...
Di satu Jumaat yang hening. Di dalam sebuah masjid kayu di tepi pantai.Mentari terik membakar di luar.
Haba meruap dari bumbung asbestos masjid di satu ceruk kampung. Ahli-ahli sidang Jumaat mundar mandir melangkah saf-saf belakang. Menuju ruang-ruang sempit berhadapan mimbar di depan.
Ramai makmum yang tersengguk-sengguk akibat panas membahang.Di akhir-akhir Mac ini, bayu darat jarang berhembus membawa dingin di pergunungan.
Kedengaran keriuk-keriuk kipas siling usang berkarat mengusir haba. Rimas dalam panas.Damai dan tenang di dalam Rumah Tuhan.
Khatib mula membaca surah setelah muazzin mengalunkan azan di corong suara yang pecah.
'ahli-ahli sidang Jumaat sekelian....'
Khutbah berkumandang dan ahli sidang tenggelam dalam suara-suara mengajak kebaikan.
Khatib terus membaca teks khutbah dari buku kecil yang disediakan. Terkial-kial mengeja perkataan demi perkataan. Di kampung, khatib dilantik dari ahli jawatankuasa masjid. Orang tempatan yang dihormati dan disegani di kalangan masyarakat setempat. Seorang imam, seorang yang tinggi kedudukan.
'sidang Jumaat yang di hormati sekelian...'
Aku cuba menghayati saranan-saranan kebaikan.
'Janganlah kita...bersengketa...sesama kita...'
'sambung sebelah...'
Aku lihat, khatib menyelak helaian teks khutbah yang di sampaikan.
Aku tersenyum dalam panas membahang dan keriuk-keriuk kipas siling usang yang berkarat menjadi nada-nada yang mendamaikan.
Sambung sebelah.
~Po.
6 comments:
hah..
berapa mukasurat?
kunci hilang,
betapa bezanya menyampaikan dengan membaca...
masib baik dia sebut "sambung sebelah", kalau le teks tu menyebut "turn to next page" camana le gamaknya. Orang yg baca tu otaknya merewang sambil membaca, camana mesej nak sampai pada jemaah??? Agaknya dia fikir "apa le bini aku masak tengahari ni?"
Perasan tak khatib tu? kot2 la muka surat yg lepas tu pun dia pegi sebut lagi sambung sebelah.
Bila agaknya nak dengar khutbah yang bukan dibaca...
Subhanallah, kelakarnya.
Read it to the hubby, dia pun gelak kuat2.
tepat la kalau kita katakan khatib MEMBACA khutbah bukan BERKHUTBAH.... jauh berbeza maknanya tu.....
Post a Comment