...
Sejuk pagi di kota London menggamit kerinduan dan kenangannya kepada dingin angin yang pernah membelai dan mengelus urai-urai rambutnya di suatu masa dahulu.
Suatu ketika dahulu, tatkala bangkitnya di subuh hari sambil mendengar kicau burung dan unggas yang bersahut-sahutan memecah damai alam. Dia melihat, memerhatikan saujana sawah dan bendang dikampungnya yang menyimpan sejuta kenangan.
Kenangan yang mengasyikkan.
Kenangan yang tak mungkin dapat dikaburkan dari pandangan.
Sudah hampir 25 tahun dia bergelandangan, bermusafir dan menjadi pengembara hidup di kota yang pernah menjadi lagenda kepada tamadun kemanusiaan. Sudah hampir suku abad dia meninggalkan tanah air yang sentiasa berkelip dengan sinar-sinar pembangunan.
Tanah air yang jauh beribu batu namun terasa dekat dan sentiasa tersemat dalam kalbu.
Dia bangkit, membuka jendela dan menghirup udara dingin di satu sudut dunia yang masih kekal dengan istana-istana lama, sejarah kegemilangan manusia dan sistem tradisi berabad usia.
Dia sukakan kota ini kerana kota ini telah memberikannya satu cerita. Masih memberi harapan kepada dirinya dan keluarga. Harapan untuk hidup sebagai manusia biasa.Bagaikan musafir yang sudah bertemu persinggahannya.
Dia tidak lagi merasa janggal, canggung atau asing dengan kota ini dan penghuninya. Tidak seperti yang pernah dirasanya ketika mula-mula dia menjejakkan kaki ke mari. Dia dan kota ini sudah menjadi satu warna. Warna yang sama.
Di sini, dia sudah mampu mengukirkan sekelumit senyuman. Senyum dalam keriduan yang panjang.Keluh resah yang dalam.
Dia mahu pulang tapi dia belum cukup bersedia untuk pulang. Sirih masih mencari gagang. Burung terbang yang masih mencari sarang.
Dia amat rindukan kampung halaman, rindukan tawa hilai dalam bahasa yang cukup dia faham. Rindukan masakan yang suatu ketika dahulu, dia tidak akan memandang kiri atau kanan walau hujan ribut, petir menggegarkan alam.
Rindukan bayu yang bertiup lembut pada setiap rembang petang.
“aku mahu pulang…” bisik hati, terdetik perasaan.
Dia berkelana di rantauan, menjejak mimpi, mencari diri. Dia seorang pengembara di tanah orang, menyongsang tradisi, melupakan akar umbi, tidak sekali.
…dan dingin kota London seakan mengerti, dia di sini, punya erti, punya mimpi dan punya perjuangan yang pasti.
Dia. Di suatu hari, pasti akan kembali ke sini.
~darekampo.
Sunday, February 27, 2005
Thursday, February 24, 2005
Mencari Harta Karun
....
Beberapa tahun nan lalu, aku pernah menganjurkan pertandingan mencari harta karun bagi persatuan profesyen aku.
Sengaja aku publishkan di sini untuk simpanan aku sendiri.
Setkan meter (trip meter) kenderaan anda kepada angka kosong.
Jawap soalan-soalan di bawah mengikut jarak yang telah ditetapkan. Untuk soalan yang ditandakan sebagai “ soalan harta karun”, sila bawa balik apa yang dikehendaki oleh panel hakim dan diserahkan dipenghujung pengembaraan.
KM 0 – KM 1
1.Apa yang harus anda jelaskan pada setiap 1hb. Jun pada setiap tahun,
Gagal untuk membayarnya, denda bertimbun-timbun.
2.Doa yang besar dan tinggi kedudukan
Lebih terang bila dibaca di waktu malam
Lebih jelas dari hujung jambatan
Dongak sedikit, nampak jawapan.
3.Niatnya jelas
Matlamatnya kelas
Tak ingin berada di kedudukan yang “last”
KM 1 – KM 5
4.Malangnya di sini tiada menjual pakaian wanita keturunan India walaupun pakaian tersebut cantik dan indah.
5.Orang Kuat berasal dari negeri mana ?
6.Bagi orang Cina, kedainya sentiasa bertuah.
