalau aku melawat orang sakit sekarang, aku tahu situasinya hanya dengan melihat jarak katil dia dengan kaunter Misi dan doktor. Terminologi tu aku reka sendiri.

Kebetulan, ada anak saudara kakak ipar aku jadi doktor di situ, bertugas di wad ayah aku. Doktor perempuan, baik. Baru lagi kot sebab ada sorang lagi doktor yang nampak sangat eayy-aku-senior-dari-kau punya type.Doktor tu garang, aku takut nak tengok dia. Aku tahu aku menumpang di ‘kampung’ engkau, boleh lah engko sombong. Ngko ingat ngko cakap-cakap medical terms aku tak faham ke. Aku faham tau ! lepas aku tanya member aku kat HUSM…nanti aku faham.

Suatu petang, jam 2.00 petang. Aku melawat ayah di hospital macam biasa setiap hari, setiap petang dan bergilir-gilir malam. Petang itu, pelik sikit. Semua jenis dan kaedah rawatan telah dijalankan atas ayah aku. Wayar-wayar dan tiub-tiub jernih dah dibuang petang semalam. Ayah dah nampak stabil. Ayah pegang tangan aku, ayah berbisik dengan aku.

- “Kau bawaklah aku balik hari ni. Ayah merayu pada kau. Ayah dah tak tahan lagi dah. Ayah nak balik sangat-sangat. Ayah nak jumpa mak kau kat rumah. Ayah nak balik. Kau janji dengan ayah yang kau nak bawak aku balik….”

Aku terkedu. Tak pernah ayah merayu pada aku sebegini rupa. Kakak aku yang menjaga ayah merenung aku seolah-olah membisikkan benda yang sama. Aku teringat yang aku dah berjanji dengan dia dulu. Aku kehilangan kata-kata. Aku cuma dapat berbisik balik pada ayah selepas beberapa ketika.

-“Yah, saya cuba bawa ayah balik hari ini. Saya janji”

Aku berjanji dengan ayah.

Aku berjanji lagi dengan ayah.

Aku tinggalkan ayah , aku terus menuju ke Doktor S, anak saudara kakak ipar aku. Aku ceritakan tentang ayah. Aku lihat kakak aku sudah berkemas. Aku ingat janji aku. Dia ingat janji aku.Aku nak doktor berjanji dengan aku.

Aku tanya Doktor S,

“betul ke apa yang orang cakap, kalau minta Discharge, kalau sakit, hospital tak akan layan lagi..” sungguh-sungguh aku tanya.

Dia senyum sambil tergelak. Dia jawap :

“Tak ada lah, takkan lah kami nak biarkan dan tengok saja orang sakit kat kecemasan . Kami treat macam biasa juga. Kami tak sekejam itu. Semua cakap-cakap orang je tu. Kami ada tanggungjawab”

Lega. Aku minta discharge ayah. Aku minta dalam dia belum habiskan senyuman dia yang masih berbaki. Dr. S kata yang dia akan cuba usahakan , dia akan prepare semua discharge letter, undertaking / indemnity letter, preskripsi ubat, segala-galanya lah. Dia seorang doktor yang baik. Aku hormat Doktor.

Tapi, doktor S kata dia tak boleh sign discharge letter. Ada doktor satu lagi yang kena sign. Doktor yang sombong itu, doktor yang aku takuti itu. Setua-tua aku, aku masih takutkan doktor. Doktor S bagi segala dokumen kat dia dan bercakap-cakap sesama dia dengan medical-medical terms yang berbunyi macam bahasa tamil di telinga aku. Doktor S tinggalkan aku dengan seekor singa yang bersedia menerkam aku, mematahkan tengkuk aku , menyiat-nyiat kulit aku dan membaham isi daging aku.

“Tak boleh discharge lagi, darah dia tinggi lagi ni, nanti susah, dia ada sakit jantung, nanti kena stroke” macam tu la bunyi singa tersebut.

“please doctor, my father insist sangat nak balik..please lah..have mercy on him “ aku berbahasa London sepatah dua dengan dia.

