Monday, March 27, 2006

Di Ambang Sore

…

Maaf, kebelakangan ini aku menjadi teramat letih.

Renovasi kediaman aku benar-benar mencabar keupayaan dan kesabaran. Bayangkan, kerja-kerja aku sebagai pembuat kapal selam, setiausaha kehormat kepada persatuan pembuat-pembuat kapal selam (kerja tak bergaji), bapa kepada tiga anak, suami kepada seorang isteri, pembaca blog yang tegar dan kini, ditambah menjadi seorang kontraktor.

Aku rasa, debu-debu simen telah masuk ke kerongkong aku dan mengalir ke otak lantas menjadi beku.

Terima kasih buat Mak Andeh yang menyerikan laman aku dengan lagu-lagu.Pada mulanya, lagu Angin Malam nyanyian Broery Marantika. Hari ini, diubah kepada lagu Di Ambang Sore yang dinyanyikan oleh entah siapa. Lagu asal dari S. Effendy yang memang gemersik dan mendayu.

Mulanya, Mak Andeh bertanya tentang lagu yang hendak dimuatkan di laman ini. Aku, tanpa perlu berfikir panjang.

“Raja Ema! Jejaka Idaman!” kata aku melalui YM.

Malangnya lagu pujaan aku dulu tak dapat dimuat atas.

Kenapa kalian gelak?

Alaa..dulu, kami tak punyai banyak pilihan! Dulu… belum ada Akademi Fantastika.

Tadi pagi, aku memujuk Mak Andeh mencari lagi.

Aku mahu lagu Herman Tino!

~Po.

2 comments:

takdenama said...

search je la kat google. jumpa la.

blackpurple @ jowopinter said...

Cadangkan lagu 'Ojo Kesandung', Herman Tino....hehehe