Sunday, January 02, 2005

Ukuran Masa Yang Baru

...

Salam buat teman-teman.

Selamat Tahun Baru.
Selamat mencipta keriangan dan kegembiraan dalam jiwa yang bebas dari belenggu.

Tiada bunga api, tiada persembahan yang menghiburkan hati.
Cukuplah dengan zikir dan doa dipanjatkan kepada Ilahi.

Semalam, aku ,anak-anak dan isteri bersama-sama mengusung tilam dan dua kotak pakaian ke Syarikat Penghantar Cepat, Nationwide Express.

Kami mulakan ukuran masa yang baru dengan semangat baru. Semangat bantu-membantu.

Sesampainya di situ, kami menjadi terharu. Terharu kerana derma pakaian bagi mangsa tsunami yang diterima sudah menimbun setinggi beberapa kaki.

‘itu belum dikira di dalam pejabat dan di dalam store…’ kata petugas di situ.

‘ini semua nak dihantar ke mana ?’ tanya aku.

‘di Kedah dah cukup banyak, ini semua akan di hantar ke Acheh.’ Katanya lagi.

Syukur Alhamdulillah.

Tahun lepas , kita dikejutkan dari lena mimpi dengan bencana yang meruntun hati.
Tahun ini, kita sama-sama bangkit dan membasuh muka dengan hati yang berseri.

Moga pada waktu-waktu yang akan kita ketemu, membawa sejuta rahmat dariNya yang satu.

~d’arkampo.- anak-anak dah mula masuk ke kelas, moga-moga hati mereka akan terus ikhlas sehijau pucuk-pucuk palas.Anak sulung aku terkejut dan trauma apabila melihat mayat-mayat ditolak dengan jentolak ke dalam lubang yang dalam di Acheh. Moga-moga dia akan mengerti nanti.

No comments: