Di dalam kereta.
Baru pulang makan malam dari sebuah gerai di Kampung Padang Air.
Penuh air sekeliling dan di tepi-tepi jalan. Hujan baru berhenti.
Kami suami isteri sedang berbicara tentang Rukun Islam kelima. Tentang Haji, tentang Baitullah.
Tentang Che' yang masih belum berkesempatan.
Arwah Ayah dulu pernah berniat untuk mengerjakan Haji sekelamin tapi Tuhan lebih mengetahui. Hanya Arwah yang sempat.
Tapi itu cerita lain.
Kami bercerita tentang tanggungjawab, tentang impian, tentang pengharapan.
Kami bercerita tentang adik abang.
Kami bercerita tentang komitmen, tentang segala macam permasaalahan.
Kakak bertanya;
Kenapa tak bawa Wan ke sana?
Isteriku tenang berkata. Aku hanya mendengar.
kalau dah cukup rezeki, kita akan bawa Wan sama-sama buat Haji nanti...
Kakak menyambung;
Ambil sahaja duit kakak dalam bank.
Isteri bertanya menduga. Aku sekadar mendengar sahaja.
Berapa duit kakak ada dalam bank?
...dua ratus.
Isteriku ketawa.
Aku hanya mendengar sambil memandu di gelap malam. Hujan merintik menimpa skrin hadapan.
Maher Zain bernyanyi-nyanyi...Allah Allah Kiya Karo... dari corong pembesar suara.
Cerita pengorbanan di Aidil Adha.
Terima kasih kakak.
~po
Allahi Allah kiya karo
Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.
Keep saying the name of Allah,
Don't hurt anybody
He, who is the ruler of the world,
Keep taking (reciting) his name.
Tuesday, November 23, 2010
Sunday, November 14, 2010
Tamara Eka
...
Cerita ini akan bersambung di suatu hari nanti tetapi bukan hari ini.
Bukan hari ini.
Bukan.
~po.
Cerita ini akan bersambung di suatu hari nanti tetapi bukan hari ini.
Bukan hari ini.
Bukan.
~po.
Wednesday, November 10, 2010
Falsafah Basikal II
Nampaknya entry 'falsafah basikal’ aku menjadi bacaan khalayak.
Aku dah mula rasa bimbang.
Mesti otai-otai basikal kat luar sana bengang kat aku. Baru setahun anak jagung muda main basikal dah tulis macam-macam. Tapi tak apa lah, ilmu kalau tak dikongsi akan jadi geografi, ia tak akan jadi ilmu alam.
Falsafah tuh.
He he he
Yang boleh aku katakan di ruang sesempit ini adalah;
Anda tahu anda sudah terkena ‘getah’ tayar basikal bila…
- Anda menyimpan basikal di dalam rumah. Tak ada peliknya.
- Anda tahu setiap jalan pintas, jalan parit taliair, jalan tanah merah dan jalan kampong dalam radius 50km daripada rumah anda.
- Anda rasa helmet basikal dan baju basikal itu satu fesyen yang anda mahu ubah selalu.
- Kalau anda melihat orang menunggang basikal, anda akan tenung pada basikalnya, perhati jenis apa, model mana, suspensi penuh atau hardtail, gadget apa yang ada pada basikalnya, bajunya, kasutnya dan macam-macam lah. Tak berkelip kadang-kadang.
- Kalau anda bertembung dengan grup berbasikal di jalanraya, secara automatik anda akan perlahankan kenderaan.
- Anda ambil tahu tentang acara-acara berbasikal yang diadakan dalam Negara dan tertanya-tanya; kenapa tak ada acara sebegitu di tempat anda.
- Anda membeli macam-macam lampu untuk diletakkan pada basikal, lampu suluhan terang, lampu kelip (blinkers) dan sebagainya sedangkan anda tak pernah atau jarang-jarang buat ‘night ride’.
- Kulit anda berbelang-belang di peha,lengan dan tengkuk akibat jemuran cahaya matahari.
- Anda tahu beza antara mountain bike dengan road bike. Pasti.
- Anak-anak anda akan menjerit di dalam kereta; ‘Bah! Basikal Bah! Basikal Bah!’ bila melihat orang lain berbasikal lengkap dengan pakaiannya dan alatan keselamatannya.
Dan macam-macam lagi lah. Anda sambung….
Tapi yang sahih, anda tidak dapat menafikan keseronokan berbasikal dan the journey itself.
Bak kata John F Kennedy; “Nothing compares to the simple pleasure of a bike ride”
Tak perlu cari sungai hendak diredah, tak perlu cari hutan hendak diteroka. Akan tetapi kalau sekiranya ada dan kalau buat aktiviti masuk hutan, redah anak sungai secara berkumpulan, tak dinafikan ianya memang menyeronokkan. Saya tahu, saya pun buat begitu.
