Monday, May 31, 2004

Curiosity Kills The Cat

I listened though I seldomly speaks...

~d'arkampo - "You can communicate best when you first listen."
Catherine Pulsifer

Saturday, May 29, 2004

Fragile

Human’s heart can be so fragile sometimes. A single word can struck the heart right at the centre like an arrow and it falls into pieces. Scattered on the shining white tiled floor.

Mengutip satu per satu deraian yang pecah, menyapu gam cap gajah, melekatkan semula dan mengepam agar ia dapat berfungsi seperti sediakala mengambil masa. Masa yang lama. Seminggu, sebulan, setahun bergantung pada pecahan itu sendiri. Kalau pecah sejuta, lagi lama masa yang perlu ditunggu. Kalau pecah 5.8 juta, kira sendiri.

Teringat aku pada satu cerita. Kisah seorang anak dan ayah.

Si anak mempunyai sifat pemarah yang tak dapat dikawal. Amarahnya berapi-api sehingga semua orang dan segala benda menjadi mangsa.Si ayah yang prihatin dan peka dengan situasi anaknya mula mencari jalan penyelesaian kepada sifat anaknya yang brutal itu.

Di suatu hari yang damai, si Ayah memanggil anaknya sambil memegang seberkas paku dan sebatang tukul. Berkata si ayah :

‘ Anakku Sazali, aku melihat engkau sudah tidak dapat mengawal sifat amarahmu sehingga rumah kita sudah tiada perabut lagi. Semua sudah engkau pecahkan. Kucing kita pun sudah tiada lagi apabila engkau meratakan kedut-kedut tubuhnya dengan sterika panas.Disebabkan aku takut aku pula yang akan menjadi mangsa, aku berikan engkau paku dan tukul ini. Setiap kali engkau merasa marah, engkau pergi ke batang pagar rumah kita dan engkau pakulah sekuat hatimu.’

Si anak mengambil paku dan tukul itu dan terus berlari ke pagar. Dia memaku sekuat hatinya apabila dia merasa marah setelah dinasihati oleh ayahnya.

Hari pertama, 30 batang paku tercacak pada pagar rumahnya. Hari Kedua, 75 batang paku tecacak pada pagarnya kerana hari itu dia tak dapat update Blognya akibat system down.

Hari-hari seterusnya berlalu dengan jumlah yang semakin berkurang. Dia sudah dapat menggenggam amarahnya.

Suatu hari, dia berlari-lari untuk berjumpa ayahnya yang sedang mencari template yang baru bagi Blognya.Kata si anak :

‘Ayahandaku, hari ini aku sudah tidak lagi memaku pada pagar rumah kita. Aku sudah dapat mengawal amarahku dan aku sudah mampu bersabar.’

Ayahnya tersenyum membayangkan batang pagar rumahnya yang sudah tak serupa pagar lagi. Si Ayah berkata :
‘Anakku, sekarang engkau sudah dapat mengawal sifat amarahmu tapi itu belum cukup kerana mengawal sahaja tidak bererti bahawa engkau sudah tidak menjadi brutal. Amarahmu masih ada dalam diri. Beginilah, untuk setiap amarah yang engkau berjaya kawal, engkau pergilah cabut sebatang paku pada pagar dulu sebagai tanda amarahmu telah engkau cabut dari dalam dirimu.’

Si anak akur dan menurut sahaja cakap ayahnya.

Semakin hari semakin kurang paku yang tercacak pada pagar rumahnya.

Suatu hari lain, dengan bangga dan dengan hidung yang kembang si anak berjumpa dengan ayahnya. Si anak berkata :

‘Ayahanda, aku sudah mencabut semua paku pada batang pagar rumah kita.’

Si ayah yang sedang mengulangkaji pelajaran bagi Masters in Business Administrationnya terus menepuk-nepuk bahu si anak dan berkata :

‘Son, you follow me.’

