Pada Sabtu, minggu yang lepas.Aku dikejutkan dengan deringan telefon yang kemudiannya memaklumkan kehadiran empat orang Bloggers dari Utara Tanahair dan dari Lembah Kelang yang akan membuat ‘spot check’ tentang kewujudan aku di alam maya ini. Benarkah D’arkampo atau Darekampo atau sekadar Po betul-betul wujud dan hidup?
Dia cakap : Kami nak mai datang jumpa hang.
Aku : Pukui berapa hang akan sampai?
Dia cakap : Petang kot
Aku : Kalau petang okaylah, sempatlah aku siapkan permaidani, bungga manggar dan kompang.
Aku : Dengan satu syarat…
Dia cakap : Apa dia?
Aku : Jangan ambik gambaq.
Dia cakap : he he he ..faham.
Petang yang terang itu menyaksikan keempat mereka datang tanpa membawa buah tangan. Kami bersalam dan bersembang walau itulah kali pertama aku bersua muka.Aku kenal diorang sebab muka diorang dah ‘famous’ dan telah berkali-kali ‘diterbitkan’ dalam Blog, dalam catatan, dalam ruang sembang. Mereka yang tak kenal aku, cadangnya nak pedajal diorang dengan menyamar tapi mengingatkan diorang datang dari jauh nak jumpa aku. Aku batalkan niat suci aku.
Aku bawak diorang pergi jalan-jalan (diorang kata Jalang-Jalang…aku tegur, maksud dah lain tu). Aku bawak pergi muzium (walaupun dah tutup tapi dengan kuasa yang ada pada aku untuk memukau Pak Guard yang menjaga muzium dengan satu angkatan tangan, kami dibenarkan masuk ke dalam kawasan. Ilmu aku belum cukup untuk memukau Pak Guard-Pak Guard itu supaya membuka pintu utama). Semasa keluar, aku cuba yang terbaik untuk menjadi ‘tourist guide’ yang bagus.
Aku : Ini keretapi namanya. Kalau belum tahu lah..
Mereka : Tiada reaksi.
Kemudian aku membawa mereka membeli-belah segala jenis keropok dan dihadapan Keropok Mall itu terdapat satu gerai menjual air tebu. Aku cuba lagi menjadi ‘guide’ yang baik.
Aku : Ini namanya air tebu…
Mereka : Tiada reaksi juga.
Oleh kerana di tempat aku, tempat-tempat tumpuan pelancongan berada agak jauh dari pusat bandar (tak kan nak bawak mereka pergi Pulau naik kereta aku kan..) maka aku hanya membawa mereka pusing-pusing bandar.
Aku cuba lagi untuk tidak dituduh sebagai ‘tourist guide’ yang tak buat kerja. Aku tunjukkan mereka beberapa tempat penting.
Aku : ini JPJ..kalau nak baharui ‘road-tax’ atau lesen memandu…
Mereka : Tiada reaksi juga.
Terdapat lagi beberapa tempat penting dalam kehidupan seharian masyarakat setempat di sini yang ingin aku tunjukkan seperti Bangunan TNB, Syarikat Air, Kedai Pajak/Muassassah Gadaian, tandas awam dan sebagainya tetapi aku diamkan sahaja memandangkan mereka langsung tidak memberikan reaksi.Niat aku : “ Ini bangunan TNB untuk bayar bil api…”
Kalau mereka bertanya soalan seperti ‘Berapa tarif elektrik di sini?’ tentunya aku akan cuba untuk memberikan gambaran dan jawapan yang memuaskan hati mereka.
Walau bagaimanapun, aku berjaya menunjukkan kepada mereka bangunan-bangunan tertinggi di dunia yang terdapat di sini. Nasib baik mereka tiada reaksi, kalau ditanyanya berapa ketinggian, berapa meter persegi? Jenuh jugak aku nak mencari jawapan.
Untuk menutup mulut mereka supaya tidak bercerita tentang hal-hal yang buruk-buruk pasal diri aku di dalam Blog mereka, aku membawa dan membelanja mereka ais kerim goreng di tepi Pantai supaya bayu laut yang bertiup mampu melekakan mereka. Malangnya ketika aku dalam perjalanan untuk menghantar mereka ke kereta, budak-budak muda sedang berlumba haram di depan mata. Aku lupa nak cakap bahawa Jaguh-Jaguh GP dunia semuanya berasal dari tempat aku seperti Valentino Rossi, Kenny Roberts Jr., Wyne Rainey, Eddie Lawson (berasal dari Kg. Losong) dan lain-lain lagi sebenarnya berasal dari tempat aku.
Disebabkan mereka ini sudah mengenali aku dan sudah 9 Bloggers sudah aku bertemu maka aku siarkan gambar aku yang dipukul curi oleh mereka.
Cheh..kalian mungkir janji!
So, this is me. Alive and exist!
~Po.
8 comments:
po, habarq mai, kalau jumpa fellow blogger, makin jadi cam good friend or jadi menyampah. or to rephrase my q, menyesal tak jumpa cyber friends ni di alam nyata?
baru nak tanya soalan sama yang si tenah tanya.....
bro, bila nak panggil aku naik terengganu? pergi gongkapas ke. heh heh heh.. apa yang menarik di gongkapas?
~ jiGOMorrison
Tenah..
Tak menyesal sebab aku jarang berkesempatan untuk bertemu mata.
Cuma,pada sesetengah blogger kadang-kadang aku lebih selesa kalau kita 'bersahabat' hanya di talian secara 'online' kerana kita mengenali sesama kita secara maya.Biarkan persahabatan itu kekal begitu.Kadang-kadang itu lebih baik kerana apa yang dibaca dalam blog bukannya realiti semasa.
SC, silakan datang sini. Saya akan cuba jadi tour guide yang sebaik mungkin!
hehehehe...
awak nieh sungguh kelakar laa encik PO..
thanks for the laughs...
u n teek really make a great comedian combo laaa...
fuh!! tajam menikam! adeh...
ada ke yg mempertikaikan akan kewujudan incik Po? isk isk
Post a Comment