Tuesday, October 21, 2008

Cinta Dan Airmata


...

Semalam. Samsiah Fakeh, Pengasas AWAS (Angkatan Wanita Sedar) suatu waktu dahulu dan seorang bekas anggota PKM. Meninggalkan fana untuk bertemu denganNya.

Setakat aku tahu. Dia tidak pernah meninggalkan agamanya.

Untuk itu, aku sedekahkan Al-Fatehah.

...

kepada Anony,

yang meninggalkan komen di dalam entri di bawah.

Maaf, aku terkadang terlupa bahawa apa yang aku coretkan di sini. Gambar-gambar yang aku terbitkan di sini.Di baca oleh sesiapa sahaja semahu mereka.

Kadang-kadang, aku ingat; hanya teman-teman sejaringan (se-web? internet? he he) yang membaca sekadar membaca supaya aku membaca blog mereka. Kan, kawan-kawan kan?

Kadang-kadang aku merapu seolah-olah aku tidak dipedulikan.

Kadang-kadang..aku menulis hanya untuk aku.Untuk anak-anak aku. Seperti the last lecture oleh Mendiang Professor Randy Pausch yang menghabiskan kuliah terakhirnya dengan bertanya...'what do u think of my second head fake? 'this lecture is not for all you but it's for my three litte kids...'. Lebih kurangnya begitulah.Google youtube untuk versi penuh kuliah tersebut.

Prof. Randy Pausch died of cancer.

Not that i'm sick or something. Aku berdoa supaya aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Segala-galanya, Dia yang tentukan.

Amin.

So, for you, Anony...thanks for reading. I really appreciate your comment. I really do. It feels great.

Aku sekadar menyampaikan. Selebihnya direncanakan oleh Tuhan yang maha esa.

~Po.

No comments: