Monday, December 12, 2011
Segugus Rambutan Masaknya Kuning.
Semalam, aku pulang ke rumah Che'.
Sekadar mahu bertanya kalau-kalau Che' mengubah fikiran mahu mengikuti kami ke Melaka hujung minggu ini. Pernikahan cucunya yang aku sendiri pun lupa untuk berapa kali cucu Che' meninggalkan alam bujang mereka.
Aku balik sendiri.
Mendengar cerita-cerita Che' tentang Tuanku yang akan pulang ke negeri hari ini setelah lama menjadi Yang Dipertuan Agong. Cerita-cerita Tuanku ketika kecil beliau.
Che' pun sudah tidak boleh mendengar dengar baik. Komunikasi menjadi agak terbatas. Adakalanya aku terpaksa mengulang-ulang bertanya.
Che' memberitahu yang rambutan belakang rumah yang dahannya masuk sehingga ke telaga ruang mandi sudah masak.
Manis, kata Che'.
Aku keluarkan telefon dan mengambil gambar di rembang senja ketika Maghrib sudah separuh usia. Menyingsing-nyingsing seluar untuk mengambil wudhu'.
Kata Che' ; ambik gambo buat apa, bukan buleh rasa.
Aku pulang selepas Isya' selepas abang aku tak berapa nak bagi pinjam VCD ustaz azhar milik beliau kerana katanya, yang aku pinjam dulu belum aku hantar.
Ketika aku pulang dalam gelap malam bersendirian. Aku terfikir, kalau nanti Che' sudah tiada lagi.
Pulangkah aku ke rumah itu nanti sebagaimana begini?
Rambutan itu segugus masaknya kuning. Bukan merah.
~Po
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
1. rambutan gading.
2. gaya mcm blom berapa masak
3. tu lah, sapa suruh tak pulang2 vcd orang
Baru je 2 hari lepas aku berbual dgn adik, kalau makayah dah takde masih kah kita akan berhubung dgn adik-beradik dgn baik nanti
arc
Post a Comment