“No, his blood pressure is still above normal”

“Please Doc, I’ve promised him that I would take him home today”

“No,”….dia sambung bual-bual dengan seorang doktor lelaki yang tersengih-sengih tengok aku merayu macam orang bercinta, doktor lelaki tu aku tengok dah jadi macam muka Tapir. Eloklah tu Tapir dengan Singa bergurau mesra.

“Doktor, ayah saya nak balik sangat-sangat, dia stressed , memanglah BP dia naik, kalau macam ni minggu depan pun tak turun BP dia.Lagi pun saya dah sign Indemnity letter. Semua risiko saya tanggung. “

Aku cuba berdebat dengan seekor singa yang masih muda lagi, cun jugak kalau dia senyum tapi dia tak pernah senyum kerana dia seekor singa. Aku tak akan kembali ke katil ayah aku tanpa surat discharge. Aku dah janji. Aku tak mahu mungkir janji dengan ayah aku. Janji aku janji betul. Aku tak sanggup tatap muka ayah kalau aku mungkir, aku tak sanggup berdepan dengan ayah dan beritahu Doktor tak bagi balik.

Kalau ayah aku ada kepala paip kat saluran darah dia, aku dah bukak dan biarkan tekanan darah dia turun sikit dan aku akan panggil Doktor Singa check. “mana ada tinggi..mana ada..hah..hah…malu ah tu..”

Dr. Kodomo Lion tak layan aku. Dia buat-buat sibuk di kaunter itu. Aku tak berganjak. Aku tak akan bergerak selagi dia tak sign. Aku hormat Doktor. Sepatutnya dia kena jugak hormat aku selepas aku hormat dia. Aku bow kat dia. Dia tak nampak sebab aku bow sikit aje. Ini bukan Mahkamah.Kena bow sampai dahi cecah lantai.

“please Doctor…”

Cair segala kaum Hawa mendengar alunan ayat aku. Kecuali dia. Dia. Dia membeku,membatu.

Dr. Kodomo Lion membiarkan aku menunggu macam patung. Last-last dia sign jugak, tapi muncung di mulut dia dapat aku agak panjangnya…ada dalam 5-7 inci agaknya. Dr. S kembali membantu aku. Dia baik. Ubat-ubat disediakan dan wheel chair disediakan.

Kakak Aku sudah siap berkemas dan ayah pun sudah memakai baju dan kainnya dengan lebih kemas. Aku tak bagitahu lagi yang ayah sudah boleh balik. Mereka percayakan aku. Mereka percayakan janji aku.

Petang itu, Ayah balik rumah. Mak aku gembira. Aku gembira. Kakak gembira, ada senyum dibibir ayah. Ada sinar di sudut mata Ayah. Sinar yang aku tak mengerti.

Sebelum Maghrib aku menghampiri ayah. Aku perlu pulang. Anak-anak belum diambil dari penjaganya. Ayah tidur. Ayah terbaring lesu. Aku capai tangannya. Aku cium. Aku nak minta diri dan minta maaf darinya. Dia tidur. Aku berbisik “Esok saya datang Yah.” Dia tak dengar. Ayah tidur.Nyenyak tidurnya. Gembira hatinya. Berbunga jiwanya.

Aku singgah di ofis, ambil kerja-kerja aku yang terbengkalai. Aku pulang. Macam biasa. Malam aku telefon rumah Ayah, bercakap dengan Mak. Mak kata dia okay, stabil.

-“Ayah kau dah boleh bangun sikit. Dah nak makan sikit”

Syukur pada Mu Tuhan, Alhamdulillah.

Pagi esoknya. Hari cuti , Awal Muharram. Aku nak balik rumah ayah pagi-pagi. Aku nak tengok Ayah. Aku nak bawak anak-anak aku. Cucu-cucu dia. Entah macammana, tak terbalik pagi-pagi seperti yang aku harapkan. Nak mandikan anak lagi. Hari cuti, suami isteri bergerak malas. Slow and steady. Ayah dah makin pulih.

Siap berkemas, aku di pintu kereta. Handphone aku berbunyi. Aku tengok caller ID, Rumah ayah. Aku berdebar. Aku jawab dengan suara yang seakan tiada suara.

“ Ayah dah tak ada…….”

