Monday, June 30, 2008

Sembari

...

Panas membahang dan waktu mengengsot petang.

Dalam kereta atos bewarna biru. 'sport rim' baru.

Pulang dari solat Jumaat di Masjid Bukit Tok Beng. Entah di mana bukitnya. Tak tahu.

Fiq bertanya aku.

'bah..masa abah sekolah dulu...ada dak kawan abah yang lebih terer melukis dari abah?'

aku.

'hmmm...'

...

Nama aku dipanggil melalui corong pembesar suara. Aku dan Zuraimi.Ke pejabat, berjumpa Cikgu seni yang aku dah lupa nama.

'kamu berdua masuk pertandingan melukis peringkat sekolah. Nanti dipilih wakil sekolah peringkat daerah.'

hah!

Kami dibekalkan dengan cat air, kertas lukisan dan berus lukisan bersaiz kecil. Aku, Zuraimi dan beberapa orang lagi murid dari tahun yang berbeza.

Kami dari darjah lima.

atau empat..aku dah lupa.

Melangut dan berkhayal. 'Nak lukis apa mi?' aku.

'ntah' dia pun sama.

Tak punya idea.

Lantas, dia terpandang sebuah lukisan terpampang di belakang kelas. Tak lawa. Lukisan sebuah perahu jalur di tepi pantai. Garis-garisnya kasar dan hasil warnanya tersasar.

Dia mengambil idea itu.

Melakar-lakar di atas kertas putih. Sebuah perahu sendeng di tepi pantai.Bersama liuk-liuk pohon kelapa.

Aku.

Meniru.

Aku tak punya idea.

Dia senyum. Dia pun meniru.

Setelah lebih dua jam. Lukisan kami serahkan.Garisan aku cantik tetapi hasil warnanya lebih menarik dari lukisan aku.

...

Hari Guru. Aku tak ingat bila, tetapi tak lama selepas pertandingan lukisan itu.

Nama Zuraimi dipanggil ke pentas. Ambil hadiah.

Lukisan dia mendapat anugerah.

Nama aku tiada.

Tiada.

...

Aku tak tahu nak rasa apa. Sedih, barangkali.

Barangkali.

Aku pandang depan dan menembusi dinding lantas ke hujung pelangi.

Barangkali.

...

Zuraimi mencuit aku. Hadiah sudah dibuka.
Sekotak pensil warna.

'kau ambil. aku dah ada banyak' katanya.

Aku terpegun.

...

Terima kasih Mi.

...

'ada..ada sorang kawan abah yang sangat pandai melukis masa zaman Abah sekolah dulu. Namanya Zuraimi. Dia masuk pertandingan dan dapat hadiah....'

'Dia lukis apa bah?..' Fiq.

'dia lukis pelangi...warna -warni.'

Aku.



Terima kasih Mi.

~Po.

4 comments:

Kaktiny said...

kekadang kita mencemburui sang sahabat yang menyayangi kita.. kekadang pula kita dicemburui sahabat tanpa kita sedar..

melukis.. sgt2 lah mengkagumi org yang pandai melukis.. tanganku andai melukis leh tembus lantai batu.. sbb.. tak nampak apa..hihihi

chinta said...

suka melukis...kerap masuk pertandingan...selalu menang...tapi itu semua dulu...skrg...ntah...sudah kaku agaknye..

Anonymous said...

kakt...
buleh tembus lantai batu? lukis pakai pahat ke?

chinta...
hi..
kalau diurut-urut semula jari-jari tu..boleh kot.

Amyz! said...

sebak pula baca entri ni.