Bagi aku pula, berbasikal ini memberi peace of mind kerana ketika menunggang aku lantas lupa kepada segala permasalahan semesta, lupa pada kerja, lupa pada komitmen, lupa pada dunia yang bergerak pantas tanpa menunggu sesiapa.
Ketika menunggang, kita hanya tumpukan perhatian pada jalan. Kita melihat sekeliling dengan lebih dalam. Kita perasan benda-benda yang tak pernah kita ambil peduli semasa memandu kereta.Kita akan perhatikan segala benda dalam rentak yang berbeza.
Contohnya; Setiap hari, aku akan melalui jalan ke arah lapangan terbang setiap kali balik ke rumah sebab rumah aku berhampiran dengan lapangan terbang tetapi aku tak pernah perasan benda ini.
Bila naik basikal baru aku tahu yang sudah banyak 'g' dalam negeri "Terengganu".
Kita akan mulai menyedari benda-benda remeh yang sebenarnya amat cantik dan indah jika dilihat dari kelajuan yang berbeza. Sama seperti hidup kita.Tak banyak bezanya.
Kita akan mulai menyedari benda-benda remeh yang sebenarnya amat cantik dan indah jika dilihat dari kelajuan yang berbeza. Sama seperti hidup kita.Tak banyak bezanya.
Bagi aku, tak perlu membeli baju yang mahal-mahal dari kelab basikal seluruh dunia, tak perlu beli kasut basikal yang ada ‘clip’ dan diperbuat dari karbon. Tak perlu pakai seluar ketat yang menampakkan apa-apa yang selama ini orang lain tak nampak. Tak perlu gajet gajet yang canggih, tak perlu hydration bag yang mahal. Tak perlu tukar-tukar tayar knobby kepada tayar slick setiap minggu.
Tak perlu semua itu.
Cukup dengan apa yang ada. Sehelai baju T, seluar yang sesuai, kasut sukan, setokin dan semangat kita sahaja.
Tak perlu fancy-fancy jika sekadar untuk riadah.
Tak perlu fancy-fancy jika sekadar untuk riadah.
Kerana berbasikal itu sangat simple konsepnya. Duduk di atas pelana dan kayuh sahaja. Dekat atau jauh, pakai topi keledar dan pakai kasut serta sarung tangan demi keselamatan diri kita.
Tak perlu cari sungai hendak diredah, tak perlu cari hutan hendak diteroka. Akan tetapi kalau sekiranya ada dan kalau buat aktiviti masuk hutan, redah anak sungai secara berkumpulan, tak dinafikan ianya memang menyeronokkan. Saya tahu, saya pun buat begitu.
Seperti pesan blog-blog otai basikal. Jadikan berbasikal itu satu lifestyle.
Sehingga kita bersua kembali.
“enjoy your ride".
~po.(sumber-sumber artikel dan gambar diambil dari internet)
Monday, November 08, 2010
Berkat Sabar Mu Itu...
...
Berkat sabarmu itu
mana tahu
gerimis akan berlalu
dan pelangi akan muncul
dengan warna-warna hatimu
Berkat sabarmu itu
mana tahu
camar akan terus berlagu
walau senja menyinsing waktu
dan malam akan bertamu
Berkat sabarmu itu
mana tahu
Tuhan akan kabulkan doamu
dan kau akan ketemu
cinta yang kau tunggu-tunggu
Berkat sabarmu itu
mana tahu
di saat kau merindu
dia pun turut sama
melukis bayang-bayangmu
Berkat sabarmu itu
mana tahu
Tuhan sebenarnya telah mengujimu
dengan perjalanan yang penuh liku
Berkat sabarmu itu
mana tahu
Mana tahu
laluan yang mudah
bunga yang mekar
taman yang indah
Tersedia
buatmu
dan doamu diiring dengan berkat sabarmu itu.
~Po. 11 Ogos 2008~
**********************
Amin. -HH- :-)

Sunday, November 07, 2010
Nyanyian Serambi
...
Rumah Che' tak jauh. Kurang dari 12 kilometer daripada rumah.
Tapi komitmen yang banyak menyebabkan aku tak mampu menziarahi Che' sekerap yang aku inginkan.
Aku tahu, itu bukan alasan.
Pagi semalam,aku melihat langit yang agak mendung tetapi tidak menampakkan tanda-tanda akan hujan,angin pun berhembus perlahan.Hari yang cukup tenang.
