…
Semalam, seperti ratusan mungkin ribuan bapa yang lain, aku meredah jalan dan singgah di mana-mana kedai gunting rambut yang kurang pelanggan. Semua penuh, semua ingin memotong rambut. Esok sudah bermula penggal persekolahan.
Mak Andeh pernah berkata; it’s a father and son kind of thing.
Kami dua beranak berhenti dan melihat bilangan pelanggan yang melimpah sampai ke ruang depan.Akhirnya, kami menunggu di sebuah kedai gunting mamak yang aku kira, sudah berabad aku tidak mengunjunginya.
Aku tidak mengunjungi kerana ada sebabnya.
Setelah dua puluh satu tahun berlalu. Mamak itu masih ada. Masih memegang gunting dan memotong dengan rentak perlahannya. Masih dengan cermin mata tebal dan baju batiknya.Bersama-sama enam tukang gunting yang lain yang sentiasa berubah. Dia tetap sama. Dia tetap di situ, di kedai miliknya semenjak yang aku tahu.
Dia mungkin sudah lama melupakan aku.
Dua puluh satu tahun nan lalu.
Dengan seluar hitam yang ketat dan t-shirt belang-belang aku melangkah masuk ke dalam kedai gunting itu.Ketika itu, harga bergunting bagi budak sekolah sekadar RM 3.
Ketika aku duduk, aku memberitahu tentang gaya rambut kehendak aku. Pendek tepi, belakang dan atas jangan terlalu pendek.Gaya rambut masa itu.
Dan…
“errr…belakang, tinggal sikit macam ekor” kata aku. Perlahan.Suatu masa dahulu, mempunyai ekor rambut adalah sangat-sangat kool!
Itulah mulanya kesilapan aku.
“huh?..ekor?” kata tukang gunting rambut aku.
Dia mula membebel.
“ni laa budak-budak zaman sekarang…nak ekorlah..itulah…binatang aje yang berekor, manusia mana ada ekor..bla..bla..bla..”
Mamak itu yang berdiri di sebelah menyampuk.
“Binatang aje yang ada ekor..bla..bla..nak balik zaman batu..bla..bla..bla…orang Islam..bla..bla..nanti tumbuh ekor betul..bla...bla..”
Bayangkan, sepanjang rambut aku digunting, telinga aku merah. Berdesing.Semua tukang gunting di situ menyerang aku bertubi-tubi sambil kepala aku ditonyoh-tonyoh ke depan, belakang, kiri dan kanan.Aku cuma mampu diam.
Akhirnya setelah siap.
“hah..ekor kau! Boleh?”
“potong habis..tak nak ekor dah” aku.
Dan aku berekor sekadar beberapa saat.
Dua puluh satu tahun nan lalu.
“you? Tak mau gunting?” mamak.
Aku geleng kepala.
Semalam anak aku melangkah keluar dengan gaya rambut yang baru.
Tanpa ekor.
Betapa masa berlalu, sudah dua generasi meleraikan rambut di situ.Dan aku, masih belum tumbuh ekor.Sama. Seperti anak rusa nani.
~Po.
4 comments:
Mcm mane boleh jumpa journal saya? Isk, saya bkn kakak. Rasanya saya nie adik sbb Po dah ada anak kan? Hee..hee..Malu la, saya nye journal tu byk merapu je. Bila ada mood nak tulis benda2 serious je baru saya tulis betul-betul.
>>>Dengan seluar hitam yang ketat...
Memakai seluar ketat boleh menyebabkan kau MATI PUCUK!
Ha ha.
estli,
Journal awak banyak sebut nama saya, sebab tu saya jumpa blog awak.
Naga!
hmmm..anak dah 3 bang! Perlukah bukti2 yang lain?
Emmm baru jumpa yr blog.. nasib baik ada MA
Post a Comment