Wednesday, June 01, 2005

A Walk To Remember.



4.45 petang

Petang yang tenang

Petang yang nyaman.

Seorang bapa sedang memimpin anak perempuannya, anak yang kedua. Berjalan berdua. Menyusur lorong antara rumah batu bata. Menyusur laluan di bawah pokok mangga.

Bercerita.

Mendengar.

‘tadi kawan kakak menangis sebab teacher marah dia….’
‘kenapa Abah tak datang ambik dengan kereta..? Letih laa’

Menyambung cerita.

...

5.00 petang

Petang yang mendung

Riuh rendah.

Di dalam stadium.

Tiga puluh tahun yang lalu.

Aku masih kecil untuk menikmati perlawanan bolasepak. Aku sukakan suasananya. Aku ghairah dengan pengalaman pertama. Aku di situ, dengan arwah ayah aku.

Hujan turun.

Kami berselindung di bawah baju hujan hitam yang ayah bawakan. Bersama berdua. Basah.

Kami tak bercerita. Hanya diam. Tenggelam dalam suasana.

Itu sahaja kenangan aku semasa kecilku bersama arwah ayah.Mungkin kerana hanya itu sahaja ketika kami keluar berdua semasa kecil. Kenangan yang mampu membangkitkan nostalgia. Kenangan yang mengingatkan aku bahawa sebenarnya arwah ayah sayangkan aku.

Aku tahu yang dia bukan seorang menteri. Dia bukan seorang Professor. Dia bukan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Cerita-cerita yang mampu aku banggakan, mendabik dada. Dia hanya seorang penjaga stor.

Tapi.

Dia membesarkan aku dengan kasih sayang yang jarang-jarang ditunjukkan. Dia merasa bangga dengan aku walau aku hanya mendapat tahu dari teman-teman.Dia tidak pernah memberikan motivasi diri. Cabaran untuk aku buktikan adalah satu motivasi yang paling tinggi.

Dia adalah satu cerita yang aku banggakan. Dia adalah satu cerita dengan air mata bergenang apabila dia pergi meninggalkan kehidupan.

Al-Fatihah.

Dan bapa itu terus memimpin anak perempuannya menyusur batas-batas kehidupan. Ketawa dengan karenah anak kesayangan.

Berpimpinan tangan dengan beg sekolah disandang.

Moga-moga dengan langkah-langkah perjalanan yang singkat itu, dia akan mengingatinya di suatu masa nanti. Percaya bahawa aku menyayanginya dan abang serta adiknya. Uminya, sudah pasti.

This entry is inspired by an entry by Atenah .

~Po.

2 comments:

Anonymous said...

Po,

n3 ko membuatkan aku terasa sayu, hiba etc etc..

-chevy-

Hajar said...

uncle po.. (may i call u that?)

nice one. always nice to forge a memory, to be remembered in latter years..

tahniah, utk seorang ayah dan seorang suami. :-)