Thursday, April 11, 2013

Suatu Travelog Umrah - InsyaAllah Ada Ruang - Bahagian 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

...

Setelah beberapa lama, aku dapat melawan serangan-serangan 'anxiety' aku dan aku pun mula berhenti merokok. Pelbagai benda baru yang muncul dalam hidup aku.

Aku akhirnya mendapat tahu kulit aku yang menjadi merah-merah di siku dan lutut adalah penyakit 'psoriasis' iaitu sejenis penyakit kulit yang 'auto-immune' yang sehingga kini masih belum ada penawarnya.

Gout pun mula menyerang.

Kehidupan aku mulai berubah. Perlahan-lahan.

Tiada lagi 'stay back' kerja sampai lewat petang.

Mula mengayuh basikal secara riadah dan secara tetap setiap minggu dan setiap petang.

Tidak mahu lagi ada stress dalam kehidupan seharian.Baik dengan anak-anak, dengan isteri, atau dengan sesiapa sahaja.

Mula solat Dhuha.

Mula solat Tahajjud.

Mula solat witir sebelum tidur.

Dalam setiap solat, tak pernah mungkir memohon supaya aku dijemput mengunjungi Baitullah dan menjadi tetamu yang paling istimewa.

Mula membaca buku-buku agama.

Antara buku yang paling mengesankan aku adalah "Travelog Haji- Mengubah Sempadan Iman" tulisan Prof. Dr Mohd Kamil.

Betapa setiap masa, kerinduan pada Baitullah, pada kota Makkah menjadi semakin menebal.

Bila saja ada yang bercerita tentang Makkah, tentang umrah, tentang Ka'abah, Madinah...aku akan tarik kerusi dan mendengar penuh minat. Hendak menyampuk pun, aku belum pernah sampai ke sana. Dengar sahaja dan bayangkan.

Bila membaca atau melihat youtube tentang Rasulullah, rasa sebak dan sungguh mendalam. Terharu dengan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya.

...dan berdoa, berdoa, berdoa supaya dijemput olehNya ke sana.

Tahun 2008 kami mendaftar dengan Tabung Haji untuk ibadah Haji. Kami mendapat giliran di tahun 2024 dan tabungan kami baru sahaja bermula.

Kami fikir, biarlah kami mengerjakan ibadah Haji terlebih dahulu kerana itu keutamaan berbanding umrah jika itu rezeki.

Tiada terlintas di hati kami yang kami akan dijemput seawal tahun 2013 ini....

1 comment:

Amyz! said...

Po,
saya menangis2 masa baca buku travelog haji tu.

:-)

Teruskan bercerita. Saya nak rasa pengalaman dari kaca mata Po pula.