Mereka pergi ke pagar yang menjadi mangsa si anak tadi. Ayahnya berkata :

‘Cuba engkau lihat. Walaupun batang pagar ini sudah tiada paku tetapi lubang-lubang bekas paku masih jelas kelihatan. Samalah macam hati kita. Sekali ada orang yang melukakan hati kita walaupun dia meminta maaf kemudiannya. Parut lukanya tetap akan ada.Sebegitu mudah ia akan terluka semula.Setiap perbuatan dan patah perkataan yang kita ajukan kepada seseorang haruslah kita jaga supaya dia tidak terluka. Sekali ia terluka, bukan mudah untuk dia melupakannya walaupun kita sudah meminta maaf.’

Si anak tadi tertunduk dan kagum dengan wisdom yang ditunjukkan oleh ayahnya.

‘Satu lagi..’ Kata ayahnya.

‘Ini bukan batang pagar rumah kita ! INI PAGAR JIRAN KITA ! Aku suruh engkau paku pagar sana! Bertuah punya budak…@#@$%^&*!’ Kata si ayah lagi yang menyepak-nyepak pagar jirannya dan menghempas segala yang ada di depannya.

He he…

Moral of the story : Berhati-hati dengan apa yang kita tuturkan setiap hari kerana kita tak tahu yang mungkin ada insan yang tersinggung dengan kata-kata kita.


Au revoir .

D’arkampo ~ "The key to everything is patience.
You get the chicken by hatching the egg -- not by smashing it."
Arnold Glasow

Thursday, May 27, 2004

Look Ma..No Advertisement !

Terima Kasih pada Cikgu yang mengajar aku mengenal dunia tanpa iklan.

Akan aku hargai pada setiap Hari Guru.

Bill Gates, eat your heart out !

he he...

~d'arkampo - "Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all of which have the potential to turn a life around."
Leo Buscaglia

Secebis Kisah

Pagi semalam, jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku berdiri di depan pintu pejabatku. Resah. Mataku liar mengecam tiap kereta yang berlalu.

‘mana la mamat ni, tadi call aku cakap dah nak sampai..’ Bisik hati kecil aku.

Seketika kemudian, sebuah limousine bercermin gelap sekeliling,berwarna hitam pekat dan memancar berkilat berhenti di depan aku (bukan airport limo, itu penipuan bahasa antarabangsa). Aku tak tunggu lama. Aku terus membuka pintu dan masuk ke dalam. Melabuhkan punggungku ke atas tempat duduk kulit berwarna cerah, aku bertanya pada kawan aku.

‘Apasal lambat ? ngko ni tak penah nak punctual..’

‘Biasa la, tak kan ngko tak kenal aku..’ jawab dia selamba sambil matanya tak lepas dari melihat sesuatu pada PDAnya.

Limousine hitam itu meluncur deras di jalan raya.

‘Nak makan kat mana?’ Tanya kawan aku.

‘Telur ayam kampung, gerai Pak Man’ jawab aku sambil menurunkan cermin hitam yang memisahkan kami dengan pemandu. Pemandu yang lengkap berpakaian serba hitam dan bertopi hitam mengangguk tanda faham arah tujuan kami.

Semua mata memandang kami apabila kami turun dari kereta mewah tersebut dan menuju ke gerai Pak Man. Mata-mata semua memandang dengan seribu persoalan pada aku yang berjalan bersama-sama dengan seorang Mat Salleh.Entah apa yang difikirkan, aku tak ambil pusing.

Kami duduk di atas bangku plastik dan bermeja kayu. Aku memesan teh tarik dan telur ayam kampung sementara kawan aku memesan nasi dagang dan air Tongkat Ali CNI.

Sementara menunggu hidangan sampai. Kami berbual.

‘How’s business ?’ Tanya aku.

‘A bit slow..Windows XP aku kurang laku. Competition banyak sekarang’ Jawab kawan Mat Salleh aku sambil memandang ke jalan raya.

‘It’s not easy to upgrade an already good product macam Windows 98’ kata aku.

Dia tak menjawab bila nasi dagangnya sudah dihidangkan di depan mata. Tanpa mengangkat kepala, dia terus menjamah nasi tersebut. Dia sudah berada di dalam dunianya apabila mula menikmati nasi dagang yang menjadi kegemarannya itu.

‘eh..ngko tau tak yang aku ada Blog?’ tanya aku.

‘Hah..Blog, apa benda tu?’ Tanya dia.

‘Ngko tak tahu Blog…? Orang macam ngko tak tahu..impossible..’ Aku kehairanan.

‘Betul, aku tak tahu…sungguh’ Kata dia.

‘Aku baru nak tanya ngko macammana nak buang advertisement google kat atas Blog aku ni…’

Ala..scroll atas, nampak tak?

Ada kawan cakap, boleh buang ad tu dengan masukkan script tertentu.

Kawan aku, si Bill Gates yang sama-sama minum kat warung Pak Man tak tahu apa. Dia tahu kira duit aje sekarang.

He he..Ada sapa-sapa boleh tolong aku.

(Aku malu nak tanya, pasal tu aku buat cerita di atas… sekurang-kurangnya kawan aku si Bill Gates tu pun buta kayu jugak pasal Blogging ni…)

Ha ha. Later.

~d’arkampo - “If you give me rice, I’ll eat today;
if you teach me how to grow rice, I’ll eat every day.”
Mahatma Gandhi

Tuesday, May 25, 2004

The Naked Man

Hah? What kind of title is that?
No worry, I'm not writing this blog stark naked. It's just a title. A name. Apa ada pada nama.

It's a brand new day.

Sebenarnya, aku tak dapat view blog aku. Something is wrong somewhere. So, aku buatkan entry ini. Harap-harap blog aku akan okay semula.

Consider this as the Naked Entry part 3.

To Mak Andeh, French aku sucks...sebab aku hanya tahu Merci aje, Aku tanya this one lady yang mak dia memang French betul, apa nak kata kalau terima kasih banyak-banyak, dia cakap 'just say Merci Buku..huruf r tu biar dalam kerongkong, biar dalam sikit..'for a few minutes aku berlatih sebut huruf r dalam tekak...nasib baik tonsil aku tak bengkak. Aku sebutkan perkataan-perkataan tu dalam satu majlis yang dihadiri oleh mak dia. Selepas majlis, mak dia approach aku dan cakap ' u speak like a real French..can u say it again?' aku cakap 'he he..cannot lah, I can only say it once..if I say it again, its gonna sound like Spanish..he he'

~d'arkampo.-"It's lack of faith that makes people afraid of meeting challenges, and I believe in myself."
Muhammad Ali

Monday, May 24, 2004

The Naked Eyes

Yang benar tetap benar walau diselindungkan
Yang salah tetap salah walau dipertikaikan.


Itu petikan lagu 'Kupu-Kupu' oleh M.Nasir

Hakikatnya, menyembunyikan perkara yang benar adalah juga berbohong. Tiada hukum sunat, halal atau makruh. Tidak bercakap benar dan menyembunyikan perkara sebenar adalah satu makna yang sama cuma gubahan perkataan yang berbeza.

Tidak bercakap atau bercerita. Itu lain. Itu bukan berbohong.
Itu "ah..malaslah nak cerita......".

~d'arkampo - "We all live in suspense from day to day;
in other words, you are the hero of your own story."
Mary McCarthy

The Naked Truth

Aku baru sahaja menghabisi buku Al-Maunah, The Naked Truth karya Zabidi Mohamed setelah selesai membaca buku My Story, Lim Goh Tong.

Aku melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Jauh bezanya. Bagaikan langit dan bumi.

Merci Buku ~ in French that is terima kasih banyak-banyak

Khap Pun Khap ~ in Siamese that is the same meaning.

Trima kaseeyyy ~ in Alleycats that is Thank You All...

~d'arkampo - "I would rather be able to appreciate things I cannot have than to have things I am not able to appreciate."
Elbert Hubbard



Wednesday, May 19, 2004

Symbiosis

Bukan, ini bukan lagu Ella.

Ella kata dia tak pandai mengarang puisi dan tidak dia pandai bermadah berseni.

Aku pandai. He he.

Macam Lagu The Actor oleh Michael Belajar Batu (Learns to Rock)

“I’m not an actor, I’m not a star and I don’t have my own car” sebab kereta aku masih milik Finance. I can’t really say that I do have my own car.

