Tuesday, September 23, 2008

Selama-Lamanya begitu....

...

Semalam.Tengahari.

Teman aku ketawa mengekek. Anak aku yang sulung. Yang markah ujian matapelajaran sains baru-baru ini adalah tiga puluh lima. ya, tiga puluh lima.Anak aku berkata : '..sebab abang Abah dah beli warna putih..'

Kawan aku kata; macam aku, aku tak sebut gantinama 'Bapak Saudara'. Gelaran rujuk yang paling dekat.Anak aku ikut macam aku, merujuk ikut jalan panjang. 'Abang Ayah aku'. Gitu.

Aku senyum.

Aku kata: Aku tak panggil pak sedara sebab kami keluarga yang tersisih. Dulu.

Dulu, aku tak kenal bapak-bapak sedara. Mereka tidak pernah datang menziarah, kami pula tidak pernah menongkah arah.

Kami hanya ada kami.

sekeluarga.

Tapi, rasanya. Mungkin. Sebab kami dah terbiasa hidup hanya sekeluarga. Tersisih tapi bersama. Maka, anak-anak kami pun seakan begitu.

Aku harap, Hari Raya yang bakal menjelma ini, akan menjadikan kami satu keluarga semula. Bagai dulu.

Kita mulakan kembali, rasa yang menebal di dalam diri.

Ayah sudah tiada di dunia ini.

Kita ada perbezaan tersendiri tapi kita tetap satu keluarga. Sekurang-kurangnya Che' akan melihat kita tanpa ada sebarang beza.Sama. Anak-anak dia.

Dulu, kita sama-sama bersahur dan berbuka. Sekadar lauk-lauk yang Che' sendiri masakkan dengan air tangannya. Tiada juadah yang dibeli di pasar Ramadhan. Tapi itulah selazat-lazat hidangan.

Abang. Akak.

Ingatkah lagi dengan Air sirap Bandung Che'? Hanya itulah sahaja pembuka selera kita semua. Seingat aku, dari aku kecil dan mula belajar puasa sehinggalah baru-baru ini bila aku berbuka dengan Che'. Che' masih buatkan air sirap bandung itu. Dan, rasanya tidak pernah berubah!. Bagai mengalir airmata aku melihat anak-anak aku berebutkan air sirap bandung itu dan menolak air-air lain yang kami beli terdahulu sebelum berbuka.Kalau dulu, hanya itulah yang ada. Semanis-manis rasa. Selaksa peristiwa.

Lupakan ikan bakar dan lauk-lauk yang lain yang dibeli. Kuah tumis pedas Che' masih seperti dulu! selama-lamanya begitu!

Selama-lamanya begitu....

Aku.

Rindu.

dan kita akan selama-lamanya begitu.

~Po.

2 comments:

Amiene Rev said...

sob... sob...

Anonymous said...

amina...

selama-lamanya begitu.