Lantas, aku capai 'glove', kasut, 'helmet' dan sebotol air kosong. Aku keluarkan basikal dari ruang tepi dan aku mula berkayuh.
Perlahan-lahan.
Melihat-lihat beberapa kawasan yang sudah mulai ditakungi dan digenangi air hujan. Meredah jalan-jalan kampung yang sempit dan mengelak-elak tahi lembu yang bertaburan.
Teduh dan mendamaikan.
Lebih kurang setengah jam atau mungkin empat puluh lima minit.
Aku sampai rumah Che'.
Che' melihat-lihat dari dalam rumah. 'Budak mana yang nakal main basikal sampai masuk ke dalam garaj..' kata hati Che' yang dia ceritakan semula.
Minum pagi dan makan nasi minyak yang Abang aku lebih beli.
Langit masih mendung dan kadangkala merintik dengan hujan di pagi Sabtu yang syahdu.
Kata Che', dia rasa tak 'selera' nak masak hari ini.
Jadi, aku dan Che' sekadar duduk-duduk di serambi sambil-sambil bercerita. Cerita tentang basikal aku dulu. Baru aku tahu yang basikal Yokohama biru aku rupanya dicuri semasa aku melihat orang bermain bola di kampung.Aku balik menangis. Aku pun sudah lupa.Langsung.
Che' cerita tentang basikal abang aku yang kalau aku sentuh pasti aku kena marah.
Che' cerita tentang ada seorang budak perempuan yang sekarang ini setiap gelap-gelap pagi akan lalu berbasikal depan rumah Che' untuk ke sekolah dan Che' timbul rasa bimbang lalu Che' berdoa setiap pagi untuk anak itu.Che' kata dia teringat akan cucu-cucunya.
Che' cerita tentang Norli yang selalu datang ke rumah untuk jemput aku naik teksi (beca)Pok Awang yang tak suka menunggu walau seminit pun. Che' cerita tentang Mat Senu yang selalu jemput aku dirumah di Batu Buruk untuk ke sekolah jalan kaki. Dilaungkan "adik! adik!" memanggil aku dari luar rumah kami dulu.
Aku cerita yang aku akan mandi parit sebelum sampai sekolah. Che' terkejut besar. Patut la kata Che' yang aku suka sangat jalan kaki pergi sekolah.Che' tanya aku; air parit tu bersih ke? Aku hanya mampu senyum.
Che' cerita tentang Mokcik Chik yang sedang sakit. Che' cerita tentang Che Ngoh Munoh yang sudah lama meninggal dunia. Tentang Ayohsu Bakkor yang berbini dua di Besut. Tentang Ayohsu Hassan yang lama tak tahu khabar berita.
Che' cerita tentang Abang Lan, Abang Lid semasa muda. Abang Lan yang naik basikal gelap-gelap hari ke Sekolah Padang Midin dari Batu Buruk. Kaki Abang Lan yang besar dan berurat, bila ditanya, Abang Lan kata kaki dia sesuai untuk 'gohek teksi' (mengayuh beca) sebab masa tu dia hanya belajar di aliran melayu sahaja.
"Jaddi Cekgu Besor jugok, Abang Lang mung.."
Che' pandang aku sambil senyum.
Sekali sekala aku bercerita tentang sakit Psoriasis aku.
Tak ada keturunan kau yang ada sakit tuh, kata Che'.Tak ada.
Kebanyakannya Che' hanya bercerita. Tentang anak-anaknya. Cucu-cucunya dan cicit-cicitnya. Aku hanya banyak mendengar. Di atas kerusi rotan di lambur rumah (serambi).
Che' tak ada 'selera' nak masak hari ni. Katanya.
"kalu mung nok makang, Che' nok gi massok ning..?. Tanya Che'.
"dakpe ah Che'...kenyang agi". Aku menghalang.
...dan aku sambung mendengar cerita-cerita Che' yang bagaikan nyanyian.Sudah amat jarang kami habiskan masa hanya dengan bercerita.Segala cerita di dunia.
Kadang-kadang Che' akan pandang ke jauh lontar pandangan. Ke arah kawasan perumahan yang baru naik dihadapan rumah.Ke arah Bangla-Bangla yang sedang tekun bekerja.
Ada kadang-kalanya itu, sambil-sambil bercerita, Che' akan diam.
Aku lihat ada sejuta lagi cerita di dalam mata Che'.
"ayoh mung dulu beli basika laing lepah basika biru tu kena curi..."
Kata Che'.
"dia beli basika laing..." angguk Che' tanpa melihat aku.
Che' lontarkan jauh pandangan semula. Ke arah kawasan perumahan yang baru hendak naik dihadapan rumah.
Aku pun begitu juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)