Aku cuma nak cerita pengalaman aku berlakon. Aku pernah berlakon dalam drama tv dan filem, memegang watak-watak kecil dan tak penting. Hah..korang percaya? Ha ha.

Percayalah, aku pernah berlakon.Bukan dalam drama tv atau filem tapi atas pentas.

Mula-mula, aku berlakon dan mengarahkan sebuah Pantomime berkisah tentang pejuang-pejuang Palestine semasa di sekolah. Aku berlakon sebab watak pejuang Palestine tak perlu tunjuk muka (dibalut dengan kain serban merah dan putih yang petak-petak tu..). Berlakon Pentomime tak perlu bercakap menghafal skrip. Cuma hafal gerak sahaja. Background music and vocals/narrator di buat dibelakang pentas. Mudah tapi kena buat training banyak-banyak takut sumbang.

Semasa di Varsiti, dalam minggu orientasi, aku telah dipilih secara rambang untuk buat persembahan di malam akhir minggu suaikenal. Kali ini aku kena jadi narrator. Pantomime jugak tapi entah apa-apa. Aku kena narrate dalam versi klasik (tersebutlah kisa’aah…ala syair gitu tapi budak-budak yang berlakon pakai t-shirt and jeans aje..). Aku pulak kena duduk di atas pentas sebelah kanan mengadap ribuan pelajar-pelajar baru. Hentam sajalah Labu…Kerana penglibatan aku, aku dapat duduk Kolej (asrama).

Baru duduk asrama beberapa minggu, aku dijemput menyertai sekumpulan pelajar yang akan masuk Pertandingan Seni Pentas. Pada mulanya, pengarah nak buat cerita bertemakan mistik dan seram. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…Dalam drama tersebut ada part yang pelakon wanita terpaksa menjerit dan mengilai-ngilai sambil memegang tengkorak betul yang dipinjam dari budak-budak Medic. Kami buat latihan di atas gelanggang tenis tepi bukit sampai jam 1-2 pagi. Selepas 2-3 malam kami buat latihan, terdengar cerita-cerita dari Blok perempuan yang paling hampir dengan gelanggang tenis tersebut bahawa mereka mendengar suara mengilai-ngilai dari atas bukit kawasan Kolej aku jam 3 atau 4 pagi lepas kami habis latihan.

Malam seterusnya, masa kami buat ritual yang biasa (entah apa nama, tapi dah jadi macam tradisi teater) iaitu duduk bersila dalam satu bulatan sambil memejamkan mata dan kononnya mengosongkan fikiran. Bulu tengkuk aku dah mula meremang. Gila ngko, duduk tepi hutan dan bukit kemudian masing-masing menghafal skrip sambil memejamkan mata. Yang pegang part mengilai tu terus mengilai-ngilai. Bulu roma aku dah tegak macam tiang bendera.

Nak jadikan cerita, pengarah aku tiba-tiba aje tukar tema pada malam berikutnya. Mungkin sebab dah banyak Kolej yang buat tema mistik dan seram atau mungkin dia nampak sesuatu…

Kami tukar tema komidi.Risiko yang besar kerana kalau tak lawak, malu jadinya. Aku pegang part sebagai seorang pesakit dalam sebuah hospital yang berbalut penuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nampak biji mata aje dua bijik (tutup muka lagi..he he). Komidi slapstik di mana aku akan dibedah dengan tukul dan gergaji sambil Nurse memasukkan botol susu budak dalam mulut aku. Skrip aku cuma “arghhh..argghhhhh…” sambil terhenjut-henjut lari dari doktor yang memegang gergaji. Kira okay jugak lawak sebab aku dengar ramai audience yang gelak. Pertandingan di buat dalam Panggung Eksperimen. Tapi yang paling lawak, lepas aku berlakon aku naik ke tempat audience dengan badan yang masih berbalut penuh dan memegang botol susu untuk tengok persembahan Kolej lain. Kolej tu buat drama serius tapi aku dengar satu panggung gelak. Rupa-rupanya diorang gelakkan aku.

Kolej aku dapat naib johan tahun itu.

