Monday, January 10, 2005

Korang Tak Akan Mengerti...

(aku membebel berseorangan)


Aku agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja-kerja aku sebagai pembuat kapal selam.Aku tak sempat nak update blog ini, tak sempat nak berYM lama-lama dengan teman-teman seperti dulu. Masuk tahun baru, kerja membuat kapal selam bagaikan tiada kesudahan.

Aku benci dengan kesibukan itu.

Aku benci kerana dengan kesibukan itu, aku akan terpaksa membawa balik alat-alat untuk membuat kapal selam di rumah. Tiada masa nak bergurau senda dengan anak-anak seperti sebelum ini, bila aku check kerja rumah anak aku yang masih belum siap, aku melenting. Ting-tong ting-tong.

Aku benci kerana dengan kesibukan itu, aku akan akan lewat pulang ke rumah. Aku pulang ketika semua orang sedang khusyuk berjemaah di surau (tak, aku tak pergi karaoke atau naik Genting jam 3 atau 4 pagi). Apabila aku lewat pulang, pokok-pokok kesayangan aku tak bersiram. Bila aku nak siram jam 10 malam, air pulak di catu.Kesian pokok-pokok aku.

Aku benci dengan kesibukan itu kerana aku akan lewat masuk tidur, aku hanya boleh buat kerja apabila semua anak-anak aku dah berdengkur.

Aku benci dengan kesibukan itu kerana aku akan terjaga ditengah-tengah malam dan terus teringatkan kepada perkara yang aku terlepas buat.

Aku benci dengan kesibukan itu kerana pada paginya, aku tak akan banyak berbicara apabila benak aku penuh dengan kata-kata yang harus aku ucapkan kepada Ketua Bicara yang akan mengadili kualiti kapal selam aku.

Aku benci kerana dada aku tak henti bergetar dan berdebar walau sudah hampir 9 tahun aku menjadi pembuat kapal selam.

Aku benci kerana aku sering terpaksa memikirkan apa yang akan berlaku kalau kapal selam aku karam, apa yang harus aku jawab pada pelanggan? Kalau kosnya hanya beratus, tak apa. Ini kos kapal selam mencecah juta-juta. Semuanya kena perfect, kena kuat supaya air tak masuk dan kapal aku tak akan karam.

Pada masa aku menulis ini, aku rasa aku nak berhenti dari jadi pembuat kapal selam.Aku dah hilang semangat.Aku nak cari kerja lain.

Apabila aku suarakan hasrat aku kepada kawan-kawan, ini jawapan mereka :

Zek, pegawai kerajaan: Ngko nak berhenti? Orang lain nak jadi macam ngko, ngko nak berhenti? Ngko nak pakai baju batik tiap hari Sabtu ?Lupakan… kawan.

Pak Din, tukang gunting : Kerja aku memang best sebab kepala sapa-sapa pun aku pegang, aku tonyoh-tonyoh tapi boleh ke ngko hidup dengan pegang-pegang kepala orang?

Pak Brahim, pengayuh beca : Ngko dah gila eh?

Din, kawan sepembuat kapal selam : Betul la ngko boleh buat kerja lain tapi boleh ke ngko bayar kereta, rumah, tadika,taska, baju sekolah,beg roda, pensil, tukar tayar, beli cd, beli model motor, beli kasut, bayar bil handphone, bil letrik. Bil air, bil Indah Water, bla..bla..bla..

Lan, kawan pembuat kapal selam juga : Haaa…aku ada dengar Bomba tengah buat recruitment sekarang..ngko apply lah..

Ah Beng, mekanik : boleh..boleh, ngko kerja dengan aku. Itu tie kasi buang, beli kasut getah, pakai baju buruk-buruk, aku bayar RM 350.00 sebulan.

Sam, cikgu : a’ah, betul lah tu, macam aku percaya.

Debab, peniaga/kontraktor : Kalau ngko berenti buat kapal selam, nanti kalau aku susah, sapa nak tolong aku ? Ramai sub-contractor aku tak bayar nih..

Mak aku, surirumah : eh, mak aku tak tahu.

Anak aku : Abah kerja pembuat kapal selam buruk..ha ha ha ha.

Korang : ?

~d'arkampo.: hentam sajalah Labuuuu....

No comments: