Saturday, October 18, 2008

Riak


...

maafkan aku.

aku tidak berniat menjadi sombong dan bongkak.Silapmu, hanya engkau tak tahu.

aku tidak seharusnya bersikap sebegitu terhadapmu, hanya kerana aku mengejar waktu.

engkau tidak tahu itu, dan aku tahu. Kau telah cuba untuk bekerja secepatmu dan pada sama waktu, mematuhi arahan pengurusan kerjamu.

aku tidak seharusnya bersikap begitu.

maafkan aku.

Walau aku tahu, kemungkinan kamu membaca ini adalah amat tipis dan kemungkinan kau mengerti adalah jauh sekali tapi, buat sesiapa yang membaca dan terasa bahawa mereka adalah dari golongan yang terkena. Ketahuilah, ada nada penyesalan dari golongan aku yang bersikap bongkak itu.

Mungkin, mereka punyai laman dan mereka menulis di situ. Macam aku.

(aku mengherdik seorang cashier di sebuat supermarket beberapa malam yang lalu)

sekali lagi, maafkan aku.

Tuhan, hindarilah aku daripada sikap keji ini.

~po.

3 comments:

Lily Abdullah said...

Maafkanlah diri sendiri. Siapalah yang tidak pernah buat silap dan kesal kemudiannya.

Rasa kesal selepas melakukan silap itu rahmat Tuhan Po.

Ada orang. tidak pernah kesal.

Anonymous said...

W.Lily

terima kasih kerana memahami dan memberitahu dari sudut yang berbeza.

DeLinn said...

Ish Tuhan marah tau kalau riak-riak ni. Tak baekkkkk... hehe