Aku dengar cerita, ada Pak Guard yang nampak kelibat wanita pakai kebaya merah dari dalam panggung eksperimen selepas pertandingan tamat. Sama macam kebaya yang dipakai oleh pelakon yang menjadi johan dan buat drama bertemakan seram.Pagi esoknya Makcik yang menyapu pengsan apabila terlihat batang pisang yang dibungkus dengan kain putih macam mayat di satu sudut yang gelap dalam panggung eksperimen. Budak-budak Kolej yang johan tinggalkan macam tu je, takut nak bawak balik kot.

Tahun berikutnya, aku tak berlakon. Aku cuma jaga dan arrange props. Dapat nombor tiga. Mungkin sebab aku tak berlakon. He he.Tapi yang paling aku ingat adalah masa aku dijemput berlakon Pantomime oleh budak-budak surau. Aku baik jugak dengan budak-budak surau, engkau ingat apa?..Persembahan untuk satu program yang dianjurkan oleh Biro agama. Aku pegang watak budak-budak jahat. Main gitar masa orang tengah azan, ajak main daun terup masa orang nak study, hisap rokok, ‘high’ semacam macam isap dadah.Aku berlakon cemerlang walau tak dapat anugerah Pelakon paling popular Berita Harian. Cemerlang hinggakan ada satu ustaz (pensyarah) kat kolej aku yang tepuk belakang aku selepas habis acara dan cakap ‘awak berlakon real lah, macam betul..’ Aku sengih, aku tahu dia perli aku.

Tahun itu jugak budak-budak Floor aku buat satu kumpulan nasyid khas untuk Hari Terbuka Kolej. Kami namakan kumpulan kami Al-Rijal (pemuda) dan menyanyikan lagu nasyid kontemporari macam Raihan walaupun Nazrey Raihan masih menjual roti canai di Sungai Penchala ketika itu.Aku tak ingat lagu apa tapi sedap sampaikan ada budak cina floor aku mintak nak join sama. Kami training dalam toilet sambil mandi ramai-ramai masa Maghrib sehingga dapat komplen dari budak-budak surau..he he..

Floor aku dapat Anugerah Floor Terbaik tahun itu. Budak-budak Floor aku best, semua satu kepala. Masa aku jadi pengarah untuk hiasan Floor masa Hari Terbuka, aku pakai konsep Central Market di mana tiap-tiap bilik menjadi kedai. Ada kedai buku, kedai gunting, kedai baju, kedai makan dan ada yang melukis tepi koridor, main gitar serta sebagainya. Nak bagi nampak lagi real, kami angkut 3 buah motorsikal naik ke Floor aku di depan hallway.Yang bestnya, masa Hakim-Hakim pertandingan sampai di Floor aku dan nak check toilet, aku dah tugaskan sorang kawan aku yang duduk tepi toilet dengan meja kecik mintak duit 20 sen. Kat central market, mana ada toilet free..he he…

Tahun berikutnya aku keluar Kolej sebab nak hidup sendiri dan menyewa rumah bersama rakan-rakan satu pengajian. Berakhirlah karier aku sebagai pelakon.

….dan aku masih berlakon dalam pentas kehidupan.

~d’arkampo. ~ Freedom, after all is simply being able to live with the consequences of your decisions ~

Sunday, May 16, 2004

My Story

Aku masuk kerja dengan sengih yang memanjang hari ini sebab aku dah kantoi…he he. Kantoi dengan teman-teman. Diorang dah tahu pasal blog ini. Aku memang tak bercadang nak beritahu sapa-sapa. Jauh dari mengiklankannya dalam mana-mana blog yang popular. Aku sebenarnya mahu keluar dari generasi yang malang. Generasi aku, generasi yang malang dalam mengejar kemajuan teknologi. Generasi di atas aku memang tak tahu nak menggunapakai komputer secara sehabis kemampuannya. Word processing mungkin boleh tapi kalau nak buat benda-benda lain. Mintak maaf. Generasi di bawah aku pulak memang tak boleh hidup tanpa komputer atau gadget-gadget yang seumpama dengannya. Mereka mampu membuat website, mampu membikin wonders in the cyber world. Kreativiti tidak lagi terhalang kepada kertas dan pen. Semasa aku di Kuala Lumpur baru-baru ini, di hotel penginapan aku, mereka sudah tidak lagi meletakkan gambar-gambar lukisan yang cantik-cantik pada dinding. Mereka meletakkan tv dengan plasma screen. Boleh tukar-tukar gambar lukisan dengan hanya sentuhan di jari. Boleh letakkan iklan macam-macam. Canggihkan. Sebuah tv dengan plasma screen yang aku tengok dengan penuh minat di KLCC baru-baru ni mencecah harga 33 ribu ringgit. Separuh harga kereta aku dan 1/5 harga rumah aku. Canggihkan…