7.Eh, ini macam cerita yang selalu keluar dalam NTV7, cuba intai kot-kot ada pelakon Wardina di dalamnya.
8.Boleh terbakar duit kalau mendapatkan perkhidmatan di sini.
9.Susah sedikit nak tengok ikan berenang-renang di sini sebab kedudukannya yang tinggi.
10.Jangan beli kerusi di sini, tidak selesa.
11.Beliau berniaga selama satu bulan sahaja dan hari pertama di bulan tersebut memang meriah, satu Malaysia cuti.
12.Kedai ini menjual kenderaan import tapi tak perlukan permit masuk kerana namanya sahaja sudah mampu meyakinkan pegawai Kastam.
13.Kalau di Indonesia mereka dikenali sebagai ABRI
Kalau di Malaysia, nama mereka sama dengan mesin pengeluar wang automatik,
Di sini, gerun kita mendengarnya.
14.Orang-orang yang melanggan di sini perlukan rawatan mental.
15.Maaf, di sini tiada kincir angin atau terompah kayu kerana ia negara baru.
16.Anda tidak perlu risau takut di tipu di sini kerana kedai ini sentiasa dirahmati.
17.Beliau tidak memusuhi Yasser Arafat atau menyokong Arial Sharon, sekadar nama malaikat.
18.Jangan bayar zakat di sini kerana di sini tiada Amil yang dilantik.
KM 5 – KM 8
19.Amboi, semua adik beradik dia ada saham dalam koperasi ini.
20.Segala jenis kenderaan dua roda ada di sini bahkan ia memenuhi satu planet.
21.Jangan terkeliru, di sini tidak menjual alat-ganti kapalterbang.
KM 8 – KM 10
22.Cecair ini untuk manusia hirup, bukan minyak pelincir transmisi kereta anda.
23.Saya mempunyai nombor siri LS 2800 dan saya mempunyai tali pinggang yang bersambung. Apakah saya ini ?
24.Pemenang yang sentiasa bernafas dengan segar.
25.Kalau Balai Polis atau Balai Bomba untuk kita membuat pengaduan, Balai ini mungkin untuk pokok membuat pengaduan.
KM 10 – KM 11
SOALAN HARTA KARUN
MAKANANNYA ENAK, SEDAP DAN LEMAK
LEBIH TELUR, LEBIH TERANGKAT
BENTUKNYA SEPERTI BUNGA YANG MEKAR
HIDANGAN PETANG TERASA NIKMAT
DI DALAM PASAR HENDAKLAH DICARI
NAMA MAHSYUR LAGI TERSOHOR DI SINI
HUJUNG NAMANYA SAMA DENGAN PEKAN INI
Bawa balik sepotong dua untuk hidangan family day petang ini.
KM 11 – KM 15
26.Kita tahulah yang si Mat itu lelaki.
27.Kuat betul balak ni…
28.Kalau setakat kereta Kancil, jangan datang ke sini. Takut tak muat untuk dimasukkan ke dalam bonet hadapan.
29.Ianya sangat popular di Kampung Baru, Kuala Lumpur,
Tak perlu passport untuk merasanya kerana rasanya serata dunia.
30.Nampaknya kanak-kanak sekolah ini mungkin tidak boleh bermain bolasepak langsung.
31.Nampaknya pulak, penduduk di kampung ini mungkin tidak boleh bermain bolasepak juga. Takut terbakar kaki.
32.Syarikat lain membina bangunan, syarikat ini membina batu-bata.
33.Generasi sekarang mengunyahnya belum tentu
Amat digemari oleh orang dulu-dulu
Kini tinggal adat dalam majlis tertentu
Tersergam indah di kanan jalanmu.
KM 15 – KM 24
34.Ayam ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan ke ?
Sila dapatkan nombor telefonnya.
35.Syarikat ini membenarkan pelanggannya berhutang
Cuma sediakan buku kecil apabila datang.
KM 24 – KM 38
36.Lihatlah aku dikirimu…
Dulu akulah jenama kebanggaan
Bergerak mewah, segak dan tampan
Membawa orang ke Timur dan Barat
Untuk perjalanan jauh dan dekat
Kini aku tersadai lemah dan kaku
Meniti hari di mamah waktu
Apakah jenamaku………
37.Nama pemilik kenderaan TF 563 diabadikan di sini. Siapa dia ?
