Wednesday, May 19, 2004

Symbiosis

Bukan, ini bukan lagu Ella.

Ella kata dia tak pandai mengarang puisi dan tidak dia pandai bermadah berseni.

Aku pandai. He he.

Macam Lagu The Actor oleh Michael Belajar Batu (Learns to Rock)

“I’m not an actor, I’m not a star and I don’t have my own car” sebab kereta aku masih milik Finance. I can’t really say that I do have my own car.

Aku cuma nak cerita pengalaman aku berlakon. Aku pernah berlakon dalam drama tv dan filem, memegang watak-watak kecil dan tak penting. Hah..korang percaya? Ha ha.

Percayalah, aku pernah berlakon.Bukan dalam drama tv atau filem tapi atas pentas.

Mula-mula, aku berlakon dan mengarahkan sebuah Pantomime berkisah tentang pejuang-pejuang Palestine semasa di sekolah. Aku berlakon sebab watak pejuang Palestine tak perlu tunjuk muka (dibalut dengan kain serban merah dan putih yang petak-petak tu..). Berlakon Pentomime tak perlu bercakap menghafal skrip. Cuma hafal gerak sahaja. Background music and vocals/narrator di buat dibelakang pentas. Mudah tapi kena buat training banyak-banyak takut sumbang.

Semasa di Varsiti, dalam minggu orientasi, aku telah dipilih secara rambang untuk buat persembahan di malam akhir minggu suaikenal. Kali ini aku kena jadi narrator. Pantomime jugak tapi entah apa-apa. Aku kena narrate dalam versi klasik (tersebutlah kisa’aah…ala syair gitu tapi budak-budak yang berlakon pakai t-shirt and jeans aje..). Aku pulak kena duduk di atas pentas sebelah kanan mengadap ribuan pelajar-pelajar baru. Hentam sajalah Labu…Kerana penglibatan aku, aku dapat duduk Kolej (asrama).

Baru duduk asrama beberapa minggu, aku dijemput menyertai sekumpulan pelajar yang akan masuk Pertandingan Seni Pentas. Pada mulanya, pengarah nak buat cerita bertemakan mistik dan seram. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…Dalam drama tersebut ada part yang pelakon wanita terpaksa menjerit dan mengilai-ngilai sambil memegang tengkorak betul yang dipinjam dari budak-budak Medic. Kami buat latihan di atas gelanggang tenis tepi bukit sampai jam 1-2 pagi. Selepas 2-3 malam kami buat latihan, terdengar cerita-cerita dari Blok perempuan yang paling hampir dengan gelanggang tenis tersebut bahawa mereka mendengar suara mengilai-ngilai dari atas bukit kawasan Kolej aku jam 3 atau 4 pagi lepas kami habis latihan.

Malam seterusnya, masa kami buat ritual yang biasa (entah apa nama, tapi dah jadi macam tradisi teater) iaitu duduk bersila dalam satu bulatan sambil memejamkan mata dan kononnya mengosongkan fikiran. Bulu tengkuk aku dah mula meremang. Gila ngko, duduk tepi hutan dan bukit kemudian masing-masing menghafal skrip sambil memejamkan mata. Yang pegang part mengilai tu terus mengilai-ngilai. Bulu roma aku dah tegak macam tiang bendera.

Nak jadikan cerita, pengarah aku tiba-tiba aje tukar tema pada malam berikutnya. Mungkin sebab dah banyak Kolej yang buat tema mistik dan seram atau mungkin dia nampak sesuatu…

Kami tukar tema komidi.Risiko yang besar kerana kalau tak lawak, malu jadinya. Aku pegang part sebagai seorang pesakit dalam sebuah hospital yang berbalut penuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nampak biji mata aje dua bijik (tutup muka lagi..he he). Komidi slapstik di mana aku akan dibedah dengan tukul dan gergaji sambil Nurse memasukkan botol susu budak dalam mulut aku. Skrip aku cuma “arghhh..argghhhhh…” sambil terhenjut-henjut lari dari doktor yang memegang gergaji. Kira okay jugak lawak sebab aku dengar ramai audience yang gelak. Pertandingan di buat dalam Panggung Eksperimen. Tapi yang paling lawak, lepas aku berlakon aku naik ke tempat audience dengan badan yang masih berbalut penuh dan memegang botol susu untuk tengok persembahan Kolej lain. Kolej tu buat drama serius tapi aku dengar satu panggung gelak. Rupa-rupanya diorang gelakkan aku.

