...
Yeay! Aku dah pandai 'pasang' video..habaq hang!
he he.
Naga! Hang dok diam-diam.Hang tak leh kawan ngan aku..hang tak pandai 'pasang' video!
ha ha ha.
~Po.
Saturday, November 26, 2005
Thursday, November 24, 2005
Tanpa Tajuk. Sekadar Memujuk
…
Luka.
Seperti siput mengembara
Ketika air sedang surut
- aku mengembara
- bagitu siput
dengan mulut penuh lumpur
- terkapar
bagitu aku,
jadi nanar dan tersungkur
dengan mulut terbuka, menghulur
lidah terbakar.
~ pyanhabib
Aku tahu.Hadir aku di sini. Dalam kekotak empat segi. Tona-tona tanah. Menyembah.
Dalam hujan-hujan sebegini. Dalam berlari-lari. Merasai tiap titis yang tiris dari langit yang tipis.Menangis.
Pedih. Terhiris.
Haruskah aku tunduk dan hanya mendengar ketuk-ketuk yang wujud di luar pintu berkabut? Haruskah?
Atau, aku harus berteriak.Menjerit. Mengusir segala bisik-bisik yang mendesir di hujung langsir?
Kau bertanya padaku. Aku hanya mampu diam. Membisu. Membatu.
Kau pun kenal siapa aku.
Nyanyian serangga
Kusimpan desing dengungku kerana angin lebih mersik alunannya
Kusimpan bisa sengatku kerana api lebih marak jilatannya
Kusimpan teduh sayapku kerana air lebih dingin titisannya
Kusimpan lancip tubuhku kerana tanah lebih kental adunannya
Kusimpan AKU dalam KAMU…
~ Zaen Kasturi – Antologi IGA, DBP 2005.
Cuba kau gariskan salah dan silap aku. Aku tahu. Aku cuma insan. Makhluk Tuhan. Dihiris berdarah. Di tolak rebah.
Di mana aku dalam dirimu? Aku tak pernah memberi ruang.Malah, aku tak pernah memberi pilihan.
Mengapa aku tiba-tiba menjadi ikan di dalam lautan yang dalam, merasa aman sedangkan tanpa aku tahu.Mata-mata helang yang berlegaran di sebalik awan sedang memerhatikan. Menanti ruang. Menunggu peluang sebelum menjunam, dengan paruh yang tajam.Kuku-kuku yang kejam. Menikam. Menyambar.Lantas aku menjadi makanan di atas dahan-dahan yang sayup menyapu awan.
Dan…
Aku meminta maaf. Aku memohon keampunan. Hidup ini tidak panjang.
Sekiranya masih ada ruang. Aku ingin sekali berjalan. Aku ingin pergi meninggalkan kembang-kembang yang mekar di taman. Di situ. Bukan tempat aku.
Aku ingin memberikan warna di segenap jalan dan liku. Warna-warna hidupku. Warna-warna yang kelabu.
Lagu Diam
Waktu kekasih memejamkan matanya
Mentari telah lama terbenam
Persis suara ombak menjauh
Dan perahu kecil
Hilang di celah karang
Segalanya tinggalan bisu
Batu-batu kelabu.
~Siti Zainon Ismail, 1978. Antologi Puisi Putih Sang Kekasih, UKM 1984.
Aku hanya mampu diam. Bagi aku, itu satu kelebihan.Biarpun diam itu diam yang panjang. Biarpun diam itu menjadi kerikil di jalanan. Terbuang.
Dan…
Kau akan tetap aku anggap sebagai intan. Batu yang terlindung oleh kerak-kerak tanah berjuta lapisan. Terbentuk, terwujud di dalam bumi yang dalam. Tetap akan bersinar terang apabila di pancar cahaya hati. Mereka-mereka yang mengerti.Mereka-mereka yang mengenali...
~ Po.

Sunday, November 20, 2005
Kala Hujan.
…
Hari ini, semalam dan hari sebelumnya bagaikan ramalan. Hujan. Lebat, mencurah, dingin dan sebam. Tiada warna-warna lukisan alam.
Aku sebenarnya cukup sukakan keadaan begini. Rasa tenteram, rasa selamat dan rasa begitu aman. Kalau, ianya sekadar hujan, bukan ribut yang menggoncang.
Hujan lebat sebegini cukup mengesankan. Aku masih dapat memutarkan bayang-bayangan silam. Berpuluh-puluh tahun kebelakang.Gambaran yang amat memilukan.