38.Tambah huruf “R” di hadapan namanya, kita kena hormati dia.
KM 38 – KM 42
39.Walau hujan, becak dan berselut
Datang ke sini, roda tetap berkilat
40.Namanya pernah diabadikan dalam lagu melayu lama dan asli
Jamal Abdillah mempopularkannya kembali
KM 42 – KM 48
SOALAN HARTA KARUN
TUGU KAMI BERDIRI MEGAH DI SEBELAH KANANMU SETIAP KETIKA
MERCUTANDA KAMI BESAR BERKALI GANDA DARI SAIZ BIASA
KAMI BERSAUDARA TIDAK SEBAPA
TIGA RASA KAMI NYATA BERBEZA
KAMI DIDAGANGKAN SETIAP MASA
JUGA BERMUSIM MENGIKUT CUACA
SILA BELI SALAH SATU DARI KAMI
NANTI PETANG KITA KUPAS BERSAMA
SEIKAT, SEGUGUS ATAU SEPLASTIK DICARI
JADI HIDANGAN DI HARI KELUARGA
41.Daun ke bawah, akar di udara
Cantik dihias di pagar istana
Sejenis tumbuhan di gantung merata
Cuba bertanya nama dua jenis daripadanya
42.Makanan tradisional kebanggaan kita
Enak baunya di bawah api membara
Tuliskan dua dari namanya
Agar tak hilang dari ingatan kita
KM 51 – KM 60
Di kilometer 53.4 sila belok ke kanan ke arah Bukit Putera
43.Nampak gayanya, nelayan dan pesawah tak dapat membeli-belah di sini.
44.Bila agaknya tarikh masuk tapak ?
45.Di Perak, ianya pusat peranginan utama
Di sini, bukti jelas di belakang tanda.
46.Abangnya megah kerana ada stesyen pemancar
Sepupunya pula ada di Bandar
Di sini, susah sikit nak sedar
Banyak hurufnya sudah tertanggal
47.Aku dulu gagah terbilang
Memecut laju meninggalkan saingan
Nomborku U 6039
Apakah warna yang tinggal di badan.
KM 60 – KM 80
48.Dalam rimba kita mendengar suara mereka
Berbunyi riang di hening suasana
Peliknya di sini, ia dipelihara
Bukan pula berasal dari belantara
Apakah haiwannya ?
SOALAN HARTA KARUN
MENJADI PELURU “BEDILAN” SENJATA
SEWAKTU KITA DI AWAL USIA
BUDAK LELAKI BERPERANG DENGANNYA
BERBAJU CERAH PASTI MELEKAT KESANNYA
BAWA BALIK PELURU TERSEBUT
JANGAN BANYAK SANGAT NANTI SERABUT
Di kilometer 70, sila belok ke kanan menuju Pantai Merang
49.Di KM 75 tercacak sebaris
Kainnya koyak berkibar sedih
Dibuat dari kayu terpilih
Berapa batang tiang jawapan di tulis.
DI KILOMETER 75.9 SILA MASUK KE PANTAI MERANG UNTUK MAKANAN TENGAHARI.
50.Kalau nak beli tanah
Siapa yang perlu kita hubungi ?
KM 80 – KM 91.4
51.Dilembah ini namanya seakan Pulau
Di bukit sana nama saudaranya
Pendatang Haram pernah dipulau
Tempat ini namanya apa ?
52.Tempat pengajian ini tidak sesuai sama sekali dibuat pagarnya dari konkrit.
SELAMAT MENCARI HARTA KARUN DAN SELAMAT BERGUMBIRA BERSAMA KELUARGA. KEMENANGAN BUKAN DICARI TAPI SEMANGAT BERSAMA LEBIH BERSERI.
~darekampo

Wednesday, February 23, 2005
Selamat Hari Rabu
…
Buat pertama kalinya dalam sejarah 8 tahun perkahwinan kami, kami terlupa pada ulangtahun perkahwinan kami sendiri.
Betul-betul lupa.
Isteri aku lupa sebab dalam kesibukan dia, dia menguruskan sambutan hari jadi anak aku di Tadikanya.
Aku lupa sebab aku lupa sebabnya.