Kolej aku dapat naib johan tahun itu.

Aku dengar cerita, ada Pak Guard yang nampak kelibat wanita pakai kebaya merah dari dalam panggung eksperimen selepas pertandingan tamat. Sama macam kebaya yang dipakai oleh pelakon yang menjadi johan dan buat drama bertemakan seram.Pagi esoknya Makcik yang menyapu pengsan apabila terlihat batang pisang yang dibungkus dengan kain putih macam mayat di satu sudut yang gelap dalam panggung eksperimen. Budak-budak Kolej yang johan tinggalkan macam tu je, takut nak bawak balik kot.

Tahun berikutnya, aku tak berlakon. Aku cuma jaga dan arrange props. Dapat nombor tiga. Mungkin sebab aku tak berlakon. He he.Tapi yang paling aku ingat adalah masa aku dijemput berlakon Pantomime oleh budak-budak surau. Aku baik jugak dengan budak-budak surau, engkau ingat apa?..Persembahan untuk satu program yang dianjurkan oleh Biro agama. Aku pegang watak budak-budak jahat. Main gitar masa orang tengah azan, ajak main daun terup masa orang nak study, hisap rokok, ‘high’ semacam macam isap dadah.Aku berlakon cemerlang walau tak dapat anugerah Pelakon paling popular Berita Harian. Cemerlang hinggakan ada satu ustaz (pensyarah) kat kolej aku yang tepuk belakang aku selepas habis acara dan cakap ‘awak berlakon real lah, macam betul..’ Aku sengih, aku tahu dia perli aku.

Tahun itu jugak budak-budak Floor aku buat satu kumpulan nasyid khas untuk Hari Terbuka Kolej. Kami namakan kumpulan kami Al-Rijal (pemuda) dan menyanyikan lagu nasyid kontemporari macam Raihan walaupun Nazrey Raihan masih menjual roti canai di Sungai Penchala ketika itu.Aku tak ingat lagu apa tapi sedap sampaikan ada budak cina floor aku mintak nak join sama. Kami training dalam toilet sambil mandi ramai-ramai masa Maghrib sehingga dapat komplen dari budak-budak surau..he he..

Floor aku dapat Anugerah Floor Terbaik tahun itu. Budak-budak Floor aku best, semua satu kepala. Masa aku jadi pengarah untuk hiasan Floor masa Hari Terbuka, aku pakai konsep Central Market di mana tiap-tiap bilik menjadi kedai. Ada kedai buku, kedai gunting, kedai baju, kedai makan dan ada yang melukis tepi koridor, main gitar serta sebagainya. Nak bagi nampak lagi real, kami angkut 3 buah motorsikal naik ke Floor aku di depan hallway.Yang bestnya, masa Hakim-Hakim pertandingan sampai di Floor aku dan nak check toilet, aku dah tugaskan sorang kawan aku yang duduk tepi toilet dengan meja kecik mintak duit 20 sen. Kat central market, mana ada toilet free..he he…

Tahun berikutnya aku keluar Kolej sebab nak hidup sendiri dan menyewa rumah bersama rakan-rakan satu pengajian. Berakhirlah karier aku sebagai pelakon.

….dan aku masih berlakon dalam pentas kehidupan.

~d’arkampo. ~ Freedom, after all is simply being able to live with the consequences of your decisions ~

2 comments:

Anonymous said...

Fuyoo...Jalaludin Hasan dgn Rosyam Nor kena pencen awal lah cam ni kalau ngko berlakon kat TV/Filem.
Aku buta seni. Langsung tak reti appreciate budaya - tarian, lakonan, lukisan, ukiran dan sewaktu dgnnya. Aku gi Galeri Nasional cuma nak tengok pameran Lat.
The only time aku naik pentas masa aku Form 5, main gitar dengan grup aku (all girls). Hehe..2 gitaris and we all nyanyi lagu, apa ye, dah lupa..
Sekarang ni aku menyanyi di pentas dunia dan kehidupan...

Mak Andeh

Anonymous said...

adk77 : hai pakcik darkampo..pelakon rupa2nya ...kita semua pelakon kat pentas besar ni..pentas dunia..