…
Tajuknya memang menakutkan tapi ini adalah sebuah kisah benar. Kisah yang terjadi pada diri aku sendiri.
Petang tadi, ketika aku menghadiri majlis pengkebumian seorang kawan. Aku terjumpa dia lagi. Seorang lelaki misteri. Seorang yang kerjanya menggali kubur si mati.
Aku teringat kisah beberapa tahun dahulu ketika aku menguruskan hal-ehwal pengkebumian arwah ibu mertuaku.
Antara tugas-tugas yang diberikan kepada aku adalah mendapatkan permit untuk menguburkan di sebelah waris, membuat laporan polis dan segala dokumentasi termasuklah menempah liang untuk pengkebumian.
Untuk menempah liang, aku telah diarahkan oleh Sheikh yang menguruskan mayat supaya berjumpa dengan Alias, penggali kubur di mana arwah ibu mertua aku akan disemadikan bersebelahan dengan arwah bapa mertuaku. Aku diberikan alamat dan arah rumahnya.
Pagi itu, aku memandu bersama-sama dengan abang ipar aku menuju ke rumah Alias dan setibanya aku di satu simpang masuk ke rumahnya, aku menemui seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan berkulit gelap. Lalu aku bertanyakan rumah Alias penggali kubur itu.
Lelaki itu bersungguh-sungguh menunjukkan arah rumah Alias siap dengan warna catnya. Aku pun mengucapkan terima kasih dan terus berlalu meninggalkan lelaki itu dengan basikalnya.
Sesampainya aku di rumah Alias, aku memberikan salam berkali-kali tetapi tak berjawab.Aku syak bahawa Alias tiada di rumah dan bimbang kerja aku pasti tergendala kerana pengkebumian akan dibuat pada petangnya. Tanpa putus asa aku memberi salam lagi mana tahu kot-kot dia tak dengar atau tertidur.
Salam aku dijawab dari belakang aku. Terkejut jugak aku. Rupa-rupanya lelaki yang berbasikal tadi menjawab salam. Dia turun dari basikal dan berdiri di halaman rumahnya dan bertanya ‘nak cari sapa?’.
Aku menjawab ‘ nak cari Alias penggali kubur..’
Dia menjawab ‘saya Alias penggali kubur…’
Ceh..buang karan betul. Dialah juga tadi yang beria-ia menunjukkan rumah dia sendiri rupanya.Tapi riak mukanya memang serius, tak ada gelak langsung walau aku sudah terkena BIG TIME!.
Silap aku jugak sebab bertanyakan rumah Alias dan bukannya Alias.
Selepas itu urusan aku selesai dengan Alias penggali kubur yang penuh misteri itu tetapi minat aku pada kemisteriannya terus bercambah. Setiap kali aku menghadiri majlis pengkebumian di kawasan perkuburan itu, aku pasti akan terdengar berbagai cerita misteri tentang dirinya.
Tadi, aku mendengar lagi satu cerita misteri tentang Alias ini.
Baru-baru ini, ada satu kematian dan Alias telah ditugaskan untuk menggali kubur seperti biasanya. Satu pantangnya yang besar adalah ada orang menunggu atau melihat dia membuat kerja-kerja penggalian.
Salah seorang ahli keluarga si mati itu tetap berdegil dan tidak mahu pulang walau sudah disuruh oleh si Alias.
Alias berkata ‘ Balik lah, saya nak buat kerja, jangan bimbang, nanti selepas zuhur, siaplah liangnya’
Ahli keluarga tadi ‘Tak apa, saya tunggu’
Alias menjawab ‘ kalau macam itu, tak apalah, kita sama-sama tunggu…’
Kedua-dua lelaki tadi terus duduk dan termenung beberapa lama sehinggalah ahli keluarga tadi meminta diri.
Aku cuba bertanya rasionalnya pada mereka yang hadir pada majlis pengkebumian tadi dan aku mendapat jawapannya.
“semasa dia menggali, kadang-kadang dia terjumpa atau tergali tulang-temulang mereka-mereka yang sudah lama meninggal kerana tapak liang adalah saling berdekatan. Dia akan cuba menanam semula tulang-tulang tersebut dengan baik dan cuba membuat liang tanpa mengganggu tulang-tulang tersebut. Kalau ada sesiapa yang melihat pasti akan terkejut atau tidak selesa dengan caranya mengalihkan tulang-tulang itu..’
oooooooo….
Melopong den.
Darekampo.
4 comments:
Semasa kak teh balik ke Malaysia tahun lepas, kak teh juga cuba menziarahi seberapa banyak kubur bapa, tok nenek dan sanak saudara yang sudah pergi. Sesetengah kubur memang sempurna di kemas dan di jaga dengan baik, tetapi sesetengah tu tunggang terbalik, dan sekiranya ada pengkebumian baru, pasti sekali tulang-tulang yang berselerakan.
misterinya cerita ni...macam I know what u did last summer aja...
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~
kak teh, ayah dan zaidah...
sebenarnya bukan misteri tetapi sekadar satu perlakuan yang sukar untuk kita mengertikan.Semuanya bersebab.
Post a Comment