...
Baru-baru ini ketika aku dan 2 anak aku dalam perjalanan pulang ke rumah, kereta kami melalui satu sekatan jalan raya. Cuak juga hati aku sebab ada satu saman speed trap yang belum aku bayar.
Anak-anak aku dah mula bising "Bah! Road Block Bah!"
"Bah, polis Bah !"
"hah ! duduk diam-diam, polis buat road block sebab nak cari sapa-sapa yang bergaduh dalam kereta, sapa-sapa yang tak dengar kata...".
Biasanya kalau 2 beradik itu bergaduh tahap kaki dan tangan naik ke muka, aku akan mencapai handphone aku dan aku panggil polis.Kalau di rumah, biasanya aku dial nombor rumah dan diorang akan berlari meminta ampun bila aku cakap yang polis dah ada kat luar, telefon sebab nak masuk ambil mereka.
Perjalanan pulang aku hari itu cukup aman dan tenteram.
Teringat aku kepada kisah seorang teman.
Dia seorang usahawan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari kampung aku. Dia memang jenis yang tak suka pakai tali pinggang keledar dan separuh perjalanan, dia melihat satu sekatan jalanraya dibuat oleh pihak Polis.
Memandangkan ketika itu waktu malam dan tidak banyak kenderaan, dia terus mencapai tali pinggang keledar dan cuba untuk memasukkan kepala tali tersebut ke dalam pemegangnya tetapi gagal kerana kalut dan polis sudah berada di sisi kenderaannya.
Dia bertindak bijak apabila terus memegang tali pinggang keledar tersebut dengan tangan kirinya.
Polis: Nak Ke mana?
Dia : KL.
Polis: Jauh tu.
Dia : Ya
Polis: Larat ke pegang tali pinggang macam tu sampai KL?
Dia : he he he
Dia dilepaskan dengan amaran.
Tabik Tok!
~darekampo.
1 comment:
hahaha!! Kampo,kak teh pun teringat satu cerita macam ni. Awang dan kak teh dalam kereta di Bangsar. Hari dah hampir gelap dan tiba-tiba polis tahan kereta.
Polis:Sekarang ni dah pukul berapa ni?"
Awang: AAah, (sambil melihat jam) pukul tujuh.
Polis: (tak impress)
Awang: Oooh, maaf...(sambil memasang lampu kereta!)
Post a Comment