...
Pagi raya. Sebagaimana biasa kami sekeluarga.
Dengan baju melayu lengkap bersampin, bersongkok, kurung dan tudung. Semua sedondon. Selepas solat sunat aidil fitri. Biasanya, hanya di surau berdekatan. Semua jemaah adalah tetangga, bermaaf-maafan mengeratkan silaturahim.
Kami akan memasukkan juadah yang disediakan oleh isteri tersayang ke dalam kereta. Oh ya, lupa. Kami tahun ini, InsyaAllah akan berhari raya dengan kenderaan baru. Warna hitam juga.
Setelah selesai semua. Bawa sekali baju sembahyang dan t-shirt untuk dipakai selepas Asar nanti.
Lazimnya, aku akan panaskan enjin kereta untuk balik ke kampung.
Setelah semua sudah sedia. Kereta kami akan merangkak perlahan keluar daripada teduhan dan mula memijak jalanraya.
Kami akan pulang ke kampung.
Ketika dalam perjalanan inilah, anak-anak aku akan mula menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman. Sebagaimana lazimnya di setiap hari raya pertama.
“Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang"
dan
belumpun sempat mereka menjerit 'ho ho ho balik kampung' kali ke tiga.
Aku sudah menarik ‘handbrake’ dan membuka pintu kereta.
“dah..pegi naik..salam Uwan..cepat. gih!”
Kampung kami hanya 7 minit dari rumah kami.
Kepada yang akan berangkat pulang, dengan tak kira apa kenderaan. Berhati-hati. Kita mahu mendengar lagi anak-anak kita bernyanyi.Berkali-kali lagi.
Balik kampong
Ho ho ho
Balik kampong
Ho ho ho
Balik kampong
Hati girang.
~Po.
Tuesday, September 23, 2008
Selama-Lamanya begitu....
...
Semalam.Tengahari.
Teman aku ketawa mengekek. Anak aku yang sulung. Yang markah ujian matapelajaran sains baru-baru ini adalah tiga puluh lima. ya, tiga puluh lima.Anak aku berkata : '..sebab abang Abah dah beli warna putih..'
Kawan aku kata; macam aku, aku tak sebut gantinama 'Bapak Saudara'. Gelaran rujuk yang paling dekat.Anak aku ikut macam aku, merujuk ikut jalan panjang. 'Abang Ayah aku'. Gitu.
Aku senyum.
Aku kata: Aku tak panggil pak sedara sebab kami keluarga yang tersisih. Dulu.
Dulu, aku tak kenal bapak-bapak sedara. Mereka tidak pernah datang menziarah, kami pula tidak pernah menongkah arah.
Kami hanya ada kami.
sekeluarga.
Tapi, rasanya. Mungkin. Sebab kami dah terbiasa hidup hanya sekeluarga. Tersisih tapi bersama. Maka, anak-anak kami pun seakan begitu.
Aku harap, Hari Raya yang bakal menjelma ini, akan menjadikan kami satu keluarga semula. Bagai dulu.
Kita mulakan kembali, rasa yang menebal di dalam diri.
Ayah sudah tiada di dunia ini.
Kita ada perbezaan tersendiri tapi kita tetap satu keluarga. Sekurang-kurangnya Che' akan melihat kita tanpa ada sebarang beza.Sama. Anak-anak dia.
Dulu, kita sama-sama bersahur dan berbuka. Sekadar lauk-lauk yang Che' sendiri masakkan dengan air tangannya. Tiada juadah yang dibeli di pasar Ramadhan. Tapi itulah selazat-lazat hidangan.
Abang. Akak.
Ingatkah lagi dengan Air sirap Bandung Che'? Hanya itulah sahaja pembuka selera kita semua. Seingat aku, dari aku kecil dan mula belajar puasa sehinggalah baru-baru ini bila aku berbuka dengan Che'. Che' masih buatkan air sirap bandung itu. Dan, rasanya tidak pernah berubah!. Bagai mengalir airmata aku melihat anak-anak aku berebutkan air sirap bandung itu dan menolak air-air lain yang kami beli terdahulu sebelum berbuka.Kalau dulu, hanya itulah yang ada. Semanis-manis rasa. Selaksa peristiwa.
Lupakan ikan bakar dan lauk-lauk yang lain yang dibeli. Kuah tumis pedas Che' masih seperti dulu! selama-lamanya begitu!
Selama-lamanya begitu....
Aku.
Rindu.
dan kita akan selama-lamanya begitu.

Sunday, September 21, 2008
Terlalu...
...
Aku
Aku terlalu ingin menulis
sebagaimana dulu
tapi
Aku
Aku menjadi terlalu kelu
Tuhan
Lindungilah hambamu.
~Po.
Aku
Aku terlalu ingin menulis
sebagaimana dulu
tapi
Aku
Aku menjadi terlalu kelu
Tuhan
Lindungilah hambamu.
~Po.
Tuesday, September 02, 2008
Sahur tadi, tatkala melihat anakku menyuapkan nasi ke mulut dengan mata tertutup..
Meriah Sahurku
…
Masih segar di ingatanku
Suatu waktu dahulu
Ketika itu
Aku baru darjah Satu
Pukul empat setengah
Lampu sudah dipasang cerah
Emak sudah riuh rendah
Mengejutkan seisi rumah
Dari mimpi yang indah
Meriah sahurku
Adik beradik berteleku
Atas tikar mengkuang kelabu
Di ruang dapur berdinding kayu
Emak hidangkan nasi
Kuah tumis ikan kerisi
Sambal belacan celur pucuk ubi
Kopi panas meruap ke pipi
Tak siapa yang berani
Menjamah nasi
Atau menghirup kopi
Sebelum Ayah berguri
Meriah sahurku
Lupa tentang tidur yang terganggu
Lupa tentang mimpi terdahulu
Lupa tentang kisah-kisah sendu
Sahurku bahagia
Dari sebuah keluarga sederhana
Di hujung kampung penuh derita
Zaman yang penuh cerita duka
Walau kami tidak kaya
Kami tetap punya cita-cita
Kini
Ayah tiada lagi
Dan Mak kadang-kala bersendiri
Adik beradik di sana dan di sini
Pukul empat setengah
Lampu terpasang cerah
Isteri sudah riuh rendah
Mengejutkan seisi rumah
Dari mimpi yang indah
Meriah sahurku
Putaran hidup bertemu
Dalam detik waktu
Dalam ruang rindu
~Po.
Aku terkenangkan aku yang dulu.
Aku terkenangkan aku dalam jiwa-jiwa mereka. Betapa Tuhan itu maha berkuasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)