Di KL juga aku sempat melepak seketika after midnight di Jalan P. Ramlee. Lepak sambil minum kopi di warung-warung high class tepi jalan. Walaupun bukan malam minggu tapi bagi aku dah cukup happening dengan manusia dari generasi muda. Nasib baik aku dari generasi yang malang. Aku selalu ke KL tapi tak pernah nak melepak sebegitu. Demi pengalaman penglihatan, aku lepak seketika. Tak lama sebab aku dah tak tahan. Aku dah tua agaknya. Baik balik dan tidur. Happening terus lebur dalam mimpi aku. Lena bersama kerinduan pada anak-anak dan isteri-isteri. Eh..isteri aje. Korang nii….

Aku pernah disuakan dengan satu soalan “apa makna D’arkampo ?” “it must have originated from somewhere..” Aku jawab “nama tu aku dapat masa aku tengah mandi..” Sebenarnya ia tak ada makna langsung. Kalau Kampo tu ada maknanya iaitu sejenis Japanese Herb Medicine. Sama la macam Max atau Maxolon iaitu sejenis ubat muntah. D’ tu pulak stand for The. Maknanya nama aku dibaca sebagai The Are Come Po. Sengaja aku letak nama yang tak ada makna supaya orang tak teraccess semasa search benda lain.Lagipun, apa ada pada nama. Yang penting muka..he he. A face could launch a thousand ships…muka aku could sink a thousand ships sekali dengan crew on board. He he. Nama pendek aku Po…macam Puteri Hang Li Po atau salah satu watak dalam Teletubbies.

Aku suka membicarakan soal hidup dan cabarannya sebab aku masih hidup macam korang.

Masa aku balik baru-baru ni, kat KL Central di mana nasi goreng patpriknya mencecah RM 15 sepinggan, aku telah membeli buku My Story oleh Lim Goh Tong Towkey Genting. Aku nak baca sambil naik ERL. Tertarik pada satu ungkapan beliau “If I don’t trust a person, I won’t employ him. If I employ him, I will trust him”. Menarik tapi too good to be true nowadays.

jumpa lagi.

~d'arkampo.

Kantoi....

Aku masuk kerja pagi ni..bukak komputer..bukak internet..

Aiseh, kantoi...

Aku sengih, senyum dan gelak sendiri...

Orang yang kantoi periksa, sedih dan menangis-nangis.
Orang yang kantoi bercinta, lompat jambatan dan terjun sungai.
Orang yang kantoi ujian memandu, bawak kereta laju-laju tanpa lesen sebab nak tunjuk dia terer.

Aku kantoi, aku senyum. Aku gelak.

Life is full of kantois...he he

~d'arkampo

Wednesday, May 12, 2004

Tuesday, May 11, 2004

My Blog, my life, my business....

Dengan pencapaian aku yang buta seni komputer ini menghasilkan satu blog yang ada gambar dan link, maka aku anugerahkan pada diri aku sendiri sehelai Sijil Sains Komputer yang tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak walaupun kedai cyber café kampung aku.

Dulu, aku pernah bertekad untuk tidak mahu lagi berblog kerana tuntutan kerja dan masa. Aku merancang untuk berhijrah ke kampung lain tapi perancangan aku sebenarnya belum ditebarkan secara terperinci dan sehalus-halusnya. Apabila aku sit down dan start brainstorming dengan colleagues aku. Aku belum dapat meninggalkan kampung aku dan banyak benda lagi yang perlu aku kemaskan di sini. Foundation di sini belum cukup kuat dan teguh untuk aku tinggalkan. Tak guna mengejar pelangi kalau tanah yang ditinggalkan kering kontang. Nanti kalau tanah di sini hijau merimbun, akan aku tinggalkan jua.

