…
Dia mencipta sejarah apabila dia membuka mata buat kali pertama.
Beratnya melebihi 4 kilo.
Dia mencipta sejarah apabila usia 10 bulan, dia sudah boleh melangkah gagah.
Dia mencipta sejarah apabila dia membuatkan aku panik dan cemas.
Dia mengunci pintu tandas dan mengunci pintu kamar apabila dia melangkah.
Dengan Uminya masih berada di dalam tandas.
Dia mencipta sejarah apabila menjadikan dinding rumah yang baru beberapa minggu diduduki sebagai kanvas.
Dia melakar lukisan penuh abstrak gaya bebas.
Dia mencipta juga sejarah apabila dia paling kerap kena marah.
Dia berbeza dengan abangnya.
Dia kurang mendengar kata.
Dia dan abangnya bergaduh setiap masa.
Selalunya, dialah yang buat mula.
Dia kurang rajin membantu Uminya apabila diminta mengambil apa-apa.
Dia yang selalu disalah anggap oleh semua jiran bahawa dia sudah Darjah dua.
Dia yang selalu perlu dipujuk untuk bangun pagi.
Dia yang selalu mengelak untuk gosok gigi.
Dia yang selalu ingin bergaya dengan fesyen pakaian terkini.
Dia yang selalu merengek minta diangkat
Tapi aku tak larat sebab dia berat.
Dia anak paling manja walau sudah ada adik yang ceria.
Dialah permata, dialah segala-galanya.
Dia membuatkan mata aku merah
Apabila aku melangkah meninggalkannya di dalam kelas
Dan dia tidak menangis atau meminta belas
Cuma kelihatan debar yang jelas pada wajah
Memang dia terlalu ingin ke sekolah.
Apabila aku menjemputnya pulang
Dia bercerita panjang
Dia membawa pengalaman dan keseronokan
Pada usia 5 tahun masihi
‘dari semua kawan-kawan,kakak paling tinggi ’
Dan Uminya menambah ‘budak kecik yang paling tinggi’
Dia tersenyum menampakkan gigi
Esok, mahu ke Tadika lagi.
Mata aku merah semula
Apabila aku peluk dia.
Dia sudah bersedia untuk mengenal dunia….
This entry is personal.
~d’arkampo.
2 comments:
saya perlukan maklumat peribadi pemenang anugerah gathering yg mengandungi:-
1. Nama sebenar (mengikut kad pengenalan Malaysia yang sah)
2. Umur (mengikut angka yang difahami oleh rakyat Malaysia dan bukan umur artis - iaitu rahsia)
3. Pekerjaan (profesion rasmi saja, pekerjaan yang tak rasmi atau tidak sah di sisi undang-undang, sila rahsiakan utk kepentingan anda juga)
segala maklumat itu sila hantar kepada nazmiwrit@yahoo.com atau nazmi@bharian.com.my asap
-----------------------------
Tok Rimau menyampaikan salam Nazmi
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=51062#51062&sid=200a2d989871a8a0baef2c7d41183791
Nazmi kata,
Saya perlukan maklumat peribadi pemenang anugerah gathering yg mengandungi:-
1. Nama sebenar (mengikut kad pengenalan Malaysia yang sah)
2. Umur (mengikut angka yang difahami oleh rakyat Malaysia dan bukan umur artis - iaitu rahsia)
3. Pekerjaan (profesion rasmi saja, pekerjaan yang tak rasmi atau tidak sah di sisi undang-undang, sila rahsiakan utk kepentingan anda juga)
segala maklumat itu sila hantar kepada nazmiwrit@yahoo.com atau nazmi@bharian.com.my asap
Jika Nazmi tidak menerima maklumat dari anda sehingga jam 12 tengahari 7 Januari 2004, Nazmi akan anggap anda mahu identiti anda dirahsiakan. Maka, Nazmi akan hormati keputusan itu dengan tidak menyenaraikan butiran kemenangan anda. Sekian terimakasih.
-----------------Tok Rimau
Post a Comment