Thursday, August 04, 2011

machines of the dream





No. 1 - Basikal Giant Trance dengan tapered headtube, Fox talas front fork, Sram XO dan 'top of the list parts'.

No. 2 - Suzuki RG Gamma 250 type 1 model 1983 (collector's item)

No. 3 - Land Rover 110 double cab. Baru punya RM163K tapi lama punya lagi best. Baca review 'kenderaan yang paling tidak selesa, tidak boleh laju, tidak aerodynamic, tidak mewah, peralatan asas tetapi 'it can go just anywhere...'

kata orang...

tak salah nak bermimpi.

kan?

~po

Wednesday, August 03, 2011

One Day In The Year Of The Fox

...

Satu hari.

Anak aku, si Fifi berikan aku satu teka teki.

"bah...apa yang naik dan naik dan dok akan turun-turun"

Untuk soalan dari seorang budak darjah dua, aku macam ...hmmmm...hujan kot? tapi hujan turun tak naik.
Takkan budak darjah dua nakkan jawapan harga barang-barang naik? harga minyak? Pasaran saham?

'cannot be'

Aku lalu diam seketika.


Aku tak ada jawapan.

'Not even a clue.'

Aku tanya Fifi. Apa dia?

Selamba ... "umur kita lah bah, kalu dah tua tak leh jadi muda semula..."

...dan aku macam...hmmmmmm...ooooooo...ok.

'okay...point taken'.

Po. - you can't buy back your younger age.

Ada Sinar Di Mata Mu....


Baru-baru ini, ketika aku di dalam perjalanan untuk mengambil anak bungsu aku. Aku melintasi sebuah bengkel motosikal di kampung Banggul Pauh, Seberang Takir.

Selama ini, bengkel kecil itu tidak pernah menarik perhatian aku sehinggalah ke hari itu.

Dihadapan bengkel, antara deretan motosikal yang mungkin untuk dibaiki terdapat sebuah Suzuki RG Gamma 250 bewarna putih belang biru.

Sebijik dengan gambar di atas.

Di atas pelana terdapat satu tanda diperbuat dengan kertas kadbod.

"UNTUK DIJUAL"

Aku seperti mahu menekan brek , mengundur dan lalu keluar dari kereta. Bertanya harganya yang aku agak mungkin tak sampai RM5,000.00 harga 'market'nya sekarang untuk model motosikal yang buleh dikatakan hampir menjadi 'collector's item'.

Lalu aku membayar harganya.

Aku memakai topi keledar putih dari jenama AGV dengan 'visor' gelembung disingkap ke atas topi. Jaket kulit hitam dan seluar jeans. Kasut 'hi-cut'.

Ray ban.

Aku hidupkan enjin Suzuki RG Gamma 250 cc. Melantun-lantun bunyinya keluar dari corong ekzos berkembar di kiri dan kanan motosikal.

Aku masukkan 'gear' satu dan zooom menderu membelah angin.

Sambil aku menunggang motosikal yang paling hebat di zamannya aku melihat seorang budak sekolah menengah yang aku agak mungkin di Tingkatan Tiga atau Empat. Budak itu tidak berkelip melihat aku dan  motosikal aku yang sengaja aku perlahankan.

Aku beranggapan bahawa budak sekolah itu mesti sedang bermimpi untuk memiliki sebuah motosikal sehebat motosikal aku.

Tentunya budak itu sedang berangan menjadi 'Zek' seperti di dalam filem Azura.

Budak itu tentunya memasang impian bahawa di suatu hari nanti, tidak kira walau motosikal itu akan dianggap ketinggalan zaman, dia akan tetap mahu memiliki.

...ada sinar di mata budak itu.

Motosikal itu aku pecut meredah angin sehingga ke hujung pandangan lalu hilang di ufuk senja yang rembang.

...

Dari cermin pandang belakang kereta aku, aku melihat motosikal itu seolah-olah menunggu untuk aku usap tangki minyaknya, mengelus pendikit minyaknya dan menuil-nuil tuas brek dan klac nya.

...tetapi aku tidak menekan brek.

Aku meneruskan perjalanan.

Filem Azura sudah lama aku tinggalkan.

Ogy pun sudah tidak secomel dulu lagi.

he he he

~Po