Jangan salahkan aku, no handphone aku sendiri pun aku save dalam phonebook handphone aku. Ye lah, bila orang tanya “aii, nombor sendiri pun tak ingat?”
Aku jawab “aku tak pernah call nombor aku sendiri”
Lelaki dan nombor adalah seperti bulan dan matahari, tak boleh muncul sekali.
Dan lelaki akan menghujjahkan bahawa otak bukanlah untuk mengingati nombor atau tarikh, otak adalah untuk berfikir dan mencipta benda-benda seperti diari, PDA, komputer, handphone supaya kita tak perlu mengingat nombor akaun bank, nombor telefon isteri atau tarikh anniversary, hari jadi dia, hari jadi anak-anak.
Ulangtahun perkahwinan kami adalah pada hari 20 bulan 2.
Pernah suatu ketika dahulu, puteri kelopak pandan aku cuba untuk menguji daya ingatan aku selepas 6 bulan kami bersama.
Isteri : bila kita kahwin?
Aku : Dua puluh dua.
Isteri : hah?
Aku : Dua puluh dua.
Isteri : Ni lah lelaki, baru 6 bulan dah lupa tarikh anniversary.
Isteri : Dua puluh haribulan lah!
Aku : errrr…..
(setelah menggunapakai segala pengalaman dan kepakaran aku)
Aku : Betul lah saya cakap tadi, dua puluh bulan dua…dua puluh, dua!
Isteri : ye lah tu..
Selamat aku.
Happy Birthday yang kelima buat kakak hari ini (tu pun setelah diingatkan oleh puteri kelopak pandan semalam..he he ).

Sunday, February 20, 2005
Hikayat Peronda Lebuh Raya
...
Baru-baru ini ketika aku dan 2 anak aku dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta kami melalui satu sekatan jalan raya. Cuak juga hati aku sebab ada satu saman speed trap yang belum aku bayar.
Anak-anak aku dah mula bising "Bah! Road Block Bah!"
"Bah, polis Bah !"
"hah ! duduk diam-diam, polis buat road block sebab nak cari sapa-sapa yang bergaduh dalam kereta, sapa-sapa yang tak dengar kata...".
Biasanya kalau 2 beradik itu bergaduh tahap kaki dan tangan naik ke muka, aku akan mencapai handphone aku dan aku panggil polis.Kalau di rumah, biasanya aku dial nombor rumah dan diorang akan berlari meminta ampun bila aku cakap yang polis dah ada kat luar, telefon sebab nak masuk ambil mereka.
Perjalanan pulang aku hari itu cukup aman dan tenteram.
Teringat aku kepada kisah seorang teman.
Dia seorang usahawan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari kampung aku. Dia memang jenis yang tak suka pakai tali pinggang keledar dan separuh perjalanan, dia melihat satu sekatan jalanraya dibuat oleh pihak Polis.
Memandangkan ketika itu waktu malam dan tidak banyak kenderaan, dia terus mencapai tali pinggang keledar dan cuba untuk memasukkan kepala tali tersebut ke dalam pemegangnya tetapi gagal kerana kalut dan polis sudah berada di sisi kenderaannya.
Dia bertindak bijak apabila terus memegang tali pinggang keledar tersebut dengan tangan kirinya.
Polis: Nak Ke mana?
Dia : KL.
Polis: Jauh tu.
Dia : Ya
Polis: Larat ke pegang tali pinggang macam tu sampai KL?
Dia : he he he
Dia dilepaskan dengan amaran.
Tabik Tok!

Tuesday, February 15, 2005
Misteri Si Penggali Kubur.
…
Tajuknya memang menakutkan tapi ini adalah sebuah kisah benar. Kisah yang terjadi pada diri aku sendiri.
Petang tadi, ketika aku menghadiri majlis pengkebumian seorang kawan. Aku terjumpa dia lagi. Seorang lelaki misteri. Seorang yang kerjanya menggali kubur si mati.
Aku teringat kisah beberapa tahun dahulu ketika aku menguruskan hal-ehwal pengkebumian arwah ibu mertuaku.
Antara tugas-tugas yang diberikan kepada aku adalah mendapatkan permit untuk menguburkan di sebelah waris, membuat laporan polis dan segala dokumentasi termasuklah menempah liang untuk pengkebumian.
