Thursday, December 08, 2011

Happy Birthday Po...

...

Malam tadi. Terlalu banyak benda yang berlegar di dalam kepala aku hingga aku tak dapat lelapkan mata.

Antaranya; apa yang hendak aku catatkan di sini pada genap usia aku ke empat puluh satu. Mungkin, suatu hari aku membacanya kembali dan dapat mengingatkan tentang di mana aku berada di usia ini.

Aku bangkit dan aku ambik laptop yang selama ini menjadi 'milik' kakak sepanjang cuti sekolah ini. Aku 'on' kan ia tapi yang ada hanya cahaya putih dan satu tanda sengkang yang berkelip selama-lamanya.

Aku tertidur dengan cahaya putih dan tanda kelip itu. Windows tidak muncul-muncul.

Sampai subuh.


Hari ini melayan ucapan-ucapan pada Facebook daripada  'all the great people out there, friends and family'.

Apa yang mahu aku catatkan di sini pada usia aku ke empat puluh satu?
Kalau tahun lepas aku buat 'Reminiscing 40 years of living'. Takkan tahun ini memandang belakang lagi? kan?

I want to look forward. Look ahead. The future. What lies in front.

I still have a good life. May be a few ups and downs but still, a good life. Alhamdulillah. Bak kata Sinatra; regrets I have a few but then again, too few to mention.

Tekad dan azam untuk kuatkan lagi ibadah. Jangan asyik ralit berbasikal ke sana sini. Must have balance. Life is about balance.

Kerja, nothing much to complain. As is where is basis. We have walked far enough, just continue to walk, no need to run. I can't get that bag of gold at the end of the rainbow in time. I guess. So, what's  the rush?

Family, I still have hopes that my kids will make me cry someday. Some day. The cry of joy.

Basikal, nak tukar yang lebih ringan dari yang ada sekarang, lebih mahal. Lebih megah, lebih gaya. He he he...

Nak ke Mekah for Haj, for sure. Umrah, may be. tengok rezeki Allah bagi.

Wife, that one still. Mahu dakap sampai mati bak kata Usman Awang.

Kids. No more. Tutup kedai. 4 is enough tapi kalau Allah bagi rezeki, who are we to say no. kan?

Entahlah, malam tadi sikit punya baik ayat-ayat aku susun for my own birthday tapi hari ni it seems like just another day. Age is just numbers.

Syukur aku pada Allah for giving me the time, the place and being me until today. Alhamdulillah.

For those of you who are reading this, u may know me in person and u may know me online or you may know me just as Po in here. Thanks.

...for listening.

I guess, being 41 is being me right now.

Happy Birthday Po.

Semoga Allah merahmati kalian semua.

~po.

3 comments:

Amyz! said...

Happy Birthday Po.

Semalam birthday ayah saya.

Semoga dimurahkan rezeki menunaikan haji. Baru 40. Masih kuat untuk beribadah di sana. Amin. :-)

Semoga Po dan keluarga dikurniakan segala kebahagiaan di dunia. :-)

Semoga baik2 saja. :-)

Anonymous said...

Happy Birthday En Po.. :)

Angah said...

to one of the coolest person i know.. moga Allah memberkati usia kau sebelum ini, sekarang dan hingga ke helaan nafas terakhir. amin.