Sunday, March 12, 2006

POlemik

...

Beberapa malam yang sudah. Ketika berkumpul bersama jiran-jiran lelaki di tempat letak kereta masjid. Bersiap-siap meraikan pernikahan seorang anak jiran.

Kami, di pertengahan umur dan bekerjaya tetap, merasa kami satu golongan yang boleh dianggap sebagai kelas pertengahan yang dihormati masyarakat.

Salah seorang dari kami, seorang guru mengeluarkan sebatang rokok dan mencucuhnya.

Sambil menghembus asap dari paru-parunya, yang lain terus akur dan mengikut.

“Eh..baru-baru ini, Majlis Fatwa telah membuat satu fatwa” katanya.

“Orang lelaki diharamkan untuk bernikah dengan perempuan sekampung.” Katanya.

Dia mengajak diskusi ilmiah yang amat berat.

Masing-masing mengemukakan contoh yang rapat. “Andai anak kamu bernikah dengan anak aku. Depan rumah. Tak kan tak boleh?”

“Macamana nak tentukan sempadan kampung?”

“kalau sekampung tapi anak duduk jauh-jauh..boleh?”

“atas alasan apa Fatwa itu?”

Dia diam.

Asap rokok disedut dan dihembuskan perlahan.

“Tak tahulah aku, tapi itulah Fatwanya…”

Satu polemik yang tak berkesudahan.

Semasa masing-masing diam.

Dia menyambung.

“Fatwa menyatakan bahawa lelaki hanya boleh berkahwin setakat empat orang perempuan sahaja. Kalau satu kampung, tak boleh.”

Selamba.

Kami, di pertengahan umur dan bekerjaya tetap merasakan bahawa kami adalah golongan yang yang boleh dianggap sebagai kelas pertengahan yang dihormati masyarakat.

Aku seakan-akan mahu berguling di atas tar, tempat letak kereta di masjid dalam malam yang pekat.

~po.

2 comments:

Anonymous said...

Aku pun seakan-akan mahu berguling guling di atas lantai, di depan PC sambil ketawa berdekah-dekah.
lawok dude! lawok!

tee said...

saya baru aje menjengah kat blog ini dan catatan anda sungguh menghiburkan. Ringkas tapi padat. Saya suke gaya penulisan anda ini.