Sunday, October 05, 2008

Syawal, satu kisah

...

Takbir bergema di pagi itu. Hening dan menghiris.Seisi alam seolah-olah menangis.

Dia mengorak. Selangkah demi selangkah.Dia tahu, kalau dia bercerita selangkah demi selangkah sebegini, tahun depan pun belum habis cerita ini.

Banyak blog kisah raya yang dia telah baca dan dia dapati hampir lapan puluh peratus mengatakan bahawa hari raya pada ini tahun hanyalah 'biasa-biasa' sahaja.

Habis? ko expect yang luar biasa ke?

Banyak faktor yang mempengaruhi Hari Raya Biasa-Biasa ini sebenarnya. Satu; kita pernah lalui/merasai Hari Raya pada penghujung tahun beberapa tahun dulu. Hari Raya bersama bonus akhir tahun. Meriah. Duit banyak. Meriah. Bila semakin ke tengah tahun hari raya maka, tak adalah bonusnya.Jadilah ia Biasa-Biasa sahaja.

Dua; cuti sekolah bermula seminggu sebelum Hari Raya dan sekolah buka semula pada hari Raya ke-lima (Terengganu, Kelantan dan Kedah) atau Hari Raya ke-enam di negeri-negeri selainnya.Yang pulang ke kampung, hari raya ke empat sudah bersiap bersedia mengharungi jem di lebuh raya.Sebelum ini, sekolah cuti seminggu selepas raya.

Tiga; ekonomi yang semakin menyingkap kegawatan. Dengan keadaan meruncing di Amerika Syarikat dan selainnya. Krisis 3F yang menyebabkan semua penduduk dunia berhati-hati setiap masa dan ketika. 3F (Food, Fuel & Finance).

Empat; kegawatan politik tanahair yang cukup menarik disembangkan di kedai kopi. Faktor juga ni.Bersembang sambil menghirup kopi dari cawan melamine.

Lima; bukan ke Hari Raya hanya pada satu Syawal sahaja? Kita patut tukar panggilan Hari Raya Kedua, Hari Raya Ketiga dan seterusnya. Kita patut panggil Dua Hari Selepas Raya, Tiga Hari selepas Raya. Kalau kita tak tukar, esok-esok mungkin ada orang yang akan memanggil Hari Raya KeTiga Puluh untuk 30 Syawal.

Enam; aku rindukan Ramadhan.Aku rindukan zikir-zikir Terawikh, Witir, Tahajjud dan Solat Taubat.

Tujuh; kalau dulu, bila kita menziarah orang-orang tua. Kita makan dan mengajak mereka makan bersekali kita, mereka akan menjawab..'maaf, kami puasa' yang merujuk kepada Puasa Enam Hari di bulan Syawal yang mengandungi keberkatan setanding berpuasa selama setahun.Kalau di tempat aku ini, Hari Raya Enam juga disambut meriah yang merujuk kepada tarikh Tujuh Syawal (setelah mereka berpuasa enam hari bermula 2 Syawal lagi).

Lapan; selama hayat aku. Tiga Puluh Lapan Tahun. Diberikan Allah kenikmatan hidup.Aku tak pernah berpuasa enam hari di bulan Syawal. Tahun ini aku akan mencuba bermula hari ini.InsyaAllah.

Sembilan; Ya, ada kelainan pada tahun ini. Hari Raya cuma 'biasa-biasa' sahaja.

Sepuluh; 'biasa-biasa' sesama kita; manusia.

~Po.

9 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

ala..baru intro ka?

Anonymous said...

po,

slamat ari raye, maaf zaher n baten...

nko citer la apa2 n panjang2 la skit, story la pasal pokok ke, kete ke, kucing ke, apa2 la, nko kan terer...

sbenanye aku tgh bosan tahap dewa, depa cuti lg, bcakap ngan dinding je nih

Anonymous said...

kiah..intro hape. Udah itu ceritanya.

hair..! ha ha ha kesian kamu.Tak pe..sat nanti aku sambung.

Anonymous said...

hok aloh.....

bia aku sambung...slangkah demi slangkah, taun depan la baru sampai :(

Anonymous said...

hair,

kok ye pun. Jauh dia nak berjalan tuh. sabo lah...

tasekM said...

aku jarang sekali merasai raya yang luar biasa. dr dulu.. biasa2 sahaja.






.

Anonymous said...

oo dah 38 ropanya, aku br 35 (uwaa...tua dahh)

citer raya tu "betul betul betul" (bunyi cam upin ipin)

Anonymous said...

tas..

Ada jugak raya luar biasa. Raya luar kawasan. Raya luar dan dalam.he he

Adik hair...

ha ha ha ha ha ha ha ha

Kak Teh said...

selamat hari raya Po, maaf zahir dan batin.