Ayah dah tak ada.
Cecair jernih memenuhi mata aku sepanjang perjalanan.
Aku balik, mak memeluk aku erat. Mak meraung. Aku tersedu-sedan.
Aku balik nak mintak maaf, semalam tak sempat.
Aku balik hanya untuk melihat mayat.

Ayah dah tak ada.

Itu janji Yang Maha Esa. Itu Janji ayah.

Aku tidak mungkir janji dengan ayah. Permintaan akhir ayah aku tunaikan.
Ayah meninggal dengan mata terpejam rapat.

Cuma aku terkilan….aku tak ada disisi Ayah semasa ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Aku tak sempat minta maaf di hari-hari akhir hidupnya.

Aku mungkir janji pada diri aku sendiri. Aku nak balik rumah Ayah pagi-pagi lagi.

Terima kasih Doktor.

Terima kasih sudi mendengar.

Aku nak balik cari keset Ebiet. G. Ade.
# posted by d : 10/31/2003 07:50:44 AM

...dan aku kembali merasakan kasih dan sayang seorang ayah.

~d’arkampo - "If a man leaves little children behind him, it is as if he did not die."
Moroccan Proverb

Wednesday, June 02, 2004

Samarinda - The Soap Opera

Dia menghidupkan enjin motosikal Yamaha YZF R6 nya dan bunyi yang bergema dari kebuk ekzos motosikal tersebut tenggelam ditelan oleh hiruk pikuk kenderaan lain di kota raya. Kota raya yang sudah tidak menjanjikan apa-apa lagi padanya. Dia sudah berputus asa dan kecewa. Kecewa dengan penghuninya dan kecewa dengan kehidupan di kota yang kejam dan tidak bertimbang rasa.

Superbike yang menjadi kegilaan anak-anak muda kota raya itu meluncur laju membelah kesesakan jalan kota yang tidak pernah lengang di waktu-waktu begitu. Desis angin yang menyelinap masuk ke dalam topi keledar penuh mukanya menjadi satu-satunya hiburan baginya di saat itu. Jarum pada meter motosikalnya menunjukkan angka 150 km/j apabila dia mula memasuki laluan lebuhraya. Motosikal itu terus memecut dan meninggalkan kenderaan lain jauh dibelakang. Dia seolah-olah mengejar sesuatu. Mengejar impiannya yang semakin sirna dan menghilang bersama jerebu bagai kabus pagi. Dia mengejar tujuan yang entah di mana.

Dia terus memerah pendikit kelajuan motosikalnya sambil kotak fikirannya terus merewang-rewang mengingati peristiwa hitam yang berlaku padanya pagi tadi.

Pagi tadi, telefon bimbitnya menyanyi dengan nada polyphonic mengejutkan dia dari tidur yang lena. Dia menjawab dengan mata yang masih terpejam.

‘Bang, tak kerja ke hari ni?’

‘Tak, cuti. Kenapa?’ Jawab dia sambil menguap panjang.

‘Tak de, Tipah nak cakap sikit ni..’

‘Apa hal yang..’ dia menggosok-gosokkan matanya yang masih mamai.

Tipah tidak terus menjawab tetapi kedengaran nafasnya ditarik dalam-dalam seolah-olah mencari kekuatan.

‘Bang, Tipah rasa hubungan kita semakin hari semakin renggang. Jadi, Tipah ingat….’ Tipah menuturkan kata-katanya dengan nada yang tersekat-sekat.

‘Apa yang you cakap ni..?’ Dia terkejut dan adrenalin yang mengalir pantas ke otaknya menyedarkan dia sepenuhnya.

‘Tipah rasa Tipah nak…’ Tipah memperlahankan suaranya tetapi masih tersekat-sekat.

‘Tipah, kenapa jadi begini? Apa yang dah I buat? Kenapa sanggup you buat macam ni..?’ Dia tidak menunggu Tipah menghabiskan ayatnya.

‘Tipah…’ nada suara Tipah menjadi semakin sayu dan lemah.

‘You kat mana? I pergi jumpa you sekarang..’ Dia mengumpul kekuatan bagi menghadapi situasi yang meruncing itu.

‘Kat ofis…’ Kata si Tipah.

‘Okay, I pergi sekarang..’ Dia menutup talian sambil terus bangun dan mencapai tuala.

