...
6) mana pergi gambar org sdg memandu kat kanan blog tu? dah kena saman ke?
4- dulu nampak cam gambar kat atas blog ni..mana ilang ek?
7) ske kaler pe ek?
kenapa bground hijau? anda ahli PAS atau peminat zainal abidin "ku lihat hijau"?
Gambar Mamat yang sedang memandu di sebelah kanan bahagian profile telah hilang apabila dia tidak lagi dibenarkan memandu di atas jalan raya walaupun suatu masa dahulu beliau adalah Best Student JPJ dalam ujian bertulis dan mendapat Anugerah Pengarah JPJ’s list. Beliau hanya dibenarkan memandu di atas batas-batas sawah padi dan bendang atau memandu traktor membajak di dalam sawah sahaja. Ini kerana beliau sangat sukakan warna hijau lantas mengganggu lalulintas di lampu isyarat apabila berhenti di lampu hijau dan jalan di lampu merah.
3) kenapa ada 2 ruangan komen utk setiap entri? satu kat atas & satu lagi kat bawah.
Dalam blog aku ada ruangan komen di atas dan di bawah kerana komen di bahagian atas entry adalah untuk kata-kata pujian sementara di bahagian bawah adalah juga untuk kata-kata pujian juga (kalau nak memaki hamun, sila tinggalkan komen anda di Blog Mat Jan.).
7) adakah perlu penulis blog menyembunyikan identiti? mengapa? adakah dunia blog hari ini dah seglamer dunia artis? takut peminat fanatik ke?
2) apasal president geju mogok? rakyat geju tak mogok sama ke?
3- kenapa identiti macam disembunyikan??
Aku tak menyorok identiti dari Geng Jurnal tetapi aku takut kedudukan Tok Rimau sebagai penghulu menjadi tergugat kalau ahli-ahli GeJu tahu tentang aku. Aku baru cerita sikit pasal aku, Tok Rimau dah buat mogok umum, tak mahu update Blog. Kalau aku kenalkan identiti aku, mahu Tok Rimau bersara terus. Jangan marah Tok.
4) kenapa takde chatbox? guest book? belum tamat belajar dgn sifu ke?
Blog aku tak ada chatter box atau guest book sebab aku bukannya pengusaha kedai kopi dan aku tak mahu nanti ada orang buat jurnal dalam guestbook aku.Sifu aku memang kedekut ilmu.
5) kenapa tulis blog utk weekday je? tulis blog pun ada weekend yerk? ni blog tulis curi2 kat office ke?
Aku hanya menulis semasa hari bekerja dari dalam bilik aku di pejabat kerana idea aku banyak masuk semasa aku di pejabat. Tidak, aku tidak mencuri masa kerja aku. Aku update blog semasa aku tidak membuat kerja. Kalau aku buat kerja, aku tak update blog.
apa tujuan utama en. po tulis blog? mengapa? atas dorongan apa yg menyebabkan en. po menulis? sejak bila? ada berapa blog?
Aku menulis Blog kerana aku mengikut nasihat Sifu aku iaitu Mat Jan dan Tok Rimau iaitu ; ‘Kalau anda tidak hensem tapi mahu glamour, tulis lah Blog. Anda akan menjadi glamour mengalahkan artis Akademi Fantasia.’. Yang mendorong aku menulis adalah keyboard PC aku kerana tanpa dia aku tak mampu menaip.Aku berBlog sejak aku pandai mengeja. Ini Blog aku yang ketiga. Yang pertama dalam guestbook Dr. Max, yang kedua bertajuk Untitled. Search aje d’arkampo, akan keluar archives blog dulu. Yang ketiga adalah apa yang terpancar kat muka.
9) pada pandangan en. po, sejauh mana dunia blog boleh merentasi alam siber di msia? bagaimana pengaruhnya? kecenderungannya lebih ke arah mana? di mana nilai positif & negatifnya di mata en. po?
2- kenapa ayat2 darekampo puitis?...cerita cam dalam novel..dia penulis sambilan kot?
