…
Derap gema paluan rebana, menggegar deria. Halwa telinga menangkap seberkas rasa.Rasa yang membangkitkan bara. Bara yang membakar jiwa.
Aku berdiri di tengah-tengah gelanggang dengan pedang terhunus di tangan. Melihat setiap gerak liuk rentak lawan. Memerhatikan walau sekelumit gerakan. Membuat agakan, mengira andaian kalau-kalau lawan datang menerkam tanpa mengucapkan amaran.
Dari hujung mata, aku sedia menerima walau serangan mula menggila tanpa diduga.
Bagaikan Rajawali, aku menongkah setiap arus angin yang mendatang. Terbang, membelah awan. Menyusur cabaran yang muncul dari celah-celah dahan.
Menatang maruah agar tak tumpah. Membuang ruang-ruang resah takut rebah. Aku tak mahu dipapah. Aku tetap akan berdiri walau darah merah mengalir jatuh ke tanah merekah.
Urat dan nadi bersatu menjadi pasak menusuk ke dalam bumi. Tulang dan isi menjadi besi, sekeras kersani. Menganjak walau seinci, tidak sekali.
Pahit bakawali hanyalah sekadar rasa. Rasa mudah untuk dilupa tapi semangat ini tak mungkin hilang dengan laung-laung derita. Derita yang bisa melupakan segala tutur-tutur mentera. Derita yang selalunya mengaburkan matlamat utama.
Aku berdiri, semangat ini tak akan mati walau jasad ini kalian cincang lumat bagaikan batang jerami.
Hunuskan pedang cahaya mu….
Bersedialah!
Ziuunggg…ziuuungggg.
“Bang!....kain dah jemur belum.!!.?”
Belum Yang….Abang nak gi jemur la nih….
Ziuuunggg…zappp.
Pedang cahaya itu aku simpan kembali.
He he he.
~Po. – Perjuangan ini mesti diteruskan. Moga-moga semangat ini tidak akan padam.
Tuesday, May 24, 2005
Tuesday, May 17, 2005
Puisi Buat Isteri
...
Hari ini
Dia merajuk hati
Dia anggap aku ini
Sudah tidak lagi menyayangi
Permaisuri
Tidak seperti
Semasa dia masih lagi
Bergelar Puteri
Lantas
Aku karangkan bait-bait puisi
di sini
~Po.
Hari ini
Dia merajuk hati
Dia anggap aku ini
Sudah tidak lagi menyayangi
Permaisuri
Tidak seperti
Semasa dia masih lagi
Bergelar Puteri
Lantas
Aku karangkan bait-bait puisi
di sini
~Po.
Monday, May 16, 2005
Bila Kenangan Menyapa
...
Melihatkan kepada iklan di kaca tv malam tadi, aku tiba-tiba menjadi pengingat yang setia.
Berpusing-pusing.
Berputar-putar.
Sekitar tahun 1977 atau 1978. Seorang anak kecil telah bersiap dengan kemeja-T yang agak baru dan dengan seluar panjang sedang menunggu di pintu. Menanti.
Dia menghabiskan makan malamnya dengan begitu cepat tadi. Pantas dan kurang berselera. Fikiran kecilnya lebih tertumpu kepada pengalaman baru yang akan menjelma sebentar nanti.
Tiga abangnya sudah pergi semenjak awal lagi.Tinggal cuma dia.Dia sudah tak sabar-sabar lagi. Sepuluh minit bagaikan sepuluh jam. Mereka tak ada kereta jadi mereka berlima terpaksa dihantar secara bergilir. Dia yang terakhir.
Tak lama, dia melihat cahaya dari motosikal ‘scrambler’ abang sulungnya dan hati kecilnya melonjak-lonjak kegirangan. Dia mencapai topi keledar dan terus memanjat motosikal. Satu perjalanan ke arah kegembiraan.
Setelah sepuluh minit, dia sampai ke satu tempat yang masih asing baginya. Ramai orang, bermacam ragam. Kelihatan dari satu sudut, tiga abangnya sedang menunggu.
Dia merasakan debarannya. Memuncak. Dia mengikut rapat abang-abangnya dan mereka terus masuk ke dalam ruang gelap. Kelam. Cahaya yang berbalam-balam.Suram. Semua diam.
Tiba di satu ruang, dia diarahkan duduk oleh abangnya. Dia akur. Dihadapannya terbentang terang.
Kapal angkasa, makhluk asing, robot dan berjuta-juta kecanggihan.
Dia menjadi kagum. Dia menjadi pegun.
Hatinya gembira tidak terhitung.
Dirinya tenggelam dalam cerita buatan. Khayal dalam angan-angan.
Bermimpi dalam tembakan lazer dan pedang cahaya.
….
Itulah kali pertama aku menonton wayang.
Cerita Star Wars episod keempat karya George Lucas arahan Steven Speilberg. Tahun 1977. Di kala aku masih bertarung dengan pedang kayu buatan tangan.
Terima kasih abang.Aku kini masih lagi setia dengan perang di zaman akan datang.
"long long time ago....
in a galaxy far far away..."

Tuesday, May 10, 2005
Okay, This Is Me.
…
Pada Sabtu, minggu yang lepas.Aku dikejutkan dengan deringan telefon yang kemudiannya memaklumkan kehadiran empat orang Bloggers dari Utara Tanahair dan dari Lembah Kelang yang akan membuat ‘spot check’ tentang kewujudan aku di alam maya ini. Benarkah D’arkampo atau Darekampo atau sekadar Po betul-betul wujud dan hidup?
Dia cakap : Kami nak mai datang jumpa hang.
Aku : Pukui berapa hang akan sampai?
Dia cakap : Petang kot
Aku : Kalau petang okaylah, sempatlah aku siapkan permaidani, bungga manggar dan kompang.
Aku : Dengan satu syarat…
Dia cakap : Apa dia?
Aku : Jangan ambik gambaq.
Dia cakap : he he he ..faham.
Petang yang terang itu menyaksikan keempat mereka datang tanpa membawa buah tangan. Kami bersalam dan bersembang walau itulah kali pertama aku bersua muka.Aku kenal diorang sebab muka diorang dah ‘famous’ dan telah berkali-kali ‘diterbitkan’ dalam Blog, dalam catatan, dalam ruang sembang. Mereka yang tak kenal aku, cadangnya nak pedajal diorang dengan menyamar tapi mengingatkan diorang datang dari jauh nak jumpa aku. Aku batalkan niat suci aku.
Aku bawak diorang pergi jalan-jalan (diorang kata Jalang-Jalang…aku tegur, maksud dah lain tu). Aku bawak pergi muzium (walaupun dah tutup tapi dengan kuasa yang ada pada aku untuk memukau Pak Guard yang menjaga muzium dengan satu angkatan tangan, kami dibenarkan masuk ke dalam kawasan. Ilmu aku belum cukup untuk memukau Pak Guard-Pak Guard itu supaya membuka pintu utama). Semasa keluar, aku cuba yang terbaik untuk menjadi ‘tourist guide’ yang bagus.
Aku : Ini keretapi namanya. Kalau belum tahu lah..
Mereka : Tiada reaksi.
Kemudian aku membawa mereka membeli-belah segala jenis keropok dan dihadapan Keropok Mall itu terdapat satu gerai menjual air tebu. Aku cuba lagi menjadi ‘guide’ yang baik.
Aku : Ini namanya air tebu…
Mereka : Tiada reaksi juga.
Oleh kerana di tempat aku, tempat-tempat tumpuan pelancongan berada agak jauh dari pusat bandar (tak kan nak bawak mereka pergi Pulau naik kereta aku kan..) maka aku hanya membawa mereka pusing-pusing bandar.
Aku cuba lagi untuk tidak dituduh sebagai ‘tourist guide’ yang tak buat kerja. Aku tunjukkan mereka beberapa tempat penting.
Aku : ini JPJ..kalau nak baharui ‘road-tax’ atau lesen memandu…
Mereka : Tiada reaksi juga.
Terdapat lagi beberapa tempat penting dalam kehidupan seharian masyarakat setempat di sini yang ingin aku tunjukkan seperti Bangunan TNB, Syarikat Air, Kedai Pajak/Muassassah Gadaian, tandas awam dan sebagainya tetapi aku diamkan sahaja memandangkan mereka langsung tidak memberikan reaksi.Niat aku : “ Ini bangunan TNB untuk bayar bil api…”
Kalau mereka bertanya soalan seperti ‘Berapa tarif elektrik di sini?’ tentunya aku akan cuba untuk memberikan gambaran dan jawapan yang memuaskan hati mereka.
Walau bagaimanapun, aku berjaya menunjukkan kepada mereka bangunan-bangunan tertinggi di dunia yang terdapat di sini. Nasib baik mereka tiada reaksi, kalau ditanyanya berapa ketinggian, berapa meter persegi? Jenuh jugak aku nak mencari jawapan.
Untuk menutup mulut mereka supaya tidak bercerita tentang hal-hal yang buruk-buruk pasal diri aku di dalam Blog mereka, aku membawa dan membelanja mereka ais kerim goreng di tepi Pantai supaya bayu laut yang bertiup mampu melekakan mereka. Malangnya ketika aku dalam perjalanan untuk menghantar mereka ke kereta, budak-budak muda sedang berlumba haram di depan mata. Aku lupa nak cakap bahawa Jaguh-Jaguh GP dunia semuanya berasal dari tempat aku seperti Valentino Rossi, Kenny Roberts Jr., Wyne Rainey, Eddie Lawson (berasal dari Kg. Losong) dan lain-lain lagi sebenarnya berasal dari tempat aku.
Disebabkan mereka ini sudah mengenali aku dan sudah 9 Bloggers sudah aku bertemu maka aku siarkan gambar aku yang dipukul curi oleh mereka.
Cheh..kalian mungkir janji!

