....
Malam itu, abang aku yang sudah pencen dari jadi guru besar datang ke rumah. Dia sudah bermaustatin di Perak dan hanya pulang ke Terengganu sekali sekala bila perlu.
Malam itu adalah hal yang perlu.
Abang aku dan kakak ipar aku menjemput kami sekeluarga untuk majlis aqad nikah anak keduanya bersekali mengantar di rumah pengantin pasangannya di Melaka.
Ada benda yang kita tak boleh nak tolak kalau tiada musaqah lain. Ini adalah satunya.
Malam khamis itu, ketika isteri aku yang aku sayang itu sedang mengemaskan kain baju anak-anak untuk di bawa ke Melaka. Aku tak bertanya apa-apa. Memberitahu apa-apa pun tidak. Semuanya macam sudah ada dalam hati kami. Tak perlu segala perancangan, hanya mengikut arus perjalanan.
Dalam gerimis di pagi Jumaat, kami bertolak.
Kali ini, kami tak mahu mengikut jalan Kuantan-Segamat atau Kuantan-Mersing dan berpusing semula ke Melaka.
Kami ke Kuala Lumpur dahulu.
Petang itu kami tiba di Bangi. Sejuk dingin cuacanya. Semalaman kami singgah di situ.
Pagi Sabtu kami bertolak ke Melaka dan kami dengan sengaja singgah ke Seremban.
Sengaja.
Tapi kami buta tentang Seremban. Akhirnya kami singgah barang seketika di Jusco di Seremban2. Rupa-rupanya, ada kedai basikal 'high-end' di sekitar situ.
Berpusing-pusing juga kami mencari tapi tidak bertemu. Kami keluar ke lebuhraya semula.
Kali ini, kami ada misi.
Kami masuk bila tiba di susur keluar Senawang.
ya...Senawang.
Terpampang besar sebaik sahaja melepasi pondok tol adalah Tesco Senawang. Betul la ..ada Tesco di Senawang. Sekarang aku percaya benar.
Benar percaya.
Berpusing-pusing lagi kami sekitar Senawang namun tetap tidak bertemu. Kami melencong jalan ke arah Rembau dan akhirnya ternampak deretan gerai-gerai di tepi jalan sebelah stesen minyak Petronas.
"meh kita berhenti, kot-kot ada..." kata aku.
Orang rumah hanya mengiyakan.
Ada! ada!
Tapi masakannya aku kategorikan sebagai gagal kecuali pengubat rasa, siput sedut masak lemak cili api yang OK OK sahaja.
Pedasnya kurang menyengat. Air pun segelas sahaja.
Lain kali kami akan mencari lagi dalam misi yang lain pula. Kami bertolak ke Melaka petang itu dengan misi yang baru.
Asam Pedas.
Kami sengaja biarkan orang Senawang terus berada di dalam rasa bersalahnya.
he he
~Po.
4 comments:
HAHAHAAHAHAH!!! Wehhhhhh.. aku tengok title je dah senyum dalam saspen!! HAHAHAAHAH..
*gelak guling-guling!*
udah-udah le tu wehhhh buat aku rasa bersalahhhh.. hahahahaha.. adehhhhhh... tolongggg...
Amik ko ngah... Hihihihihih
Ngah..aku dok rasa-rasa. Benda ni akan makan tahun juga lah....
ha ha ha
~aku
haruslahhhh aku kena gi melawat tuanku mizan gak ni.. dah lama tak melawat negeri dia nih! nak melawat kena masak siap2 lauk tu..
HAHAHAHAHAHA..
makan tahun??? adehhhhh... LOTIH!!!
Post a Comment