Saturday, August 14, 2004

Gema Di Kemuncak Jumaat



Setiap kali solat Jumaat berlangsung, aku akan menantikan detik-detik agung itu.

Deik-detik di mana seluruh ruang masjid akan bergema dengan ucapan ‘Aminnnnnn…’ setelah selesai Imam membacakan surah Al-Fatihah.

Al-Fatihah adalah penghulu Al-Quran dan didalamnya terkandung doa dan pengharapan. Definisi ‘Amin’ itu sendiri membawa maksud bahawa ‘aku juga mahu dengan keberkatan itu’. (betulkan aku sekiranya aku silap).

Pengucapan Amin itu tidak bersifat marah, tidak bersifat lemah dan juga tidak bersifat pasrah. Ianya diucapkan dengan keyakinan dan kepercayaan pada kebesaran Tuhan. Kerana itulah gemanya begitu mengasyikkan. Begitu mendamaikan.

Kalau dihimpunkan semua gema di setiap masjid diseluruh alam, nescaya dunia ini akan tenggelam dalam satu suara pengharapan pada kedamaian.Gema itu akan meresap masuk ke dalam jiwa setiap insan dan akan lahirlah semangat dan berkat. Itulah kekuatan dan itulah keyakinan.

Semakin hari gema itu semakin perlahan. Jemaah semakin kurang. Penghayatan semakin menghilang.

…dan aku menadah tangan memohon keampunanMu Tuhan.

~d’arkampo.-Maaf, Islam bukan pengganas yang bertopeng hitam.

2 comments:

Anonymous said...

"amin" -- perkenankanlah permohonan kami

Anonymous said...

Baca 'Amin' dalam konteks Solat Jumaat dan dalam penghayatan yang lebih besar sebagaimana Surah Al-Fatihah dan bukan secara literal. Ia lebih menusuk kalbu jiwa.

Wallahualam.