Blog ini pada aku mampu merentasi dunia siber atau ke Siberia sekalipun. Kerana Blog adalah satu wadah untuk seseorang itu menyatakan pendapatnya tanpa perlu menggunakan media arus perdana yang terlalu banyak pantang larangnya. Blog ini adalah satu e-majalah tentang seseorang, tentang gerak rasa dan perasaan.Cuma, e-majalah ini masih belum mampu mengatasi kehebatan Majalah Mangga. Apa yang mendorong aku menulis adalah untuk aku ingin mencuba bidang penulisan. Aku suka membaca, jadi aku mencabar samada aku mampu menulis pula. Aku tak akan jadikan bidang penulisan sebagai profesyen, sekadar cuba-cuba untuk mengetahui kemampuan aku. Sebab itu aku mengarang cerita dan bukannya bercerita tentang apa yang aku buat hari-hari.Nilai positifnya adalah kita mampu membaca pengalaman orang lain yang tak ada dalam mana-mana media cetak atau media siaran. Negatifnya ada dijual di kedai-kedai foto, pilih sahaja jenama apa. Kodak, Fuji, Konica..macam-macam ada.
10) ceritakan dongengan en. po mengenai blog ini 5 tahun akan dtg. bagaimana pencapaian yg anda impikan dr blog ni? apa yg en. po harapkan dr blog ni?
5 tahun akan datang, aku dah tak payah taip entry lagi. Atas kecanggihan teknologi, apa yang aku fikir saja sudah boleh di download ke komputer. Aku mengharapkan agar Blog ini dijadikan sumber rujukan dan teks kepada kanak-kanak tadika.
3) kenapa org hisap rokok? kenyang ke?
Orang menghisap rokok kerana simpati dengan pekerja-pekerja kilang rokok, pengedar-pengedar rokok, penjual-penjual rokok yang bergantung sepenuhnya pada jualan rokok. Kalau tak ada perokok, mereka-mereka ini akan kehilangan pekerjaan dan anak isteri mereka akan menderita.Hisap rokok mengeyangkan anak isteri mereka.
apakah yg anda suka/tak suka ttg blogging dan being a blogger?
Apa yang aku tak suka/suka tentang menjadi seorang Blogger?
Sama macam Blogger-Blogger yang lain. Mereka suka feed back dari setiap entry dan tak suka basuh kereta sendiri. Semua hantar kedai car wash.
1)mana pergi pemilik www.liriklagu.com tu? dah lebih setahun dia tak update.
Dia pergi bertapa di Gua Niah, mengkaji lirik-lirik lagu zaman Jurrasic dulu.
1)mana yg betul... d'arkampo atau darekampo? apa maksudnya? dare = berani. kampo = kampung? berani balik kampung?
Dua-dua tak berapa betul orangnya.
5- siapakah darekampo? dulu pon masuk dunia blog ni pon psl tersuka baca blog darekampo dan mak andeh dan maxolon..huh..besar pengaruh ni!
Darekampo adalah seorang manusia yang kedudukannya sama macam King Arthur. Kewujudannya dipertikaikan dan dianggap rekaan tetapi orang suka membaca kisah dongengnya.
best bace blog hang nih, hari2 aku baca, soalan :keje gomen ke swasta
Aku kerja swasta tapi kena mengadap orang kerja gomen almost hari-hari.
P.S: Terima kasih kerana mendedahkan nama sebenar Yaabna..Nuar..:b
Nama sebenar Yaabbna bukannya Nuar tetapi Yaab bin Na. Nuar tu nama glamour dia di Pusat Memanah, Maju Junction dan nama manja di Kedai Nasi Lemak Mali.
3.Bilakah rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan ke-200?
4.Antara Tipah dan MJ,sapa yg akan kahwin dulu?
Adakah mereka akan kahwin serentak?
Bila Malaysia menyambut Ulangtahun kemerdekaan ke 200.
MJ yang akan kahwin d ulu sebab awek dia tinggal di Ulu Yam,Selangor. Boifren Tipah duduk kat Bandar Manhattan,New York kerja kat Daily Bugle, nama Peter Parker.
Ada soalan lagi ? Yang lain-lain tu aku dah jawab dalam entry kat bawah.
~d’arkampo.
2 comments:
funny..funny man..hehe
dah lama mencari-cari..
akhirnya ketemu juga..
saya suka baca weblog encik sebab..
1.lucu
2.pengalaman hidup.
3.matang.
4.lucu balik..
-thurayya-
Post a Comment