Aku menulis di sini hanya untuk aku sendiri, bukan untuk orang lain. Dulu, aku dihadiahkan sebuah Blog oleh seorang doktor di utara Tanahair untuk aku menulis sebab aku selalu mengganggu guestbook dia. Aku terasa aku telah dikomitkan untuk menulis dengan isi-isi yang mampu menjana minda pembaca. Aku menjadi terlalu terikat dengan blog tersebut sampaikan jadual aku yang sibuk menjadi bercelaru kerana terlalu banyak benda yang ingin aku ceritakan. Aku katakan pada aku sendiri ‘aku harus hentikan semua ini, dunia online journal bukan dunia aku’ . Aku meminta doktor itu mematikan blog aku dengan suntikan beracun sebagai satu perlambangan yang blog aku telah berkubur di tangan penciptanya. Maafkan aku Max kerana aku mungkir janji untuk tidak berblog lagi.

Kemudian aku sering melawat Blog Mak Andeh kerana dia juga bermula seperti aku, memulakan cerita di guestbook aku. Dia juga seperti aku yang tidak mahu dikenali atas sebab-sebab peribadi. Dia menulis dari hati tentang kisah hidupnya yang penuh tragedi. Aku sering menulis di situ kalau masa mengizinkan sehingga aku telah dilantik menjadi Resident Writer di blog itu. Aku tetap akan menulis di situ. Jadi, apa ke jadahnya Blog ini ? Ceritanya bermula semalam bila aku tertanya-tanya dalam diri, bagaimana orang lain boleh letak gambar, letak link dan macam-macam dalam alam cyber ini. Susah sangat ke benda ni ? Lantas aku membuka semula Blogger.com yang telah lama aku tinggalkan dan aku dapati semua benda dah ada dan disediakan dalam website itu cuma perlu aku untuk membaca semua tatacara sahaja. Aku mencuba dengan blog ini. Aku belajar settings, template dan macam-macam dengan aplikasi FAQ yang disediakan. Wah, mudah sahaja. Kalau pakai kasut Rorine, semua benda jadi mudah sampaikan anak yang nak periksa pun boleh jadi senang kalau pakai kasut Rorine. Ibu Rorine kan..? Aku belajar dalam sehari sahaja dah boleh letak gambar dan link, kalau aku belajar seminggu, Bill Gates akan jual Microsoft dan tanam sayur kacang depan istana dia. He he.

Andeh, maafkan aku kalau aku tak beritahu tentang blog ini. Aku sengaja. (aku tahu yang ngko akan tahu juga nanti..he he.) Aku tak mahu sesiapa pun tahu sebab aku menulis hanya untuk aku. Kalau terjumpa dan rasa nak baca, baca. Sebab itu aku tak letakkan guestbook. Aku cuma sewa bilik, tak ada ruang tamu.Kalau nak sembang, jom pergi kedai mamak pekena teh tarik.Jom ke Blog Mak Andeh. Situ ada tagboard, boleh sembang sampai Mak Andeh tutup kedai.

Blog ini, akan aku ceritakan segala benda yang aku suka baca. Macam Henry Ford pernah kata masa nak menjual kereta Ford model T nya : ‘The customers can have all the colours that they want, as long as its black…’ atau kalau aku dah boring, aku tutup saja. No wind or rain, no hurt or pain.

~d’arkampo.

Monday, May 10, 2004

Kerinchi Link

saja-saja testing 'link'.

Check out Mak Andeh

You'll be fascinated with her stories of life...real life, not a fairytale.

~d'arkampo

d'arkampo - revisited

Aku sekadar membuka blog ini untuk aku sendiri dan petang ini, mungkin akan aku delete kan kembali.

Anehkan?

Betapa manusia mampu berubah-ubah fikiran.

~d'arkampo