Heh heh…
Ramai yang melontarkan komen-komen kepada aku apabila entry aku menyatakan bahawa aku dah mulai bosan membina kapal selam (sampaikan PakLong, ayahanda MatJan dan Dr. Max meninggalkan komennya..saya masih bertahan Pak Long.)
Aku bukannya nak berhenti kerja. Gila hapa. Aku dan anak-anak nak makan apa?
Cuma, kalaulah ada peluang lain yang terbentang dihadapan aku dengan tawaran yang lebih menarik dan cukup baik. Aku tak akan tolak dan aku tak akan berpaling lagi.
Biasalah, semua yang bekerja akan mengalami kebosanan kepada rutin kerja mereka yang stereotype.Macam aku, aku tak ada tekanan dari sesiapa di tempat kerja. Tak ada boss yang marah aku kalau aku masuk lambat. Tak ada yang akan puji kalau aku pulang lewat (tak ada bayaran overtime pun). Aku tak perlu menekan pedal minyak rapat sebab nak kejar punch card.Waktu kerja aku adalah flexible, nak keluar, nak masuk, nak tunggang terbalik pun, tak kisah janji kerja siap.
Aku sayangkan kerja aku dan aku tahu, aku bagus dalam kerja aku.Aku bukan yang terbaik kerana penghargaan itu bukan untuk aku akui.Aku cuma tahu yang aku bagus.Bukan puji diri sendiri tapi itu untuk aku terus mempunyai yakin diri.
Yang paling penting, disiplin diri.
Aku bukan tak tahan dengan tekanan malah aku work best under pressure.Walau tekanan kerja kuat mencengkam, aku masih mampu mengukirkan senyuman walau senyuman itu kelat dan sumbang (patut la ramai ahli profesyen aku mengalami sakit jantung).
Cuma, setelah beberapa lama, aku bosan dengan profesyen aku. Mungkin ini sementara, mungkin ini tak lama. Jangan tanya, aku tak ada jawapannya.Aku tetap meneruskan kerja.
Mak Andeh kata, ‘what you need is a break..’. Mungkin benar.
Pelanggan-pelanggan aku biasanya yang bekerja dengan institusi perbankan dan ramai juga kontraktor-kontraktor dari pelbagai kelas dan jawatan. Aku tengok, kerja mereka walau pun nampak santai (kontraktor lah, datang pakai jeans dan t-shirt, bawa Harrier atau BMW…). Aku tahu, mereka pun ada masalah mereka. Tak ada kerja yang tak susah. Tak ada imbuhan yang datang tanpa pengorbanan. (kalau tak ada masalah, masakan mereka datang jumpa aku kan..).
SK kata, ‘so.. my point is Mr. Kapal Selam... U need a change of scenery..’. Ya, aku akan mintak kerja kat Finland selepas ini. Got any vacancy ?
Hair kata, ‘masehkah ko ingat...aku sesaja baca balik entry2 lepas utk ubat ngantuk...err 1 soalan: naper susah2 gi usm hanya utk begamba, tunggu ajelah konvo hari yg berikutnya...’ . Sebabnya Hair, sebab aku memberontak. Apabila aku buat keputusan, aku buat saja, aku tak pikirkan orang selagi keputusan aku hanya menjejaskan aku dan bukan orang-orang itu.
Arisa kata ‘hidup ini umpama berjudi, ader untung, ader rugi, terpulang kepada kita, untuk menentukan pertaruhan..’ .
Aku teringat kata-kata ini : “as a poet has expressed it, ‘I do not like the way the cards are shuffled, but still I like the game and want to play. And through the long, long night, I played unruffled. The cards I get until the break of day.’ I have taken the cards as they came. I have played the best I could. I have tried to play them honestly, manfully, doing myself and for my fellows the best I could, and will play the game to the end, whatever the end might be.” ~ Clarence Darrow – the legendary American Trial lawyer.
Kinky kata ‘err... dah berapa byk kapal selam terhasil dlm tempoh 9 thn ni?’ .Aku kata ‘banyak dah, banyak yang berjaya dan ada juga yang tenggelam. Kapal selam pertama aku tenggelam terus ke dasar laut.’
Budak Yaabna tu kata ‘#Kenapa ada genting dan karaoke?hehehe’ . Sebab aku tak buat keje-keje camtu. Aku masih budak kampung yang tak tahu menyanyi lagu.
Jujul kata ‘...jangan fikir kesusahan sekarang..tapi kesenangan akan datang..’. Tak, aku tak susah, aku tak pernah fikir susah sekarang ini sebab dulu aku pernah susah. Aku tahu erti kesusahan.
Eh, dah jadi ruangan menjawab komen pulak.
Langsat kata ‘ya, kami mana mengerti buat kapal selam.’ Betul tu, kalau semua orang pandai buat kapal selam, aku nak makan apa?. He he
Arc kata ‘bernafas dalam kelam..’ . Ya, aku bernafas dalam kelam asap-asap yang berterbangan. Tak de asap, tak de idea woo..
Salina pulak kata ‘THE SINKING SPIRIT…’ . Zaman aku kecik-kecik dulu, TNB belum bukak cawangan lagi jadi kena pakai lampu minyak yang kena pam dulu tu. Minyak tu kat tempat aku dipanggil minyak Spirit, jadi lampu tu dikenali sebagai lampu spirit. The sinking spirit ? macam tak de semangat je..
Madulebah kata ‘"jangan jadikan masaalah dan tekanan sebagai halangan untuk hidup tenang..". Aku kata ‘ seorang kaunselor bukan semestinya mempunyai semua jawapan dalam sessi kaunselingnya, seorang kaunselor juga punyai masalahnya sendiri yang kadang-kadang memakan diri…’ kenakan aku ye..
Jiwarasa kata ‘Ada warranty kan?’ . Ha’ah, ada 12 bulan tapi bencana alam tak termasuk dalam warranty kami. He he
Tipah kata ‘think twice seblom buat apa2 keputusan, ok?. Aku kata ‘think twice tak cukup..kena think of the rice. Nak makan nasik, nak beli dengan apa?.
Mar kata ‘encik po, relax la. dont worry, be happy.’ I am happy. Dah banyak kali aku beli Happy Meals kat KFC tapi akhirnya nasik dagang jugak yang menjadi.
Yang lain-lain tu, aku hargai pandangan kalian.
(aku belajar dari blog-blog lain, kalau tak ada idea nak tulis apa-apa…jawab komen. He he)
~d’arkampo.
No comments:
Post a Comment