Tatkala aku masih kecil. Masih belum mengerti erti perit dan peri hidup ini. Kala hujan begini, aku lebih enak bergulung di dalam gebar kusam di atas tilam kekabu. Rasa dingin yang mendamaikan.
Angin di kala-kala begitu, di penghujung Disember sudah menjadi serasi.Bagaikan menyapa kami dengan degus dan hembus yang kadangkala seakan mengajak kami bermain bersama. Kau menghembus, kami berdiri sambil mendepakan tangan merasai tiap elusan jari-jemarimu ke tubuh kecil kami.
Malam itu, seperti malam-malam sebelumnya kau menghampiri, menyapa. Sebagaimana biasa, aku menarik gebar kusam membaluti tubul kecil tak berbaju dari digigit dingin tiupanmu.
Dan, aku terlena mengimpikan kita bersama. Bermain dan saling ketawa.
Tanpa aku sangka, gurauanmu kali ini.Keterlaluan.
Aku terjaga bila dikejutkan oleh abang aku. Aku bangkit dengan mata separuh terbuka dan mata fikir yang masih mahu menyambung mimpi. Mimpi kita.
Abang lantas mendukung aku di atas lengan-lengannya yang sasa. Bangkit dan keluar dari bilik yang penuh dengan tilam, medan lena kami sekeluarga.
Aku hanya mampu melihat. Gelap pekat di rabung rumah kami sesekali terang di sinari petir. Aku melihat hujan mencurah di tengah-tengah ruang rumah. Aku melihat Arwah Ayah, Mak dan adik beradik aku yang lain sudah berpelukan di satu sudut berhampiran pintu. Basah kuyup. Wajah-wajah yang takut.
Bumbung rumah kami sudah tiada. Atap nipah yang selama ini menjadi tempat teduhan kami sudah hilang disambar angin yang menggila.
Ruang tengah sudah mengumpul air yang bagai disimbah.
Abang berlari ke sudut itu. Sudut ahli keluarga aku berpelukan. Berdoa agar dijauhkan dari petaka malang.
Tubuh aku tiba-tiba melayang. Aku tersungkur jatuh. Abang sudah terkapar di atas licin tikar getah yang berkubang dengan air dan pelepah kelapa serta nipah yang pecah. Abang kembali bangkit, memaut tubuh kecilku dan kembali. Berlari.
Kami sekeluarga berkumpul di sudut itu. Sudut yang bagaikan satu-satunya ruang yang kami ada. Hujan tetap mencecah tubuh-tubuh kami tapi itu sahaja ruang yang ada.
Itu sahaja ruang yang ada.
Mak memeluk aku dan mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Aku tahu, bukan doa untuk dia. Doa untuk anak-anaknya. Doa dijauhkan dari bala bencana. Muka mak penuh berkaca. Aku melihat Mak pasrah dengan dugaanNya.
Melihat seluruh ruang yang ditimpa hujan. Melihat ke atas gelap awan dari tempat teduhan kami selama ini amat menyedihkan. Amat memilukan.
Aku sangka gurauanmu selama ini hanya sekadar gurauan yang sering kita lakukan. Rupanya kau benar-benar memberi ujian.
Kami tidur berpelukan sehingga pagi. Dalam basah seluruh tubuh kami. Dalam menanti angin dan hujan pergi. Jangan kau kembali.
...
Malam tadi.
Hujan lebat sebegini. Mungkin kau sekadar ingin menyapa. Ingin bergurau lagi. Mungkin dengan senyum yang sama seperti senyummu berpuluh tahun nan lalu. Aku bangkit. Melihat wajah-wajah kecil yang bergulung di dalam gebar. Rasa aman, rasa selamat, rasa dingin sampai ke kaki.
Aku memandang ke atas. Rabung yang masih utuh. Atap genting. Dinding dari konkrit.
Aku berbisik. Jangan kau kembali lagi.
Jangan.
Berlalulah dengan aman.
Aku tak rela wajah-wajah kecil itu kembali berpelukan di dalam hujan di satu sudut ruang.

Wednesday, November 09, 2005
Mencari Pyan
…
Saat itu resah terjadi
Aku tiba-tiba seakan ingin memanggil namamu
Tatkala itu aku merasa himbauan
Sesuatu yang dalam
Sendu apakah yang ingin kau beri
Duka apakah yang paling abadi
Selain sepi berabadku ini.
~ pyanhabib.
Kesengsaraan?