So, this is me. Alive and exist!

Sunday, May 08, 2005
Secebis Catatan Buatmu, Ibu.
...
Aku melawatnya petang semalam sebagaimana selalu.
Dengan isteri
Dengan anak-anak aku.
Kelihatan buah-buah jambu air bertaburan bersama daun-daun kering bergelimpangan. Rumput-rumput tinggi memanjang. Buah-buah pauh dan mempelam berjuntaian tanpa ada yang mengutipnya. Keadaan di dalam rumah, suram. Sarang labah-labah dan tuala bergantungan. Kertas-kertas suratkhabar bekas gigitan sang tikus terkumpul di penjuru ruang.
Biasa tidak begitu.
Biasanya, halaman rumah akan bersih tanpa ada sehelai daun yang terlebih matang. Pakaian di dalam rumah akan tersusun, tidak berlintang pukang.
Sudah 4 tahun Ayah meninggalkan dia. Dia kesepian dan sering sakit-sakit sahaja sekarang. Dia sekarang sudah tak punyai kekuatan. Lemah dan hanya berserah pada Tuhan.
Semalam dia bercerita.
“Dua malam lepas, Che bermimpi Ayah kau datang melawat Che. Ayah kau kata ‘kau ni sakit.’ Dan selepas itu menghilang..”
“Selepas itu , Che bangun. Mata sebelah kiri tiba-tiba menjadi hitam. Tak nampak apa-apa.”
Che atau Ibu aku sudah tak dapat melihat dari mata kirinya.
Pagi ini, Abang sulung aku membawanya ke Pusat Perubatan dan ketika aku menelefonnya tadi dia memberitahu bahawa tekanan darah Che amat tinggi sehingga berkumpul di pembuluh matanya.
Aku diam.
Ya Tuhan...aku mendoakan seribu kebaikan.
Aku menjadi seorang pengingat yang suram.
Dia melahirkan aku, membesarkan aku, menyekolahkan aku. Dia akan membuka lipatan kainnya untuk memberi wang belanja sekolah aku seharian.Dia mengalirkan air mata jernih atas setiap kelakuan aku, atas semua kejayaan aku. Dia memeluk aku kemas pada saat dia perlukan seseorang tatkala Ayah meninggalkan kami.
Satu ketika aku sakit dan perlu menjalankan rawatan di hospital di sini, di Kuala Lumpur. Kami sama-sama naik ambulan, digoncang sepanjang perjalanan.Dia tak pernah meninggalkan aku walau sedetik.Dia sentiasa mengukirkan senyuman walau sejuta beban tergalas menghenyak perasaan.
Di Hospital Kuala Lumpur, dia tidur baring di kaki lima tempat orang ramai lalu lalang. Dia tak pernah mengucapkan walau sebaris nada sesalan. Aku pernah dimarahi jururawat kerana aku tak pernah ada di atas tilam. Aku bersama dia di kaki lima melihat cabaran yang mendatang. Aku melihat dia berjuang. Aku melihat kedut-kedut di wajahnya yang menyimpan sejuta ketabahan.
Aku melihat ibu aku.
Aku melihat garis-garis perjuangan dan titik-titik kenangan silam.
Che,
Aku mahu Che tahu yang anakmu ini teramat menyayangimu. Terlalu merindui belai halus jari-jemarimu.
Aku tak mampu menulis lagi dengan sebak sebegini.
Aku cuma mahu Che tahu yang Che adalah mutiara, bintang kejora.
Sebagaimana baris puisi yang aku tuliskan buatmu.
Di sini.
Tuhan, aku pasrah dengan segala ketentuan.

Thursday, May 05, 2005
Maaf
...
Maaf, aku sibuk sikit kebelakangan ini.
Banyak benda yang aku nak cerita.
1. Kisah anak aku yang 'I can hear dead people..' kat ofis aku 2 hari sudah.
2. Kisah rakan-rakan blogger yang datang dari KL, Penang, Kedah dan Kota Bharu ke tempat aku semata-mata nak jumpa aku dan aku hanya belanja diorang makan aiskerim goreng sahaja.
3. Kisah misteri kenapa gambar yang aku ambil untuk rakan-rakan blogger itu tak menjadi?
4. Kisah dongeng...biasalah.
Nanti petang, kalau sempat aku tuliskan.
kalau bulu roma aku tak meremang lah...
he he he

Subscribe to:
Posts (Atom)