Untuk menempah liang, aku telah diarahkan oleh Sheikh yang menguruskan mayat supaya berjumpa dengan Alias, penggali kubur di mana arwah ibu mertua aku akan disemadikan bersebelahan dengan arwah bapa mertuaku. Aku diberikan alamat dan arah rumahnya.
Pagi itu, aku memandu bersama-sama dengan abang ipar aku menuju ke rumah Alias dan setibanya aku di satu simpang masuk ke rumahnya, aku menemui seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan berkulit gelap. Lalu aku bertanyakan rumah Alias penggali kubur itu.
Lelaki itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah rumah Alias siap dengan warna catnya. Aku pun mengucapkan terima kasih dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu dengan basikalnya.
Sesampainya aku di rumah Alias, aku memberikan salam berkali-kali tetapi tak berjawab.Aku syak bahawa Alias tiada di rumah dan bimbang kerja aku pasti tergendala kerana pengkebumian akan dibuat pada petangnya. Tanpa putus asa aku memberi salam lagi mana tahu kot-kot dia tak dengar atau tertidur.
Salam aku dijawab dari belakang aku. Terkejut jugak aku. Rupa-rupanya lelaki yang berbasikal tadi menjawab salam. Dia turun dari basikal dan berdiri di halaman rumahnya dan bertanya ‘nak cari sapa?’.
Aku menjawab ‘ nak cari Alias penggali kubur..’
Dia menjawab ‘saya Alias penggali kubur…’
Ceh..buang karan betul. Dialah juga tadi yang beria-ia menunjukkan rumah dia sendiri rupanya.Tapi riak mukanya memang serius, tak ada gelak langsung walau aku sudah terkena BIG TIME!.
Silap aku jugak sebab bertanyakan rumah Alias dan bukannya Alias.
Selepas itu urusan aku selesai dengan Alias penggali kubur yang penuh misteri itu tetapi minat aku pada kemisteriannya terus bercambah. Setiap kali aku menghadiri majlis pengkebumian di kawasan perkuburan itu, aku pasti akan terdengar berbagai cerita misteri tentang dirinya.
Tadi, aku mendengar lagi satu cerita misteri tentang Alias ini.
Baru-baru ini, ada satu kematian dan Alias telah ditugaskan untuk menggali kubur seperti biasanya. Satu pantangnya yang besar adalah ada orang menunggu atau melihat dia membuat kerja-kerja penggalian.
Salah seorang ahli keluarga si mati itu tetap berdegil dan tidak mahu pulang walau sudah disuruh oleh si Alias.
Alias berkata ‘ Balik lah, saya nak buat kerja, jangan bimbang, nanti selepas zuhur, siaplah liangnya’
Ahli keluarga tadi ‘Tak apa, saya tunggu’
Alias menjawab ‘ kalau macam itu, tak apalah, kita sama-sama tunggu…’
Kedua-dua lelaki tadi terus duduk dan termenung beberapa lama sehinggalah ahli keluarga tadi meminta diri.
Aku cuba bertanya rasionalnya pada mereka yang hadir pada majlis pengkebumian tadi dan aku mendapat jawapannya.
“semasa dia menggali, kadang-kadang dia terjumpa atau tergali tulang-temulang mereka-mereka yang sudah lama meninggal kerana tapak liang adalah saling berdekatan. Dia akan cuba menanam semula tulang-tulang tersebut dengan baik dan cuba membuat liang tanpa mengganggu tulang-tulang tersebut. Kalau ada sesiapa yang melihat pasti akan terkejut atau tidak selesa dengan caranya mengalihkan tulang-tulang itu..’
oooooooo….
Melopong den.
Darekampo.

In Memory Of....
...
a friend died today.
Semalam semasa aku dan kawan-kawan akrab sedang mengambil sarapan bersama-sama, salah seorang dari kami memberitahu tentang keadaan kesihatannya yang sudah teruk. Kami bercadang untuk melawatnya pada petang semalam tetapi disebabkan beberapa perkara yang kami tak dapat nak elakkan, kami tangguhkan ke pagi ini.
Pagi tadi, semasa subuh aku menerima sms.
Tuhan mungkin lebih mengetahui. Kami memang merancang untuk melawatnya pagi ini.
