Wednesday, October 13, 2004

Ocean of Sorrows

...

Ocean of Sorrows

How long have we been drifting at sea
for strong waves rocked the little boat violently.
It had been days without a bite
the exhausted bodies were awaiting death.
Calamities at night seemed endless
laments cutting through water to whose ears.
Begging God to reach the other shore quickly
for even at death one still has a dried grave.
Thus seeing the island, happiness is mixed in tears
the freedom longed for is finally here.

-Mai Thơm
A senior boat person residing in Massachusetts, USA


Pada suatu malam, kira-kira jam 11 malam. Aku dan beberapa teman berhenti singgah di tepi pantai berhampiran dengan rumah aku. Kami bermotosikal dan setelah meletakkan motor kami, kami terus duduk melepak di benteng pemecah ombak sambil menghayati sebatang rokok dan asapnya terbang dihembus bayu Laut Cina Selatan.

Aku terpandang sebuah bot yang sederhana besar terdampar di pantai sambil ombak laut menghempas pada dindingnya dan mengeluarkan satu irama yang tidak tersusun. Aku agak bot itu baru terdampar melihatkan pada keadaannya yang masih dioleng ombak dan baru mencecah pasir.

‘Bot Vietnam..’ kata kawan aku.

‘Jom kita pergi tengok…’ kata aku.

Kami berjalan perlahan menuju ke bot tersebut sambil mata memandang sekeliling. Biasanya kalau ada bot vietnam yang terdampar, tentu ada askar yang berkhemah menjaganya. Kali ini tiada. Tiada umat manusia kecuali kami.

Apabila kami mendekati, bau hanyir menusuk hidung kami. Dalam kegelapan malam yang hanya disinari cahaya bulan, aku cuba mengamati ke dalam bot kalau-kalau ada orang. Hanya bunyi ombak yang aku dengar.Tiba-tiba kawan aku menjerit…

‘Lariiii…mayat ! mayat !’ katanya sambil menunjukkan sebungkah benda hitam yang terbenam di dalam pasir pantai dan sesekali disapu ombak.

Dalam gelap malam, aku sekilas melihat benda hitam itu berurat-urat halus bagaikan rambut.

Aku tak tunggu lama, gila apa nak tunggu bila kawan-kawan dah mulakan langkah seribu.Kami berlari menuju ke tempat motor.Apabila semua dah termengah-mengah dan berkumpul, aku tanya :

‘Betul ke mayat ?’

‘Ntah, macam ya je…’ bisik kawan aku.

Ketika itu, aku teringatkan kisah-kisah yang selalu aku baca dalam akhbar, berita tentang orang hanyut, pelarian Vietnam, pendatang haram dan bermacam nama diberikan. Mereka datang menongkah ombak ganas dengan bot-bot nelayan kecil dan ramai yang tak kesampaian ke tempat tujuan. Ada yang karam, ada yang dirompak dan dibunuh lanun ditengah lautan dan bermacam-macam kisah ngeri lagi. Daripada nelayan-nelayan tempatan, aku dengar kisah bermacam. Ada yang mengatakan sepasang tangan terlekat pada pukat mereka, ada terjumpa mayat tak sempurna terapung-apung di laut dalam dan bermacam-macam.

Ketika itu, orang-orang tempat aku seboleh-bolehnya menghindari dari memakan ikan atau hidupan laut yang selainnya kerana terdengar juga cerita bahawa ada yang terjumpa jari dari dalam perut ikan.

Aku bukan berani tetapi aku jenis yang tak puas hati. Aku ajak kawan-kawan aku pergi semula ke bot tadi. Ada yang menolak dan ada yang sama tak puas hati. Aku dan beberapa lagi pergi semula ke tempat mayat tadi dengan rasa cuak di hati. Kami berjalan perlahan-lahan. Mata aku tak lepas dari terus memandang sebungkah kepala dengan rambut terurai di sapu ombak di pantai.

Sampai dekat, aku lihat rambutnya keras dan tak bergerak walau ombak menghempas kuat. Dalam gelap malam, aku menghendap dekat. Apa nak jadi, jadilah kata aku.

Cehhh,….rupa-rupanya sebungkah banir pokok kelapa yang tumbuh lebat akarnya terbenam ke dalam pasir.Yang aku ingatkan rambut tadi rupa-rupanya akar.Buang karan betul.

