Aku masuk kerja dengan sengih yang memanjang hari ini sebab aku dah kantoi…he he. Kantoi dengan teman-teman. Diorang dah tahu pasal blog ini. Aku memang tak bercadang nak beritahu sapa-sapa. Jauh dari mengiklankannya dalam mana-mana blog yang popular. Aku sebenarnya mahu keluar dari generasi yang malang. Generasi aku, generasi yang malang dalam mengejar kemajuan teknologi. Generasi di atas aku memang tak tahu nak menggunapakai komputer secara sehabis kemampuannya. Word processing mungkin boleh tapi kalau nak buat benda-benda lain. Mintak maaf. Generasi di bawah aku pulak memang tak boleh hidup tanpa komputer atau gadget-gadget yang seumpama dengannya. Mereka mampu membuat website, mampu membikin wonders in the cyber world. Kreativiti tidak lagi terhalang kepada kertas dan pen. Semasa aku di Kuala Lumpur baru-baru ini, di hotel penginapan aku, mereka sudah tidak lagi meletakkan gambar-gambar lukisan yang cantik-cantik pada dinding. Mereka meletakkan tv dengan plasma screen. Boleh tukar-tukar gambar lukisan dengan hanya sentuhan di jari. Boleh letakkan iklan macam-macam. Canggihkan. Sebuah tv dengan plasma screen yang aku tengok dengan penuh minat di KLCC baru-baru ni mencecah harga 33 ribu ringgit. Separuh harga kereta aku dan 1/5 harga rumah aku. Canggihkan…
Di KL juga aku sempat melepak seketika after midnight di Jalan P. Ramlee. Lepak sambil minum kopi di warung-warung high class tepi jalan. Walaupun bukan malam minggu tapi bagi aku dah cukup happening dengan manusia dari generasi muda. Nasib baik aku dari generasi yang malang. Aku selalu ke KL tapi tak pernah nak melepak sebegitu. Demi pengalaman penglihatan, aku lepak seketika. Tak lama sebab aku dah tak tahan. Aku dah tua agaknya. Baik balik dan tidur. Happening terus lebur dalam mimpi aku. Lena bersama kerinduan pada anak-anak dan isteri-isteri. Eh..isteri aje. Korang nii….
Aku pernah disuakan dengan satu soalan “apa makna D’arkampo ?” “it must have originated from somewhere..” Aku jawab “nama tu aku dapat masa aku tengah mandi..” Sebenarnya ia tak ada makna langsung. Kalau Kampo tu ada maknanya iaitu sejenis Japanese Herb Medicine. Sama la macam Max atau Maxolon iaitu sejenis ubat muntah. D’ tu pulak stand for The. Maknanya nama aku dibaca sebagai The Are Come Po. Sengaja aku letak nama yang tak ada makna supaya orang tak teraccess semasa search benda lain.Lagipun, apa ada pada nama. Yang penting muka..he he. A face could launch a thousand ships…muka aku could sink a thousand ships sekali dengan crew on board. He he. Nama pendek aku Po…macam Puteri Hang Li Po atau salah satu watak dalam Teletubbies.
Aku suka membicarakan soal hidup dan cabarannya sebab aku masih hidup macam korang.
Masa aku balik baru-baru ni, kat KL Central di mana nasi goreng patpriknya mencecah RM 15 sepinggan, aku telah membeli buku My Story oleh Lim Goh Tong Towkey Genting. Aku nak baca sambil naik ERL. Tertarik pada satu ungkapan beliau “If I don’t trust a person, I won’t employ him. If I employ him, I will trust him”. Menarik tapi too good to be true nowadays.
jumpa lagi.
~d'arkampo.
2 comments:
Hehe...mana boleh kemut sorang-sorang, brader..Perkara yang baik perlu di war-warkan pada rakyat jelata. Sebab tu aku tak kira, aku announce jugak. Nak tunggu ngko balik dari KL, lambat..nanti org kata dah tak relevan lagi..hehe.
Kalau generasi ngko, generasi malang. Try and imagine mine...nasib baik aku ni "happening" gak, sebab aku nak keep up dengan anak-anak punya minat. Aku kena one step ahead of them to monitor. Alang-lang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak !
Mak Andeh.
eheks..akan di linkkan..diboldkan..dibesarrrkan font link tersebut. Biar semua org tahu. Dia sudah kembali. Bak kata sorang kawan. Air kalau dah mengalir..akan terus mengalir... :). Good luck uncle Po. Harap2 tak tutup blog dah. Ur writing selalu bagi saya tersenyum. tengkiu.
Post a Comment