Al-Fatihah buat seorang kawan.
darekampo - kali terakhir aku menemuinya adalah sekitar bulan lepas dan dia sudah terlalu uzur pada pandanganku walau ketika itu dia masih mampu berjalan dan bercakap.

Tuesday, February 08, 2005
My Life, My Fairytales
...
I’m writing this in English. Don’t ask me why.
The Life in this ‘online’ world is no longer a fairytale. It has become life real. The intended surrealism is now becoming a melodrama.
Fairytales is supposed to be entertaining. It defy all logics or any law of relevancy .
Fairytales is about hope and dreams. Princess and handsome prince.
There are times when we need to fly away to the open sky. Flap your wings and just fly away from the haywire and hectic life. No traffic lights or stop signs, just fly and fly before you realized that life is ain’t that bad. Now its time to feels the earth move from under your feet. Time to go home, back to reality.
That is what fairytales is all about.
Fairytales is full of hoaxes and deceptions.
Remember the little sprite lie from Elsie Wright and her cousin Frances Griffiths? They have lied to the world for 66 years by saying that fairies do exist and they can prove that by showing their pictures of small people and gnomes. Even Sir Arthur Conan Doyle, the creator of the supremely rational detectives Sherlock Holmes believed in them. The 1917 Cottingley Fairies is actually a simply cutouts of fairies’ picture taken from their story books and was held in place with hatpins. What had begun as a minor domestic event quickly became a celebrated supernatural story in the British press.
We were fooled for 66 years. Imagine that.
I surely don’t want to fool anybody for even one hour with my fairytales.
Remember Milli Vanilli? Remember the fame they have succeeded? They even been awarded the Grammy Awards in 1989. Their first album was sold for two million dollars worth. In the end, the whole world was fooled again. The voices and vocals was not theirs. They have the looks but not the voice.
I don’t want to deceit people with my ‘voice’ here.
My ‘voice’ here, came from my heart and my own conscience.
My fear, my tears, my cheers, my dear.
....my life.
Darekampo. - Happy Chinese New Year.

Sunday, February 06, 2005
Jeritan Tak Bersuara
…
Hari sudah mulai menempuh kegelapan. Dalam remang-remang senja nan merah, angin bertiup perlahan.Membelai daun-daun dan pepohonan. Gemersik nada dan suara alam.
‘pak cikkk !!!’ jeritnya nyaring.
‘Tolong saya pak cikk !!!’ jeritannya membelah sunyi petang yang suram.
Kelihatan Pak Cik yang baru pulang dari kebunnya memperlahankan basikalnya. Pak cik itu memandang ke arahnya lalu berhenti seketika di pinggir jalan. Dia merenung seketika ke arahnya dan memandang sekeliling.Memerhati setiap gerak ranting dan dahan.
Tergesa-gesa pak cik itu meneruskan kayuhan. Semakin lama semakin laju dan hilang dari pandangan setelah gelap malam menyelimuti cerah siang.
Dia masih di situ, terbaring kaku dan bisu.
Sudah berhari-hari dia terlantar di atas hamparan rerumputan, di celah-celah semak samun yang merimbun penuh kekusutan.
Dia tak mampu bergerak walau untuk merangkak. Dia tak mampu untuk mendongak walau untuk melihat lembayung senja yang bersinar dengan pelbagai warna dan corak.
Dia pasrah, hanyalah jeritan-jeritan dari dalam hatinya memecah damai dunia. Dia amat takutkan kegelapan malam kerana apabila malam menjelma, ribuan serangga dan binatang berbisa akan datang memamah urat dan dagingnya, memamah tulang temulangnya tanpa bersisa.
‘Tuhan, selamatkanlah aku dari kegelapan malam..’ bisik hati kecilnya penuh dengan rona-rona kegelisahan.
Dia tak mampu menangkis mahupun sekadar menguis ulat-ulat yang bertaburan di atas dadanya. Ulat-ulat yang menggigit dan mengorek setiap rongga yang terbuka.Cacing, lipan dan kumbang tetap menghurungi tubuhnya walau dia dengan suaranya cuba menghalau serangga-serangga itu dari menghampirinya.
Dia hanya punya suara. Suara yang langsung tidak bergetar di kerongkongnya.