Tidak anakku, kesengsaraan adalah
Permainan terbaik untukmu
Kau perlu belajar jadi dewasa
Rimba pemburuan ini dicipta untuk si berani
Tertakluk dalam hukumnya
Kau harus jadi si pemberani itu.
~pyanhabib.
~po.

Wednesday, November 02, 2005
Satu Hari Bernama Raya
…
Di waktu-waktu begini, di kala lagu-lagu raya berkumandang di udara. Tatkala anak-anak aku mula bertanya berapa hari lagikah puasa.
Aku menjadi seorang pengingat. Seorang pemikir pada nostalgia yang berselirat.
Masih ingat tentang iklan hari raya yang memaparkan dua anak kecil yang masih belum mengenal dunia yang terpaksa menaiki bas ke rumah ayah dan semasa tiba pintu di rumah , si ibu muda menjeling dengan penuh marah walhal anak-anak itu cuma sekadar ingin mengucup kedua tangan seorang yang bergelar Ayah ?.
Beberapa tahun nan lalu. Iklan itu, memberi sebak rasa sendu.
Bagi aku,kisah tersirat dalam iklan itu benar-benar memberi makna dan erti sebuah Hari Raya.
Masihkah kau ingat?
Pastinya kau masih mengingatinya.
Beberapa hari yang lepas, ketika aku sedang memotong rumput di halaman. Julai-julai kemuncup yang sudah tinggi ke paras lutut. Memotong rumput dengan mesin di bulan puasa sememangnya meletihkan lebih-lebih lagi aku bermula pada jam tiga dan matahari masih terpacak di atas kepala.
Teratak mahligai aku bersebelahan dengan jalan dan semua yang lalu lalang pasti akan memandang. Sekadar memandang. Tiada apa istimewa yang hendak diperhatikan.
Tatkala aku berhenti mengambil nafas dan menikmati tiupan angin petang menghembus bahang panas, aku melihat kepada rumah aku yang tidak sebesar dan setaraf istana indah tersergam. Melihat pokok-pokok aku yang mulai subur menghijau pandangan.
Melihat tiga budak kecil yang tiba-tiba muncul dari arah belakang. Berlari berkejaran. Riang.
Si abang mungkin bukan yang mendapat tempat pertama di sekolah secara keseluruhan. Mendapat hadiah bekas pensil di dalam dewan oleh Guru penolong kanan.
Si kakak mungkin bukan budak comel yang nampak padan dengan baju Barbie di pasaran.
Si adik mungkin bukan anak yang paling comel yang sering keluar dalam iklan lampin pakai buang.
Tiba-tiba keluar seorang wanita dari pintu hadapan lalu mengemop lantai di lanjur anjung. Tidak, dia bukan jelmaan model atau pelakon wayang.
Aku tersenyum. Hidup aku mungkin banyak kekurangan tetapi hidup aku mungkin satu impian bagi orang lain yang memandang.
Aku hanya mahukan semua mereka di Hari Raya.
Aidil Fitri sebenarnya adalah kasih dan sayang. Satu hubungan yang amat erat. Bertaut rasa bersulam mesra.Yang tersirat amat dalam dari apa yang tersurat.
Aidil Fitri bukan baju baru, bukan kuih muih, bukan lemang dan baulu, bukan juga duit raya. Aidil Fitri bukannya tentang program tv sepanjang masa atau tentang hiasan rumah yang mengalahkan hotel lima bintang.
Balik kampung, Ibu Ayah, pusara mereka-mereka yang tersayang, kunjungan saudara mara, aroma ketupat rendang, kemesraan dan kegembiraan. Ianya bukan satu cliché yang sengaja digembar-gemburkan demi meraih satu fenomena setiap tahun. Ianya adalah satu perasaan yang memang wujud dalam diri setiap insan. Satu rasa keterimaan. Satu keadaan yang sukar dimengertikan mahupun di tafsirkan dengan susun atur perkataan.
Satu ucapan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil wa Faizin. Buat semua yang berkunjung ke laman ini. Seandainya aku pernah melukakan, mencalarkan atau mengguris perasaan. Aku memohon sejuta keampunan. Sesungguhnya aku sekadar seorang insan, seperti kamu, mencoret rasa demi meluahkan apa yang bersarang di jiwa.
Moga-moga di hari yang Mulia dan Bahagia, kita semua akan beroleh keberkatan dan keampunan dariNya.

Subscribe to:
Posts (Atom)