...
Kata orang; ianya bermusim.
Khabar-khabar kematian datang bertali-tali.
Khabar-khabar kelahiran tiba di sana dan di sini.
Kata aku;
Itu ketentuan Ilahi.
Pagi ini, mendapat panggilan.
Aiman kemalangan jam 6.30 pagi.
Aiman kembali jam 8.30 pagi tadi.
Aiman, anak lelaki sulung kakitangan pejabatku. Suami dan isteri sama-sama mencari rezeki di sini.
Terakhir, seingat aku, ketika kami sama-sama bercuti di Tanah Tinggi Genting.
Masih aku ingat wajah riangnya.
Dia kembali dalam menunggu keputusan peperiksaan SPM yang dijangka akan diumumkan minggu hadapan.
Dan, khabar kematian datang bertali-tali.
Kata aku; ini adalah ketentuan Ilahi.
Bersabarlah, kerana hanya sabar yang akan menjadi pengikat antara kita dan hakikat.
Al-Fatehah.
~Po.
Tuesday, February 26, 2008
Monday, February 25, 2008
Syyyy...
....
Syyyyy....
(now I can't dance like i do..when nobody's watching..anymore)
~Po. - sigh.

Sunday, February 17, 2008
Wednesday, February 13, 2008
Melodi Terakhir Kak Long
...
Aku mengetuk-ngetuk papan kekunci ini dengan kelopak mata yang memberat. Harus, kalau aku ulangkan kembali gambaran-gambaran yang dia ada di dalamnya, air jernih ini akan tumpah dan memecah di pipiku.
Dia kini tiada lagi.
Pagi tadi.
Disahkan oleh doktor jam 9.30 pagi, Selasa. 6 Safar 1429 bersamaan 12hb. Februari, 2008 masihi.
Dalam usia 44 tahun.
Mengejut.
Diabetes memenuhi setiap ruang pembuluh darahnya dan cecair pekat merah yang berkejaran di setiap punca nadinya menjadi racun. Racun yang akhirnya menggagalkan setiap organ dalamannya daripada terus berfungsi.
Dia kembali menemui Tuhan.
…
Aku mendapat mesej ringkas sekitar jam 6.30 pagi tadi.
“Kak Long di ICU, tenat.”
Aku berbalas mesej.
“kenapa?”
“Tak tahu, dia meracau malam tadi dan terus tak sedar diri.Mungkin kencing manisnya.”
Aku menelefon kembali jam 9 pagi. Bersiap untuk ke hospital.
“Aku rasa dia dah tak ada lagi….”
…
Ketika itu, rumah aku jauh dari pusat Bandar. Dalam jarak 45 minit ke satu jam perjalanan dengan motorsikal.
Kalau ke Bandar, aku menjadi malas untuk balik.
Semasa itu aku masih belajar di Universiti dan pulang ke kampung sesekali semasa cuti.
Kebanyakan, aku tak balik rumah kalau malam sudah terlalu lewat untuk mengharung kegelapan selama satu jam sebelum sampai ke rumah.
Setelah aku mula bekerja. Pun, sama.
Rumah kawan aku menjadi persinggahannya.
Kak Long adalah kakak kepada kawan aku yang paling tua.Berkahwin sekian lama dengan Bang Long tetapi Tuhan lebih tahu mengatur rezekiNya, mereka tidak dikurniakan anak. Kak Long tetap tinggal bersama Mami dan Bak. Menjaga kedua orang tuanya.
…
Kali terakhir kami bersua, mungkin dalam dua tiga bulan dahulu. Aku menghantar gitar untuk dia ‘tune’kan.
Ya, dia pakar bermain gitar. Dalam kelas perempuan. Yang setahu aku.
Semasa itu, dia demam.
“nantilah..bila baik-baik sikit. Demam lagi ni, tak larat pegang gitar”
Mungkin. That was her last words to me.
…
Di tepi dinding wad 8CD, Tingkat 8 pagi tadi, derai Bang Long pecah dalam duduk telekunya.
…
Kak Long,
Selamat Tinggal.
Terima Kasih atas segala.
Semoga Kak Long bersemadi dengan aman. Semoga roh Kak Long ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Al-Fatehah.
~Po.
..sebentar tadi, di rumahnya. Mami sudah terlalu lemah untuk berkata-kata. Bak, matanya berkaca.
Terakhir melihat wajahnya. Damai.
Dan jenazah di bawa pergi untuk disolatkan di surau berhampiran. Talqin di bacakan dan tinggallah Kak Long dalam kenangan.

Wednesday, February 06, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)