15 minit kemudian, dia sudah berada di atas motosikal kesayangannya dan bergerak ke Kampung Baru.Fikirannya berkecamuk dan bersimpang siur seperti selirat-selirat jalanraya di Kampung Baru.

Sesampainya dia di pejabat Tipah, dia terus menuju kepada gadis manis yang menjadi receptionist merangkap salesperson.

‘I nak jumpa Tipah..’ katanya dengan nafas yang turun naik.

‘ Maaf Encik, Tipah baru saja keluar dengan Encik Martopo..’ kata si gadis manis yang menjual bunga. Eh ..menjual kereta.

Fikiranya mula menjadi tidak menentu. Bayangan-bayangan kenangan mula menjalar pada setiap urat-urat ingatannya. Dia sedar Tipah sering bercerita tentang Martopo dan dia sendiri dapat menghidu betapa rapatnya Tipah dengan Martopo.

‘Patutlah Tipah sering menolak setiap ajakan aku untuk keluar dengan berbagai-bagai alasan kerja..’ Bisik hatinya.

Tiba-tiba matanya terbeliak. Sebuah lori tangki telah terbalik merintangi lebuh raya. Tiada jalan untuk dia meloloskan diri. Dia mengacip tuas brek sekuat hatinya dan motosikal supersport yang terkenal dengan prestasi pecutan itu terus meluncur dan miring di atas aspal. Percikan api kelihatan mengiringi motosikal itu menuju tepat ke badan lori tangki.

‘Ya Allah…’ jerit dia melihatkan lori yang semakin dekat dengannya dalam sekelip mata.

Hanya bayangan hitam yang menjelma di dalam matanya. Segala-galanya gelap gelita. Segala-galanya hitam pekat.

Suatu petang di sebuah hospital swasta di sudut kota raya.

Cahaya yang tadinya kecil dan memeritkan menjadi semakin besar dan membesar masuk ke dalam kanta matanya.

‘Tipahhh…..’ Dia mula memanggil nama yang amat dirinduinya. Perlahan dan penuh kesakitan. Tubuhnya terasa amat pedih dan menyakitkan. Urat-urat saling berdenyut dari seluruh penjuru tubuhnya.

Dia melihat kedua-dua tangan dan kakinya bergantungan dan berbalut putih. Kepalanya juga terasa berat.

‘Tipah di sini Bang…’ Dia mendengar satu suara dari satu sudut bilik.

Segala kesakitan dan kepedihan menjadi hilang apabila mendengar suara lunak merdu itu.

‘Tipah..kenapa nak tinggalkan Abang..?’ dia mula merintih dan memohon belas.Dia baru menyedari bahawa ayah dan ibunya sudah berada di sisinya semenjak tadi.

Tipah menghampiri dan menggenggam tangannya.

‘Bila pulak Tipah nak tinggalkan Abang…?’ bisik Tipah kehairanan.

‘Habis hari itu Tipah call Abang…’ Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena.

‘ Hari tu, Tipah rasa hubungan kita renggang sebab Tipah terlalu asyik dengan Blog Tipah, jadi Tipah rasa Tipah nak hentikan dulu penulisan Tipah dalam Blog..’ ujar Tipah dengan senyuman.

‘Martopo..?’ Dia mula mengingati kejadian semalam satu per satu.

‘Oooo..Encik Martopo Cuma tolong hantar Tipah ke klinik sebab Tipah demam teruk masa tu. Nak tunggu Abang, takut jatuh naik motor..sorrylah, Tipah tak larat nak bagitau Abang masa tu…suara pun tak keluar’ Ujar Tipah bersungguh-sungguh.

Dia mula merasakan bayangan hitam mula menyelubungi pandangannya…

‘Motor aku….’ Kata-kata terakhir dia sebelum dia pengsan semula.

He he..aku tak ada idea nak menulis sebab tu aku mereka cerita merapu ini. Sekadar mengisi masa kerja aku yang aku malas nak buat.

Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau masih mati dan belum hidup semula. Kalau adanya persamaan, anggaplah ia sebagai suratan atau kebetulan.

~d’arkampo - “Failure is the opportunity to begin again more intelligently.”
Henry Ford