Esoknya, aku lalu semula ke tempat kejadian dan sudah ada beberapa orang askar mengawal bot tersebut tetapi apa jadi dengan penumpang bot itu, aku tak tahu kerana malam tiada tiada sesiapa di situ.

Itu adalah antara kenangan aku ketika Pendatang Hanyut Vietnam mula sampai dan mendarat di Pantai Timur Malaysia kita ini.Mereka hadir mula-mulanya melalui kapal Hai Hong seramai 3,700 orang berasak-asak dan berhimpit-himpit dalam kapal pada sekitar tahun 1978 dan mula membanjiri tanahair sehinggalah ke pertengahan tahun 80an.Pada mulanya Malaysia enggan menerima kedatangan mereka kerana mereka bukanlah diiktiraf sebagai pelarian yang memohon suaka politik tetapi lebih kepada pelarian desakan ekonomi akibat ditindas oleh golongan pemerintah komunis. Golongan berketurunan Cina di tekan hebat, perniagaan mereka diarahkan tutup, harta benda mereka dirampas dan mereka didesak supaya meninggalkan negara.

Dengan campurtangan United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), mereka akhirnya dibenarkan transit di Malaysia sementara menunggu ada negara-negara Dunia Pertama yang sudi mengambil mereka.UNHCR membiayai keseluruhan perbelanjaan mereka. Mereka ditempatkan di Pulau Bidong dan satu kem pelarian di Marang, Terengganu.

Apabila sahaja aku tamat menduduki SPM, aku berkhidmat secara sukarela menjaga Pendatang Hanyut ini di kem pelarian Marang yang kami kod kan mereka sebagai PHV. Bukan HIV!. Aku diberikan elaun oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang diberikan mandat menjaga kebajikan mereka oleh UNHCR. UNHCR sebenarnya yang membayar elaun aku. Kiranya aku ini adalah pekerja United Nation lah. Kelas gitu.

Tugas aku setiap pagi adalah mengumpulkan mereka dan mencatat jumlah mereka supaya sama dengan rekod. Kami tak mahu ada yang melarikan diri dan bersembunyi dalam negara ini. Kami juga dikehendaki membahagi-bahagikan makanan mentah untuk mereka masak sendiri. Beras, sardin, telur, buah-buah, air kotak, air tin dan sebagainya. Ikhlas aku katakan bahawa makanan mereka lebih mewah daripada makanan sehari-hari yang mak aku masak.

Sambil-sambil aku menjaga mereka, aku mencuri peluang mendekati mereka.Sebab berlainan bangsa dan bahasa, bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Di situ aku mengasah lidah aku menjadi Mat Salleh celup. Dari mereka aku mendapat tahu bahawa kebayakan mereka yang datang dan hanyut ke sini bukanlah calang-calang orang walaupun melihat dari pakaian, mengalahkan Pak Brahim pengayuh beca.Mereka terdiri daripada doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya.Golongan-golongan professional inilah yang ditindas oleh pemerintah mereka.Dari mereka aku mendengar cerita tentang kekejaman regime komunis, keadaan sosio ekonomi yang berterabur dan segala masalaah mereka.Kerana itulah juga mereka mudah diterima oleh negara Dunia Pertama. Yang tak ada kelulusan, mereka lambat diterima dan jadilah mereka penghuni Pulau Bidong bertahun-tahun.

Akibat terlalu lama mereka menghuni bumi kita dan nelayan-nelayan dinafikan tempat berteduh dari ribut di Pulau Bidong, Penyair Marzuki Ali pernah menyatakan ketidakpuasan hati melalui sajak berapinya ‘Kembalikan Bidong Padaku’.

Kini Kapal Hai Hong dan kem pelarian sudah menjadi kenangan. Pulau Bidong akan dimajukan dan moga-moga sejarah tidak akan berulang.


~d’arkampo. – Cerita lanjut di Blog Mak Andeh.

2 comments:

Nida Shaari said...

sorry conteng sini.. nak tanya brother dah dapat ker belum lagu sudirman yg brother carik2 tuh?? kalo belum, saya dah dapat lagu tuh.. hehehe..

Sri Diah said...

A'kum D'arkampo;

Ucapan selamat menyambut
Ramadan Al Mubarak dari akak
sekeluarga semoga Ramadan ini
memberi keberkatan untuk kita semua.
InsyaAllah.

- Sri Diah.