Malam itu berlalu dengan azab dan pedih. Binatang-binatang berbisa masih lagi menggomolnya tanpa rasa, tanpa belas, tanpa kata bicara.Ulat-ulat sudah kenyang memakan setiap inci tubuhnya dan bergolek jatuh sebelum menggeliat mengorek tanah-tanah yang menjadi hamparan tidurnya.
Siang akhirnya menjelma dengan matahari memancar terang menyinari alam maya.Serangga-serangga berbisa mulai mengundur untuk berteduh di sebalik tunggul dan dahan yang reput di mamah usia.
Dia terasa sedikit ceria kerana dia amat bencikan kegelapan.Dia amat takut berseorangan dalam himpunan daun-daun kering dan kusam.Pagi itu, dia mendoakan sekelumit harapan.
Tuhan itu maha Agung.
Pagi yang cerah dengan kicau burung sahut menyahut, dia mendengar suara-suara yang sudah beberapa hari tidak kedengaran. Suara anak-anak yang sebaya dengannya.Mereka menjerit-jerit kegirangan dengan lastik di tangan. Dia kenal suara-suara mereka, suara-suara teman-teman sepermainannya.
‘Mann…tolong aku, aku di siniiii..!!!!’ jeritnya panjang.
‘Dollll….kasihankan aku, aku tak mahu lagi di siniiii…!!!!’ jeritnya lagi.
Jeritan-jeritan itu tidak mampu mengejutkan makhluk-makhluk yang bertebaran di muka bumi ini.
Dia menangis. Menangis semahu hati. Menangis mengenangkan nasib diri.
Tuhan itu maha kaya.
Man dan Dol yang sedang mengejar burung serindit penuh warna akhirnya tepat berdiri di hadapannya.
Dia cuba tersenyum pada mereka dengan lebaran bibirnya tetapi mereka tak mengendahkannya sehinggalah Man tersadung kakinya.
Man menjerit diikuti oleh Dol yang terus berlari pergi tanpa menoleh padanya lagi.
Dia tersenyum, dia tahu, sekurang-kurangnya dia tak akan sendiri lagi di sini. Man dan Dol mungkin akan kembali untuk bermain-main dengannya apabila mereka tahu di mana dia kini.
Dia menangis lagi, menangis kerana dia gembira. Dia tak perlu menjerit lagi.
….
Tengahari itu, sekumpulan pakar-pakar forensik dari PDRM berkumpul di satu sudut hutan belukar dengan penemuan rangka manusia yang dipercayai kanak-kanak perempuan berusia 10 ke 15 tahun. Dipercayai kanak-kanak tersebut telah dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya di buang di situ.Pihak polis memohon sebarang maklumat dari orang ramai yang kehilangan anak mereka.
….
~d’arkampo – rentetan beberapa kejadian dan penemuan rangka kanak-kanak selang beberapa bulan di bandar kecilku benar-benar mengejutkan dan membimbangkan aku.Jeritan mereka jeritan dunia, jeritan mereka tanpa suara.

Thursday, February 03, 2005
Ruang-Ruang Kemaafan
…
Aku memohon maaf yang dalam.
Aku memohon maaf di atas ketelanjuran catatan yang mengguris perasaan.
Aku tak punya niat untuk menyakiti hati sesiapa.Langsung tidak terlintas untuk menjadi dalang yang sumbang.Sesumbang malam tanpa siang.
Aku tak mahu membuat apa-apa pembelaan atau justifikasi yang panjang. Aku akui, silap aku yang tidak melihat secara keseluruhan. Silap aku yang telah membuat catatan yang sebegitu lancang.
Silap aku. Aku pun makhluk Tuhan yang banyak membuat kesilapan.
Terima kasih kerana menyedarkan aku. Seperti yang aku pernah katakan dulu. Aku cuma berniat untuk pesan memesan tanpa melukakan hati orang. Cara aku belum cukup hikmah. Belum cukup matang.
Harap kalian sudi memberi ruang-ruang kemaafan.
Aku tahu, mudah untuk memohon kemaafan tetapi payah untuk melupakan. Aku tahu.
Sekali paku ditusuk ke dalam kayu, walau sudah dicabut, bekas lubangnya tetap tak akan hilang walau kayu reput retak seribu.
May be this is a sign…may be.
I’m here long enough.
~d’arkampo.

Subscribe to:
Posts (Atom)